Akak sebenarnya harini nak tepek gambar-gambar lawak Snapchat kami tapi disebabkan terkesima lepas mendengar berita tentang pemergian salah seorang ex-collegue kami Akak rasa macam tak sesuai pulak. Sedih sangat especially harini adalah harijadi arwah yang ke 47 tahun. Allah menjemput dia di hari ulang tahunnya. Sebak dan terkejut lepas mendengar berita ni. Selalunya Akak ni rajin komen kat FB page Akak tapi lately ni dia senyap jer.....now Akak baru tahu. Rupanya dia tak sihat. Al-Fatihah untuk Kak Mimi. Semoga Kak Mimi ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Semalam ex-housemate Akak wassap gambar apartment lama kami di US dulu.
Tak banyak berubah pun accept the wooden fence tu dah ganti dengan pagar besi.
bulatan oren itulah apartment Akak. Ada 2 bilik dan 1 toilet. Kami duduk berdua jer.
Apt atas pun student-student Malaysia duduk. Rindu pulak ngan kawan-kawan semua.
bulatan kecik merah tu apartment Akak. Universiti kitaorang at the end of the road jer. So everyday we jalan kaki jerlah pergi kelas. Walaupun nampak dekat tapi kalau musim winter, nak tercabut jugaklah rasa hidung dan telinga. Kalau musim summer pulak, balik kelas memang berbelanglah kaki tangan sebab panas.
Seronoknyalah zaman study, tak payah fikir hal ehwal semasa. So anak-anak/ adik-adik yang masih study tu enjoy your student life. Being an adult isn't easy.
No comments:
Post a Comment