Thursday, February 20, 2014

Weekend kami

Sabtu lepas ada appionment dengan my specialist. Adoi tiap-tiap kali jumpa sure kena inject steroid kat leher. Cuba bayangkan kalau kena inject dekat montot yang banyak lemak tu sakit, inikan kat tengkuk/leher lagilah sakit. 

Doktor kata kalau tak reduce jugak the pain, might have to do another procedure to the neck slip disc which involve electrolite...ke apa ntah. Nak explain pun payah. Kalau tu pun tak boleh jugak, then kena buat major operation, gantikan neck punya disc tu dengan disc baru. Tetiba dalam otak terbayang ayam kena sembelih.....tak mauuuuuuuu. Doktor kata most patients kata lepas that major surgery memang tak sakit langsung dah lepas tu. 

Sunday pulak pergi Cyberjaya tengok Abang.
Jumaat lagi dia dah sms kata Ahad outing day dia. So kitaorang pun pergilah kolej ambik dia pergi makan sambil tengok boleh tak repair laptop dia yang rosak tu. 

Ajak pergi Alamanda tak nak pulak budak tu sebab ramai kawan-kawan dia yang lepak Alamanda so dia nak pergi The Mines. Sampai The Mines tempat pertama kitaorang tuju ialah food court sebab semua tak breakfast lagi. Tapikan I rasa lain kali tak pergi dah foodcourt kat The Mines tu sebab trauma. 

Tengah lepak depan kaunter tunggu makanan, sekali elok jer keluar sekor tikus besar gila  lalu atas kaunter tu. Tikus tu siap lalu atas tray makanan orang. Potong selera nak makan wehh. Eeee....geli geleman jadinya.

Laptop Abang tu tak boleh nak diselamatkan, kena jugak hantar kedai untuk reformat. Terbang duit Akak RM90 untuk reformat. Sementara nak tunggu siap tu, bagi pinjam netbook Kakak. Sentap minah tu, siap menangis-nangis marah kat ayah dia sebab ambik netbook dia. Udahlah minggu ni handphone dia hilang kat sekolah. Lagilah sedih hati dia. Nasib baiklah ada spare satu iPhone 3Gs kat rumah tu so bagi dia pakai dulu sementara beli phone baru.



hari tu beli fish eye lense kat kedai Ustaz. Kedai Ustaz tu jual macam-macam phone accessories pastu harga reasonable murah. Tu yang menerai tu hihi.



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin