Monday, December 30, 2013

December Birthday weekend

Minggu lepas memang minggu sambutan harijadi. Jumaat lepas birthday ayah budak-budak ni. Semalam pulak birthday Adik. Napalah birthday korang selang sehari jer. Kopaks mak tau sebab nak kena belanja makan dan beli hadiah untuk korang berdua.

Malam birthday ayah budak-budak ni, I dah tanya birthday boy dia nak makan apa sebab I nak belanja. Birthday boy buat jual mahal tak tahu nak makan apa. Last-last kitaorang pi makan steamboat kat Ombak, Kota Damansara.

Harga untuk dewasa RM29, student RM25, under 12yo RM12 dan if your birthday falls on that day, you'll get 15% discount (tapi silalah bawak IC anda)

Kami ambik bekas yang boleh steamboat dan grill. Kalau ramai I suggest ambiklah dua tempat masak tu sebab mangkuk untuk rebus tu kecik jer compare to Johnny's. 

Bersesuaian dengan harga, the choices for seafood tak banyak sangat. Udang pun kenit-kenit jer....sedih Akak. Sebagai pencinta udang rasa macam tak puas makan udang kenit-kenit. Hari tu makan steamboat/grill kat Pak John, IPC memang puas hati. Tapi kali ni berbaloi gaklah sebab Adik ambik banyak daging untuk dia grill. 

Standardlahkan macam kedai steamboat lain, selain makanan laut, ada sayur-sayuran, mee, char kueyteow yang sedap, buah-buahan, kuih muih pencuci mulut, buah-buahan, ice-cream dan air free. The hubby tak suka sangat kuah sup tu sebab dia kata ada macam rasa ubat tapi dia puji honey glazed chicken Ombak. Memang sedap sampai menjilat jari.

Rugi sebenarnya bawak Abang dengan Kakak sebab budak dua orang ni tak makan sangat seafood. 




tak ambik gambar banyak sebab malam tu hujan dan kami duduk kat luar so kena tempias hujan.

Happy birthday dear hubby yang ke *tutttt*.

 Lain kali kita pergi dating dua orang sajalah pi makan steak lagi best daripada bawak kanak-kanaks yang memilih makan nikan.



Semalam birthday baby girl pulak. Kelaskan dik ada birthday party tapi semua cousin-cousin dia jerlah. 

Happy birthday Adik yang ke 11. You'll always be my baby.



kek beli kat Giant jer udah. 
Malas nak beli kek mahal-mahal Secret Recipe sebab yang tua-tua semua ada penyakit kencing manis, darah tinggilah .....tak boleh makan manis-manis. Yang makan kek pun bebudak. Itu pun tak habis kek tu semalam. Asal dapat nyanyi-nyanyi lagu birthday dan tiup lilin derang dah happy. Buat syarat jer tu.



























umur kanak-kanak dalam gambar-gambar diatas adalah dari range 2-16 tahun. Harap maklum.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin