Friday, January 25, 2013

Food court Tesco Mutiara Damansara

Salam Maulidur Rasul.

Semalam ternampak dalam berita, orang berarak dalam hujan sempena Maulidur Rasul. Bagus semangat kental macam tu.

Dah petang-petang ni otak macam jam sikit tak tau nak update apa.
Almaklumlah dalam otak ni fikir nak cuti panjang jer. Seronoknya sebab sampai Senin cuti. Pastu minggu depan kerja tiga hari jer sebab Jumaat dah cuti balik sempena Hari Wilayah.

Dah tua-tua ni memang liat sikit nak pergi kerja. Malas jer rasanya. Kalau duduk rumah dapat berlingkar depan TV. Nak keluar rumah pun malas rasanya. 

Off topic kejap. 

Hari tu bawak budak-budak dinner kat food court Tesco Mutiara Damansara. 
Macam-macam makanan ada dan harga pun tak adalah mencekik sangat reasonable lah. Bukan macam food court yang kat atas Midvalley tu


sizzling yee mee yang sedap. Kuah dia pekat dan likat.
The only complaint I have is that tukang pecah telur tu tak pandai pecahkan telur kot sebab punyalah banyak kulit telur dalam tu >.<
RM4 ++


ni store makanan penyet-penyet....ayam penyet....ikan penyet....segalalah yang boleh dipenyekkan.
Macamana derang goreng ikan ni sampai boleh jadi rupa gini?
Dah macam ikan terbang rupanya


my beef lasagna. Puas hati makan. Hak ni dalam RM10+

Budak-budak tu makan fish and chips, chicken chop dan mash patatoes.
Semua sedap. 

So kalau rasa tak tahu mana nak pergi makan kat area Mutiara Dsara tu, trylah makan kat foodcourt dia. Harga pun tak mahal sangat. Tempat makan luas dan ada free wifi untuk Tesco card member.

Eh dah bunyi macam promo Tesco pulak. Tak adalah....just sharing jer.

So Selamat Bercuti bagi semua yang bercuti Isnin nanti. 

Bagi negeri-negeri yang tak bercuti tu.....selamat bekerjalah ya...hehehe....ucapan dpd orang yang akan bercuti =D


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin