Tuesday, September 10, 2013

Amcorp, Midvalley dan Art Competition

Update pukal cerita hari Sabtu dan Ahad lepas.

Sabtu macam biasa aktiviti pagi ambik Abang kat hostel dia. Then bawak budak tu pergi makan breakfast.

Abang cerita yang dia enjoy sangat kelas dia kat kolej. Derang ada kelas realistic art, dimana cikgu ajar derang the correct way to use pencil and technics. Derang kena melukis tanpa angkat langsung pencil dan tak boleh tengok kertas lukisan. Pastu Abang cakap yang cikgu puji dia yang paling pandai melukis dalam kelas dia. Si Adik dah muncung dah.....jeleslah tu. Diakan tak boleh orang lebih pandai daripada dia especially her brother. 

Lepas ambik Adik daripada art class dia, kami ke Amcorp Mall kekononnya nak pergi cari second hand laptop untuk Abang bawak ke kolej. Lama dah tak jejak kaki ke Amcorp Mall ni. Meriah jugak rupanya, tak macam dulu macam malap jer kat dalam tu. Sekarang kat kaki lima semua floor ada peniaga yang buka booth/ table. 

Mana ada kedai jual 2nd hand laptop. Ni ayah budak-budak nilah konpiden betul kata ada kedai jual 2nd hand laptop kat situ. Kedai jual buku yang murah-murah Book Xcess tu adalah. I beli 2 buah buku baru RM18 =)


Cantik pulak pemandangan awan kat parking Amcorp 

Tak jumpa laptop kat Amcorp, kami ke Midvalley Megamall pulak. Dulukan kat tingkat 2 tu ada macam kedai-kedai komputer. Tak ada dah okay >.<

Buat ponek den jalan jer. Tapikan laptop baru sekarang ni RM999 pun dah boleh dapat, so mungkin akan pertimbangkan beli yang baru. Tapi Ayah nya tak keen sangat nak belikan Abang laptop untuk bawak pergi hostel sebab takut dia melekat main game -___-



sementara ayah pergi solat, kami lepak foodcourt. I sekarang sukalah pulak tin coca-cola sebab ada hastag yang comel-comel macam #fuyoh, #beb, #lenglui.....#macha jer yang belum jumpa lagi


#beb

lukisan Adik untuk Art class hari Sabtu


Anak Nippon saya

Hari Ahad pulak anak Nippon saya tu masuk Art Competition di Eastin Hotel.
Tahuk contest tu - Visit Malaysia Year 2014 From The Eyes Of A Child.

They divide catagories by age and interesting places in Malaysia. So the kids kena pilih tempat pelancongan yang derang nak lukis. Each places only limit to 25 contestant. 


YB Elizabeth Wong yang rasmikan


penuhlah satu dewan budak-budak melukis


muka-muka yang jenuh menunggu Adik habis melukis




Antara lukisan-lukisan yang menang. Pemenang pertama dapat dapat Star Cruise with family. Bestnya.....unfortunately anakanda ku tak menang but it's okay sebab this is an exposure for her.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin