Wednesday, November 27, 2013

Retro katanya - Annual dinner 2013

Kisahnya tahun ni my workplace buat annual dinner. Lama dah kami tak berannual dinner ada dekat 3-4 tahun rasanya. Tahun lepas pun ada town hall jer, acara makan-makan tepi schwimming fool jer.

Ntah kenapalah tema Retro 70's ni suka sangat diulang pakai. Dulu dah buat dah theme ni. Nak gaklah Akak bertema padang pasir ke....senang pakai jubah jer atau super heroes ke....hmm...nak kena pikir superhero muslimah ler pulakkan. Tapi company sponsor RM60 untuk sewa atau beli costume. Peluang jangan dilepaskan, Poplook dress polka dot pilihan hati. Lepas tu berboria kami beramai-ramai pakai polka dot dress. Memang tak creative kami semua. Bila pikir retro jer semua dalam kepala otak mesti pakai polka dot. Patutnya google baju Sharipah Aini atau Uji Rashid.


John Travolta dan rambut alfro melambak malam tu



the glitter shawl girls. Nasib ler kan. Sekarang nikan tengah trend pakai glitter shawl, makanya ramailah kami berboria.







Chinese 8 course meal. 
Not bad boleh tahanlah Chinese 8 course meal kat Park Royal. Tapi kalau dinner jer asyiklah Chinese 8 course meal. Tolonglah kadang-kadang nak gak merasa makan western.


1st course - Hot and Cold platter



Masa ikan ni sampai orang tengah sibuk melalak menyanyi. Ada aku kisah.....makan lagi best. Tapikan ikan ni maam dry sikit kot. Garing sangat agaknya. Sampai ke meal kelapan, semua dah buat bolayan.



way back we used to date , kan Abang John?
Kitaorang break off pun sebab I tak tahan tgk dia asyik pakai suit putih jer.



dengan collegue yang perform I will Survive


gone my red lipstick after rounds of  food.
Well hello there Kak Donna Summer


well...well Ms Dolly, penat I make up muka sendiri tau. Nasib baik flawless lepas guna foundation base Giorgio Armani.



masa mula-mula I tunjuk dress ni kat my husband, dia kata macam baju orang pregnant >.<
Nasib baiklah bila dah pakai belt besar tu tak nampak sangat macam maternity dress dan yang lebih penting tak nampak gemuk =P

Lupa nak story yang kasut I siap putus kat dinner tu. So orang lain sibuk ke sana sini, I am stuck at my chair sebab kasut putus. =/ 
Moral of the story kalau kasut Vincci lama tak pakai memang akan tanggal gamnya.


ni jerlah souvenir malam annual dinner tu. Door gift pun tak ada....kudukut =P
Hadiah lucky draw 3 jer. Lepas ada orang menang grand price lucky draw sapa nak tunggu lagi. Tahun depan mogok tak nak pergi annual dinner kalau ada  pffftttttt...

Friday, November 22, 2013

Happy 16th Birthday Abang



Time flies so fast. It feels like just yesterday I gave birth to this baby boy. Winter baby this boy. The day we brought him home it was snowing lightly. 

Happy 16th birthday my only baby boy. 

Mama & Ayah love you so much. 

We hove you the best in dunia dan akhirat. 

Love you first born! Always.

Wednesday, November 20, 2013

Cemerlang


Tahun ni Kakak naik pentas lagi untuk ambik hadiah. Ini tahun terakhir Kakak kat sekolah ni, tahun depan dah pindah sekolah lain.

Kali terakhir naik pentas tapi dua-dua parents tak dapat tengok macam tahun-tahun sebelum-sebelum. Boleh kata tiap-tiap tahunlah Kakak naik pentas ambik pingat.

Kebetulan pulak Sabtu lepas ayah dia ambik exam untuk Registered Financial Planner dan I pulak ada 2 back to back doctor's appointment kat hospital pagi tu. Tapi tak apalah kami hantar Atuk sebagai wakil. Atuk adalah jugak tangkap a few pictures tapi gambar kat bawah ni mainly from my phone masa I hantar dia ke sekolah pagi Sabtu tu.









I berterima kasih sangat dengan cikgu-cikgu yang mengajar Kakak selama ni. Jasamu guru akan ku kenang hingga akhir hayat. 



Monday, November 18, 2013

Hospitalize again!

Tahun ni rasanya memang trying year for me. Tahap kesihatan memang tak bagus sungguh tahun ni. Baru bulan lepas I buat surgery untuk neck slip disc, bulan ni dah masuk balik untuk operation buang appendiks pulak. Dua bulan berturut-turut duduk hospital sampaikan nurse kat ward tu pun ingat lagi.

Alkisahnya sebelum I admit on Wednesday 6 November, the day before tu kan cuti Awal Muharram. So cuti tu I bawak my mother untuk check BP dia sebab bulan lepas BP dia timggi so doktor bagi ubat untuk makan tapi ubat dah lama habis. Rewind sehari sebelum bawak my mom pergi klinik tu, bibik my sister yang duduk rumah my mom tu kena admitted ke Hospital Sungai Buloh sebab BP dia naik sampai 205 readingnya. Nasib baiklah BP dia turun hari yang sama so doktor lepaskan dia balik.

Back to my mother's story. So bila bawak pergi klinik untuk check BP dia, rupanya BP dia naik sampai 200. Doktor tu dah bising-bising siap soung I lagi kata, "This is your faults because you did not bring her for check up!". Wah sentap gaklah Akak kat situ sebabnya puas kitaorang ajak dia pergi hospital PPUM untuk check up tapi my mom tak nak. Last-last hari tu jugak doktor refer terus pergi hospital. Haaaa tu lah degil sangatkan. Itu pun dia ada hati nak tangguh pergi besok. Kalau pergi besok alamatnya dia tak nak pergilah. Memang tahap paksalah dia hari tu. Terus suara tegas garang semua keluar.

Balik rumah pick up my dad teruslah kami ke PPUM. Periksa BP dah naik sampai 230. Tu mesti dia stress sebab kena pergi hospital hahaha. Teruslah kena tahan kad observation ward sampai malam. Merasalah kitaorang menunggu daripada tengahari sampai ke malam sebab BP tak turun-turun. Dah tengah malam baru doktor releasekan bila BP turun ke around 170.

Masa tunggu my mom kat PPUM tu, my pinggang and perut dah rasa lain macam sakit. Berdiri lama sikit jer mulalah sakit. Tak leh jadi ni, terus cakap kat hubby yang besok kena jumpa jugak Dr. Tong Specialist kat DSH sebab sakit kat belah kanan tak hilang-hilang. Dr. Tong dah tanya dah bila nak buat surgery untuk buang my appendicitis tapi I duk tangguhkan sebab memikirkan hari tu dah MC lama lepas buat neck surgery tu. Takkan nak MC lagi.....marah pulak orang kat kita kang. Lagi satu....adoi tak sanggup rasanya nak masuk operating theater tu lagi sekali sebab seriau.

Pagi Rabu tu dah jumpa Dr. Tong. Dia tanya bila nak buat surgery tu. I kata kat dia anytimelah up to him. Besok pun boleh kalau dia free. Sekali mana tau petang tu jugak kena pergi hospital buat Laparoscopic surgery. Lepas ambik budak-budak sekolah terus pergi hospital. 

Masa prep untuk surgery tu Anesthesiologist tu ada baca my chart sebab I'll be under GA for the whole surgery. Kira pengsan teruslah.....kalau dia tak bagi pengan pun I pengsan dulu kot tengok equipment kat dalam surgery room tu. Sekali Anesthesiologist tu cakap kat nurses yang I ni difficult patient sebab the last time I did my neck surgery they had difficult time inserting the tube into my lungs sebab they did not expect my voice box (kotak suara) to be very high sebab I don't have the criteria for it. She explained that selalunya orang yang ada kotak suara tinggi ni kalau kita letak jari kat bawah dagu kita tak muat untuk 3 jari. Seram gak I dengar. Ialah dah nak kena sorong masuk dalam operating theater kena declare 'difficult patient' mau tak seram bunyinya. Lepas dia masukkan medicine into my IV terus I kong. Terrer gaklah anesthesiologist tu sebab first try sekejap jer dia dah dapat cucuk line for my IV unlike the other nurses yang susah nak cari my veins yang halus tu.

I masuk operating theathre pukul 3.30 petang, two hours later baru terjaga. Lepas tu baru nurse tolah masuk ward. Kebetulan pulak dapat wing yang sama macam bulan lepas and bilik sebelah bilik yang I masuk last month. Jumaat baru I discharge. 






best duduk hospital ni boleh order makanan best-best hehe...
Nasi putih, daging masak black pepper, sayur, sup cendawan and juice of the day.



nasi ayam

tapi selalunya I makan separuh jer and separuh lagi budak-budak habiskan.



bertuah sangat ada anak ni sebab time Mama tak boleh bongkok sakit and tak boleh turun katil dialah yang banyak tolong. Mama love you so much Kakak. Muah....muahhh....

Nampak tak tu siap pakaikan stokin lagi.

So I actually start working last Thursday after MC habis. Itu pun balik siap nak demam and sakit pinggang gila sebab badan tak recover sepenuhnya lagi. Jumat terus ambik half day leave sebab badan dah rasa lain macam.

Ohh guess what ....



this is my bill for the Laparoscopic surgery. Nasib baiklah insurance company yang bayar kalau tak pengsan Akak. 


Monday, November 4, 2013

Hello Tudungpeople

Rasanya my laci tudung tu macam nak meletop dah sebab padat sangat. Macam kegilaan pulak membeli tudung tiap-tiap bulan. Rasanya tak lama lagi nak kena buat jualan murah-murahan my shawls yang I tak pakai lagi tapi ada ke orang yang beli.

Sabtu lepas I ada ke wedding officemate kat Taman Selayang, Batu Caves. Selamat Pengantin Baru buat officemate, semoga berbahagia ke anak cucu cicit piot. 

Alang-alang dah sampai ke Batu Caves tu, mulalah timbul idea nak pergi Setapak.

Semua sebab post kat facebook.



lawanya shawl Tudungpeople (TP) tu especially yang warna turquiose tu. Lama dah usha nak beli shawl Tudungpeople tapi berat rasanya nak beli online. Ntah selalu rasa macam tak feel kalau beli tudung online sebab tak boleh nak rasa material dan test pakai tudung tu.

Masa nak balik tu, dah cakap dengan suami cum drebar rasmi yang I nak pergi Setapak sebab nak ke butik Tudungpeople tapi dia sound dia malas nak pergi area sana sebab jam. Mulalah berlaku adengan sentap-sentapan. Ialah bukannya senang nak pergi area sana tu. alang-alang dah dekatkannnn. Akhirnya....pakcik tu mengalah jugak (sila insert evil laugh)


Hello Tudungpeople. Penat Akak menapak 3 tingkat nak sampai ke butik TP. Lain kali sediakan lift ya dik, nak tercabut lutut Akak yang dah tua ni panjat tangga. 

Senang jer nak cari butik TP. Berdepan dengan Festival City Mall, sebaris dengan Cash Converter store. 

Tak banyak sangat collection tudung macam kat Butik Al- Humaira Contemporary feberet I tu. Shawl yang I berkenan warna turquoise tu tak ada dalam stok so kita belilah color lain.




happy tak terkata, dapat jugak merasa pakai shawl TP


balik rumah terus tak sabar nak try tudung baru


2 shawls yang I beli. Dah lama dah teringin nak beli shawl yang ada tampal tu. Tak lama lagi ofis kita ada annual dinner, bolehlah melaram. Masalahnya theme dinner ialah retro....baju apalah yang nak ku pakai ni. 



penat Akak edit gambar bagi muka nampak flawless tau. Ingat Xiaxue si blogger femes tu jer yang pandai edit gambar dia bagi lawa, Akak pun boleh tau.


Glitter shawl ni I beli dengan my officemate yang kahwin tu. RM25.....murahkan. Hari tu tengok kat butik online derang jual RM38. 

Soalan serius ni kalau I jual my old shawls murah2 supercheaplah.....korang nak beli tak?

Ohhh bagi yang bekerja macam Akak hari ni......bertabahlah kita semua ya. Selamat berkerja. 


Sunday, November 3, 2013

Sejuk hati



Sejuk hati I bila dapat sms macam ni. Baguslah ada kesedaran untuk study untuk exam anakku. Tak payah Mama nak jerit-jerit macam selalu kalau nak exam. 
Bagus jugak budak ni duduk hostel, at least motivation nak belajar dengan kawan-kawan.

Friday, November 1, 2013

Lepas rindu

Tak pernah sangka yang anak I akan masuk boarding school dan tak akan ada depan mata hari-hari macam selalu. Selalu sangka yang kalau dia nak duduk hostel nanti pun mesti lepas dia habis SPM. Sekali tahun ni dapat pulak rezeki dia masuk KRU Academy under Kementerian Pendidikan Malaysia. Terpaksalah lepaskan anak demi anak nak mengejar ilmu.

So far Abang happy belajar kat KRU Academy. Mungkin sebab sistem pembelajaran tu berlainan dengan sekolah menengah. At KRU Academy derang banyak buat latihan dalam kelas macam belajar teknik melukis dan macam-macam lagi. Banyak in class aktiviti so tak adalah budak-budak boring. Lukisan classmates Abang semua lawa-lawa....memang talentedlah budak-budak tu semua. I ada secrectly follow Instagram classmates dia. I tell you budak-budak tu tangkap gambar memang cantik dan berseni. Even roommate Abang pun talented siap ada studio sendiri develop gambar and ambik tempahan ambik gambar orang kahwin. These kids are only 16 yo for goodness sake. 

Tak adalah skema macam yang kita belajar kat sekolah menengah tu.....kena dengar cikgu pokpek ...pokpek pastu salin semua latihan dan kerja rumah. I pun dulu tak concentrate sangat apa yang cikgu ajar kat depan sebab Cikgu baca balik apa yang ada dalam buku teks....sendiri pun boleh balik baca. 

Pastu selalu tension sebab cikgu selalu suruh I tulis soalan-soalan kat papan hitam sebab cikgu kata tulisan I paling cantik dalam kelas. Sebenarnya Cikgu malas dan cikgu kemetotkannn tak sampai nak tulis kat papan hitam tu kan. Tension sebab lepas tu tulis kat blackboard kena salin balik kat buku latihan sendiri. Kan dah dua kali tulis tu.....I hetchu tecer!

Oppsss sorry melalut ke laut perginya. Sebenarnya nak story yang Sabtu lepas kitaorang pergi jumpa Abang. Rindu sebab almost 2 minggu tak jumpa dia walaupun hari-hari call. Tak dapat cakap dengan dia 2 hari pun dah menggelupur sampai siap sms warden tanya dia ok ke tak ...hihi #makyangpobia #overprotective 

Hari tu pun dia boleh keluar daripada pukul 2 - 6 petang jer. Nak bawak jalan jauh-jauh pun tak sempat makanya kami pergi The Mines jer. Lain sungguh dah Mines sekarang, dah tak malap macam dulu. Happening sungguh sekarang, meriahlah nampak. Pengunjung pun ramai. Mall ni nampak terang dan berserilah sekarang.



Anak bungsu dan sulung yang suka bercakar dengan each other. 
Duduk hostel ni barulah nampak berseri sikit budak ni. Makan pun cukup sampai 5 kali sehari. Belajar pun agaknya tak stress sangat macam kat sekolah menengah dulu. Almaklumlah Abang ni kan dyslexia so bila suruh buat karangan panjang-panjang otak dia penat. Creative learning is more for him I guess.


tiap kali kalau humpa Abang kat hostel, perkara paling mesti buat ialah pergi Giant untuk beli makanan dia.


nampak tak penuh dengan tit bits jer budak ni. 
Dia kata malam-malam lapar walaupun dinner pukul 8 malam. Pastu warden selalu bagi derang buah-buahan tapi hhmmm....biasalahkan budak-budak.

Minggu ni sebenarnya minggu exam student KRU Academy. I ada follow twitter Norman KRU. Alhamdulillah, pihak Academy siap ada buat tazkirah dan solat hajat sebelum students menghadapi peperiksaan. At least I know my son is in a good hand.


minah grunge....kasut dia sama saiz dengan kasut I okayy..


apa yang budak-budak ni tengok?


rupanya derang tengok ikan gergasi.....besar-besar ikan dalan canal tu.
I tengok pun seriau


buah hati pengarang jantung intan payung meletupku. 

Tak lama lagi mama korang lah yang paling kemetot kat rumah. Abang dah lebih tinggi daripada Mama, Kakak dah sama tinggi, Adik pulak sikit lagi nak sama tinggilah tu dengan I. Mak pasrah....tapi mak tetap comel.

Minggu ni tak dapat jumpa Abang sebab warden tak bagi derang keluar tiap-tiap minggu. Tapi tak apalah sebab cuti sekolah pun dah tak lama lagi. Nanti dia baliklah duduk rumah jaga adik-adik satu setengah bulan.


Happy Diwali

Sempena Diwali ni Company telah berbesar hati (besarlah sangat......tahun-tahun sebelum ni tak pernahlah pulak dapat) memberi kami semua sorang dua balang Muruku.
Rezeki jangan ditolak.

Sempena dengan ini Akak ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada sahabat-sahabat yang meraikan perayaan tersebut.

Juga diucapkan Selamat Pengantin Baru kepada collegue yang akan mengadakan kenduri kahwin besok. Semoga berbahagia ke anak cucu. Dan semoga suka dengan patung kartun yang Adik buatkan itu untuk decoration besok. 


muruku yang kurus tu biasalah makan tapi muruku gemuk tu 1st time pulak tengok


Untuk tempahan silalah call Akak ya bagi yang berminat :P


P/S: Lama tak update. Nak update kat rumah masa MC tu tak boleh sebab tangan masih sakit masa tu sebab jarum masuk line untuk ubat kena nerve so sakit sangat bila nak type atau pegang barang. ini pun kalau tekan kat urat yang derang masukkan line tu masih sakit sebab hari tu bengkak sangat. Seriknyalah hai duduk hospital ni. 

Minggu ni baru start kerja so busy sikitlah. Hari ni baru sempat nak update lite2.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin