Wednesday, August 28, 2013

Son off to college


I miss my son so much. Yesterday I called him a few times #annoyingmom.

Monday we send Abang ke KRU Academy. Mungkin ramai yang tak tahu sebab program Kolej Vokasional under Kementerian Pendidikan ni baru start tahun lepas. 

I pun perasan advertisement ni daripada twitter Tomok (thank you Tomok for retweeting KRU's ad). Itu pun Kementerian buka offer seminggu jer. Kitaorang pun hantar application last day kalau tak silap. Dan nasib baik jugaklah dapat sms daripada Kementerian tentang pertukaran tempat interview kalau tak we missed it sebab kami tak berapa sure date interview keluar kat website Kementerian Pendidikan. 

Results interview pun kami baru dapat seminggu lepas raya.  Satu intake 100 orang sahaja daripada 3000 lebih orang yang memohon. Memang rezeki Abang sangat-sangat.

Abang apply untuk course 'Special Effects'. So course ni akan mengambil masa 4 tahun 3 bulan. 2 tahun untuk pre-diploma (sijil) dan 2 tahun diploma. This course is open to budak tingkatan 4 (16 yo). Kalau tak silap I bulan January nanti ada new intake, so sapa yang berminat silalah selalu check website MOE.

Sabtu lepas I dah siap mengemas barang-barang dia yang akan dia bawak ke hostel. Here I thought I yang paranoid nak bawak segala macam barang untuk dia. Rupanya roommate dia bawak barang lagiiiiii banyak LOL.


Barang-barang untuk kelas lukisan dia. Semua I beli kat Art Friend, The Curve saja.Semua ada kat situ, tak payah nak pening kepala cari kat tempat lain.


barang-barang asas macam hanger, baldi, sabun, kole selipar etc.



Semua ( I mean ALL!!) his things I tuliskan nama. Pepahamlahkan budak duduk hostel ni.
Disebabkan stokin hitam tak boleh nak tulis nama dengan marker so I jahitkan dalam stokin. See what a mother would do for their children.



Penuhlah satu dewan dengan students and parents/adik beradik/toknenek



I actually wore T-shirt, jeans ans sneakers on that day sebab fikir senang sikit nak pergi sana sini then kena angkat barang-barang dia lagi. Sekali macam pelik apasal semua tenaga pelajar & Norman pakai baju melayu bagai. Mana tauuuuu.....rupanya KRU buat open house and we are invited. Belasah jerlah labu.


off to KRU studio


Lisa and Yusry - tuan rumahlahkan. Berebut semua nak bergambar.
I ambik dari tepi jerlah sebab malas nak berhimpit-himpit dengan budak-budak sekolah hihi.


Tuan Pengerusi - Norman



Forteen pun ada except Izzue yang lambat sampai.
My husband tanya kenapa nama derang Forteen?
Eh manalah Akak tau....macam jugak kenapa nama group Metallica tu Metallica. Wah tetiba Metallica...nak buat macamana dalam hati tetap rockers =P

Then we're off to the hostel. Rupanya hangers yang I beli tu tak cukup, terpaksalah pergi beli lagi. 1 bilik share 2 orang. Kira oklah tu kan. I ingat lagi dulu I duduk hostel, 1 bilik 4 orang dengan katil double decker lagi. Siaplah kes penakut me and my bestie tido berhimpit berdua kat katil atas hahaha.



Lepas ni Abang basuh baju semua sendiri ya.


Subuh semalam I dah call dia tanya dia dah mandi ke belum sebab selalunya kat rumah I kena tempik 3/4 kali baru budak-budak ni bangun. Alhamdullilahpkl 5.30 dia dah bangun, solat & mandi semua. 
Pagi ni pukul 6 pagi dia dah sms I tanya I buat apa and siap pesan jangan call dia sebab dia nak solat hahahaha. Nasiblah Bang, dapat mak yang clingy.

We are proud parents. Semoga Abang akan belajar bersungguh-sungguh and duduk hostel kena banyak bersabar. 

                                                                                                                     -Mom to a college boy

P/S:suddenly I feel so old. Teringat I bila Norman panggil the students 'adik-adik' cause he said he's not that old to call them anak-anak. Helloooo.....I'm younger than Norman and the kids calls me Aunty =P

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin