Tuesday, June 25, 2013

Sama jer kisahnya tiap-tiap tahun - JEREBU!


Dah jadi macam seasonal pulak jerebu nikan. Tiap-tiap mesti ada pastu time yang agak-agak sama antara Jun sampai September. 

Bosanlah macam ni. Kerajaan Indonesia ni takkanlah tak reti-reti nak ambik tindakan ke atas corporation yang bertanggung jawap 'meracun' berjuta-juta orang tiap-tiap tahun.
Same old story every year =/

Semalam sekolah declare cuti tapi hari ni sekolah macam biasa but my children I tak bagi pergi sekolah hari ni sebab tahap jerebu yang masih teruk. Anak-anak I ni asthmatic so tak naklah ambik risk, nanti kalau kena serang asthma dekat sekolah kita jugak yang susah. I'd rather they stay indoors. Melambunglah bil elektrik bulan ni sebab airond 24 jam kat rumah tu. Nak buat macamanakan tingkap pintu semua tak boleh nak buka sebab bau kuat asap jerebu.

Semalam si kecik ni sibuk nak makan roti canai. Told her we can only tapau balik makan kat rumah. Singgah pharmacy sebelah kedai mamak tu beli stok facemask.


untuk si kecik yang asthmatic ni, I belikan mask N95. Satu RM10.
Mask ni tebal sikit daripada mask biasa. Necessary for her.


Adik kata daripada tepi nampak macam duck face :>


dah rupa macam nak rompak bank. Malam pun jerebu still teruk. No choice kena jugak keluar sebab nak hantar Abang tuition.


dalam ofis pun still bau asap jerebu....nampaknya orang yang asthmatic macam I ni kenalah pakai mask dalam office

Apa-apa pun janganlah keluar berjalan sangat time jerebu teruk ni, stay indoor ok.

Wednesday, June 19, 2013

Aroma Ikan Bakar Jeram Selangor


Dua minggu lepas kami dapat invitation kenduri kahwin dekat Serendah. Serendah kalau tak silap tapi dekat-dekat area Rawang macam tulah. Dah alang-alang dekat dengan Kuala Selangor, kami ni walaupun perut dah kenyang makan lauk kenduri kahwin...gatal jugakkan nak makan seafood. Dasar kuat makan hehe...

Pasang jer Waze dari rumah kenduri kahwin terus sampai ke Kuala Selangor. Senang jerkan ada teknologi ni ....kalau tak mau meragau jugak cari jalan. Masa kami sampai tu dah dekat pukul 4 petang, nasib baiklah dah buka tempat makannya.

Ini kali kedua I datang makan kat Aroma Ikan Bakar ni. Wah kali ni datang dah lawalah tempat ni. Siap ada dewan untuk orang buat majlis. Kebetulan masa kami datang tu ada pengantin baru habis majlis kahwin.




belakang tu dewan untuk buat apa-apa majlis

Gambar randomlah ya, tuan blog malas nak susun ikut aturan



derang dah tambak tepi ni letak batu so lawa dan bersih sikit tepi pantai ni. Dulu agak kotor jugaklah sebab banyak sampah.


angin bertiup sepoi-sepoi bahasa


tempat parking pun ample so tak payah susah-usah nak cari tempat nak park kereta



seafood yang fresh





ni I tepekkan menu so sesiapa yang nak buat reference harga boleh tengok


skodeng pengantin nak pergi ambik gambar untuk album



area ni memang cun lah






Kakak tak habis-habis skodeng pengantin nak bergambar


di Aroma Ikan Bakar ni disediakan jugak konsep macam cabana. So kalau ramai-ramai sekeluarga boleh duduk bersila makan dalam cabana tu. Tapi satu cabana tu derang charge RM20. Kitaorang duduk meja biasa jer.

Sebab perut dah kenyang makan lauk pengantin, so kami order 3 dishes jer dengan nasi putih.


my favorite udang mesti ada. I mintak derang masak butter prawn. Meleleh air liur tengok gambar ni.


ayah budak-budak ni nak makan lala ( lala ker tu?.....belasah jerlah)
yang ni masak sambal


ikan pari bakar untuk the two girls


lihatlah sekali lagi gambar butter prawn tu. Nak kena google resepi buat sendiri ni.....tak tahan tengok gambar.

Makan seafood tepi pantai dengan angin bertiup dan pemandangan yang cantik. Memang nikmat.
Servis pun cepat so tak adalah terpaksa tunggu makanan lama sangat. Mungkin sebab kami datang awal so tak ramai lagi pelanggan.

Total bill I hari tu campur air semua dalam RM80++

Recommended kepada sesiapa yang nak try makan kat seafood fresh.

Tuesday, June 18, 2013

Father's day dan audition Astro

Actually ni hadiah Father's day Adik untuk ayah dia.

Tu bukan card tapi notebook. Suka benar ayah dia, terus simpan dalam bag kerja.

Kitaorang tak celebrate pun sebab hari Ahad tu Adik ada audition/contest kat Astro TVIQ untuk rancangan Rekativiti under Peekaboo tempat yang dia belajar art class dia tu.

Patutnya I teman dia sekali pergi Astro tapi muka Kakak dah pucat semacam sebab period pain masa tengah breakfast kat kedai mamak. Dah sampai pun kat Peekaboo KD tu, last-last I suruh ayah dia hantar kitaorang balik jerlah sebab kesian tengok Kakak dah tak larat sangat.

So ayah dia kena jadi manager of the day temankan Adik kat Astro.

Gambar-gambar kat bawah ni semua pun ayah dia yang whatsappskan kat I. I tu pun kena paksa tau.





judgenya Azhar Sulaiman dan Imuda


konsepnya 1 Malaysia.
 Each team consist of Malay, Indian and Chinese.



ni end productnya tapi team Adik tak terpilih. Ayah dia kata bila Azhar Sulaiman tanya soalan masing-masing  malu dan tak reti nak jawap.

Tapi tak apalah yang penting exposure dan experience. 

Hope it's not too late to wish my father and the father of my kids "Happy Father's Day" dengan ucapan sorry no gift this year =D



Sunday, June 9, 2013

Short vacation during cuti sekolah

Dua minggu cuti sekolah, minggu lepas baru maknya dapat cuti 3 hari. Itu pun si kecik tu dah sentap-sentap sebab I kerja on Monday and Tuesday.

Disebabkan Adik yang beria-ia nak pergi Genting cuti sekolah ni....kitaorang pun layankan jerlah. Abang sebenarnya tak nak pergi tapi dipaksa jugak pergi sebab mama dan ayah malas nak pergi teman Adik main ride semua.


road trip......road triplah sangat.

Disebabkan kami pergi tengah-tengah minggu so tak adalah ramai sangat umat manusia. Pendeklah jugak line beratur nak beli tiket.


this used to me my leather jacket. Boleh muat lagi kalau nak pakai tapi sendat tang muntut. So kita bagilah kat Abang pakai. Dah dekat 17 tahun usia jaket tu tapi masih elok lagi.

Sampai masuk jer dalam, I terus tuju tempat duduk kat Marry Brown tu. Ohhh tak kuasalah nak merayap satu theme park tu. Time masa derang kecik lagi memanglah terpaksa teman derang main semua ride tapi dah besar ni pepandailah si Abang menjaga adik-adik dia.

Sampai pun dah pukul 12 tengahari. Masa sampai tu macam eksyen sikit....eh apasal Genting panas jer ni tak sejuk langsung. Terus tanggal jaket sebab rasa panas. Sekaliiiiii.....hujan rintik-rintik turun, angin bertiup......haaa padan muka sejuk tak tahan.



adik dengan kakak...ehhh...perasan hahahaha....
kawan-kawan Adik kata muka I macam umur 24 tahun...tu yang perasan sungguh tu hahahaha...bagi chance ler makcik sorang ni feeling muda sekali sekala...

haaa kau...lepas hujan terus berkabus...sejukkk....


duduk depan swing ni, asyiklah dengar suara orang menjerit tapi yang puzzlenya...yang menjeritnya semua suara jantan!

first time makan kat MB. Boleh tahanlah jugak ayam and mee kari dia tapi harga boleh tahan mahal kat Genting ni. Rasanya ada budak-budak ni mengulang membeli ayam dia sampai 3 kali.....kopak mak =/


ni tiang untuk cable car. Tak nampak cable carnya sebab kabus tebal.

By pukul 4 petang kitaorang dah balik sebab Kakak dengan Abang malas nak layan adik derang pi main. Ayah terpaksa teman Adik so tak ler kuasa orang tua tu nak layan anak dia sangat. Budak kecik tu asal dapat main roller coaster, dia dah happy.

Tahun depanlah nampaknya pergi Genting balik ni. =)


Friday, June 7, 2013

Hai lah Superman

Ahad lepas sebenarnya kami ada wedding sepupu ayah budak-budak ni nak attend. Pastu ada orang tuuuuu degil kata wedding start pukul 10 pagi.

Eh mana ada pernah orang pergi menghantar pengantin pukul 10 pagi. Gelojoh benar pengantin sampai pagi benar nak pergi bersanding. Kalau menikah pukul 10 pagi tu masuk akal jugaklah. Majlis nikahnya dah selamat dah malam Jumaat sebelum tu.

Bila kita cakap tak percayakannnnnn. Bila dia call rumah Mak Lang dia, baru confirm yang pukul 12.30 tengahari baru derang nak berangkat. Orang degil memang macam tu kalau orang lain cakap selalu tak nak percaya. 

Daripada tercongok kat rumah orang lama-lama....(ialah pukul 9.30 pagi dah keluar rumah konon nak pergi menghantar pengantin) end up kita melencong ke Midvalley dulu. Pergi lepak makan breakfast, jalan-jalan cuci mata dulu. Dekat-dekat pukul 12.30 baru berangkat ke rumah mak sedara ayah budak-budak ni. Alah rumah pengantin lelaki pun bukannya jauh sangat pun, kat Kajang tu jer.

Ni gambar pameran Superman kat Midvalley. Mementanglah filem Superman nak keluar kat pawagamkan.

anak Superman




ni atok Superman agaknya sebab tua dah mukanya

awat buruk nau muka Superman ni....tak hensem langsung





Ohh Superman selamatkanlah kami dari orang degil hahaha...

Ni Akak tengah menaip sambil tengok cerita Saya Sebenarnya Isteri Dia. Sampai hari ni tak jumpa jugak buku cerita tu kat kedai buku. Sold out memanjang. Tapi hari tu ada beli buku baru tajuk Suami Aku Ustaz. Best gak buku tu. Nak bagi ulasan malas.....nanti korang carilah baca ya. 

Monday, June 3, 2013

My little peacock


Gambar peacock yang chantek kat atas tu dilukis oleh my little peacock yang merajuk sebab mak dia pergi kerja hari ni. 

Punyalah dia sentap bila tahu yang mak dia kerja hari ni sebab minah tu dah bersemangat nak pergi holiday. Bilalah pulak yang Mama cakap Mama cuti hari ni ni wahai Adik. 
Mama cuti Rabu sampai Jumaat nanti kita pergi jalan-jalan ya.



Saturday, June 1, 2013

Long week


Rasa macam minggu ni panjang sangat. Macam-macam jadi kat office. 
Dengan customer tua datang bawak laptop naik bas semata-mata sebab tak boleh nak connect to our website. Ialah our website tu portal untuk online trading. So bila tak boleh nak connect mulalah derang ni panik. 

Kesianlah pulak bila orang tua datang bawak laptop antik naik bas tapi I tak boleh nak tolong. 1st day datang tak boleh nak tangkap our office wifi sebab laptop antik sangat. Second day dia datang, I try pulak guna our Maxis broadband tapi tu pun tak boleh. Part paling sedih tu lptop dia sampai battery drainlah dan dia tak bawak pulak charger. Sian sungguh tapi nak buat macamana, memang tak dapat nak tolong.

Tu satu cerita ......pastu semalam ada pulak kes kecurian laptop kat office. Dah jadi satu hal pulak I nak kena investigate sapa punya kerja. Tuan punya tu pun cerdik sangat, keluar lunch simpan laptop bawah drawer tutup dengan kertas surat kabar jer. Hang ingat kertas surat kabar tu Harry Potter's invisible cloak ke?. #bangangdotcom.
Menyusahkan orang tau tak nak kena view CCTV tu satu persatu.

Since our office ni open to public during lunch pun susah nak pint point sapa punya kerja. Tapi adalah suspect sorang orang luar ni sebab ada saksi yang cakap dia ni mencurigakan. Cakap lain-lain tujuan datang office kat dua orang berbeza. Tapi nak tangkap pun tak guna sebab tak ada prove pun dia ambik. Gambar dalam CCTV pun tak berapa terang.

Hari ni sepatutnya nak kena pergi wedding sedara husband tapi pakcik tu boleh lupa pulak yang dia ada seminar tengahari. Last-last biar jerlah dia pergi wedding tu sorang sebab nanti dia nak patah balik rumah hantar kami dari Cheras pastu nak pergi Ampang balik jauhlah pulak. TApi besok kami kena menghantar rombongan pengantin ke Kajang pulak. Yang tak tahan tu nak kena ada kat rumah makcik my husband pukul 10 pagi. Why oh whyyyyy.....on a Sunday. 

Kat bawah ni pulak gambar semalam kat pasar malam. Lama dah teringin nak makan charkueyteow tapi tak jumpalah pulak orang yang jual. Nasib baiklah semalam sempat beli sebelum hujan lebat.



mee kari ni hubby yang makan. Kami try kedai baru buka.
Boleh tahanlah mee kari dan char kueyteownya.


charkueyteow basah-basah macam nilah best. No taugeh for me okay =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin