Selamat berhari Isnin. Tak payahlah ber'monday blues' sebab Rabu coti Awal Muharram. Kalau tiap-tiap minggu macam ni kan best....kerja 2 hari pastu cuti.
Semalam hantar Adik ke library....katanya nak group study untuk revision exam. Bila ditanya kenapa tak study kat rumah jer....katanya rumah ada komputer so distraction. Apa-apalah dik...asalkan jangan merayap. Duduk study kat library jer. Ni kalau group of girls bukannya boleh percaya mesti panjang jer akalnya (ehh....mak macam bercakap dari experience jer hahahahaha).
Lepas drop off Adik ke library kami ke Paradigm Mall. Kalau ke Paradigm Mall, I straight nail level UG....tak singgah dah level lain. Level UG ada Sephora, H&M dan Uniqlo. Selalunya 3 kedai tu jer yang I akan masuk di Paradign Mall. Kalau nak pi shopping barang lain baik I pergi One Utama jer. Puas hati dapat rembat barang yang berkenan di hati di H&M. Masuk Sephora nak cari blusher tapi tak ada yang berkenan. Barang-barang makeup Stila pun dah tak ada dalam stock =(
Keluar dari Paradigm Mall ingatkan nak balik rumah terus tapi Ayah bawak kami ke Kelana Jaya....katanya nak tunjuk restoran Cina Muslim. Nak tunjuk tukar jadi makan terus kat situ hokay walaupun sebenarnya kitaorang dah makan 2 jam sebelumnya. Alang-alang dah depan kedai rugi tak masuk.
Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah. You can click at the link untuk tengok their menu and location nearby tapi price tak adalah pulak.Please bring cash cause they do not accept cards.
Interior kedai yang simple.
I ordered kedondong asam ...macammm tapi sedap, while Kakak and Ayah pulak mintak air laici
tak menyabar ayah budak-budak ni nak makan mee kari dia.
Sabarlah Mama tangkap gambar sekejap. Dia cakap mee kari restoran Cina rasa lain from Malay mee kari. Which is actually true.....sapa tau rempah apa yang depa pakai?
my char kueyteow....besar portionnya, Makan dua orang pun boleh ni. Tengoklah udangnya.
Nasi ayam Kakak I tak ambik pulak gambar sebab budak tu dah gelojoh nak makan =P
Restoran ni berhadapan dengan Nasi Lemak Cikgu. Lain kali kita datang makan nasi lemak pulak ya Ayah.
the price is very reasonable. Kalau nak makan crab atau itik panggang....silalah bawak cash lebih. Kami semalam ada RM50 jer dalam wallet....bank pulak tak ada yang within walking distance kalau tak dah lama dah ketam dalam genggaman....haishhh.
Tapi tak apa sebab I baru perasan semalam otw back rumah rupanya ada cawangan restoran ni di KD. Yippeee...nanti kita pergi makan ketam. Tak payah pergi Kelana Jaya pun =P
anak dara yang swag. Topi tu I belikan untuk ayah derang di Chiang Mai tapi rupanya ada orang lain yang berkenan jugak.
hasil rembatan di H&M. Crop jeans jacket......ini semua salah model Farah Hanim Razak.
sorry dik ...Akak pinjam gambar awak....taken from her IG pics
Farah Hanim pakai lawa ....so Akak yang gemuk tak sedar diri ni pun nak gak bergaya walaupun tak sedar diri hahahaha. Anyway, Adik dah aim nak pinjam jacket tu =P
1 comment:
Biasa makan kat Bandar Baru Bangi's branch dan paling suka butter prawn kt situ :)
Post a Comment