Friday, March 29, 2013

Jumaat rupanya


Ia-ia ingatkan hari ni Sabtu. Almaklumlah hari ni I cuti tak pergi kerja tu yang ingatkan hari ni Sabtu. Dah berkobar-kobar tadi nak tengok Fear Factor nak tau sapa yang menang. 

Minggu lepas kesian kat si Elfira Loy kan sebab kena masuk tangki penuh dengan katak. Kalau I pun ngeri....nak dekat dengan katak pun tak sanggup. Eeee...ingat lagi toilet nenek I kat kampung dulu banyak kodok. Kat celah sudut toilet tu selalu mesti ada sekor...sanggup ni tahan nak kencing sebab takut katak. Mak tak sanggup kot-kot tengah buat bisness kot katak tu lompat mari dekat....eee...tak boleh nak bayangkan. 

Lupakanlah hal katak tu. Sekarang ni kan musim orang ber 'keek'. So kami ni pun sibuk join the bandwagon. Seronok jugak Keek ni rupanya....dapat tengok macamana rupa bibik-bibik Siti Nurhaliza, tengok Siti shopping, tengok Lisa Surihani kat Universal Studio LA. Dah serupa stalking orang tapi senyap-senyap. Lebih kurang sama macam Instagram tapi ni video dalam 32 saat.

Anyway, ni Keek video kami untuk hari ni. Tengoklah anak dara kecik saya ni. Kalau nak follow Keek saya boleh jugak, cari Pinkmama02. 

Happy 'Keeking' and happy weekend semua orang.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, March 28, 2013

Kelas yoga semalam

Saya ponteng kelas yoga semalam sebab lepas buat physio the day before bahu saya sakit ya amat. So semalam saya observe jerlah kawan-kawan exercise.



Ada kawan yang baik menghantar fatwa tentang yoga. Katanya ada fatwa kata yoga haram tapi kami tak ada chant apa-apa pun just pure exercise. Is it still haram?. Anyone?


- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, March 25, 2013

Birthday dinner at Seoul Garden


Lama dah teringin nak makan kat Seoul Garden(SG) tapi tiap-tiap kali lalu depan SG mesti tak cukup korum. So last Saturday sempena my *teeeeettttt* birthday kita pergi makan.
Sebenarnya nak makan kat Bulgogi Brothers (BB) tapi BB makanan dia ala-cart, SG buffet. So baik makan buffet boleh melantak banyak-banyak.

outfit of the day. Suka betullah I dengan jegging Uniqlo ni tapikan ntah kenapa macam longgar sikitlah pulak tang pinggang tu. Hint: nak bagitau dah kurus sikitlah tu =P



sebelum pergi makan, singgah Sephora collect free birthday gift.
Patutnya dapat mini makeup kit tapi SA tu kata dah out of stock so derang kasi lotion. Lotion pun lotionlah asalkan free gift.



suka sangat buat kecik ni bergayut kat Mama dia tau

Ramai orang malam tu sampaikan kena tunggu sekejap untuk turn. Tapi servis pun lembab kot sebab there is a few tables yang derang tak kemas. Sampaikan incident the manager kata nak slap waiter dia sebab tak kemas meja. Isykkk....janganlah marah staff depan customer buat malu jer. Kot iye pun cakaplah elok-elok. Anak I yang 10 tahun tu pun reti malu kalau kita marah depan orang tau.



Since all the kids dah melebihi certain height so we pay for 5 adults. Tapi berbaloilah makan banyak-banyak.
Air and dessert pun free flow.

Ohhh udang grill so manisssss.....how I miss you

rugi bawak budak lelaki ni sebab dia tak reti makan benda-benda ni. Dia makan mee goreng jer pastu sakit perut sebab mee pedas sangat =P


happy faces

Ayah jom pi makan lagi tapi kita gi dating berdua jerlah. Manisnya daging tu...lamb grill pun sedap.



nampak tak kesan jerawat tepi hidung tu...besar pulak tu. I beli Hiruscar gel kat Guardian hari tu, it seems that that gel helps reduce the scar.



bayar mahal-mahal kenalah makan banyak-banyakkan. Barulah worth it.

udang is my favorite. I hantu udang okay.


peace yo...banyaknya pinggan

sharing is caring....romantiklah konon



Burp....Alhamdulillah. Thank you Ayah for belanja.









Mama sayang korang ketat-ketat *muahhhhhhh*

So happy on my *teeeett* birthday for the lovely family I have although sometimes you guys gets on my nerve =P


- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, March 24, 2013

Happy *teeeetttt* Birthday to me


Semalam adalah my birthday yang ke *teeeeeet* dah masuk era kena guna reading glasses dah hahaha....

Syukur pada Allah kerana mengurniakan lagi setahun usia. Semoga seiring dengan usia ini Allah kurniakan sekali rahmat, rezeki, kesihatan yang baik, kebahagiaan dunia akhirat, more wiser and paling penting kesabaran cause I think I lack of it. Moga jadi umat Allah yang lebih baik.

To my family......Mama love all of you so much. Jomlah dengar budak-budak ni nyanyi lagu birthday untuk Mama derang.


Muahhhhh.....Mama love you all so much.

Gambar-gambar lain nanti I upload later =)



- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, March 20, 2013

Anime Convention 2013


So my daughter is an anime freak. She even draws anime....sketch book dia penuh gambar anime. So when Astro announce that they are going to organize anime convention in Sunway Pyramid no surprise there ....of courselah budak ni nak pergi.

Anyway the convention was last week, Saturday and Sunday. Plannya kami semua nak pergi Sunway Pyramid. I nak pergi cuci mata...cuci wallet sekali hehehe tapi budak cerdik ni dah pergi ajak kawan-kawan dia so kereta tak muat. Malas nak bawak dua kereta pergi Sunway Pyramid....plus I am not familiar with their parking space unlike One Utama....tutup mata pun boleh parking. Last-last Mama, Kakak and Abang kena tinggal to give way to the gediks girls. Punah harapan mak nak shopping kat Sunway Pyramid :'(

Disebabkan mak tak dapat pergi so kita tengok jerlah gambar-gambar yang derang ambik.





yang ni I tau.....Naruto kannnnnnnn.....






weird dress people...but what do I know.


this how long the queue was. Sian ayah dia kena tunggu daripada pukul 1 tghari sampai 7 malam.

Ayah siap wahatsapps gambar parents yang menunggu anak-anak. Wahhh hikmah jugaklah tak pergi kalau tak melangut kat situ lama. Ntah apa yang budak-budak perempuan tu buat kat situ lama-lama....tak faham mak.

Hubbynya kata bagus gak I tak ikut kalau tak sure dah kerah ajak balik cepat. Ialah nak tengok apanya lama-lama kat situ pun takat orang pakai dress up baju pelik-pelik. Betullah orang lelaki gak yang tahan kerenah ompompuan kan.

So do you watch anime too?


Monday, March 18, 2013

Mood shopping

Sekarang ni I dah jarang shopping tapi bila hantu shopping tu datang memang tak boleh ditahan-tahanlah. Shopping ni memang berantu sungguhlah sebab bila dah start dia menjangkit-jangkit tak boleh stop.

Asalnya 2 minggu lepas pergi Paradigm Mall sebab nak pergi Uniqlo jer.  Kekonon nak cari selai jer jegging. Comfylah jegging uniqlo sebab kain dia tebal and strechable. Pagi tadi baru ternampak ada sorang minah ni pakai legging hitam tappiiii baik toksah pakai kot sebab nipisnyalah hai kain legging tu. Boleh nampak kulit kaki dia. Udahlah dia padankan denagn blouse. Mesti dia tak perasan kata leggings dia jarang. Kita yang menengok ni pulak yang segan sebab jarang sangat.

asalnya nak beli satu jer. Sekali yang kuning tu ada prmotion RM49 from usual price RM79. So ambik yang kuning satu and purple satu. Tapi yang purple tu normal pricelah. 

yang biru tu anak kecik saya dah pau seluar jeans selailah. Seluar jeans untuk budak pun dah RM79 ...sama rege dengan jeggings mak.


sebelah Uniqlo adalah H&M. Bagus betullah derang susun kedai-kedai ni...dekat-dekat dengan each other memang nak suruh orang perabis duit betul. Dekat H&M terbeli t-shirt selai dengan scrunchy. Nasib baik sedar diri.


Spoke too soon sebab lepas ke H&M terjebak pulak ke Sephora. >.<
Ishhkkk...bahaya betullah floor ni. Semua kedai best-best dekat-dekat. 


dekat Sephora terembat Naked Urban Decay Basic. Lama dah nak beli Urban Decay sebab terjebak baca review orang kat forum. Harga RM99.
Stila lip gloss tu my favorite so mesti beli. Kalau tak silap RM79



basic colors only. Size pun kecik so senang nak sumbat dalam henbeg.
Berus beli sendirilah ya sebab tak ada dalam pack tu. So far pakai hari-hari puas hatilah sebab the color sticks and tahan lama. 


my outfit for that day. Kepala terchop off. Tu lah susahnya kalau nak suruh anak ambikkan gambar. Nampak sangat ketidak ikhlasan. =P


nampak tak gambar anak saya si Kakak tu. Baju bunga-bunga seluar merah. Lantaklah Kakak asal jangan jadi fesyen victim udah. Kadang-kadang kita tak sedar....baju yang kat badan orang tak semestinya cantik kat badan kita. So janganlah fefeeling nak pakai baju yang Miranda Kerr pakai ya...dia selim semua yang dia pakai lawa. Ehh...apakah yang dimerepekkan ni. Ni semua sebab banyak sangat fashion victimlah ni =P


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, March 15, 2013

Company dinner minggu lepas



Dah Jumaat balik baru nak update pasal Company Annual dinner untuk warga emas office. Dinnernya Jumaat minggu lepas. Akak busy betul minggu ni. Semalam dah half day training pastu petang lari pergi buat physio. Manalah cukup masa nak update blog tapi banyak masa baca blog orang muahahaha.

Dinnernya buat kat hotel Concorde KL. Nasib baiklah Company provide bas kalau tak berchenta nak drive masuk town KL hari Jemaat. Sapa yang kerja dalam KL tau ler seksanya.....lebih-lebih lagi kalau hujan petang Jumaat mau lagi tension.


ni my collegue. Lebih kurang 10 tahun lagi muda dpd I. Comel kannnn.
I pakai baju opis jer pergi dinner. Koser nak tukar-tukar baju lain lagi. 


kami pintu toll girls. In-charge of attendance and lucky draw numbers. 
Camwhore picture kami punyalah berlambak tapi takkan nak letak semuakannnnn



Live Band. Not bad tau band ni nyanyi tapi semua lagi oldieslah. Oldies-oldies pun I siap nyanyi sekalilah. Tak ambiklah pulak gambar warga mas berdancing-dancing kat tengah-tengah tu. Boss Akak pun sama hokayyy >.<


Sengkak perut nak menghabiskan 8 course meal ni. 

tapi semua sedap-sedap. Rugi tak dapat makan banyak-banyak macam dulu. Perut I sekarang makan sikit dah penuh =(



nasib baiklah bawak penyelamat. Batteri dah tinggal nyawa2 ikan sebab banyak ambik gambar dengan video

Belly dancing pun ada. Tak paham sungguh apasallah tiap-tiap tahun nak kena ada belly dancer ni. Dah macam jadi trademark company pulak. 



antara lucky draw prices. Voucer AEON. Akak tukang pegang tray jerlahhh...huwaaa. 



antara grand price of the night. iPad, Samsung S2 Mini, teapot set anddddddddd
grand price adalah Samsung Galaxy Note 2. Nak satuuuuu..... 

Nasib baiklah by 11pm dah habis sebab semuanya nak balik awal, besoknya masing-masing nak kena attend compulasory training. Itulah I dah kata minggu lepas memang minggu busy gila. Harap-harap minggu ni dapatlah berehat hujung minggu ni. Ehh...selamat hari Jumaat semua.



- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, March 13, 2013

Sabtu yang busy

Kemalasan nak update blog melanda walaupun sebenarnya banyak dah upload gambar dalam draft.

Minggu lepas busy gila. Dengan Company Annual dinner malam Jumaat pastu Sabtu ada kena attend compulsory course. Tension Akak tau.

Rasa macam tak cukup nak berehat weekend lepas. Tak fairrr.....ganti balik cuti ai. Dahlah course separuh hari Sabtu tu. Kalau duduk rumah boleh tidur kemas rumah, basuh baju etc..etc...etc...

Oh nanti I update gambar company dinner I tu tau....ada belly dancer lagi.

ni ha tempat training Sabtu lepas. Walaupun KLCC kat seberang jalan tapi tak ada selera nak shopping bagai sebab dalam otak nak balik rumah jer.



Adik macam biasa ada art class. Terkejar-kejar jugaklah ayah dia pergi menghantar mengambik anak sebab ayah pun ada training hari Sabtu.

Masa dia tunjuk gambar ni, I siap tanya ni teacher yang lukis ke?

Dia kata...."Adiklah lukis. Teacher tunjuk gambar contoh jer". 

Memang sebijik gambar contoh yang teacher dia tunjuk. Even teacher lain pun tak percaya yang dia lukis gambar rhino tu.

budak sentap sebab mula-mula kitaorang tak bagi dia pergi swimming kat pool apt kawan dia. Manja sangat budak kecik ni.....ni semua salah ayah dialah ni.

Sesambil beli hadiah untuk birthday party kawan Kakak. Terpaksalah pujuk hati anak bungsu sorang ni.


wahh sekarang ni birthday party kat tepi pool semata.
Tu jerlah sebab malas dah nak menaip....bahu sakit. >.<

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, March 7, 2013

Kelas yoga pertama


Jawapan bagi sapa yang terlipat dan sapa jadi lepat telah terjawap semalam.

Akak ler yang jadi lepat semalam. 

Lama dah tak berexercise. Gym pun dah lama ditinggalkan. Padan muka bila buat exercise sakit sana...sakit sini. Jangan sangka buat yoga ni senang. Banyak rigorous moves jugak walaupun tak adalah terloncat-loncat...terkinja-kinja macam masuk kelas aerobik. 

Pakcik umur 70 tahun lagi fit dan flexible dari I tau #tutupmukamalu. Kitaorang yang muda-muda ni (mudalah sangat) terouch sana teradui sini. Nampak sangat semua jarang exercise.

Lama dah sebenarnya cadangan nak buat kelas yoga kat office tapi tak menjadi-jadi sampailah boss yang push kan. Instructor yoga terlatih memang dah ada kat office. One of our collegue memang mengajar yoga part time so apalagi......kita mintaklah dia ajar. RM20 jer untuk 4 sessi sebulan. Okay sesangatlahkan.




my purple yoga mat. Pink tak ada...purple pun bolehlah. Akak tak memilih.



Concentrate...inhale exhale.
Rupanya nak breathing pun ada right technic ek



yang ni tak tau....buat yoga atau tarian inang


gambar boss kena blurkanlah. Boss pun sporting join kelas yoga kami. Actually boss yang nak sangat kelas yoga ni sebab dia ada problem dengan stomach. So try buat exercise yoga, mana tau boleh reducekan atau curekan sakit. 

Basically, I think yoga is to relax and clear your mind. Kitaorang kelas tak ada chant just purely exercise. Part paling bestadalah bila 10/15 minit terakhir cikgu suruh baring, tutup mata and clear your mind. Rasa macam nak terlelap. Kalau tertidur terus ni mau malu kang hahaha...

Lepas kelas yoga semalam, mengantuk giler. So cubalah google. Rupanya kalau lepas yoga kita mengantuk maknanya badan kita banyak toksik. Alamak nak kena detoxlah macam ni. Masalahnya....Akak malas >.<

Hari adalah sore sana sini...hehehe....adatlah kalau berexercisekan.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin