Thursday, August 28, 2014

Birthday shoutout to my bestie



Happy Birthday to my bestie 

I pray that Allah bless you always.
Semoga Allah bagi kau kekuatan untuk menempuh semua dugaan hidup for you and your kids. 
Semoga kau diberikan kesihatan yang baik dan murah rezeki.

May it be a joyous day for you. 

Tuesday, August 26, 2014

Syawal 27, 2014 - Syawal dah nak habis

Syawal dah nak sampai ke penghujung dah. Cerita #Rinduawak200% pun dah nak habis. Rindulah Akak kat Capt Zil Faezrul dan Armel Aisyah. Everytime tengok cerita ni mesti tersengih-sengih sorang-sorang tengok ke'sweet'an Zil & Mel. Sampai ada 2-3 kali jugaklah terpacul cakap 'Kahwin jerlah Zul & Ayda ni'. Nampak serasi bersama tapi awek Zul, Akak Gayah tu nak buh manakan hahaha #peminatygterlebihover.

Merapu sampai ke RA200% pulak. Sabtu lepas kami ke Taman Sering Ukay for our ex-unimate open house. Orang jemput dari pukul 5 sampai tujuh petang. Kami sampai pun dah almost pukul 7 malam so tak ada sangat dah makanan. Tak perlah asal memenuhi jemputan.
Ada classmate lain yang datang tapi guylah. Cakap kat my husband, 'ingat lagi dia kat Ayu eh'. Ialah sebab I jarang lepak atau bercakap dengan gang2 tu masa kat uni. I ada gang sendiri masa kat uni dulu. My husband kata, 'mau tak ingat......org lawa mesti semua org ingat'. Kembang montot Akak kejap hahaha....tapi soalannya lawakah??

Depan sikit dari rumah member kami tu ada open house jugak. Khemah macam kenduri orang kawin. Rupa-rupanya rumah Zizie & Bung buat open house.


kitaorang memang suka kepochi....sanggup drive keatas sikit sebab nak tgk khemah open house Zizie =D

Dari Taman Seri Ukay kami ke Jalan U-Thant pulak to my sister's house. My sister buat makan-makan hari raya plus my mom's bday on Sunday.

Seksanyalah hoi nak parking kat kuaters dia ni sebab parking limited so kena parking kat luar. Pusing 3 kali pun tak ada parking kosong kat tepi jalan tu. So kena parking jauh sikit dan menapak....sabor jerlah. My other sister dah ngomel2 sebab dia dengan anak-anak kecik berderet tu and my parents lagi. Takkan nak parking luar and jalan kot.....jauh tu. Nasib baik park guard bagi jugak dia masuk.....kalau tak ada yang amukan.

Sunday pulak Masjid TTDI buat open house raya. Sebagai orang kampung TTDI, mak pak kita dah bagi arahan suruh pergi. Rezeki jangan ditolak, tak baikkan. 

Macam-macam khemah makanan ada. Tapi khemah untuk kambing tu awal-awal lagilah kot dah habis sebab bila I sampai macam tinggal tulang jer.


khemah makanan too spread out. Akak malas nak berjalan-jalan sebab panas. Hasilnya makanlah makanan khemah yang paling dekat.


khemah ABC


Apa motip tangkap gambar tong sampah ni?


macam-macam makanan atas meja. Ada murtabak, satay, kueyteow, ABC. Khemah yang jauh-jauh tu kami malas nak jalan dalam panas. Dengarnya ada mee suplah, rendang ayam, rendang daging dll. 



our besday girl.
 Happy birthday Mama. We all love you sooooo much. We pray that you will have good health dan dirahmati Allah sentiasa.



supposed to go to my cousin's house after this tapi budak ni sibuk nak pergi ice-skating. Janji dengan kawan pukul 2 petang tapi semua tak punctual >.<


Nasi impit, kuah kacang, lemang dan rendang ayam yang tinggal sikit, nasib baik sempat ambik. 


OMG....bulatnya my face. Blame it on the greasy, fattening food during raya month. #cry #sparetyre pun nampak. By the way this is my ex-classmate masa from 4 & 5. Banyak memori nakal hahaha.....



susah nau nak feeling princess pakai jubah kembang-kembang ni sebab asyiklah ada orang memijak my baju (read: my children)

Sampai senget-sengetlah siap terpejam-pejam mata nak posing pakai jubah kembang ni. Anak dah malas nak layan mak suruh tangkap gambar. Jubah ni I beli kat Zawara. Bagi chance ler, baju raya hari tu beli sehelai jer. So last Saturday belilah lagi sepasang baju raya. Mak pun nak jugak melaram hahaha.

Wednesday, August 20, 2014

Taiping Food Center


Tiap-tiap kali lalu kat Uptown mesti nampak restoran Taiping Food Center sebab kedai dia kat corner lot tapi tak terbuka pulak hati nak masuk.

Tapi tengahari semalam masa lalu, nampak kedai ni buka pulak lunch time. So hari ni kami bertiga Ayah, Kakak dan Mama pergi lunch sini.



Tak payah buka menu pun sebab mata dah terpandang mee udang. 
Tak payah ceritalahkan Taipingkan terkenal dengan Mee Udang Kuala Sepetang.
So harus order mee udang kat sini. Lagi pun teringin lama dah nak makan mee udang.

Selain daripada mee udang, kami order nasi ayam, nasi goreng dan minuman.


mee udang yang sampai. Memang tak mengecewakanlah sebab mee udang dia sedap sangat. Tapi janganlah expect udang yang gemuk-gemuk macam kat Kuala Sepetang pulak. But I can say kuah mee udang ni manis sedap.

Nasi ayam dan nasi gorengnya pun sedap.....licin kami makan. I also nak puji yang pekerja restoran ni friendly and very attentive to customers. Nanti dia akan tanya kita nak apa lagi ke. Pastu nanti dia buh tissue atas meja kita. Layanan macam nilah kita nak.


Harga makanan kami. Agak surpriselah sebab mee udang hanya RM6.90.
Nampak gayanya akan ke sini lagi.

Two thumbs up (ikut tekak I lerr)



Random - Pay Quik Machine


Rumah I tu dah lama tak pakai Astro tapi sekarang pakai Njoi jer sebab fedup tengok cerita berulang-ulang . Astrokan suka repeat cerita 20 ribu kali sampai naik jemu. Kalau I tengok pun selalunya Astro Ria jer. Movie sekarang kitaorang tengok online jer.

Njoi ni basic-basic channel TV1, TV2,TV3, NTV7, TV9, 8TV, Al Hijrah, Astro Prima, Oasis dan channel lain yang I tak tengok tu ada ler. Tapi package yang berbayar tu kalau ada cerita yang I nak tengok kat Astro Ria selalunya I beli prepaid card Njoi. 

Ada satu kedai kat KD tu I selalu beli top up RM10 atau RM20. Tapi lately-lately ni kedai tu dah tak juallah pulak top up Njoi ni. Maybe tak banyak permintaan. Frust Akak tau. 

Nasib baik Cina kedai tu bagitau yang customer dia bagitau ada satu machine untuk top up Njoi kat The Curve. Bila tanya location machine dia pun tak tau.

Ada sekali tu pergi makan kat Ikano. Kebetulan kat Ground Floor tu ada kaunter Astro so I pun pergilah tanya salesman Astro. Deranglah yang bagitau actually machine tu located kat tepi kedai buku Borders, The Curve. Sebelah machine ATM Ambank jer rupanya machine top up tu.



inilah rupa machine top up tu. Pay Quik nama machinenya.
Macam-macam boleh buat kat machine ni rupanya. Nak top up boleh , bayar bill pun boleh.
Tak payahlah nak ajar cara nak guna machine ni kan. Sampai depan machine nanti pepandailah korang figure out.

Kalau nak tau kat mana lagi ada machine ni gi ler click 

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
v

http://www.payquik.my/kiosk_location.html

Akak dah tak payah risau sekarang nak top up Njoi Akak =)

Tuesday, August 19, 2014

Syawal 2014 - Open houses

Tajuk open house's' tapi gambar-gambar kat bawah ni satu open house jer. Bulan Syawal ni memang maklumlahkan every weekend mesti ada open house. Hujung minggu ni dah confirm ada 2 biji open house. Selamat dapur tak payah berasap.....cuti masaklah jawapnya.

Ahad lepas bespren kita buat makan-makan sempena besday anak dara dia plus anak-anak menjemput kawan-kawan beraya. Sebenarnya ni kali kedua bulan raya ni pergi rumah dia....alah I tak kisah pulak. Kalau bab makan orang jemput memang laju jer. 


TudungPeople scarf beli kat Modvier. 
Penat Akak belajar kat Youtube nak pakai scarf ni.....last-last gitu jugak gayanya :'(
Fail!


Awat tuan rumah tak pakai baju raya ni. Tuan rumah penat memasak dari 8.30 pagi
Dah macam Masterchef okay masak mee kari, nasi minyak dan pelbagai lauk pauk. Boleh bukak cateringlah lepas ni.
Seperiuk besar kuah mee kari dia.....lupa nak tangkap gambar pulak.



kami makan kat meja dapur. Senang nak capai makanan atas meja tu.


Cupcakes ni memang sedaplah. 
Dahlah memang cun-cun jer kotak ni depan mata, senang jer tangan capai. Dekat 2 biji jugaklah I ngap. Cream cheese dia light jer and the cake lembut sangat.

Cupcakes ni kawan Reen yang buatkan. Katanya belajar buat kek dari Youtube jer. Mak aihh kagum sangat sebab kalau I ler....sah-sah keras kejung cupcake tu. I memang tak ada bakat nak buat kek. Even premix cake yang dalam kotak tu I buat pun tak menjadi. Inikan pulak nak buat cake from scratch.....memang tak ada harapanlah rupa kek. Takut keluar jadi batu ...keras jer. 


kek ni pun orang yang sama buat cupcake tu yang buat. Kek coklat ni pun sedap.


ni Masterchef yang masak. Tak nampaklah pulak gambar lauk pauk untuk nasi minyak. 
Itha....I pinjam gambar-gambar you kat whatsapps tau.



malam sebelum tu Masterchef dah whatsapps kitaorang. Dah siap prepare untuk majlis keesokan harinya.


cubaan untuk kami semua menyorokkan perut yang kembang

I kalau dah jumpa minah-minah ni memang non-stoplah gossiping and chit chat sampai husband2 kitaorang agaknya dah bagi berpuluh2 hint suruh anak sampaikan tapi semua buat tak paham jer. Bukannya senang nak jumpa derang ni so kenalah utilisekan masa untuk gossip sebaik-baiknya hahaha...BFF forever yaw!

Friday, August 15, 2014

Syawal 4, 2014 - Ke Tugu Negara kita

Tajuk tak nak kalah.....kekonon nak tiru Wak Doyok dan Myo #kekoreakita.
Minggu raya tu satu minggu I cuti so Raya keempat tu dah mati kutu tak tahu nak pergi mana. So alang-alang kita jalan-jalan jadi tourist kat bandaraya KL.

Mula-mula kitaorang singgah Tugu Negara. Sajalah kekonon nak ambik gambar. Patriotiklah sangatkan. Bulan ni kan bulan kemerdekaan, so kenalah semangat sikit.

 Ramai jugaklah pelancong dari China dan Indonesia hari tu. So kami pun fefeeling pelancong jugaklah.


sapa suruh pergi pukul 12 tengahari. Kan dah panas tu yang mata memasing kecikkkk jer


ambik gambar guna monopod dan shutter. Moi...apasat mata manyak kicikkk?



ntah gambar apalah yang Kakak ambik tu?


pakai tudung hitam lagilah berpeluh sakan. 

Kekonon tengok Neelofa pakai tudung hitam lawa jerkan....kita pun feelinglah nak pakai tudung hitam gak. Tapi itulah, Neelofa tu pakai tudung saji pun tetap lawa. So next time kena sedar diri.


why am I not looking at the camera?




gambar ni kami ambik guna tripod + monopod + shutter. Ayah budak-budak ni malas nak turun sebab sakit kaki.



Adik....kita tengok mana tu?


kekonon artistik sangatlah tu




Lepas habis bergambar di Tugu Negara kami ke KLCC. Masyaallah rasa macam kat oversealah pulak sebab penuh dengan Bangla, Myanmar dan Indon. Sikit punyalah masing-masing dressing bergambar kat KLCC tu. Ada tu sisp pakai coat okay nak abergambar kat KLCC. Agaknya nak hantar balik gambar kat bini di kampung so kenalah dressing gempak sikit. Nyosal den pergi sebab tak leh nak jalan sangat sebab set-set derang ramai. Nak ambik gambar kat fountain luar tu pun dah tak cun sebab bersidai foreigner. 

Kalau foreigner mat salleh....oklahlah lagi boleh feeling kat Australia atau London ke kah kah kah.....




Wednesday, August 13, 2014

Syawal 13 2014 - Majlis Aqiqah dan open house

My nephew dah masuk 8 bulan my sister baru buat majlis aqiqah sebab buat sekali dengan anak sister in law dia. Dua baby sekalilah aqiqah.

I macam biasa datang as tetamulah hahaha....ialah majlis kat rumah in-laws my sister. Kalau buat kat rumah my parents wajiblah tolongkan. Ini kat rumah parent in law my sister so kita datang as guest jerlah. Datang makan sajalah.

 Nak datang awal tak boleh sebab pagi tu bawak Abang untuk dentist appoinment. Teruk betul gigi budak lelaki tu. Doktor kena tampal tiga batang gigi depan dia. Mulalahkan I pun tarbiyah (nasihat panjang sikitttttt) kat dia depan dentist suruh brush his teeth the correct way. Sesambil tu dentist pun tambah nasihat. Selalu kalau mak nasihat budak-budak ni tak nak dengar dan percayakan. Sejam jugaklah dentist mengerjakan gigi dia. Terbang jugaklah duit mak RM370...... Mahalnya sekarang nak buat braces. Dentist bagitau RM5k untuk buat braces. Udah korang adik beradik jagalah gigi baik-baik. Kalau tak pandai jaga gigi, nanti dah kerja buat braces sendiri.....hahaha dasar kedekut sedangkan dulu masa sekolah I pun pakai braces. Sakit gila pakai braces sampaikan kat sekolah I jarang senyum sebab my braces was so tight that I cannot open my mouth. My schoolmates semua kata I sombong sebab jarang senyum....sebenarnya sakitlah nak buka mulut.


dah besar pun nangis nak pegang tangan mak =P
Malu kalau gepren nampak hahaha....

Habis appoinment terus rushing siap-siap ke majlis aqiqah my nephew.


cilok gambar from my sister's FB. Lawakan baby cradle ni.


me and my sisters, my niece dan 'pengantin kecik' yang tak nak pandang kamera


sisters


I suruh tangkap gambar I...last-last jadi lembaga hitam jerlah



me and my boboy yang dah hensem....ehh malu pulak dia nak tunjuk gigi dia yang dah cantik tu.
Sian baby boy tak boleh nak makan sangat sebab mulut kebas lagi.


dua ekor kambing makanlah puas-puas. Kami siap tapau lagibawak balik kambing.
Malam I ngadap kipas sebab panas makan kambing banyak sangat.

Lepas habis majlis aqiqah, my parents ajak pergi open house kawan derang pulak at Damansara Indah (kalau tak silaplah). Rumah uncle ni belakang club golf so boleh nampak orang main golf. Bestnyalah hai rumah orang kaya ni.....terkesima sekejaplah tengok deco rumah orang kaya. I tak ambik gambarlah pulak sebab malas nak bangun tank perut penuh.


I only ate salad and mash potatoes. Dah tak boleh nak masuk lagi makanan sebab perut dah kenyang sangat. The mash potatoes was delicious creamy dan smooth. Adik belasah makan kambing lagi. Memang favorite dia kambing.


depan pintu rumah orang pun jadi bergambar hahaha...
My sister thought she can get away tak payah pergi open house kawan my dad....sorrylah lol.
You're stuck with us sister!

Monday, August 11, 2014

Syawal 1 2014 - Baru nak update

Lama nak cari mood nak update. Banyak sangat makan lemang dan rendang sampai malas nak update cerita Raya. Cuti seminggu macam tak cukup, rasa macam tahun depan nak ambik cuti raya 2 minggu......overlahkan tu.

Hari ni baru rasa free sikit nak menaip. Biasanya banyak jer kerja yang kena buat. Balik rumah dah penat tahu nak baring tidur jer.

Tahun ni kami beraya di Kuala Lumpur saja. Pusing semua rumah sedara mara ayah budak-budak ni di KL.

 I pun tahun ni gigih masak rendang, rebus ketupat instant, masak kari daging bagai. Sibuk sorang-sorang kelentang kelentung kat dapur. Barang-barang nak masak semua pun gigih beli kat Chow Kit sehari sebelum raya. Nasib baiklah cik abang kita tu suka beli barang dapur, kalau harap kat I mati kutu kena campak kat pasar Chow Kit tu. Kat Tesco/ Giant barang semua dah label harga senang...ambik bayar. Tanyalah I sekilo ayam berapa harga....haram I tak tahu. I tahu I nak masak, barang-barang ada kat dapur. 

Sempat jugaklah I balik dari Chow Kit tu singgah Jalan TAR. Dapatlah rembat tudung sehelai. Itu pun beli kat kedai depan-depan tu jer tak jalan pun kat belakang yang ramai orang berniaga tu.

Sembahyang sunat Aidilfitri only the boys yang pergi. I tak sempat nak tengok derang pergi sebab sibuk kat dapur pastu baru nak mandi. Rupa-rupanya......dua-dua bapak dan anak pergi sembahyang Raya pakai jeans dengan T-shirt  ......... sabor jerlah   >.<


gambar raya pertama putra dan puteri-puteri saya. Baju konsep caca marba. Suka hati korang lah nak pakai baju apa. Dah tak boleh nak coordinate sebab semua dah ada taste masing-masing.



Lepas makan kat rumah baru kita ziarah sedara mara. Yang kat belakang tu semua dah terbongkang keletihan.


semua dah lebih kurang sama tinggi. Baju kasut semua dah boleh share.
Baju raya I tahun ni sehelai jer. Tudung pulak over sampai 4 helai. Dah tua-tua ni recycle jer balik baju raya lama-lama.



Dah malam baru dapat jumpa Atu dan Nenek sebab my sister sekeluarga and parents beraya di Melaka balik hari. Gambatr ni pun missing dua orang cucu, yang paling bungsu and anak my sister yang beraya dengan parents in law dia. 

Basically that was our first raya. Nanti I update lagi ya. Harap-harap mood tu datang awallah nak update. Mood asyik kelaut jer ni.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin