Tuesday, September 27, 2016

Team building 2016


Dua minggu lepas Company Akak ada buat Team building 3 hari dua malam + we have to attend a one day seminar at Thistle, PD. Tapi yang bestnya kali ni sebab kami boleh bawak family and all expenses (accommodation, makan and activities) di fully sponsored. Bawak badan saja hehehe....

Aktiviti kami selama 3 hari di PD.

Day 1
Day 2 
Day 3
Teambuilding activities at Extreme Park, PD

BBQ Dinner @ Thistle Hotel 
Training

Buffet Dinner @ Lexis Hibiscus
Ostrich Farm 
Teambuilding activities: Water sports


Jumaat pagi kami dah bertolak ke PD tapi boleh pulak tayar kereta pancit kena paku. Lebih kronik ada 4 paku dalam tayar. Tapi Alhamdulillah sampai gak kami ke PD walaupun sampai pukul 11 lebih pagi.



Tapi kami tak hotel terus but we went to PD Extreme Park untuk activities.


Macam-macam aktiviti yang budak-budak (budak2 kat sini Adik dan Kakak saja sebab Abang tak dapat keluar outing minggu tu). Tapi yang terlebih excited si Ayah budak-budak hahaha.

Antara activity di Extreme Park Archery, Shooting Target, and Go kart. Tapi yang paling diminati ramai adalah ATV. Ramai yang tak nak lepas peluang bawak ATV termasuklah Adik dan Ayah. I yang risau nak lepaskan Adik main ATV, ialah budak tu mana pernah bawak motor. Boleh ke dia control machine ATV tu nanti tapi Alhamdulillah selamat gak anakku hehehe...









Habis aktiviti semua dah almost pukul 1. Nasib baik dapat check in awal. 
Sementara tunggu Ayah pergi solat Jumaat, kami berehat-rehat dulu dalam bilik.
Tak teringat pulak nak tangkap gambar bilik.....alah tapi korang boleh jer cari gambar dalam google kan =P

Tapi budak-budak berdua ni pukul 3 petang dah menggelupur nak pergi ke swimming pool.
Panas tau takkkk....mana ada orang pergi pool pukul 3pm. Sabar jerlah haku anak-anak ni.





Cantik pemandangan laut.
Alhamdulillah masa kami pergi tu cuaca sangat elok 3 hari tu sebab team yang pergi lepas kami tak boleh langsung main water sports sebab angin dan ombak kuat.



Tenang fikiran tengok laut. Memang it's a short break that is much neededlah.





mak feeling2 holiday mood 




malam pertama kami di hidangkan dengan BBQ.
Kitaorang sampai lambat sikit so tempat duduk dah penuh. Makanan pun dah banyak habis 1st round ni tapi derang akan refill balik.


telan-telan air liur pulak tengok makanan ni




view dari floor bilik kami




ni pulak view dari verandah bilik kami



malam kedua pulak kami buffet dinner di Lexis Hibiscus.
Cantik jugak hotel ni. Ada tangkap gambar kat water fountain hotel tapi tak boleh nak transfer pulak gambar.


dekorasi dalam hotel

Last day di PD kami buat water sports activity.




laju-laju buai ku lajuuuuu........


Mama dan Adik naik banana boat tapi awal-awal lagi dah pesan kat budak yang in-charge tu tak mau kena campak ke laut. Phobia Akak tau sebab pernah kena campak ke tengah laut mas.a naik banana boat dulu. Menggelupur semua orang tengah laut tu nak naik balik ke atas banana boat sampat depa duk tarik jer orang lain semua. Boleh lemas kita dibuatnya sebab kena tarik.



Adik going for 2nd round of banana boat....adreneline junky girl
Kali ni dia naik ngan budak-budak muda, so depa ken campak dua kali kat laut LOL




Kitaorang berdua naik jet ski gak tapi tak ada pulak video yang cantik.
Itu pun Adik nak bawak....Akak dah terjerit2 duduk belakang dia suruh slow down hahaha....





ni gambar lunch hari kedua rasanya....dapnya udang tu





Sebelum bertolak balik, Company belanja lunch di 

Double Queue Thai Cuisine 
4-6-18, Persiaran Waterfront, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia                                   


puaslah makan sebab berjenis-jenis lauk pastu disebabkan ramai yang balik terus lepas check out maka banyaklah balance makanan untuk kami yang tinggal ni. Rezeki jangan ditolak kata orang.....makan jangan tak makan.

Selain daripada enjoy dengan makanan dan aktiviti weekend tu, yang best jugak this vacation adalah......

banyak gila rare pokemon yang Akak dapat tangkap dalam kawasan hotel


Pikachu ni dalam bilik pun ada tapi frust tak dapat tangkap masa ni sebab tak ada poke ball.
Pokestop pun ada satu jer kat area swimming pool tu.
So tips buat peminat Pokemon, kalau nak datang hotel ni make sure you have lots of pokeballs :)
Hint: nak tangkap Pikachu kat lobby hotel senang nak dapat.


nampak tak.....banyak gila pokemon kat area swimming pool tu.
Memang port hotel guest menangkap Pokemon. Sampai tengah malam pun still ramai orang kat area swimming pool termasuklah ayah budak-budak ni hahahaha


Selamat tinggal PD, we have a great 3 days. We really enjoy it.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin