I am actually typing with one damn painful arm but that's for tomorrow story.
Let me see what I did yesterday.
bought kuih simpulan kasih. Kuih-kuih ni bukan untuk juadah kuih muih raya nanti tapi bahan kudapan umat manusia kat rumah ni sambil tengok TV. Kuih Dahlia tu Adik yang beria nak masa ke Tesco minggu lepas.....kuih feberet dia tu. Muruku pulak feberet ayah budak-budak ni.
Nasi biru akibat terjebak mengikut orang beratur tanpa mengetahui gerai tu jual apa....hahahaha.....macam tu pun boleh ya. Tengok macam orang ramai kat gerai tu, sure ada makanan sedap kat situ. Dah sampai turn baru tahu tu gerai jual nasi kerabu.....belasah jerlah. Janji boleh makan (tapi taugeh awal-awal dah cakap kat peniaga I don't want! Allergic!)
ada budak semput malam tadi. Nasib baiklah klinik ada lagi 10 minit sebelum tutup.
Tulah degilkan sebab hari-hari bulan puasa ni asyik minum minuman berais.
Lepas ni memang kena pantang! Dah ugut dia kalau dia batuk-batuk semput lagi nak hantar dia pergi hospital. Tapi dia lagi suka kot sebab makanan hospital sedap.....katanya.
Tu jerlah kot kisah semalam =)
No comments:
Post a Comment