Sempena Diwali ni Company telah berbesar hati (besarlah sangat......tahun-tahun sebelum ni tak pernahlah pulak dapat) memberi kami semua sorang dua balang Muruku.
Rezeki jangan ditolak.
Sempena dengan ini Akak ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada sahabat-sahabat yang meraikan perayaan tersebut.
Juga diucapkan Selamat Pengantin Baru kepada collegue yang akan mengadakan kenduri kahwin besok. Semoga berbahagia ke anak cucu. Dan semoga suka dengan patung kartun yang Adik buatkan itu untuk decoration besok.
muruku yang kurus tu biasalah makan tapi muruku gemuk tu 1st time pulak tengok
Untuk tempahan silalah call Akak ya bagi yang berminat :P
P/S: Lama tak update. Nak update kat rumah masa MC tu tak boleh sebab tangan masih sakit masa tu sebab jarum masuk line untuk ubat kena nerve so sakit sangat bila nak type atau pegang barang. ini pun kalau tekan kat urat yang derang masukkan line tu masih sakit sebab hari tu bengkak sangat. Seriknyalah hai duduk hospital ni.
Minggu ni baru start kerja so busy sikitlah. Hari ni baru sempat nak update lite2.
No comments:
Post a Comment