Friday, April 22, 2016

Not feeling

 Salam Jumaat semua,

Sorry lama tak bersiaran

Akak tak sihat sangat minggu ni. Ada throat infection....doktor suluh tengok tekak dah ada white spots. Terpaksalah Akak makan antibiotik. Pastu Hidung asyiklah tersumbat. The freezing office airconditioner makes it worst. Lepas makan ubat selsema terus mata lalok jer nak tido. Kalau bawah meja ni ada comforter memang Akak lama dah berlayar. Hopefully minggu depan Akak sihat seperti biasalah balik. 



this is how crappy I'm feeling right now =(


P/s: Maxis ni gilakan...berhari dah Akak call customer service tak ada org angkat. Eh sesambil Akak menaip ni Akak pun talipon tu on hold....angkatlah pulak CC Maxis ni hahaha. Nak kena kutuks baru nak angkat.


Friday, April 15, 2016

Gambar-gambar snapchat

Sekarang ni Akak tengah layan cerita Suami Tanpa Cinta. Sengal sungguh berdua tu Janna Nick dan Shukri Yahya berlakon......memang serasilah. Tersengih-sengih Akak tengok sorang-sorang kesengalan dua orang tu. Sweet sangat. Janna Nick tu masa berlakon cerita Kau, Aku, Kita tu nampak berisilah jugak tapi dalam cerita Suami Tanpa Cinta ni slimnya dia. Lawa terletak jer semua baju dia pakai....apa rahsia dia kurus tu. Akak pun kalau boleh nak hilang 10 kg. Tapi tu angan-angan mat jenin jerlahkan sebab hobi Akak adalah melantak huwaaaa......

Seperti dijanjikan Akak letak gambar yang Akak tangkap menggunakan app Snapchat.



anak Panda kat zoo terlepas.....nak China dahkan Panda tu


dah rupa Alien dikkk


ni Akak fefeeling tengah holiday tepi pantai bawah pokok kelapa....siap selit bunga kat tudung. Kalau dapat pi holiday bestnyakannn....


nanti Akak dah tua....Akak tetappp vogue tau. Eye liner dengan lipstik tak ketinggalan hahaha. Eh dah macam muka nenek Akak dah jadinya






Banyak lagi gambar lain tapi Akak malas nak tepek.

Itu jerlah kot....Akak ni menunggu jer nak weekend. Harap-harap weekend ni Akak dapat lepak sepuas hati dirumah. Dah berapa minggu asyiklah weekend busy ke sana sini sampai tak boleh nak berehat. So selamat berhujung minggu korang.

Wednesday, April 13, 2016

Lain kali bawak inhaler

Hari-hari Akak duk tengok Jobstreet nak cari kerja lain. Rasa macam demotivated sangat dengan current work ni. Bosan memikirkan nak kena pindah ke building baru....letih tau tak nak pindah ni. Kalau angkut barang sendiri jer tak apa tapi ni kena fikir pasal puluhan manusia lain jugak. Sejak kerja dengan company dah banyak kali pindah...ke building baru 2 kali. Pindah floors tu banyak kalilah jugak. Dah tua-tua ni penat hoi nak pack pastu unpack. Bila tengok jobs kat Jobstreet tu pulak banyak kerja dalam town KL.....Akak koserlah nak masuk balik kerja dalam town KL tu. Jam ya Rabbi seksaaaaaa.....
Doa-doakanlah ya mana tau ada orang nak bagi Akak donation ....tak yah juta-juta pun tak apa. Takat ratus ribu tu Akak terima jer hahaha......boleh Akak lenggang kangkung duduk rumah #beranganlahkausitu

Anway, semalam Akak terima panggilan dari sekolah Adik suruh ambik dia. Budak tu semput kat sekolah. Stress Akak tau....udahlah bapaknya ada seminar. Nasib ler bapak kau masuk seminar lambat sebab ambik dan hantar dia pergi klinik.

Inhaler tak bawak pergi sekolah....letih Akak membebel 10 ribu kali suruh bawak inhaler hari-hari. Bila jadi kes macam ni sapa yang susah?. Mama Ayah jugakkkkkk....


wheezing so doktor kata kena guna nebuliser


round two of nebuliser sebab lepas hari 1st round tadi tetap ada bunyi wheezing sikit-sikit lagi. Agaknya nak kena gantung inhaler tu kat tengkuk baru dia ingat nak bawak hari-hari kot.


ni pulak Ahad lepas. Akak teman mak Akak pergi cabut gigi. 
Tak tahulah kenapa Akak pulak yang ketag lutut bila tengok mak Akak nak cabut gigi. 
Anyway, mak Akak tak suka doktor lelaki ni sebab dia kata doktor ni cabut sakit. Doktor perempuan yang the week before tu cabut tak sakit plus doktor tu sangatlah berhemahnya.
So next appt kami dah booking doktor perempuan tu awal-awal. 
#therolehasreversed. Dulu kecik mak teman kita cabut gigi...sekarang kita pulak teman mak kita :'(



ni pulak snippet of lukisan Adik....nanti Akak tunjuk full drawingnya.



Monday, April 11, 2016

B*B*ib*y Kuasa Sphera punya pasal

Minggu ni Abang balik weekend....sukalah tu sebab terlepas dari kandang.
Dari minggu lepas lagi dia dah pesan kat Akak suruh belikan buku B*B*ib*y Kuasa Sphera kat Popular. Buku ni macam limited edition hanya dicetak khas untuk Popular. Seksa gaklah Akak mencari buku ni sebab semua outlet Popular buku ni sold out. Sabtu tu Akak try jer luck tanya outlet Paradigm Mall samada ada tak stock tapi jawapan tetap sama....buku tu out of stock. Kalau nak dekat Popular Aeon Cheras ada banyak stok, lebih kurang 200 lebih copy. Dah kenapa labuuuu....ko hantar jauh sinun. 

Nasib baiklah mood Ayah dia baik nak meredah sampai ke Cheras nun mencari buku anak...kalau Akak ler koser. Malls yang Mama rela pergi adalah One Utama dan The Curve saja sebab senang cari parking tempat lain janganlah kau rayu pun...memang mak kau tak akan pergi kalau kena drive sendiri especially Midvalley Megamall tu.

Adik ke sekolah Sabtu so kami berempat jerlah meredah sampai ke Aeon Cheras. Comel jer rupanya mall tu....tak adalah lenguh kaki jalan from one end to the other unlike One Utama yang besar tu.


Alhamdulillah berjumpa jugak dengan buku yang diburu. 
Senaskah buku ni dalam RM19.90. Biasalah budak belajar multimedia ni memang suka mentelaah komik-komik especially komik yang berjaya difilemkan dan meletup-letup pulak tu di pawagam. Abang ada ajak tengok Boboiboy The Movie tapi tak terbuka hati Akak nak pergi tengok. Kita bukannya ada anak kecik kat rumah yang melayan kartun Boboiboy ni kat TV so tak tahu perkembangan pasal cerita ni pun. 

Ada neighbour Akak sangka Abang baru form 4. Kembang bontot budak tu. Tak payah nak perasan muda sangatlah banggg.... =P

Wednesday, April 6, 2016

Sedekah Al-Fatihah dan apt lama

Akak sebenarnya harini nak tepek gambar-gambar lawak Snapchat kami tapi disebabkan terkesima lepas mendengar berita tentang pemergian salah seorang ex-collegue kami Akak rasa macam tak sesuai pulak. Sedih sangat especially harini adalah harijadi arwah yang ke 47 tahun. Allah menjemput dia di hari ulang tahunnya. Sebak dan terkejut lepas mendengar berita ni. Selalunya Akak ni rajin komen kat FB page Akak tapi lately ni dia senyap jer.....now Akak baru tahu. Rupanya dia tak sihat. Al-Fatihah untuk Kak Mimi. Semoga Kak Mimi ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Semalam ex-housemate Akak wassap gambar apartment lama kami di US dulu.
Tak banyak berubah pun accept the wooden fence tu dah ganti dengan pagar besi. 


bulatan oren itulah apartment Akak. Ada 2 bilik dan 1 toilet. Kami duduk berdua jer.
Apt atas pun student-student Malaysia duduk. Rindu pulak ngan kawan-kawan semua.


bulatan kecik merah tu apartment Akak. Universiti kitaorang at the end of the road jer. So everyday we jalan kaki jerlah pergi kelas. Walaupun nampak dekat tapi kalau musim winter, nak tercabut jugaklah rasa hidung dan telinga. Kalau musim summer pulak, balik kelas memang berbelanglah kaki tangan sebab panas.

Seronoknyalah zaman study, tak payah fikir hal ehwal semasa. So anak-anak/ adik-adik yang masih study tu enjoy your student life. Being an adult isn't easy.



Monday, April 4, 2016

Happy Birthday Kakak

Sabtu lepas birthday Kakak. Abang tak dapat balik pulak minggu ni sebab sepatutnya dia ada badminton tournament tapi kansellah pulak last minute. Nasiblah ko bang.

Happy birthday my baby girl. Mama and Ayah love you so much. 
Terima kasih Kakak sebab selalu menyenangkan kerja Mama di rumah.
Kakaklah yang selalu potong bawang, sidai kain dan kadang-kadang lipat selimut kalau Adik malas nak lipat. Selalu kalau pesan apa-apa mesti dia yang selalu ingat dan ingatkan Mama Ayah balik. Harap kat Adik hhmmmm.....memang taklahkan. Kakak paling senang suruh buat kerja....dengan segera dia buat. Kalau ngan Adik bertuah tu ...cakaplah 3 kali pun belum tentu bontot dia bangun dari kerusi. That is why Mama & Ayah sayang sangat kat Kakak.

Walaupun Abang tak balik, kami tetap pergi meraikan birthday Kakak.
Plannya pergi dinner pastu tengok wayang. 

Lupa kata kalau weekend restoran semua mesti penuh. Sampai kat Chili's register kena waiting list for 40 minutes. Since we're still early for our movie.....movie starts at 9pm, kami pukul 7.30pm dah ada kat One Utama so we decided to wait. Sesambil tu kami main Snapchat.....terbelahak-belahak gelak tengok muka kami. Nanti Akak post gambar-gambar Snapchat kami. Dalam setengah jam jugaklah baru dapat seats tapi since we're having fun taking funny photos kat Snapchat so tak terasa sangat menunggu.


Mama's girl


merasa order nachos sekali banyak gila tak terabis 4 orang






Fajitas


ni Adik dan Ayah yang makan....Akak tak berapa minat cendawan



tu nak wassap kat kawan-kawanlah teww.....


licinnnnnn.....habis makan dah almost 9pm.

Terus proceed naik ke panggung wayang. Dah kenyang pun still kena belikan budak-budak ni drinks and popcorns >.<


the movie not badlah.....I boleh layanlah semua scene. Tapi one thing that pops in my was I need to mosturize and exfoliate better lepas tengok muka Lois Lane. Nampak kedut dan dry sangat muka Lo La tu. Then the two DC fanatics (Ayah & Adik of course) explain to me that Lois Lane memang dah tua sikit time Superman mati pasal tu nampak wrinkle. (sorry for the spoilers kalau you all tak tengok lagi)


Abam Superman tu nampak remaja sentiasa while Abam Batman tu nampaklah dah berusia



Adik.....botak mana yang kau kiss ni?

That's our small celebration for our beloved daughter. Happy Birthday Kakak....



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin