Tuesday, July 30, 2013

Ramadhan ke 19 - Art Friend The Curve

Hari Sabtu dah satu hari merayap, ingat Ahad nak lepak rumah jer. Jangan haraplahhhhhh.
Tak dapeknya chance nak melingkar atas katil yang empuk sambil layan Nona. Ada jer pakcik tu ajak pi sana sini...eh ke I yang ajak sebenarnya hahaha....sabar jerlah.

Lepas hantar Adik ke rumah kawan dia untuk habiskan projek sekolah, kami ke The Curve. 
Sesaja jer nak jalan sesambil tengok deco raya kat The Curve rupa macamana. The Curve punya deco pun tiap-tiap konsep meletup jugak meriahnya.

Nasib baiklah parking senang kalau jadi macam semalam memang ajak balik terus -____-

Ayah budak-budak ni ajak pergi Reject shop. Naik-naik escalator ternampak kedai baru.

Kedai yang jual barang-barang art. Harus masuk. Korang pun mesti tahu yang Adik suka sangat melukis sampai paksalah ayah dia belikan dia barang-barang art dia from online oversea site. 


Art Friend ni baru buka sebulan kat The Curve level 2, sebelah Reject Shop.

Boleh jadi kegilaan rambang mata kalau Adik ikut hari tu. Mau mengundang kekopakan mak bapak dia.



Copic colors macam-macam kaler pujaan hati Adik. Mau semua kaler dia nak beli ni. 
I pi gatal post gambar ni kat my instagram, dah budak tu call merayu-rayu suruh belikan dia Copic color tu. Ehh...manalah Mama tahu kaler apa yang Adik nak =P


kalau you all penggila barang art and craft this is the shop for you cause I think they practically have everything.


satu set dalam RM170+ Not cheap -____-
 

view from 2nd floor


konsep Jalan TAR siap ada bangunan Coleseum

 


Tahun ni kami tak ke Jalan TAR lagi. Nak pergi sebab Jalan TAR sure meriah tapi tak tahanlah pulak panas berhimpit dengan ribuan manusia lain.


Terjumpa buku ni kat MPH masa membeli statioanaries untuk Abang punya Kolej vokasional interview. Anak yang nak pergi interview mak pak yang terlebih kancheong.
Patut kena belilah and baca. Barulah boleh kurus kot. Bulan puasa ni turun 2 kg jer :'(


Masa nak balik tu lalu depan concept store Aidijuma. Ramai Akak-akak dan adik-adik yang duk borong tudung bawal Juma. Tudung semua dah terkirai-kirai ler....sampaikan signage pun jatuh tu. Ganaih betul peminat tudung Aidijuma. Nasib baiklah I tak minat pakai tudung bawal. Hari tu ada ler beli selai bawal Aidijuma ni tapi terperuk dalam laci sebab tak lama tak pakai tudung bawal so tak reti pakai -_____-


Monday, July 29, 2013

Ramadhan ke 18 - shopping baju raya & buka puasa

Alkisahnya Sabtu lepas kami ke Midvalley membeli belah baju raya. We are considered lucky hari tu sebab tak susah sangat dapat parking. Selalunya nak dapat parking kat Midvalley seksa ya amat.



ni muka sebelum terseksa...boleh senyum lagi masa ni


Seksa okay beratur nak membayar. Nak memilih baju raya budak-budak ni senang tapi nak membayarnya pitam. Dekat setengan jam beratur untuk bayar baju the boys pastu lagi setengah jam untuk bayar baju the girls pulak. Dah tahu ramai orang hujung minggu awatlah kat kaunter tu satu jer cashiernya Jusco oii. Mau tak line panjang jadinya.

I bayar kat Uniqlo sekejap jer beratur walaupun line panjang. Uniqlo ada sale sekarang ni. Seluar tights yang selalunya RM79 hari tu I beli RM29 jer. Then T-shirts pun ada discounts. Ingatkan dah habis dah membeli baju anak-anak kat Jusco, sambung pulak kat Uniqlo. Kopak Akak -______-

Abang dapat a few new t-shirts and baju melayu. Kakak memilih sikit so tak ada yang dia berkenan kecuali baju tidur kat Uniqlo while Adik yang tak memilih tu dapat the most clothes and a shoe. Jelly Bunny tengah sale tau sekarang, banyak yang 50% so kasut jadi belas-belas ringgit jer. Pi borong jangan tak borong. Tapi itupun dapat beli sepasang jer kasut Adik jer sebab Kakak memilih -_______- 
Makin besar makin memilih...payah. Kalau kecik-kecik dulu bolehlah paksa jer pakai baju yang I beli.



ini jamban yang Marjinah tanda dalam cerita Ali Baba 
Abang & Adik jangan pulak pergi serangggggg toilet tu

 
Ini bukan rumah Kassim Baba ker?


cantik jugaklah deco raya Midvalley. Tapi disebabkan dah penat beratur dalam Jusco tak koser nak explore kedai lain dah selain Uniqlo.


budak-budak ni kena paksa ambik gambar kalau tak Mama tak nak beli KFC untuk berbuka puasa nanti. Ugutan saja yang membolehkan budak bertiga ni bergambar bersama kalau tak....harammmm

Lepas hantar budak-budak balik dengan sebucket KFC, mak bapak keluar balik buka puasa kat Royal Bintang company hubby's buka puasa event. Eksyen okay kekonon The Curve tu dekat jer dengan rumah so kita keluar rumah pkl 7. Padan muka sebab tak dapat parking sampai pukul 8 malam. Tensin makcik tau dalam kereta sebab tak ada makanan. Haramjadah punya parking The Curve seksa gila nak dapat parking. Semua umat sibuk nak makan sapa yang nak balik time tu kan.



Sampai-sampai banyak makanan dah almost dah habis ='(
Kambing pun I tak dapat rasa......sedih. Moral of the story lain kali jangan underestimate things. Tapi makanan kat Royale Bintang tak sebest kat Felda hari tu. 


sebelum balik tu sempatlah menapau one slice of cake from SR. Petang ni rasa macam nak makan kek lah pulak.




Friday, July 26, 2013

Ramadhan ke 16 - Bazaar Ramadhan *TTDI


Semalam was the first time I jejakkan kaki ke bazaar Ramadhan TTDI. Malas nak patah balik ke Kota Damansara dari Bandar Utama to TTDI sebab strech jalan depan Pelangi Damansara tu jam sangat sekarang sebab construction MRT.

Lepas physio theraphy semalam di DSH terus ke TTDI. Memang meriahlah bazaar Ramadhan TTDI. Choice of food pun berbeza then the one yang I selalu pergi dekat Uptown Kota Damansara. Bazaar Ramadhan Kota Damansara tak varietes dan biasa-biasa. 

While the one in TTDI macam-macam ada. From kambing golek, makanan Arab, nasi beryani, kuih muih yang pelbagai, kebab, lauk pauk yang macam-macam jenis, minuman pelbagai jenis. Pendek kata boleh rambang mata. Dari nak membeli satu atau dua jenis makanan I end up buying a lot of food. Nasib baiklah tak membazir.

Let me see what did I buy yesterday from bazaar TTDI. I bought kebab daging dan ayam, nasi beryani ayam dan daging, air kacang soya, air mangga dan ABC Rock, shepards pie, ikan bilis goreng, ayam goreng dan daging dendeng. 

I was a bit dissapointed with the daging dendeng cause dagingnya keras gedegang macam gigit kayu, unlike the one my mother usually make. Sedap jer nak gigit daging tu. The Shepard's pie was nice though. The beryani was generous, memang banyaklah nasinya plus they give papadom which in peniaga Kota Damansara tak bagi pun. See I rasa I dah terlebih belanja semalam from my budget.

Here's a few pics I took yesterday discreetly......segan woo nak tangkap gambar. Nanti orang pelik.


the kambing bakar stall. Which I cannot find in Kota Damansara bazaar


ayam terpenyek ni sedap


macam-macam bangsa ada. Tahun ni bagus sikitlah sebab tak ada yang pakai menjolok mata. Previous years pernahlah ternampak malay girls going to this bazaar ramadhan with 'short' shorts. Tinggal separuh pahala puasa orang dik.


the beef and chicken kebab was nice


chicken wings

Nak tangkap gambar lagi tapi hari dah hujan. Feel like asking my hubby kalau petang ni boleh pergi lagi tak bazaar TTDI. Itu pun kalau dia naklah =)

Note: tapi bazaar TTDI ni susah sikitlah nak parking, mungkin boleh park dalam parking dekat Maybank tu kot.

Wednesday, July 24, 2013

Ramadhan ke 13 & 14 - Asthma, laksa dan bunga api

Tahun ni agak mencabar jugaklah untuk Adik sebab asthma dia datang kerap jugaklah dalam bulan puasa.



hari Isnin dah kena nebuliser. Teruk sangat dengar bunyi batuknya. Lepas kena nebuliser baru okay sikit.
  

Tapi semalam pun kena nebuliser lagi sekali. Minggu lepas dah kena sekali.
Dah dua hari MC tak pergi sekolah.


welll the haze is back....why oh why =(


nak jugak letak gambar tuan tanah kedaung


Laksa Utara Tanjung Dawai ni memang marbelles. Dah macam selang sehari pulak derang ni berbuka dengan laksa.


semalam adalah pulak orang jual bunga api dan mercun. Bila I acu my handphone nak ambik gambar, budak yang jual mercun tu muka dia dah macam cuak. Jangan risau dik sebab Akak tak report. Lagipun tu anak Akak pun sama beli pop pop -_______-
Pop pop jer dibenarkan beli, mercun tu tak leh bagi budak-budak main sebab bahaya. Tapi masa kecik-kecik dulu kitalah yang paling galak main bunga api dan mercun hahahaha.


Hari ni Adik still semput lagi so doktor refer to pediatrician kat Damansara Specialist.
Sejam jugaklah dalam bilik doktor. Sempat jugaklah doktor tarbiyah tentang pemakanan yang baik. 

So let me share apa yang doktor tarbiah kami almost sejam hihi...

Doktor kata most most of our allergies comes from our food. So kalau boleh jauhkan makan basically 'junk foods' macam nuggets, burgers, biskut, ikan bilis, udang kering, nasi lemak etc. Durian pun tak bagus untuk dimakan untuk orang semput.

Jangan minum air yang berperisa because they have colorings and a lot of sugar. Banyakkan minum air masak or fuit juice. Then janganlah kat rumah nak pasang air humidifier, aromatheraphy, lilin wangi and so on cause it pollutes the air. 

Air humidifier tu pulak akan menyebabkan lembapan yang akan menghasilkan fungus and mildews. 

Then he also told us that carpet and cats don't cause the allergies. So janganlah sampai buang kucing kat rumah tu ya.....sian kucing. Tapi rumah kami memang tak ada karpet.

So conclusionnya after jumpa doktor, Adik dapat MC lagi tiga hari sampai hujung minggu. Raya Cinalah budak tu minggu ni tak payah pergi sekolah. Ubat punyalah banyak kena makan and next week kena datang jumpa doktor balik for follow up check.


Tuesday, July 23, 2013

Ramadhan ke 12 - Deco One Utama yang cantik

Ahad lepas pergi shopping lite-lite baju raya budak-budak. Dapatlah dalam 3 pasang baju untuk Adik dan Kakak.

 Sesambil tu sempat gaklah maknya membeli 4 pasang tops. 2 tops untuk kerja and 2 pasang top untuk baju raya. Kainnya nanti mixed and matchlah. Dah tua-tua ni macam tak adalah beria sangat nak berbaju raya hehehe. I bought two new water pitchers.....that excites me. Hampir-hampir nak beli balang kuih raya baru tapi ada pakcik dah jeling =P

Baju raya mak rasanya dah settle. Nak kena menyetelkan baju raya budak-budak ni jer nanti hujung minggu ni. Rasa macam cepatnya ramadhan berlalu. 

Duit raya minggu depanlah kot baru nak tukar. Angpowpacket raya banyak lagi ni, belen tahu lepas pun tak habis lagi. 

Kalau musim perayaan ni I memang suka tengok malls punya festive decoration. Every year kat One Utama mesti lain-lain decoration dia tak pernahlah recycle balik yang tahun-tahun lepas. Tahun ni punya ada stage kat atas untuk artis perform dan kat bawah tu ada banyak gerai-gerai jualan. Tema tahun ni macam Moroccon theme which so nice. Cantik untuk bergambar tapi too much empty space kot.

Anyhow, please do enjoty the pictures below. Akak dah malas nak type panjang-panjang hihi















Saturday, July 20, 2013

Ramadhan ke 10 - Buttercup

Wow sekejap jer dah 11 hari berpuasa kita. Rasa macam sekejapnya. Baju raya budak-budak dan mak bapak budak pun tak beli lagi ni. Minggu depanlah kot kalau nak settlekan hal ehwal raya.

Semalam kat hujung bazaar Ramadhan ada lori Buttercup. So pretty and the cakes looks inviting tapi nak masuk dalam tu malas sikit so kita tengok daripada luar sajalah.





dapat kuih sampel daripada Buttercup

Short post for today. Selamat berbuka puasa semua =)

Friday, July 19, 2013

Ramadhan ke 9 - Felda Villa for Ramadhan buffet


I am still bloated from yesterday's iftar food. 

Semalam kita buka puasa kat Felda Villa, Jalan Semarak.

Anak-anak tak bawa hanyalah kami laki bini. Itu pun atas jemputan my hubb's company. Boss belanja maaaaa.... 
Anak-anak duduk rumah nenek makan nasi lemak marbelles meletup (their words...not mine) nenek ya.

Pukul 5 lebih terus bertolak ke KL dari Damansara. Trafik time bulan puasa ni bukan menentu. Kang dibuatnya jam melekat baru padan muka bukak puasa dalam kereta. Dah pernah merasa banyak kali dah masa kerja kat tengah-tengah Golden Triangle KL dulu. Hari-hari rasa nak nangis nak tempuh jam melekat. 



Nasib baiklah laki ku keterraan jalan-jalan kat KL. Masuk jalan sana, keluar sini dah sampai Jalan Semarak. By 6.30pm dah sampai kat Bangunan Dewan Perdana Felda. Ingatkan bukak puasa kat situ rupanya kat Villa Felda. Boleh park kat parking and jalan saja ke Villa Felda sebab dia dalam kompaun yang sama.

First time sampai tempat ni. Cantik tempatnya. Cosy setting to bring your family for buka puasa. I tak tahu berapa jenis makanan yang disediakan but I can tell you a lottttttt. They have malay dishes....lauk macam-macam, arabic food macam nasi Mandy, western food, pasta, cakes, kuih melayu, teh tarik........sedap giler which I drank like 3 or 4 cups, 3 jenis air minuman, air krim, steam boat, mee , soups, desserts and I am sure ramai peminat kambing golek. I tak sempat nak explore semua sebab my stomach semalam memang sendat giler. 
-_______-

Tak boleh nak sumbat makanan dah after the rice and steamboat udang. The cakes were delicious....hmm....teringat-ingat makanan semalam. Sedapnyaaa....I guess berbaloilah duit boss belanja kami makan cause we really enjoy the food. Makan sampai perut rasa nak meletuplah. 




udang memang my favorite. 
Maka ketamakan melanda dengan mengambik banyak-banyak sambal udang gemuk.


inilah kek yang setttaaaaapp sangat tu


kambing disebalik salad....nyumss


ya ....saya memang tamak =P


chicken soup pun sedap



tak makan semalam sebab perut dah sendat tahap impak maksima


kalau dah pukul 8.30 malam tu kambing tinggal tulang jerlah


ni tempat lauk untuk nasi putih. Nampak tak berapa banyak jenis lauknya. Puaslah makan.


boleh booking meja untuk makan bersama family


tapi kami semalam makan dalam mini dewan ni sebab boss hubby dah booking untuk one big group


dessert table


cosy setting


beautiful scenery berlatar belakangkan KLCC


ada tempat ikan bakar rupanya tapi I just discover masa nak balik 
-_________-

Lepas ni semua gambar posing syok sendiri Akak....korang tengok jerlah ya. 




Pintu entrance Villa Felda yang sangat cantik

Unfortunately, I don't know how much the Ramadhan buffet cost sebab semalamkan orang yang belanja. Seganlah nak tanya berapa ringgit sekepala. Pastu nak tanya kat kaunter, tak adalah pulak orang time I nak balik tu.

But I must say that it's a worth it place to it. Plus korang pun tahukan makanan D'saji memang sedap.

Below is the address for your easy ference kalau berminat nak pergi makan. Selamat berbuka semua.

SALES & RESERVATION
FELDA D'SAJI SDN BHD 
NO. 2, JALAN MAKTAB 6
OFF JALAN PERUMAHAN GURNEY
54 000 KUALA LUMPUR



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin