Monday, January 11, 2016

Celebrate birthday Papa di Sukumvit

Kami adik beradik sebenarnya nak belanja Atok makan hari Jumaat tu, hari yang sama dengan besday dia tapi orang tua tu tak nak. Ada ceramah di masjid katanya. Oklah.

Pastu weekend pulak my sister kata nak balik kampung husband dia tapi nasib baiklah tak jadi sebab mak mertua dia turun KL.

I nak belanja makan tengahari my mum pulak tak nak sebab dia kata banyak lagi lauk lebihan masjid malam tadi. Memang pun sebab Atok bawak balik 10 karton nasi beryani dengan lauk. Itu pun ayah budak-budak ni dah pergi ambik 4 bekas malam sebelum tu lepas Atok call suruh datang ambik. Pukul 10 malam pakcik tu drive sorang-sorang pi ambik.....orang lain kat rumah tak nak ikut sebab dah mengantuk.

Plan punya plan...last-last semua setuju pergi makan malam Sabtu.
My sister yg no 2  suggest Sukhumvit Garden Gombak. Seksa hoi nak cari tempat ni.
Google map bawak pi mana-mana ntah....fail!. Sesat baratlah kami mencari tempat ni.
My youngest sister pun sama tak jumpa restoran ni.
Nasib baiklah masa patah balik tu I ternampak restoran ni kalau tak sampai ke Greenwood kami. Restoran ni rupanya tepi jalan MRR2 tu. 





tempat makannya luas. 


meraikan birthday boy yang ke 74 tahun
I rasa my father is fitter than me...dia boleh jalan berkilo meter pun tak pancit.
Kalau I ler dah lama dah surrender. Ialah dia jogging every morning....I pulak everyday lepak kedai makan hehehe....


sampai-sampai makanan dah siap hidang.
My sister pilih set B dua dengan telur dadar 2 set. Dalam set B ni ada Siakap Stim Limau, Tomyam campur, udang goreng tepung (tak jumpa pun udangnya?),sayur campur, ayam goreng, telur dadar dan nasi 2-3 pinggan. Rasanya makanan ni semua dah di pre cook kalau tak mesti lama nak tunggu semua hidangan disiapkan. Kalau order air tu kena tunggu lama sikit. 


ayah budak-budak ni kata ikan ni dah tak berapa fresh


tomyam ni pedas so kalau air tak sampai lagi tu janganlah makan.
Dalam ni ada ketam, sotong, ayam, udang...ntah apa lagi


apahal muka Akak dah putih sangat macam tepung gomak ni...
sumpah Akak tak makan Qu Puteh hahaha....

 


licinnnnnn


mi amore....Kakak duduk sebelah Mama...si Adik tu dah muncunglah.




cucu paling kecik.....nampak kecik tapi budak ni feisty ok.
Tak padan ngan kecik dia ingat dia gangster hahaha...
Adik pun ditendangnya.....tendang orang pastu dia yang jatuh hahaha..




stall ni ada somtan, pulut mangga dan apantah lagi tak ingat dah.

Our total bill malam tu RM295++

Tapi somehow kami balik tak rasa kenyang.....pelikkan.

Happy birthday Papa semoga kita dapat lagi sambut birthday Papa so many years ahead.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin