Tuesday, March 31, 2015

Animax Carnival Malaysia 2015

Berbulan lamanya dah kami di pre-empt oleh Adik pasal Animax Carnival ni. Percaya tak she start searching materials for her her costumes months ahead. Ialah semua jahit sendiri. Pastu dia sanggup kumpul duit belanja duit sekolah sampai ikat perut kat sekolah sebab nak beli wig blond tu. Ikat perut kat sekolah tapi balik tu duk 'bernyanyi' kat telinga I suruh masak cepat sebab lapar.

 So last Sunday, we went to the Animax Carnival at Sunway Pyramid Convention Centre. Masyaallah kalau suruh I pergi sendiri Sunway Pyramid ni mesti I sesat dalam parking lot itself sebab I tak berapa familiar sangat dengan Sunway Pyramid. Unlike One Utama or The Curve semua sudut pun I dah hafal.

So we arrive at 11am, ramai sangat budak-budak cosplay. Told her that she can only stay sampai pukul 3pm sebab pukul 5 petang ada replacement class untuk gitar. Ingatkan nak hantar dia jer but we end up waiting for her at Sunway Pyramid. Balik tu macam nak tercabut kaki I sebab tawaf satu Sunway Pyramid. Terjebak jugaklah membeli hadiah harijadi Kakak at Uniqlo and kasut sepasang for me at Pay for less shoes. Then ternampak Voir ada sale, RM15 for everything. Itu pun dapat beli sehelai jer jeans untuk Kakak sebab size semua macam dah tak ada. Rupanya my friend told me that sale RM15 Voir tu daripada hari Jumaat. Nasib baik jugaklah tak tahu kalau tak mau memborong sakan.
Sunday tu tinggal semua baju yang tak lawa dah :(

Anyway, incase you don't know what is cosplay, 

'Cosplay (コスプレ, kosupure ?), a portmanteau of the words costume play, is a performance art in which participants called cosplayers wear costumes and fashion accessories to represent a specific character or idea. - wikipedia'



budak yang excited nak attend the carnival. Costume semua dia jahit sendiri...gigih tak gigih.
Habis make-up I pun dikerjakannya.



Adik and her BFF. 
Dua-dua budak ni jahit costume sendiri. Itupun dia duk pujuk I belikan dia mesin jahit. Beli boleh tapi I takut nanti jadi gajah putih jer kat rumah. Janganlah ditanya I character apa yang budak-budak ni nak try to impersonate cause I tak tahu. Yang rajin layan series Anime ni ayah budak-budak ni. So depa anak beranak akan berkampung depan TV on weekend tengok kartun Anime. Seriously, I don't understand apa yang best sangat kartun Anime.



Mama yang excited sebab tengok youngsters dress up macam-macam character. Cantik-cantik costume depa. Mak pun siap beratur cop tangan sebab nak dapat free gift hahaha...
Free giftnya a cute small note pad. Lupa nak tangkap gambar. 



Skuad Team ni paling glamer kot sebab ramai yang nak bergambar dengan mereka.
Sampai kita orang nak balik pun, kat bawah escalator tu derang masih duk posing.



I dipaksa tangkap gambar tiang sebab ayah budak-budak ni nak download cerita-cerita ni


yang baju hijau ni Pahlawan Baja Hijau kot hahahaha...pepandai jer bagi nama character






lupa nak bagitau entrance Carnival free, cuma kalau nak tengok concert kena bayar. Itu pun tiket untuk concert cepat sold out.


Cutelah pula cartoon character ni


See you next year katanya....

Monday, March 30, 2015

KRU Academy Open day 2015

Last weekend memang busy giler. Hari Sabtu pagi-pagi lagi dah berdesup pergi Cyberjaya untuk Open day KRU Academy 2015. Anak dah remind seminggu awal, pastu Jumaat siap whatsapps remind lagi. So sebagai ibu bapa yang penyayang overprotective mestilah pergi support anak. Lagipun ambik kesempatan nak jumpa teacher dia tanya perkembangan pelajaran. 


Open Day KRU '15


budak ni sibuk tanya kenapa budak umur 13 tahun (technically she is only 12 years and 3 months old) tak boleh masuk KRU Academy. 
Suka dia tengok budak-budak KRU Academy semua boleh lukis Anime. Memang minat sangatlah Adik.

Tapi yang paling kelakar kawan-kawan Abang ingatkan Adik, kakak kepada Abang. 
Ada yang siap panggil dia Kakak. Nak buat macamana she is taller than most of the girls there. 

Ingatkan tahun ni ada lagi Kumpulan Forteen buat persembahan macam tahun lepas tapi tak adalah pulak. Frust Mama tau....



Baju prop Cicak Man


Abang macam tahun sebelum jaga booth photography.
Abang kena buat editing. Suruh Adik bergambar but she refuse....hishhh....time macam ni lah I wish I ada anak kecik lagi yang boleh kena paksa hahaha.... Ada gambar background Powerpuff girls tau...comel sangat. 


prop kepala beruang


girl version versus boy version

(nampak tak gambar powerpuff girls kat belakang tu. Kita ambik gambar kat the green screen then they incorporatekan dalam background yang kita pilih)



STOP....yeah Adik....stop protesting at everything I ask you to do #problemwithteenagers


cute props at the entrance




ada booth jual pakaian dan makanan kat luar. Beli jugaklah makanan to support the students yang menjual.


ada Karaoke booth so kalau sesiapa yang berani tu bolehlah menyanyi.
Bagus adik berdua ni, kalau Aunty karaoke kat Red Box jerlah yang berani sebab orang lain tak boleh dengar....takut hujan lebat kalau Aunty menyanyi.


budak-budak ni ada yang pakai baju Cosplay. Adik frust sebab tak bawak jacket cosplay dia.
Cerita pasal cosplay ni tak habis sampai sini, besok insyallah akan ada post about cosplay/anime.



Okay Abang .....Mama nak balik dah. Haishh....budak Adik ni ada dimana-mana. 
Tak bagi chance langsung Abang ambik gambar berdua dengan Mama.
Sampai gaduh-gaduhlah berdua ni cakap 'this is my mom!' ....si adik pun menjawap 'this is my mom too'.....  >.<

So before I end my post I leave you with videos of one of the students singing. 
Katanya pujaan hati ramai. Biasalah selalunya kalau pandai main gitar dan menyanyi memang akan pujaan hati gadis-gadis.




sedap suara budak ni tapi maybe tak dengar sangat kot sound tu.
Should've record using my phone instead of my SJ4000 Camera.





Thursday, March 26, 2015

Oh my english sangat!


Kami kat office ni kalau hantar email atau memo biasanya akan menggunakan bahasa Inggeris. Dah itu universal language. Senang semua orang faham. 

Tapi ada jugaklah yang english berterabur. Kalau hantar email tu asal boleh jer ayat bahasa Inggerisnya. Nasib koranglah nak memahamkan ayat yang nak disampaikan.

Semalam I ada terima satu image dalam whatsapps.
Nak gelak atau nangis pun tak tahulah. Tapi kesian sangat.


>.<





Adik ni agaknya first time beli barang online.....kesian sangat.

Tapi dik....takkanlah tak tau postage tu apa kot #tepukkepala

Wednesday, March 25, 2015

Pre-birthday lunch

My eyes are half closed right now. A results of eating lunch too much.

Speaking of lunch. Last week I had a pre-birthday lunch with the kids.

Kalau tunggu birthday I memang tak merasalahkan Abang nak sambut sekali. Ahad dah hantar budak tu balik hostel.

Ni pun dia tengok gambar-gambar makanan kat my IG, dia merungut 'Mama ni masa Abang tak ada kat rumah makan sedap-sedap. Tak tunggu Abang'

Kalau nak tunggu Abang, tak makanlah Mama macam tu nak oi. 

Nasib baik jugaklah ada voucher Kenny Rogers 'buy two get one free meal'.

So we ordered 4 meal , dapat 2 free meal. Rezekilah tu. Extra meal tu tapau bawak balik makan kat rumah.



hmmm sedapnya mash patatoes tu



tengok gambar buah ni teringinlah pulak. Balik nanti kena singgah beli fruits.


That's it for today. Ngantuknya!



Monday, March 23, 2015

Another candle on my cake


Alhamdulillah Allah give me another year to celebrate another birthday.

Syukur Alhamdulillah. 
Kalau letak lilin atas kek ni mau penuh kek hahaha...

I hope that the older I get the wiser and a more patient person I'll be. Menjadi insan yang lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya. Azam tahun ni kena habiskan tafseer Al-Quran. 

Semoga Allah juga mengurniakan I kesihatan yang lebih baik dan dimurahkan rezeki.

I received quite a number of birthday wishes from my family and friends. Thank you all.

I am especially touched by the birthday wishes given by my kds.



a birthday card from Adik. Thank you Sayang....I know you spend quite some time drawing and coloring the card for me. Mama love it.....muah-muah!


Kakak pagi-pagi lagi dah wish birthday. Thank you Kakak belanja Mama makan aiskrim =)
All day she keeps calling me 'birthday girl'
Yeah this birthday girl has a big zit tepi bibir :'(


Send my boy back to hostel yesterday. Sekejap jer cuti sekolah habis.
Pagi-pagi lagi dah terima ucapan harijadi thru whatsapps dari Abang =)

It's been a great day today. Alhamdulillah.

Friday, March 20, 2015

Belanja anak-anak at Jumpstreet

Last Sunday I belanja anak-anak pergi lompat-lompat kat Jumpstreet. Ialah cuti sekolah tak pergi mana-mana kesian kat derang bosan duduk rumah jer.

Actually I gave them option samada nak pergi Jumpstreet atau memanjat dinding kat Camp 5 One Utama. It seems that they prefer to lompat-lompat.

Kalau you guys interested nak bawak anak-anak you guys can either google for the facebook page. My brain this week dah macam short circuit sikit sebab banyak sangat kena buat problem solving kat office plus asyik kena marah jerkan. So I can't really remember the details.....nampaknya kena makan kismis banyak-banyak ni.


Kakak ni baru lompat sikit dah mengadu sakit dadalah....manja sangat dia tuh...



it's a really big space. Jangan risau pada parents yang tak nak melompat sama tu, there's tables and chairs untuk lepak plus they sell food and drinks (tapi mahal sikitlah from outside)



kalau I muda lagi mau I join tapi dah aunty-aunty ni stamina banyak dah kurang



doink...doink...doink....lompat kakak and shoot the hoop



these two athletes do not have any problem jumping around for two hours. Mama kalau lompat dalam ni mau stuck tak boleh keluar sebab berat. See how easy for Abang and Adik jumping and doing back flips.


Just an extra info, if you have handicap (OKU) kids the entry for them is free. You just need  to purchase socks for them.

Happy Friday all....I am so looking forward to end this weeks work. Brain and body tired from all the 'battle' and 'beating' at work. Chill you all.

Thursday, March 19, 2015

Hot Air Balloon Putrajaya yang nan ado

So I talked to my husband.....biasalah rant about work. Stress dengan client-client setan semua. Client muda selalunya tak ada masalah sangat sebab diaorang IT savvy macam I. Yang selalu bermasaalah ni yang apek-apek dan ahso-ahso tua-tua. Nak suruh on PC pun kadang-kadang tak reti tapi ada hati nak trade online. My husband said that I take things too personally. Pasal tu bila kena marah dengan client I stress.

Ok moving on.....

Friday lepas kami jemput Abang dari hostel. Itu pun sampai hostel dia almost 9pm, ialah bertolak lepas Adik habis sekolah petang.
Alang-alang dah sampai malam kita plan pergi Putrajaya sekali nak tengok hot air ballon. Last few years kami ada jugak tengok hot air balloon malam tapi kali ni ntah apa nasib satu hot air ballon pun tak ada. Semua dah bungkus kot hahahaha...

Nasib baik jugaklah ada macam gerai-gerai jualan. Tapi I nak tegur satu jer.
Deejay yang memutarkan lagu malam tu was so insensitive. Lagu yang dimain all the vulgar words keluar....which is inapropriate to a place yang banyak pengunjungnya terdiri dari malay families with kids. We even saw a parent yang tutup telinga anak dia.
Come onlah tak payahlah nak jadi hip cool sangat....this is not disco man....this is tapak gerai jer kot. Tizz Zakiah (as the organizer) if in any way you're reading this........please janganlah ambik lagi deejay tu. He is way out of line. Tak sensitif langsung or he tought that we malays tak faham bahasa Inggeris. Pleaselah.... melayu sakarang ni ramai dah yang menguasai bahasa Inggeris. Belajar overseas pun ramai hokay......this is not the 50's. I silap sebab I tak record pulak masa lagu-lagu vulgar/ lucah tu dimainkan. Even Adik pun complaint kata lagu tu tak sesuai and she even buat muka macam tak comfortable. That's coming from a 12 year old. 

Mintak maaflah kalau sesiapa yang terasa tapi Aries are blunt and straight forward people. Kalau dia tak suka something, they will tell it straight to your face. Tak ada selindung-selindung. Kalau makan hati tu nasib ler...at least we're honest hahaha.

Here's a few pictures yang I tangkap malam tu. Banyak gambar blur sebab tak cukup lighting.






Deejay Fuzz in the house....iye ker...
tapi deejay yang I kutuk tadi bukan deejay ni tau.
At least deejay ni tau lagu apa yang approriate nak main depan crowd


ini jerlah hot balloon yang nampak. Itu pun sikit jer dia keluar dari celah pokok


makcik meroyan yang cepat stress




hi Abanggggg



Mama pun nak jugak. 


comelkan macam cerita Up



So tak ada rezeki tahun ni nak tengok hot air balloon. Maybe next year kalau rajin.


Arghhhhhhh....stress



This is how I feel like now.

Rasa nak tekap kepala dengan bantal pastu jerit sekuat-kuat hati.

Stress hoi dengan kerja. Minggu ni baru launching system baru. Encounter macam-macam masalah.

Pastu client semua bangsa tak memahami. Tahu nak marah menjerit-jerit jer kerjanya macam setan. Membebel macam 10 hari 10 malam tak nak letak talipon.

Bila kita suggest solution tak nak ikut tapi nak blame kat kita balik.

Seriously stupid ok. My sincere advise kalau bangang sangat tak tahu apa-apa pasal computer atau gadget tak payahlah guna gadget tu. Stick to the stuff you know best.

Stressssssssssss......nak berenti kerja.

Bilalah duit nak jatuh sejelepuk berjuta ni. #nangis

Tuesday, March 17, 2015

Mengaku cepat



                               I awal-awal mengaku yang I ..................kaki buli hahahaha...

                                Ada yang pernah kena sorok bag sekolah kat belakang blok.

                                Pastu masa kat kolej ramai jugak yg bff & I pekenakan.

                                Ingat lagi macamana kami pedajal member yang nak keluar drive out

                                kereta. Kitaorang pergi susun pasu bunga banyak- banyak 

                                halang laluan tu. Bengang jer member sebab kena keluar kereta

                               alih pasu bunga hahahaha.....kitaorg kat tu buat muka bodoh hahahaha.

                              Banyak lagilah kisah lain tapi tak leh cerita nanti anak2 tau mak derang 

                               nakal dulu-dulu.

                                                          So korang kaki apa??


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin