As I expected it was delicious.
Saturday, September 28, 2013
Wednesday, September 25, 2013
Mee Kari Ketam
First of all I am struggling using my wireless keyboard here. So kalau ada spelling error tu sila abaikan. This wireless keyboard makes my life easier typing on my Mini iPad blogger. So I bought a Mini iPad lepas tertekan gila guna my 'Samseng' Androids. Banyak kali dah rasa macam nak baling my Androids ke dinding sebab lagging and selalu sangat hang.
So I gave my 'Samaeng' Tab 2 to my husband tapi S4 tu baru beli bulan April lepas so tak bolehlah ngada-ngada nak beli phone baru....tapikan iPhone 5s dah nak keluar. Tabahkanlah hatiku Ya Allah. Sabtu lepas I siap bawak my S4 ke Samsung service centre and the reset my phone back to factory setting. I pun masa tu malas nak fikir banyak masa CS tu tanya tak nak back up dulu ke my phone.....sekaliiiiii.....nasib baik all the contacts dalam sim card tapi all my messages hilang dan paling haru, wipe all my Apps termasuk my Candy Crush yang dah masuk level beratus. Dahlah tak sync Candy Crush ke Facebook Account.....hancur hatiku mengenang dikau. Sekarang terhegeh-hegeh nak main balik from level 1 *nangissss*
Alamak sorry lari topik. Nak crita yang Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang, Kota Damansara ada jual Mee Kari Ketam. My BFF ada post gambar yang dia teringin nak makan mee kari ketam kat Shah Alam. Satu malam tu kami pergi dinner kat Restoran Cinta Sayang, ternampak ada gerai Mee Kari Ketam. Tak payah pergi jauh-jauh, dekat rumah pun ada.
otak-otak
ni baru makan petang tadi, mee kari sambal kerang. Satu mangkuk RM5.50. Kalau mee kari Ketam, satu mangkuk RM12. Mee Kari Udang pulak RM8.
Verdict : Sedap dan boleh bawak Nenek & Atuk makan sini nanti.
UPDATE:
Nasi Lemak Cinta Sayang
B2-1-1 Blok 2, Jalan Teknologi PJU2/IC Signature Park (Kota Damansara)
Petaling Jaya, Selangor 47810
Tuesday, September 24, 2013
Resemblence
She may look like Miley actually she's not....Adik insisted that it's Miley Cyrus photo
see the resemblance. Actually it's Madonna when she was wayyyy younger.
Monday, September 23, 2013
Sketching
Sejak Abang masuk kolej dan cerita yang hari-hari dia belajar melukis, macam datang semangat baru pulak nak melukis. Masa I sekolah dulu suka sangat melukis. Infact in SPM I score A1 for my Art paper.
Nak melukis ni ambik masa and kena concentrate. Itu yang dah lama tak asah skill tu sebab tak ada masa terluang nak melukis. Ada jer kerja nak buat. Kalau tak lipat kain, kena masak, kalau tak basuh pingancucibajusapusampah...the list goes on.
Jumaat lepas I try sketching nak tengok ada skill lagi tak melukis. Disebabkan kat office I only have mechanical pencil sahaja...a bit hard to shade. Cari pencil 2B sebatang pun tak ada.
the next day baru siap. Itu pun songlap pencil 2B Kakak =)
So what do you think of my sketching? Ok tak?
Thursday, September 19, 2013
Rekativiti TVIQ
Lupa nak habag....silalah tengok Rekativiti TViQ setiap hari Ahad pukul 10.30 pagi sebab Adik is in one of the group participating =)
Wednesday, September 18, 2013
Nostalgia Central Market
Lama dah teringin nak bawak anak-anak jalan-jalan ke Central Market. Sabtu lepas tercapai gak impian....impian sangatlah.
Tujuan utamanya sebab nak tunjuk kat Adik artist yang melukis gambar potret kat korner CM tapi rupanya semua dah pindah kat belakang.
Nostalgia betul tempat ni sebab satu ketika duluuuuuu.....ni tempat melepak, mendating, segala jenis men ler sejak zaman sekolah. Ialah dulu tak ada LRT so kalau nak balik rumah kenalah naik bas dari Bas stand Kelang kalau nak duduk. Kalau nak tunggu bas Serijaya kat depan Kraftangan tu boleh tapi merasalah berdiri sepanjang jalan sebab bas sure penuh daripada Kotaraya.
Hari tu sembang dengan Akak kat ofis. Rupanya memang CM ni tempat orang datinglah sebab dia pun cerita masa dia muda-muda dulu, CM lah tempat nak jumpa boifren. Sanggup tunggu berjam-jam tapi manusia tu haram tak nampak batang hidung. I pernah jadi macam tu. Janji kawan pukul 10 pagi sekali sampai pukul 12 tak sampai-sampai. Dulu mana ada handphone, so terpaksalah call rumah tanya ada tak member tu call. Nan ado.....jadi batu ler I sorang kat situ menunggu dia. Rupanya member tu last minute kena siapkan assignment dan dia lupa janji dia dengan I.......hantu betul. Sekarang ni kalau orang suruh tunggu lima minit pun I tak sanggup. Fikir-fikir balik apasallah yang ngok sangat sampai sanggup tunggu berdiri tepi pintu CM tu sampai 2 jam >.<
Ingat lagi dulu selalu lepak kat food court kat Level 2 CM. Makcik ni menemankan bestie kami yang sorang lagi tu sampai berkenalan dengan mamat-mamat rockers rambut panjang mana-mana ntah.....seram I. Pastu yang bestnya, salah sorang rockers tu bisu. Mamat bisu tu dah berkenan kot kat makcik siap berkomunikasi bertulis-tulis atas kertas. Kalau sekarang bolehlah main sms, whatsapps, wechat bagai kot.
Berubah banyak dah CM daripada zaman I lepak dulu. Dulu tak sehip dan banyak kedai macam sekarang. Wah sekarang dah macam-macam kedai jual souvenier dalam CM. I selalu sewa beli from satu kedai buku dalam CM zaman sekolah-sekolah dulu....wahh ada lagilah kedai buku tu.
Kebetulan hari tu ada Festival Tanglung kat CM. Ada banyak tanglung tapi agaknya kalau datang malam mesti cantik lampu-lampu daripada tanglung.
Actually I took tons of pictures at CM so I collage it. I hope you guys can see the tiny pictures. Kalau tak cukup besar silalah purchase kanta pembesar =)
dalam banyak-banyak gambar kat CM, this is my favorite picture walaupun tiga-tiga muka malas nak layan mak suruh bergambar =P
Monday, September 16, 2013
Tuesday, September 10, 2013
Amcorp, Midvalley dan Art Competition
Update pukal cerita hari Sabtu dan Ahad lepas.
Sabtu macam biasa aktiviti pagi ambik Abang kat hostel dia. Then bawak budak tu pergi makan breakfast.
Abang cerita yang dia enjoy sangat kelas dia kat kolej. Derang ada kelas realistic art, dimana cikgu ajar derang the correct way to use pencil and technics. Derang kena melukis tanpa angkat langsung pencil dan tak boleh tengok kertas lukisan. Pastu Abang cakap yang cikgu puji dia yang paling pandai melukis dalam kelas dia. Si Adik dah muncung dah.....jeleslah tu. Diakan tak boleh orang lebih pandai daripada dia especially her brother.
Lepas ambik Adik daripada art class dia, kami ke Amcorp Mall kekononnya nak pergi cari second hand laptop untuk Abang bawak ke kolej. Lama dah tak jejak kaki ke Amcorp Mall ni. Meriah jugak rupanya, tak macam dulu macam malap jer kat dalam tu. Sekarang kat kaki lima semua floor ada peniaga yang buka booth/ table.
Mana ada kedai jual 2nd hand laptop. Ni ayah budak-budak nilah konpiden betul kata ada kedai jual 2nd hand laptop kat situ. Kedai jual buku yang murah-murah Book Xcess tu adalah. I beli 2 buah buku baru RM18 =)
Cantik pulak pemandangan awan kat parking Amcorp
Tak jumpa laptop kat Amcorp, kami ke Midvalley Megamall pulak. Dulukan kat tingkat 2 tu ada macam kedai-kedai komputer. Tak ada dah okay >.<
Buat ponek den jalan jer. Tapikan laptop baru sekarang ni RM999 pun dah boleh dapat, so mungkin akan pertimbangkan beli yang baru. Tapi Ayah nya tak keen sangat nak belikan Abang laptop untuk bawak pergi hostel sebab takut dia melekat main game -___-
sementara ayah pergi solat, kami lepak foodcourt. I sekarang sukalah pulak tin coca-cola sebab ada hastag yang comel-comel macam #fuyoh, #beb, #lenglui.....#macha jer yang belum jumpa lagi
#beb
lukisan Adik untuk Art class hari Sabtu
Anak Nippon saya
Hari Ahad pulak anak Nippon saya tu masuk Art Competition di Eastin Hotel.
Tahuk contest tu - Visit Malaysia Year 2014 From The Eyes Of A Child.
They divide catagories by age and interesting places in Malaysia. So the kids kena pilih tempat pelancongan yang derang nak lukis. Each places only limit to 25 contestant.
YB Elizabeth Wong yang rasmikan
penuhlah satu dewan budak-budak melukis
muka-muka yang jenuh menunggu Adik habis melukis
Antara lukisan-lukisan yang menang. Pemenang pertama dapat dapat Star Cruise with family. Bestnya.....unfortunately anakanda ku tak menang but it's okay sebab this is an exposure for her.
Sunday, September 8, 2013
Open house masjid
Semenjak umur dah bertambah ni penyakit malas nak update blog menjadi-jadi tapi jengah blog orang rajinlah pulak.
Ni story minggu lepas. Minggu lepas Abang balik dari hostel. Minggu ni pun sebenarnya dia balik. So weekend kerja mak bapak ambik dan hantar anak dari hostel.
budak rindu kedai mamak walaupun kat hostel makan sampai 4 kali sehari.
Balik rumah asyiklah makan kerjanya.
Last Sunday (this is last week) Masjid TTDi ada buat open house bergabung dengan 7 masjid lain. Macam-macam makanan ada. Antara rajin nak beratur atau tidak aja.
Unfortunately, I didn't eat anything sebab the Friday sebelum tu I had a very bad cerry berry, muntah, migraine complete set. Sampai hari Ahad perut still tak okay. Phobia pulak nak makan pedas-pedas. Dibuatnya perut buat hal, tak cukup tanah nanti nak mencari toilet.
teh tarik sedap. The kids adalah ambikkan satay, char kueyteow and pizza tapi itulah kita pandang jerlah. ='(
Adalah jumpa a few of my ex-schoolmates tapi malas nak berjalan sebab tempat duduk limited, nanti kalau dah bangun memang payahlah nak dapat tempat duduk lagi.
Muslimin. Mulimat pun duduk tapi dekat dengan family masing-masing.
Papaku yang ada hati lagi nak mengambik pizza walaupun masa ni dah nak balik dah. Adik kata sorang boleh ambik dua slice jer pizza. Kalau rajin beraturlah lagi line yang panjang tu.
ni pulak barang-barang yang budak nak balik hostel tu beli seelum balik. Seminggu duduk sana baru perasan ada benda yang tak ada. Ada tali untuk gantung baju, bekas buat ais (they have a refrigarator) dan setin besar biskut. Walaupun makan 4 kali sehari tapi biasalah budak lelaki ni agaknya memang kuat makan.
Subscribe to:
Posts (Atom)