Monday, June 27, 2016

Ramadhan 2016 Day 20 Sephora


muka kepenatan/kebosanan sebab tunggu ayah derang shopping baju raya
Sabarlah anak-anak.....kalau Mama jer yang shopping kejap. Zap...zap....bayar.
Kalau ayahnya lamalah sikit membelek.....pastu kang nak kena patuhi minat dan selera tu payahlah sikit. Dengan perkataan lain...'fussy'.

Sephora One Utama dah buka tau.
Happy Akak sebab dah tak payah pergi Paradigm Mall dah kalau nak cari barang-barang  Akak. Tak suka betul Akak nak pergi Paradigm mall tu sebab tak berapa faham parkingnya.


Sephora buka kat Ground floor. Ganti lot Candylicious dulu.

Berhadapan dengan Starbucks/ Isetan


Akak beli sculpt abd highlight NYX.
Ni anak dara Akak yang suggest beli. 
Kalau muka Mama tak tirus lepas ni siap kau Dik.


ni Akak try pakai sculpt/highlighter tu....ada nampak kecik sikit tak muka Akak?
Ke tak ada beza pun?


ini bukan filter filter snapchat hehehe...
kami try bunga kat kedai DIY

8 hari lagi nak Aidilfitri.

Semoga kita semua bertemu Lailatul Qadar =)

Thursday, June 23, 2016

Ramadhan 2016 Day 17 Baju raya

Assalamualaikum,

Semalam Akak ke Shah Alam untuk cari baju raya Akak pulak.
Pagi-pagi pukul 10 Akak dah pergi Shah Alam.
Sampai kat barisan Jakel tengok jalan jam. Punyalah banyak kereta.
Agaknya sebab semalam cuti Nuzul Quran makan orang ambik kesempatan shopping.


Akak nak pergi Ariani RTW jer.
Tapikan Akak nak nasihat sesiapa yang nak pergi Ariani RTW, baik pergi cawangan KL sebab cawangan Shah Alam ada collection baju yang tak ada.
Kat KL rasanya lebih banyak collection sebab ada baju yang Akak berkenan kat IG tak ada kat cawangan Shah Alam.


Orang double park kat tepi jalan. Nasib baiklah husband Akak sanggup tunggu dalam kereta.
Kalau Akak pergi sendiri rasanya Akak balik terus sebab susah nak dapat parking.

 

Optimistik betul adik sales assistant tu semalam bagi Akak size S.
Boleh pakai tapi lepas makan lemang rendang mau tetas baju.
Akak ambik size M. Tapi labuhnyalah hai jubah tu. Nak kena hantar alter bagi pendek sikit.
Nak tengok baju raya Akak kena tunggulah raya nanti hehehe....


lawakan kotak Ariani.
Tahun ni Akak from top to toe semua beli dari Ariani.
Tahun ni koleksi Ariani menggoda betullah.
Cantik-cantik dimata Akak.



bagi peminat Bokitta. Bokitta da sale tu kalau tak silap dari 26 - 28 June.


juadah berbuka semalam. 
Public holidaykan so Akak pun mengambil kesempatan cuti masak jugak =)

Tuesday, June 21, 2016

Ramadhan 2016 Day 13 - Tudung Raya

Kuat sungguh pengaruh Siti Nurhalijah.
Tak tahan Akak tengok design-design baru tudung dan RTW Ariani.
Baju raya Akak tak ada lagi ni tapi tudung raya Akak dah ada dua helai. 






raya ni Akak pakai tudung baru jerlah.

Ariani ada sale....pi lah jengah =)


Selamat menyambut Nuzul Quran besok.
Wilayah Persekutuan dah cuti tahun ni....jangan pulak ada yang terpergi kerja besok.



Monday, June 20, 2016

Ramadhan 2016 Day12 Bazaar Ramadhan TTDI

Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Hujung minggu pergi mana?
Ada ke tak yang pergi Vendeur Festival kat Matrade?

Jumaat lepas buat pertama kalinya Akak menjejakkan kaki ke bazaar ramadhan TTDI.
Kami berbuka puasa dengan mak Akak Jumaat tu so itu yang beli makanan di TTDI saja.

Tak ada jumpa pun mana-mana selebriti hari tu. Tahun-tahun sebelum tu Akak ada jugak jumpa jumpa Nora Danish, Neelofa, Farah Fauzana dll. Mungkin sebab tahun ni Akak tak pergi bazaar TTDI tu yang tak jumpa tu.



hujan rintik-rintik jadi Akak suruh anak dara pakai baju hujan

Bawak payung besar leceh sebab berlaga-laga dengan orang





ayam panggang ni belas-belas ringgit. 
Kami beli sekor...tapi ayam ni kecik jer.
Mungkin spring chicken.



jual air nenas



sorry bro....Akak nak tangkap gambar orang jual beryani kat belakang tu



hujan rintik-rintik pun masih ramai pengunjung



ni pulak gerang jual masak lemak dihujung jalan
ada 3 jenis
Masak lemak daging salai, siput sedut dan satu lagi Akak tak perasan pulak



ikan bakar



sataynya RM0.80
geram Akak tengok satay-nya sebab gemuk-gemuk isinya



sale pecah poket katanya
beli makanan kat bazaar jangan sampai pecah poket pulak ya adik-adik

Boleh kata best jugaklah bazaar ttdi sebab banyak pilihan makanan.
Choose wisely within your budget tau. Jangan terover spend pulak....
besok-besok boleh datang lagi beli makanan




bazaar ramadhan ni located depan McDonald's TTDI.
Dotty's yang femes tu pun berhadapan dengan bazaar ramadhan tu.
Sedap sangat ke makanan kat Dotty's ni? 
Selalu Akak tengok orang beratur panjang nak masuk


lauk berbuka kami Jumaat lepas
Ikan pari asam pedas, ayam panggang, sambal kentang dan daging goreng.
Kuih muih kitaorang beli sikit jer sebab kuih tak berapa laku musim puasa ni.


Thursday, June 16, 2016

Ramadhan 2016 Day 10 Pari Sambal

Assalamualaikum,

Dah sebelas hari dah kita berpuasa.....that's like 1/3 of Ramadhan.
Rasa macam sekejap jerkan masa berlalu. Tahun ni Akak tak fikir pun lagi pasal persiapan raya. Kuih pun tak beli lagi. Kalau sebelum-sebelum ni punyalah rajin nak order kuih Raya bagai tapi tahun ni mood tak sampai lagi. Besok dah nak kena pindah ke wing office sebelah lagi. Sangat meletihkan bila kena pindah banyak-banyak kali. Nasib baik Akak dah habis packing semua barang masuk kotak. Another 2 weeks kena pindah lagi to our new building which is like 5-10 minutes from our current office. Cabaran bulan puasa sungguh.



This is us yesterday at bazaar ramadhan seksyen 7 KD
Husband Akak suka sungguh pergi sini. Akak pulak dah sampai tak tahu nak beli apa sebab bosan duk repeat makanan yang sama. 
Akak dah request harini Akak nak pergi bazaar di Seksyen 4 pulak.
Kat situ banyak sikit choise sebab bazaarnya lebih panjang



ini pulak antara juadah untuk sahur. 
Ikan pari sambal

Akak ni kan pemalas so Akak masak semua yang senang-senang jer.
Blend bawang dan bawang putih. Tumis dan masukkan cili blend.
Tumis sampai naik bau dan pecah minyak.
Jangan lupa letak garam dan gula sikit.
Pastu Akak nak menghabiskan balance bawang holland Akak yang tinggal separuh
Akak potong bawang holland tu dan tumiskan sekali dengan sambal.
Dah nampak bawang tu garing sikit, masukkan ikan pari yang dah digoreng terlebih dahulu.

Senang jerkan. Berselera makan sahur dengan lauk bersambal ni.

Wednesday, June 15, 2016

Ramadhan 2016 - Day 9 Ayam Masak Kicap

Assalamualaikum,

Semalam Akak masak ayam masak kicap jer untuk sahur.


Senang jer masak ni campak-campak.

Meh Akak bagi resepi cincai Akak ni.

Ayam tu kenalah goreng dulu. Tau kan macamana nak goreng ayam so Akak tak payah ajarlahkan macamana.

Bila dah habis goreng ayam tu guna sikit minyak tu tumis bawang (Akak guna bawang Holland semalam), masukkan cili hidup yang dah dihiris-hiris. Pastu masukkan sos tiram, kicap manis, gula dan tambah air sikit. Bila dah menggelegak masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Kacau rata. 

See...senang jerkan nak masak ayam masak kicap. Orang malas macam Akak pun boleh.

Selamat mencuba =)

Tuesday, June 14, 2016

Ramadhan 2016 - Day 8 Kesian kat anakku

Assalamualaikum,

Ahad tu Akak hantar si Abang balik hostel dalam pukul 2 lebih.
Maknanya dia kena berbuka di hostellah.
Akak suruh dia wassap lauk berbuka untuk haritu.


Dalam pukul 6.58pm Abang wassap gambar ni.
Lauk berbuka dia untuk untuk haritu.
Alahai sian anak Mama
Selalu duduk rumah buka puasa makan ikut selera dia.
Ni duduk hostel kena pandai-pandailah adjust. Tak boleh jadi picky eater sangat.
Tu awal tu dia beratur nak ambik lauk sebab ramaikan student.
Kembanglah nasi by the time waktu berbuka.
Redha jerlah bang.....2 semester jer lagi.



ni lauk berbuka Akak semalam
Masak lemak daging salai....membuka selera sangat.
Akak ada beli gulai kawah kat Pasar Ramadhan untuk bersahur.
Kami sejak dulu lagi kalau sahur ada gulai kawah pun ok sebab subuh bukannya boleh makan banyak sangat pun.


kuih ni RM2.
Akak makan separuh.
Lagi separuh lagi rasanya ayah budak-budak ni yang makan sebab Akak tengok time sahur dah tak ada.

Harini rasa macam nak masak ayam masak kicap. Kita tengoklah nanti realisasi ke tak....


Monday, June 13, 2016

Ramadhan 2016 - Day 5, 6 & 7

Hari ke 5 Ramadhan

Malangnya pada hari Jumaat lepas Akak kena keracunan makanan yang teruk. Pukul 6.30 pagi Akak muntah -muntah sampai 3 kali dan 'cerry berry' sampai keluar peluh sejuk. Sepanjang hari Jumaat tu perut Akak meragam. Makanya Akak tak laratlah nak berpuasa hari tu. Burn satu hari....sedih sangat. Mulanya Akak malas nak pergi klinik tapi dah sampai pukul 3 petang perut Akak masih lagi berdondang sayang makanya Akak surrender jumpa doktor. Sampai ke subuh pagi besoklah perut Akak meragam. Sampaikan Akak berdoa pada Allah supaya perut Akak kembali normal sebab Akak nak kembali berpuasa hari Sabtu.

Hari Jumaat lepas kami berbuka kat rumah mak Akak. Kesian dia selalunya dia buka puasa sorang-sorang sebab bapak Akak akan berbuka di masjid.

Memandangkan Akak tak berapa sihat untuk memasak, kami beli di Pasar Ramadhan Sg. Penchala sahaja. Tahun ni Akak tak jejak lagi kaki ke Pasar Ramadhan TTDI.
Pasar Ramadhan Sg. Penchala ni kecik jer tapi boleh kata semua yang dikehendaki ada kat sini. Price-wise mahal sikit dari pasar ramadhan di area rumah kami di KD.
Tapi expectedlah kot sebab Sg. Penchala tu dah sempadan dengan TTDI, makanya harga pun sipi-sipi pasar ramadhan TTDI.


anak bujang saya yang sempat berpuasa di rumah seminggu saja



Roti John budget pun rasanya RM6



kambing golek BBQ



ni stall apantah Akak tak perasan pulak



Skewer + Mashed Patato. Popular jugaklah stall ni sebab ramai orang beratur



Taraaaaa...lauk berbuka kami Jumaat lepas.
Masak lemak daging salai
Ikan keli sambal
Sayur campur
Sate
Kurma
Roti JohnKuih muih
Bubur lambuk Kg Bahru (tak ada dalam gambar)



3 jenis air. Air teh o ais, air oren dan air mangga

Happy mak Akak sebab ramai berbuka puasa dengan dia haritu.
Sabtu dan Ahad, adik bungsu Akak masak lauk dan berbuka rumah mak Akak pulak.

Hari ke 6 Ramadhan

Abang nak beli barang peralatan masuk semula ke kolej. Maka kami ke One Utama sebab ada kedai Popular. Akak suka Popular sebab member ada 10% discount.

Alang-alang dah ke One Utama, bawak budak-budak shopping sikit-sikit baju dan kasut Raya. 
Kawtim dah baju budak perempuan dua beradik ni. Akak offer nak belikan seluar baru untuk Raya kat Abang dia tak nak pulak. Bagus save duit mak kau.




kami menunggu anak dara dua orang tu pilih kasut yang derang berkenan. 


Hari ke 7 Ramadhan

Seminggu dah berpuasa cepatnya masa berlalu. Dengan ini bermakna cuti sekolah dah sampai penghujung. Makanya kenalah hantar anak bujang balik semula ke hostel.
Buka semester baru ni, Abang akan mendaftar untuk semester ke tujuh. Cepatnya masa berlalu, tinggal semester 8 jer untuk completekan Diploma.
Harap Abang belajarlah bersungguh-sungguh dan improvekan CGPA tu.

Kembali berempatlah kami dirumah berpuasa. 

Wednesday, June 8, 2016

Ramadhan 2016 Day 2 - Nasi Beryani Pasar Ramadhan


Assalamualaikum,

Semalam kami ke Pasar Ramadhan Seksyen 4 Kota Damansara. Rasa macam pergi Jan TAR sebab ramai sangat orang. Sampaikan ayah budak-budak ni pesan Akak suruh belikan dia mee goreng pun Akak boleh lupa sebab tak nampak apa yang orang jual sebab ramai sangat orang kerumun tiap-tiap gerai. Harini mungkin repeat balik kot sebab banyak makanan sedap yang nak dibeli kih kih kih.


Semalam kami berbuka nasi beryani kuah lauk ayam masak merah dan gulai kambing.
Pilih jangan tak pilih...sediakan aja ongkosnya.



muka Akak nampak macam tak larat sangatkan. Dah dua hari bangun 4.20 pagi untuk masak lauk sahur. Pastu datang kerja macam cleaner membersihkan barang-barang opis sebab nak pindah opiskan. Lepas berbuka jer mata Akak dah macam melekat jer. Subhannallah tak larat sungguh. Nak pergi terawikh anak dara dua orang tu pulak coti, makanya Ayah dan Abang jerlah ke masjid. 

Sahur semalam korang makan apa? Akak buat gulai telur rebus jer malam tadi pastu makan dengan sambal tomato hitam Akak. Plan nak masak masak lemak ayam semalam kensel sebab kemalasan. 


Tuesday, June 7, 2016

Ramadhan 2016 Day 1 - Berbuka

Assalamualaikum,

Paling Akak suka kalau bulan Ramadhan adalah Bazaar Ramadhan.
Time nilah nak beli makanan yang jarang ada luar bulan puasa. Semalam kami pergi pasar ramadhan punyalah sesak dengan orang. Mungkin semua hari pertama so excited sikit nak beli juadah berbuka.


Air favorite kami time berbuka adalah laici blue.
Airnya berwarna biru. Semalm kami beli air mangga jugak untuk berbuka.
Tahun ni satu plastik besar dah naik RM0.50. Tahun lepas seplastik besar baru RM3



Ada budak mintak nak beli kambing bakar. Disebabkan bulan puasa, kita layankan jerlah.
Satu bekas palstik macam ni RM10. Daging kambing dipotong nipis-nipis dan dicampur sos black pepper. Sedap.

Untuk sahur Akak goreng ayam, ikan sekeping dan buat ikan jenahak masak kicap.
Berselera sungguh Akak dan suami makan nasi dengan kuah kicap tu. Budak-budak ni biasalah ayam goreng dan telur goreng mesti ada untuk sahur.

Petang ni nanti Akak tak ada idea lagi nak masak apa....mungkin masak lemak ayam kot.
Ada kawan Akak yang buat jadual sebulan terus juadah apa yang dia nak masak sempena bulan Ramadhan ni tapi Akak tak bolehlah. Akak masak ikut mood =)


Monday, June 6, 2016

Ramadhan Day 1 2016 - Gambar lauk keluar balik

Assalamualaikum,

Selamat berpuasa di bulan Ramadhan.


Semalam bawak budak pompuan dua beradik ni beli baju raya.
Puas keluar masuk butik muslimah kat Kota Damansara tu tak ada yang menepati cita rasa.
Akak pelik betullah butik2 muslimah ni, buat jubah semua labuh-labuh sampai rasanya DBKL tak payah employ dah tukang sapu sebab jubah tu semua boleh kaut semua sampah sarap sebab panjang sangat. Derang ni buat measurement ikut model Eropah ke?
Kita yang ketinggian sederhana ni semua pakai punyalah labuh. Satu hal nak kena alter kalau tak, pakai sure terpijak-pijak kain.

Last-last dapatlah sorang sepasang kat Vendville. Baju kurung dah settle beli, ni baju untuk jalan-jalan. Budak-budak ni beli sorang selai top dan skirt. Nanti pandai-pandailah korang matching top tu dengan seluar dan skirt tu boleh pakai ngan top/ blouse lain.
Nasib baik tak puasa semalam kalau tak mau Akak pengsan mencari baju dua remaja ni. Kalau kecik-kecik dulu senang semua baju Akak yang beli...korang pakai jerlah. Ni dah remaja dah pandai ada citarasa sendiri. Kita pilihkan nanti dia tak berkenan pulak.

Akak nak puji SA kat Vendville tu ....pandai dia ambik ati Akak.
Dia kata dia ingatkan Kakak dan Adik tu Akak punya adik beradik. 
Dia tak sangaka sebab mak nampak muda. Kembang bontot Akak sekejap.....terus Akak membeli belah dalam tu. Nanti Akak datang lagi ya adik sales assistant hahahaha...

Semalam sahur korang makan apa?
Akak petang semalam dah paksa Kakak potongkan Akak bawang dan Adik kena tumbukkan ikan bilis. Akak nak buat sambal hitam tomato. 


dapatlah sebotol buat makan time sahur bila tekak tak boleh nak terima benda lain. 
Subuh-subuh sapi tu tekak Akak bukannya boleh nak telan sangat nasi.
Sedap pulak sambal hitam Akak ni. Nak buat bukannya susah pun.
Bahan-bahan pun sikit jer. Bawang merah, ikan bilis tumbuk, tomato dah goreng kering, cili padi yang ditumbuk dan kicap manis. Garam dan gula buat perisa.



Ayam goreng untuk budak-budak makan sahur.


asam pedas ikan pari untuk ayah budak-budak


sambal ni sebenarnya Akak nak masukkan ayam goreng tu tapi ada pulak yang tak makan cili. Cili terhangit sikit sebab Akak sibuk lipat kain sambil menumis. 

Pastu Akak goreng ikan sekeping dan telur untuk Abang. Dua ni Akak tak snap gambar. 

Buka puasa nanti Akak tak sure nak masak apa lagi. Tengoklah kot petang-petang karang baru ada idea nak masak apa. 

So selamat berpuasa dan selamat berbuka maghrib nanti.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin