Ahad lepas sebenarnya kami ada wedding sepupu ayah budak-budak ni nak attend. Pastu ada orang tuuuuu degil kata wedding start pukul 10 pagi.
Eh mana ada pernah orang pergi menghantar pengantin pukul 10 pagi. Gelojoh benar pengantin sampai pagi benar nak pergi bersanding. Kalau menikah pukul 10 pagi tu masuk akal jugaklah. Majlis nikahnya dah selamat dah malam Jumaat sebelum tu.
Bila kita cakap tak percayakannnnnn. Bila dia call rumah Mak Lang dia, baru confirm yang pukul 12.30 tengahari baru derang nak berangkat. Orang degil memang macam tu kalau orang lain cakap selalu tak nak percaya.
Daripada tercongok kat rumah orang lama-lama....(ialah pukul 9.30 pagi dah keluar rumah konon nak pergi menghantar pengantin) end up kita melencong ke Midvalley dulu. Pergi lepak makan breakfast, jalan-jalan cuci mata dulu. Dekat-dekat pukul 12.30 baru berangkat ke rumah mak sedara ayah budak-budak ni. Alah rumah pengantin lelaki pun bukannya jauh sangat pun, kat Kajang tu jer.
Ni gambar pameran Superman kat Midvalley. Mementanglah filem Superman nak keluar kat pawagamkan.
anak Superman
ni atok Superman agaknya sebab tua dah mukanya
awat buruk nau muka Superman ni....tak hensem langsung
Ohh Superman selamatkanlah kami dari orang degil hahaha...
Ni Akak tengah menaip sambil tengok cerita Saya Sebenarnya Isteri Dia. Sampai hari ni tak jumpa jugak buku cerita tu kat kedai buku. Sold out memanjang. Tapi hari tu ada beli buku baru tajuk Suami Aku Ustaz. Best gak buku tu. Nak bagi ulasan malas.....nanti korang carilah baca ya.
No comments:
Post a Comment