Tuesday, March 31, 2015

Animax Carnival Malaysia 2015

Berbulan lamanya dah kami di pre-empt oleh Adik pasal Animax Carnival ni. Percaya tak she start searching materials for her her costumes months ahead. Ialah semua jahit sendiri. Pastu dia sanggup kumpul duit belanja duit sekolah sampai ikat perut kat sekolah sebab nak beli wig blond tu. Ikat perut kat sekolah tapi balik tu duk 'bernyanyi' kat telinga I suruh masak cepat sebab lapar.

 So last Sunday, we went to the Animax Carnival at Sunway Pyramid Convention Centre. Masyaallah kalau suruh I pergi sendiri Sunway Pyramid ni mesti I sesat dalam parking lot itself sebab I tak berapa familiar sangat dengan Sunway Pyramid. Unlike One Utama or The Curve semua sudut pun I dah hafal.

So we arrive at 11am, ramai sangat budak-budak cosplay. Told her that she can only stay sampai pukul 3pm sebab pukul 5 petang ada replacement class untuk gitar. Ingatkan nak hantar dia jer but we end up waiting for her at Sunway Pyramid. Balik tu macam nak tercabut kaki I sebab tawaf satu Sunway Pyramid. Terjebak jugaklah membeli hadiah harijadi Kakak at Uniqlo and kasut sepasang for me at Pay for less shoes. Then ternampak Voir ada sale, RM15 for everything. Itu pun dapat beli sehelai jer jeans untuk Kakak sebab size semua macam dah tak ada. Rupanya my friend told me that sale RM15 Voir tu daripada hari Jumaat. Nasib baik jugaklah tak tahu kalau tak mau memborong sakan.
Sunday tu tinggal semua baju yang tak lawa dah :(

Anyway, incase you don't know what is cosplay, 

'Cosplay (コスプレ, kosupure ?), a portmanteau of the words costume play, is a performance art in which participants called cosplayers wear costumes and fashion accessories to represent a specific character or idea. - wikipedia'



budak yang excited nak attend the carnival. Costume semua dia jahit sendiri...gigih tak gigih.
Habis make-up I pun dikerjakannya.



Adik and her BFF. 
Dua-dua budak ni jahit costume sendiri. Itupun dia duk pujuk I belikan dia mesin jahit. Beli boleh tapi I takut nanti jadi gajah putih jer kat rumah. Janganlah ditanya I character apa yang budak-budak ni nak try to impersonate cause I tak tahu. Yang rajin layan series Anime ni ayah budak-budak ni. So depa anak beranak akan berkampung depan TV on weekend tengok kartun Anime. Seriously, I don't understand apa yang best sangat kartun Anime.



Mama yang excited sebab tengok youngsters dress up macam-macam character. Cantik-cantik costume depa. Mak pun siap beratur cop tangan sebab nak dapat free gift hahaha...
Free giftnya a cute small note pad. Lupa nak tangkap gambar. 



Skuad Team ni paling glamer kot sebab ramai yang nak bergambar dengan mereka.
Sampai kita orang nak balik pun, kat bawah escalator tu derang masih duk posing.



I dipaksa tangkap gambar tiang sebab ayah budak-budak ni nak download cerita-cerita ni


yang baju hijau ni Pahlawan Baja Hijau kot hahahaha...pepandai jer bagi nama character






lupa nak bagitau entrance Carnival free, cuma kalau nak tengok concert kena bayar. Itu pun tiket untuk concert cepat sold out.


Cutelah pula cartoon character ni


See you next year katanya....

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin