Tajuk open house's' tapi gambar-gambar kat bawah ni satu open house jer. Bulan Syawal ni memang maklumlahkan every weekend mesti ada open house. Hujung minggu ni dah confirm ada 2 biji open house. Selamat dapur tak payah berasap.....cuti masaklah jawapnya.
Ahad lepas bespren kita buat makan-makan sempena besday anak dara dia plus anak-anak menjemput kawan-kawan beraya. Sebenarnya ni kali kedua bulan raya ni pergi rumah dia....alah I tak kisah pulak. Kalau bab makan orang jemput memang laju jer.
TudungPeople scarf beli kat Modvier.
Penat Akak belajar kat Youtube nak pakai scarf ni.....last-last gitu jugak gayanya :'(
Fail!
Awat tuan rumah tak pakai baju raya ni. Tuan rumah penat memasak dari 8.30 pagi
Dah macam Masterchef okay masak mee kari, nasi minyak dan pelbagai lauk pauk. Boleh bukak cateringlah lepas ni.
Seperiuk besar kuah mee kari dia.....lupa nak tangkap gambar pulak.
kami makan kat meja dapur. Senang nak capai makanan atas meja tu.
Cupcakes ni memang sedaplah.
Dahlah memang cun-cun jer kotak ni depan mata, senang jer tangan capai. Dekat 2 biji jugaklah I ngap. Cream cheese dia light jer and the cake lembut sangat.
Cupcakes ni kawan Reen yang buatkan. Katanya belajar buat kek dari Youtube jer. Mak aihh kagum sangat sebab kalau I ler....sah-sah keras kejung cupcake tu. I memang tak ada bakat nak buat kek. Even premix cake yang dalam kotak tu I buat pun tak menjadi. Inikan pulak nak buat cake from scratch.....memang tak ada harapanlah rupa kek. Takut keluar jadi batu ...keras jer.
kek ni pun orang yang sama buat cupcake tu yang buat. Kek coklat ni pun sedap.
ni Masterchef yang masak. Tak nampaklah pulak gambar lauk pauk untuk nasi minyak.
Itha....I pinjam gambar-gambar you kat whatsapps tau.
malam sebelum tu Masterchef dah whatsapps kitaorang. Dah siap prepare untuk majlis keesokan harinya.
cubaan untuk kami semua menyorokkan perut yang kembang
I kalau dah jumpa minah-minah ni memang non-stoplah gossiping and chit chat sampai husband2 kitaorang agaknya dah bagi berpuluh2 hint suruh anak sampaikan tapi semua buat tak paham jer. Bukannya senang nak jumpa derang ni so kenalah utilisekan masa untuk gossip sebaik-baiknya hahaha...BFF forever yaw!
No comments:
Post a Comment