Friday, February 28, 2014

10 Perkara yang perlu dielakkan di media sosial




No 1 tu memang kerap sangat dapat invitation untuk main game kat facebook sampai rasa nak cekik-cekik orang yang invite tu. I don't want to play ANY games!. If want I would downloaded it my self!


No 2 .....hmmm....biasalahkan. Faham...kawan-kawan kadang-kadang sexcited nak tunjuk barang-barang/ kerata yang baru beli. Foto gambo tengah loving-loving dengan husband mereka pun ada....doakan jerlah kebahgiaan mereka. Cuma nak kabor jangan ler excited sangat nak tunjuk semua nanti orang tak suka pulak. Simpan sendiri udahlah.

No 3...ehh suka ati Akak ler nak upload gambar makanan =P #terkenabatanghidungsendiri

No 4..duk berkias-kias mengharap orang bertanya atau faham sendiri. Lain kali tak ada niat nak bagitau orang , jangan up status2 yang mengundang pertanyaan orang. Bikin menyampah jer.

No 5 ni bahaya dik....jangan duk sibuk check-in sana sini kat media sosial tu, ditakuti anda ada stalker atau orang jahat memerhati jer setiap langkah. Bahaya tu.


NO 7  hihi....I tak akan approve my boss dalam my facebook atau instagram. Tak koser nak bersosial dengan boss dialam maya. Kena jaga gak privacy.

No 8 ni I find a bit annoying. Banyak sangat instablog seller yang pergi promote barang kat facebook atau Instagram page orang lain especially page celebrities. Kurang ajar tau sebab terjah rumah orang tak bagi salam, pastu terus masuk jer. Udahlah sekarang trend bagi nama Instagram pelik-pelik maca "mari_makan_pil_kurus_tinggi" >.<

No 9 Tak pernah cerita diet sebab I tak pernah diet  hahahaha

No 6 dengan 10 hilang hihi....yang tu nanti sambung kemudian.


diakhiri dengan ucapan "Peace and be safe in the cyberspace" from my baby boo.

Happy weekend all.....much love from us.


P/S: Boleh baca no 6 & 10 dalam majalah Cosmo bulan ni =P

Thursday, February 20, 2014

Weekend kami

Sabtu lepas ada appionment dengan my specialist. Adoi tiap-tiap kali jumpa sure kena inject steroid kat leher. Cuba bayangkan kalau kena inject dekat montot yang banyak lemak tu sakit, inikan kat tengkuk/leher lagilah sakit. 

Doktor kata kalau tak reduce jugak the pain, might have to do another procedure to the neck slip disc which involve electrolite...ke apa ntah. Nak explain pun payah. Kalau tu pun tak boleh jugak, then kena buat major operation, gantikan neck punya disc tu dengan disc baru. Tetiba dalam otak terbayang ayam kena sembelih.....tak mauuuuuuuu. Doktor kata most patients kata lepas that major surgery memang tak sakit langsung dah lepas tu. 

Sunday pulak pergi Cyberjaya tengok Abang.
Jumaat lagi dia dah sms kata Ahad outing day dia. So kitaorang pun pergilah kolej ambik dia pergi makan sambil tengok boleh tak repair laptop dia yang rosak tu. 

Ajak pergi Alamanda tak nak pulak budak tu sebab ramai kawan-kawan dia yang lepak Alamanda so dia nak pergi The Mines. Sampai The Mines tempat pertama kitaorang tuju ialah food court sebab semua tak breakfast lagi. Tapikan I rasa lain kali tak pergi dah foodcourt kat The Mines tu sebab trauma. 

Tengah lepak depan kaunter tunggu makanan, sekali elok jer keluar sekor tikus besar gila  lalu atas kaunter tu. Tikus tu siap lalu atas tray makanan orang. Potong selera nak makan wehh. Eeee....geli geleman jadinya.

Laptop Abang tu tak boleh nak diselamatkan, kena jugak hantar kedai untuk reformat. Terbang duit Akak RM90 untuk reformat. Sementara nak tunggu siap tu, bagi pinjam netbook Kakak. Sentap minah tu, siap menangis-nangis marah kat ayah dia sebab ambik netbook dia. Udahlah minggu ni handphone dia hilang kat sekolah. Lagilah sedih hati dia. Nasib baiklah ada spare satu iPhone 3Gs kat rumah tu so bagi dia pakai dulu sementara beli phone baru.



hari tu beli fish eye lense kat kedai Ustaz. Kedai Ustaz tu jual macam-macam phone accessories pastu harga reasonable murah. Tu yang menerai tu hihi.



Tuesday, February 18, 2014

Happy 17th Anniversary to us


Last Friday while orang semua sibuk sambut V-day and Chap Goh Meh, we celebrated our 17th wedding anniversary. Walaupun banyak turun naik, but we got through it as a family for 17 years.

Punyalah takut tempat makan semua full dengan pasangan bercinta, siap call one day in advance Seoul Garden Paradigm. Mamat yang angkat call tu siap snicker at me 'oh tomorrow V-day ahh"...suka hati Akak ler. Anyway, we book for four people. Sedih anak lelaki tak ada kali ni. Bagus jugak sebab budak lelaki tu tak minat makan grill and steamboat ni.


jam okay nak sampai Paradigm Mall ni. Kalau ikutkan dekat jer dari my office, should not take more than 15-20 minuted untuk sampai tapi biasalah hari Jumaat semua jalan jam.


I love Seoul Garden sebab banyak choice boleh ambik.
 Tapi I belasah ambik meat banyak-banyak. Love grilling the meat. Adik pulak ambik chicken meat banyak-banyak untuk grill. While the hubby was enduring himself with the squids. Dia memang gila sotong. I don't really like sotong sebab dia macam kenyal-kenyal but husband boleh beli sotong banyak-banyak and rebus makan macam tu jer.





opps  ....I ate too much



sos cicah dia sedap, mixture of cili and garlic.



dah tak boleh nak makan lagi kita kasi perut kita relax dengan makan aiskrim



my baby and I



terliur balik pulak lepas tengok gambar ni


oppss that my plate with all the prawns skin. 

Habis makan around 9.30pm. Nasib baik sempat nak pergi membeli belah. I was eyeing on something at the Victoria Secret. Sempatlah jugak masuk Sephora beli lipstick and lipgloss Nyx. They are so cheap but nice. Banyak kaler yang dah habis. I guess ramai orang suka brand Nyx.



me and my baby again











mula-mula bila I suruh Adik tangkap gambar macam model VS ni dia okay lepas orang lalu lalang kat depan tu dia malu pulak


that's when she change to this pose pulak hahaha


what I got last Friday. My Magic Pan, which I belasah guna masak macam-macam sekarang. Jakun sebab orang lain dah lama ada kita baru dapat. My VS and Sephora lippies =)

To many more anniversaries to us.


Thursday, February 13, 2014

Sebabkan kambinglah terlepas Ariana Rose

Rasanya sekarang tengah musim companies buat dinner sempena Chinese New Year celebration. Company kitaorang pun tak ketinggalan semalam buat dinner gathering. Maknanya free dinner meal for all of us....woot ...woot! (Woot...wootlah sangat!)

Buat kat open gallery office jer. Nasib baiklah office kitaorang ada verandah so adalah tempat bakar kambing golek. Nasiblah kat floor lain yang berbau asap kambing tu.



oppsss sorry bang....terambik gambar time menunggeng.
 I nak tangkap gambar kambing golek tu sebenarnya.



semalam boleh pulak tetiba hujan turun after so many days tak hujan. Alhamdulillah lah jugak sebab panas sangat. Cumanya takut air hujan tertempias kat kambing. Tapi hujan turun sekejap jer rupanya. 


pukul 4 dah siap setting. Dinnernya start pukul 5.30-6pm. 
Merasalah semua orang ambik bau kambing jer sebelum tu.



baru sempat ambik makanan lepas settlekan lucky draw numbers. Stress akak tau bila semua serbu at one time untuk their lucky draw numbers.

The food was so so lah. Kalau makan kat hotel butter prawn tu mesti I tangkap dulu. Tapi caterer ni punya butter prawn lembik. Udang tak fresh.....frust Akak.


bila masa ntah derang ni lo sang sebab I duk sibuk menyorting out the lucky draw numbers


ni dah round ke berapa , kalau tak panjang gaklah queuenya. Queue untuk kambing lagi panjang....malas nak beratur. Nasib baiklah ada yang baik hati ambikkan. Dah hujung-hujung tu kitaorang semua menapaulah kambing and other foods sebab banyak extra. I actually dapat bawak balik banyak jugaklah daging kambing tu plus tulang kaki kambing hehehe. 


Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Semua orang actually lebih excited untuk lucky draw.
We have 4 mini iPad retina and 8 powerbanks to be won.

Tapi macam biasalah I manalah pernah menang any lucky draw. Walaupun my lucky draw number was no 8 tapi tarak ONG ooohh. 


sampai rumah dah dekat pukul 9pm. 
Terlepas tengok Ariana Rose. Nasib baik boleh repeat tengok online kalau tak I nangis.


Itu saja kisahnya semalam

Ikhlas dari Ariana Rose.

Tetiba hahaha. Terpengaruh sungguh dengan siri Ariana Rose. Hari ni last episod pulak tu. Lepas ni tak dapat dah tengok Adam dan Ariana sweet sweet with each other lagi. Lawa sungguhlah si Fathiya tu especially bila dia pakai tudung. Ni yang rasa nak beli Madison scarf dari Sugarscarf ni sebab tengok Ariana pakai lawa terletak jer. Alah tapi Ariana (Fathiya) tu dah memang cantik, letaklah kain buruk pun sure lawa jugak.

Malam ni last Ariana Rose, so balik rumah kena siapkan apa-apa yang patut so tak ada interruption. =)

Monday, February 10, 2014

Saturday at Digital mall and wickedwardrobe


Let me just say that it was a tiring Saturday for me. Awal pagi dah keluar ke Digital mall survey laptop untuk Abang. His current laptop dah kaput so he will be needing a new laptop for his college assignment. Sebelum tu kami sempat lunch at Pizza Hut area Digital mall. I must say that their service was quite excellent. Cepatlah dapat order unlike the one in Kota Damansara and TTDI……boleh tahanlah lombabnya. 

Ronda-ronda dalam Digital Mall tu adalah laptop yang kami berkenan either Acer atau Lenovo. Nampaknya lebih ke arah Lenovo sebab terpikat dengan features and spec Lenovo. Lagipun Abang kata ramai kawan dia guna Lenovo. Tapi kena tunggu sikitlah sebab mooooney don't pluck from the tree. Insyaallah next month baru dapat belikan untuk dia.

Ingatkan dah letih ronda Digital Mall nak balik rumah terus tapi Adik nak pergi ada this one butik pulak kat Empire Mall. Nasib baiklah Adik dapat mak bapak yang melayan kerenah anak-anak, walaupun letih dan malas. Nanti Mama dgn Ayah dah tua korang tak layan kerenah kami....siap! Bila ada anak-anak teenagers or pre-teen macam ni lah. Wherever they want to go we will try to accommodate asalkan tak ke tempat yang tak senonohlah.

Butik located at Empire SOHO. So kena register dulu kat UG then only boleh naik ke tingkat 7.
Actually, I pun tergedik-gedik nak pergi sebab I nak beli monopod. Monopod tu besi yang boleh diattachkan ke handphone kita, so senang nak berselfie....hahahaha....sabo jerlahkan. Tapi habis pulak stok. Next stok will come in next month only.

Basically, butik ni sesuai untuk youngsters sebab banyak design-design ala-ala galaxy and tribal. It's a cute boutique tapi I seganlah pulak nak mengambik gambar. You can actually follow their instagram to buy their items online.




nampak tak Adik dalam their IG. Actually gambar I, Ayah and Kakak pun ada dalam gambar tu 



Empire Mall ada lion dance hari tu tapi kitaorang tak dapat limau pun. Adik kata lion tu baling limau arah dia tapi, mat salleh belakang dia dah memanjangkan tangan tangkap limau tu


Please go far ...far away from me. I actually went to an ENT specialist that Saturday as well sebab ada masalah sikit dengan telinga. Alhamdulillah my hearing is all fine cuma doktor kata my imbalance problem ( I selalu rasa macam nak tumbang) I might have to do a brain MRI. This I will discuss with my neuro specialist end of this week, Insyaallah.

Sunday, February 9, 2014

No empty seats



Live update. We are currently at a dentist office. Full house and no seats to spare.
So when someone walks in and there are no empty seats,don't expect me to give up my seat just because I sit near the entrance door. I'll only give my seat away to old people, that is if none of the jantans are wiling to give their seat away :p

Lama lagi nak sampai turn Kakak.....so I guess I'll zzzzz at my seat.

Update: After waiting for 2 long hours, the doctor told us yang gigi Kakak tak boleh cabut sebab semua gigi kekal. Gigi yang bertindih tu kena tunggu sampai gigi habis tumbuh and later kena pakai braces =(


Friday, February 7, 2014

Comel ke singa tu?

Kejadiannya hari Isnin lepas tapi hari ni baru nak update. Bukannya apa dah 3 hari kepala migraine pastu rasa nak muntah-muntah. Keesokan lepas lion dance datang opis memang migraine teruk pastu muntah banyak kali tak hingat dunia. Tu yang terus MC semalam. I suspectlah kepala I berdengung lepas dengar bunyi gendang lion dance tu kuat sangat. Pokak telinga den kojap.

Memang kebiasaan opis kami tiap-tiap tahun akan jemput lion dance datang. Orang cina percaya yang lion ni bagi banyak ong. 


Lion tengah berjoget dua ekor



ehh...ehh....tido pulak dia. Bangun-bangun don't be lazy....nanti tak bagi makan leemau


gendang tu ler yang buat sampai hari ni I ada lagi slight migraine


CAK....opocot!


wa manyak untunglah ini raya Cina.....sudah tuwa pun masih dapat angpow. Wa manyak suka.
Wa ingat wa mau beli kasut mahal sikitlah guna duit angpow ma.

Cantiklah pulak enbelope kaler pink tu

Tuesday, February 4, 2014

Cuti CNY 2014

4 days of public holiday was a bliss....actually mine was 4 1/2 sebab Khamis tu I ambik half day. Nak ambik Abang kat Cyberjaya so sajalah ambik half day so boleh keluar rumah awal sikit instead of 5.30pm sebab takut jalan jam. Tak adalah jam teruk sangat ke Cyberjaya agaknya sebab ramai umat manusia berbangsa Cina dah keluar from KL untuk makan besar.

On the Chinese New Year itself, kami ada dapat invitation ke rumah one of hubby's partner. I siap paksa the kids ikut sebab rugi kalau tak ikut, mesti dapat angpow.


see dapat angpowkan....happy budak-budak ni. 


kerepek arrowhead yang during CNY jer boleh dapat. Habis kerepek orang.

Somehow I rasa raya kita lagi meriah in terms of makanan, pasal tu lah bangsa lain suka kalau time open house raya kita.



lepas tu kitaorang ke Court Mammoth Bandar Sri Damansara. 
Aman dunia sebab tak ramai orang pun. Sempatlah jugak membeli thermo pot baru. Leceh every time nak air panas nak kena masak secerek. 


Sabtu kitaorang pergi #damansarastreetfest. Damansarastreetfest ni macam weekend bazaarlah tapi kebanyakan yang menjual adalah hijabista fashionista. Not really my kind of fashion preference kot. Ayah bebudak ni duk pelik tengok bebudak muda-muda ni ni berselfie guna kayu panjang tu. 

Kalau sapa-sapa nak pergi, #damansarastreetfest ni bukan kat Damansara Utama ya tapi sebenarnya kat The Strands, Kota Damansara.

Ahad kami dah hantar Abang balik hostel sebelum pukul 5 petang. Malam sebelum tu dia dah pow kasut sukan satu kat Uptown. Beli kasut kat Uptown udah sebab budak tu beli kasut Nike mahal-mahal dia belasah buat main futsal...mana tak jahanam kasut >.<



semalam pulak sempat bawak the kids tengok Robocop. That's Adik's BFF by the way.
Idoklah marbelles mana cerita Robocop tu. Robocop tu macam syok sendiri jer nak mengesolvekan masalah sendiri jer. 



My hubby bought new fishies for my tank.....hehehe....dapat ikan 5 ekor pun happy. Ntah apa-apa ntah. Bukan apa nampak comel jer ikan kecik-kecik tu.

So that was basically all for our CNY holidays. Boringkan.....yang penting....jalanraya di Kuala Lumpur aman damai no jam.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin