Rasanya minggu ni minggu yang tak berapa baik untuk keluarga kami.
Kisahnya bermula hari Isnin dimana ayah budak-budak ni kena saman sebab kesalahan parking. Tu memang padan muka dialah sapa suh cari penyakit sendiri hehehe...
Selasa pulak pagikan hujan pagi-pagi tu. Rupanya cik abang kita dah kemalangan. Dia hantar gambar kereta kat whatsapps kereta dah terkopek bumper. Engine pun ada problem sampai kena towlah kereta ke bengkel. Ayah budak2 ni kata agaknya jalan licin pastu ada minyak atas jalan so bila dia nak corner kereta terus tak boleh control. Dia terlanggar devider jalan dan kereta terpusing. Alhamdulillah dia tak apa-apa tapi kereta yang teruk. Dengarnya sebulan jugaklah nak kena duduk bengkel. Hmmm.....sabar jerlah. Malang tak berbau. Mesti ada hikmahnya tu.
Rabu pulak tank atas rumah tu bocor. Rumah kami dah jadi macam rumah setinggan air menitis2 kat dalam bilik tido. Adoiiii dugaan sungguhlah. Masa tu dah rasa macam kuat sungguh dugaan kami minggu ni.
Khamis pulak Akak MC separuh hari sebab sakit tekak yang amat sangat. Makan ubat kat office rasa macam lalok jer ngantuk. Rasa tak tahan sangat dah so terpaksa jugaklah mintak izin boss nak balik sebab rasa macam dah melayang-layang badan. Harini Alhamduillah dah berkurang sikit sakitnya.
Tapi yang paling Akak tak tahan adalah.....
Muka Akak ada kawah besar berlubang....huwaaa.....why become like this??!!!. Asalnya jerawat kecik jer.
Beginilah nasib......
Happy weekend semua!!
Update kemudian....lupa nak cerita semalam:
Hari Isnin lepas, anak lelaki call kata kad medical boleh guna tak sebab dia nak pergi klinik. Berderau jugaklah darah bila dapat panggilan, sebab dia jarang call kalau time ada kelas. Rupanya dia sakit dada so dia nak lecturer bawak pergi jumpa doktor. Kalau tak ada medical card maknanya kena pergi hospital Putrajayalah....lamalah nak kena tunggu.
Alhamdulillah....nothing serious. Lepas doktor check, doktor diagnose as sinus arrhythmia.
Doktor pesan jangan stress, jaga cara makan dan kena cukup tidur. Kalau jadi lagi sekali kena buat blood test.
Selasa tu pulak Akak nak keluarkan duit kat bank sekali baru perasan ATM kad tak ada. Akak dah agak daj ni mesti Akak lupa nak ambik kad tu masa masukkan duit dalam cash deposit machine tu. Panik jugaklah....jangan orang ambik kad ATM Akak tu udah. Iyelah Akak dah tukar kad ATM akak tu ke wave card. Sat lagi orang pi guna isi minyak ke apa. Bergegas pergi bank suruh bank check samada kad Akak tu ada ke tak. Alhamdulillah...sebenarnya machine tu telan kad Akak bila Akak lupa nak ambik.
Dalam ATM machine tu pun sebenarnya ada lagi 4 kad kredit orang lain tapi derang tak buat report hehehe....
Memang minggu yang mencabar sungguh.
No comments:
Post a Comment