Wednesday, August 28, 2013

Son off to college


I miss my son so much. Yesterday I called him a few times #annoyingmom.

Monday we send Abang ke KRU Academy. Mungkin ramai yang tak tahu sebab program Kolej Vokasional under Kementerian Pendidikan ni baru start tahun lepas. 

I pun perasan advertisement ni daripada twitter Tomok (thank you Tomok for retweeting KRU's ad). Itu pun Kementerian buka offer seminggu jer. Kitaorang pun hantar application last day kalau tak silap. Dan nasib baik jugaklah dapat sms daripada Kementerian tentang pertukaran tempat interview kalau tak we missed it sebab kami tak berapa sure date interview keluar kat website Kementerian Pendidikan. 

Results interview pun kami baru dapat seminggu lepas raya.  Satu intake 100 orang sahaja daripada 3000 lebih orang yang memohon. Memang rezeki Abang sangat-sangat.

Abang apply untuk course 'Special Effects'. So course ni akan mengambil masa 4 tahun 3 bulan. 2 tahun untuk pre-diploma (sijil) dan 2 tahun diploma. This course is open to budak tingkatan 4 (16 yo). Kalau tak silap I bulan January nanti ada new intake, so sapa yang berminat silalah selalu check website MOE.

Sabtu lepas I dah siap mengemas barang-barang dia yang akan dia bawak ke hostel. Here I thought I yang paranoid nak bawak segala macam barang untuk dia. Rupanya roommate dia bawak barang lagiiiiii banyak LOL.


Barang-barang untuk kelas lukisan dia. Semua I beli kat Art Friend, The Curve saja.Semua ada kat situ, tak payah nak pening kepala cari kat tempat lain.


barang-barang asas macam hanger, baldi, sabun, kole selipar etc.



Semua ( I mean ALL!!) his things I tuliskan nama. Pepahamlahkan budak duduk hostel ni.
Disebabkan stokin hitam tak boleh nak tulis nama dengan marker so I jahitkan dalam stokin. See what a mother would do for their children.



Penuhlah satu dewan dengan students and parents/adik beradik/toknenek



I actually wore T-shirt, jeans ans sneakers on that day sebab fikir senang sikit nak pergi sana sini then kena angkat barang-barang dia lagi. Sekali macam pelik apasal semua tenaga pelajar & Norman pakai baju melayu bagai. Mana tauuuuu.....rupanya KRU buat open house and we are invited. Belasah jerlah labu.


off to KRU studio


Lisa and Yusry - tuan rumahlahkan. Berebut semua nak bergambar.
I ambik dari tepi jerlah sebab malas nak berhimpit-himpit dengan budak-budak sekolah hihi.


Tuan Pengerusi - Norman



Forteen pun ada except Izzue yang lambat sampai.
My husband tanya kenapa nama derang Forteen?
Eh manalah Akak tau....macam jugak kenapa nama group Metallica tu Metallica. Wah tetiba Metallica...nak buat macamana dalam hati tetap rockers =P

Then we're off to the hostel. Rupanya hangers yang I beli tu tak cukup, terpaksalah pergi beli lagi. 1 bilik share 2 orang. Kira oklah tu kan. I ingat lagi dulu I duduk hostel, 1 bilik 4 orang dengan katil double decker lagi. Siaplah kes penakut me and my bestie tido berhimpit berdua kat katil atas hahaha.



Lepas ni Abang basuh baju semua sendiri ya.


Subuh semalam I dah call dia tanya dia dah mandi ke belum sebab selalunya kat rumah I kena tempik 3/4 kali baru budak-budak ni bangun. Alhamdullilahpkl 5.30 dia dah bangun, solat & mandi semua. 
Pagi ni pukul 6 pagi dia dah sms I tanya I buat apa and siap pesan jangan call dia sebab dia nak solat hahahaha. Nasiblah Bang, dapat mak yang clingy.

We are proud parents. Semoga Abang akan belajar bersungguh-sungguh and duduk hostel kena banyak bersabar. 

                                                                                                                     -Mom to a college boy

P/S:suddenly I feel so old. Teringat I bila Norman panggil the students 'adik-adik' cause he said he's not that old to call them anak-anak. Helloooo.....I'm younger than Norman and the kids calls me Aunty =P

Thursday, August 22, 2013

Duduk hostel


My eldest son akan masuk asrama next Monday. Which college and where I won't disclose herelah. 

Bersyukur jugak dapat offer untuk masuk kolej swasta under Kementerian Pendidikan. Insyaalah kementerian akan bayar all his 4 years of school. Walau macamana pun I still risau sebab my son is only 16 (actually 15 tahun 9 bulan...itu pun nak kira ya). First time duduk asrama. Macamanalah agaknya. Boleh ke dia survive. Dahlah budak tu makan memilih. Itu tak nak makan....ini tak nak makan. Boleh ke dia bangun pagi...sekarang ni pun I kena bertempik 2/3 kali pagi-pagi baru dia nak bangun (such an ugly scene our housewhole early in the morning). 

Sekarang ni hati I tengah tak tenang memikirkan barang-barang yang nak kena bawak ke hostel. Pihak kolej ada bagi list tapi macam ada jer yang akan tertinggal. So far I guess more than 80% barang-barang dia kami dah beli. Lebih seribu jugaklah membeli barang-barang budak nak masuk asrama ni.....kopak jugaklah bulan ni. Almaklumlah duit yang keluar untuk hari raya dah sekian banyak. Lepas ni kalau ada budak-budak datang beraya kat rumah Aunty bagi singgit jer ya hihi...



I siap buat list dalam phone mana-mana barang yang terlintas dalam otak I. Tak tulis nanti takut lupa.

Baju uniform, kasut kulit, barang-barang nak bawak hostel we bought last week kat Jusco. 





Ayah dia yang terover ambik itu ini....macamlah dia pulak yang nak masuk asrama. Tu mesti teringat zaman duduk hostel masa kat ITM dulo-dulo.



Ahad tu pulak ke JAlan MAsjid India sebab nak cari baju batik untuk Abang. Dalam list ada include suruh bawak baju batik sekali. I ni punyalah lurus masuklah one of the kedai batik kat Jalan Masjid India tu. Wah semua harga mahal-mahal belaka. Tak koser mak nak beli baju batik mahal untuk budak sekolah. Shop assistant tu cadangkan I beli kat Mydin.

Lama dah I tak jejak kaki ke Mydin. Ramainya umat manusia dalam Mydin hari tu sampai berpeluh gaklah. Bergasak-gasak orang beli baju, bunga macam-macamlah. Rupanya Mydin ada 50% discount untuk semua barang.

Nasib baiklah jumpa baju batik untuk Abang. Siap beli 2 pasang lagi plus baju melayu and samping sekali sepasang untuk dia. Total all together baru RM54. Murahkan.

Baru teringat yang I tak basuh lagi baju-baju dia tu. Hari ni kena campak washing machine. Takut tak kering pulak baju budak tu nak bawak hostel.


Semalam pulak kami ke Brands Outlet Store kat Ikano Power Centre pergi beli t-shirt untuk his daily use kat sana. Should I write his names on all his t-shirt and things. Kalau dah duduk ramai-ramai tu faham-faham jerlahkan.

So any mommies out there yang dah ada experience anak duduk asrama, boleh tak share dengan I what should I do. tolonglah bagi tips. Thank you.


Tuesday, August 20, 2013

Gambar Raya 2013

Makin lama makin malas nak update pasal Raya tapi gambar dah upload so marilah kita tengok jer gambar-gambar



Raya pertama lepas salam-salam, makan-malam sessi bergambar kat rumah Atuk kami 3 kereta berangsur balik Melaka to hometown Atuk. Alhamdulillah jalan raya tak teruk sangat jam raya pertama tu.


welkam to Melaka


rumah pertama singgahan to Melaka. Rumah my father's youngest sister. 
Kalau Atuk duduk Melaka ada yang cucu semua tak lekat duduk dalam rumah. Nasib ler korang rumah Atuk Nenek korang kat KL so pintu pagar sentiasa kena kunci. Kalau time Mama dulu, memang dah habis dah satu kampung kitaorang merayap. Syok sangat pergi merayap beramai-ramai dengan cousins pusing kampung collect duit raya.



sian budak bandar. 
Habis arnab kat rumah Nek Ngah kena kejar dengan korang.


rumah Mak Long pulak semua orang belasah rambutan pulak


Tak banyak rumah pun kami pergi kat Melaka sebab balik hari jer. Maximum pun 5 biji rumah jer kami serbu. Last sekali rumah my arwah nenek sister's house. Itu pun dia dah tak ingat lagi kat kami sebab sakit tua =(

Belakang rumah my nenek sedara tu actually rumah arwah my grandmother. These two sister's balu from young cause their husband passes away when they are young. So derang buat rumah sebelah menyebelah. Kira apa-apa jadi senang to look out for each other. Rindu pulak kat arwah my grandmother ='(

Dulu masa kami kecik-kecik. Our parents selalu hantar kami duduk kampung kalau cuti sekolah. Seronok sangat duduk kampung ni sebenarnya sebab boleh panjat pokok, kejar ayam, merayap pergi kedai. Sekarang ni budak kalau merayap pergi kedai ada yang hilang. Miss the old times.


Raya kedua pulak kami balik kampung Nenek pulak kat Bentong


kami ikut jalan lama sebab pak supirnya malas nak berjam sebelum tol Gombak. Rupanya lepas tol Gombak tu jalan smooth tak jam mana pun. Mabuk darat kejap Akak ikut jalan lama ni.





ni rumah arwah my aunty. Kat Bentong pun sama makin sikit rumah yang kami lawat sebab my uncle and aunties ramai yang dah pass away. Baju raya hari kedua adalah konsep 'sukahati nak pakai kaler apa asalkan bahagia'.



Raya ketiga pulak kami pusing Kuala Lumpur ke rumah sedara mara ayah budak-budak ni.
(nasib baiklah pakai gaun Pop Look ni tak nampak macam orang mengandung. Kalau tak ada yang gaun jadi khazanah dalam lemari jer)

Lepas ni mesti berderet undangan open house. ini pun dah ada kawan-kawan yang menjemput ke rumah terbuka hujung minggu ni. Diharap my perut dapatlah bertahan jangan culture shock sangat.

Thursday, August 15, 2013

Selamat Hari Raya


I hope that it is not too late (seminggu dah) to wish everybody 

"Selamat Hari Raya"

"Maaf zahir dan batin sekiranya tersalah tulis ke sehingga menyinggung perasaan"
Almaklumlah kita ni manusia biasa kadang-kadang terkhilaf.

I'm the midst of editing my raya pictures. Nanti bila dah habis edit dan resize insyallah I akan post kat sini. Blog jerlah tempat kenang-kenangan. Dalam external HD tu dah penuh gambar tapi semua tak bercuci*. At least kalau buka blog dapat gak tengok gambar lama. So sabarlah menanti ya (macamlah ada orang yang nak tengok hihi)


gambar ehsan lukisan Adik.


P/S: Tetiba teringat. Bila sebut perkataan cuci gambo ni kan, teringat kat kawan-kawan I masa I belajar kat US dulu. Kita orang melayu ni selalu sebut nak cuci gambar. So kekawan I yang cerdik tu pi cakap kat mat salleh kedai gambar tu......"i want to wash picture -______- OH MY ENGLISH sangat!". Tak bengong jap mat salleh tu, when they actual word should be develop the film. 

Monday, August 5, 2013

Ramadhan ke 26 - Silver Pot TTDI

Makin dekat dengan Raya ni makin malas nak update blog.
Mood raya dah sampai. Hari-rai radio pasang lagu raya tapi hamba Allah ni kena jugak kerja sampai Rabu. Sedihnya. Ngadalah tu kalau duduk rumah pun bukannya buat kuih raya pun.

Sabtu lepas mak kita nak berbuka luar. Asalnya nak bawak dia makan kat Restoran Kalumpang Shah Alam tapi masalah transportation tak mengizinkan. Anak-anak semua dah besar kalau Atuk atau Nenek nak tumpang kereta memang tak muatlah.

Oleh itu kita makan dekat dengan rumah jerlah sebab kalau bersempit pun kejap jer. Tak adalah kematu buntut masing-masing duduk berhimpit.

So end up kami berbuka di Silver Pot TTDI. Nasib baik jugaklah call buat reservation sebab restoran penuh.

Restoran Silver Pots ni berkonsepkan buffet steamboat. Ramadhan buffet price RM27.90. For kids under 4'7" the price is RM15.90 tapi disebabkan anak-anak I semua tinggi melonjong so tak dapatlah harga kanak-kanak :'(


spot where were seated


varieties of seafood, vegetables and frozen processed seafood


penuh meja makan =)


crab dia memang sedap. Walaupun nampak kecik tapi padat dengan isi. Berulangkali I meratah crab.



Besides the steamboat, there is a grilled selection of chicken wings,asam pedas ikan pari and prawn satay. It's included in the buffet price. Nyesal tak mintak prawn satay hari tu. First time datang makan sini so tak tahukan, kami order 2 jer ikan pari tu. Rupanya comel jer parinya. Patutnya kena order lebih sikit.


ice-cream dia pun sedap. I duk ulang makan ice-cream sampai 2 kali



Budak ni rupanya alah dengan ketam. Dia makan 2 ekor jer ketam terus naik rashes kat muka dengan leher. Terpaksa bawak klinik untuk dapatkan allergy injection.

My personal opinion - for RM27.90 kira okaylah kot, tak adalah superb sangat. 


Thursday, August 1, 2013

Ramadhan 23 - persiapan raya


duit raya dah tukar - checked

tak payah beratur pun nak tukar duit raya semalam unlike my father yang pergi a few banks nak tukar duit tapi semua bank kehabisan duit raya

Tak leh cakap bank mana I tukar. Kalau you all gi serbu bank I  tahun depan, nanti I kena beratur hahaha...


kuih raya - checked

Bila bawak balik jer kuih raya ke rumah, ada yang dah sebut nak buat kudapan makan depan TV. 
No wayyyyyyyyyyyyy Jose.....go buy your own kuih and leave mine alone till raya



Baju raya (budak-budak) - checked.

Tapi tak basuh lagi. Weekend ni nak kena buat operasi basuh baju raya budak-budak ni dan gosok sekali

Korang punya persiapan raya macamana? Dah 100% settle? Jangan lupa servis kereta tau kalau yang travelling jauh tu. Itu jer nak ingatkan....wah lagi 6 hari jer lagi Aidilfitri nak menjelma. I sure do am gonna miss Ramadhan. I think it is the most peaceful month of the year. 

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin