Wednesday, January 30, 2013

Tuesday, January 29, 2013

Jelly Bunny Shoe Store

Asalnya makcik ni yang post kat Instagram gambar kasut dia. Comel-comel kasutnya. 
Pastu my office collegue ada bagitau yang ada kedai kasut baru bukak depan McDonald's One Utama.

So Sunday lepas, kebetulan ayah budak-budak ni nak hantar laptop dia untuk repair kat Pineapple One Utama.....kita ambiklah kesempatan singgah sekali. Pantangkan dengar kedai baru bukak, mesti nak check it out.

Nama kedainya Kedai Kasut....acah jer...
nama kedainya "Jelly Bunny"

Nak masuk kedai macam oiiii ramainya manusia. Betul punya sambutan hangat kedai ni.
Nampak tak signboard tu, "from RM29 to RM59". Idaklah mahal sangat kasut kat kedai ni.
One thing kedai ni bau wangi sangat....bau macam chewing gum.  Rasa macam nak makan-makan kasut.

Kasut dalam kedai ni semua jelly shoes. Color dia semua vibrant-vibrant color and so cute.
Lupa pulak nak snap gambar dalam kedai sebab sibuk memilih kasut sendiri and the girls.

hiasan dalam kedai


our jelly shoes
beli second pair dapat diskaun. 
Comel kan....



boleh pulak terjumpa makcik ni kat kedai Jelly Bunny dengan anak-anak dia.
Paling kelakar boleh pulak pakai handbag yang sama pattern. Sehati sejiwa sungguhlah.
Great minds think alike....hahahaha. 



wearing my Jelly Bunny today. Tak peduliklah kalau takformal and too casual.
Rasa berangin jer kaki hari ni sebab kasut ni banyak lubang.

Minggu ni 3 hari kerja. Ya Allah kau bagilah aku kekuatan.
Bila dah cuti panjang mulalah liat nak kerja.

- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, January 26, 2013

Just a boring post

What a boring Saturday. Pakcik tu kata tadi kata nak ajak pergi shopping....last-last stuck at home. Dua beranak tu, Adik and ayah syok tengok Anime. Those two are anime freaks. 
They can watch Anime for hours tak ingat makan minum. Couch potatoes duo >.<

Semalam petang hujan lebat so KL biasalah jam sesaja. I was stuck at the office. Nak duduk lama-lama kat office takut pulak sebab most of my collegue dah balik. Office tu kalau dah tutup lampu gelap seram pulak sebab sunyi sangat. So no choice terpaksalah pergi duduk One Utama sorang-sorang.

Daripada melangut tak tentu pasal sorang-sorang, baiklah pergi makan.

Poor me had to drag myself to Pizza Milano One Utama.

nasib baiklah they day before dah download banyak TV series. I love you Torrent. It's some much easier now that I can download torrent from my Samsung Galaxy Tab 7. I seriously do not regret buying it over iPad Mini. 


so yesterday I ordered Peppermint tea, mushroom soup and pizza while waiting for the hubs and kids to pick me up from 1U.


pizza dia sedap....tak kedekut cheese, even the pepperoni pun banyak. Puaslah makan. I love thin crust pizza.


my baby's finally arrived. Yayyyyy....

I'm not the type that can eat alone. Kinda feel awkward duduk sorang-sorang. Rasa macam kera sumbang. Am I the only one who feels that way?

So gotta go now. Udang dan sotong dah keluar. So I guess sambal udang and sotong goreng kunyit it is. Orang malas memang macam ni....masak simple-simple jer. Maybe I'll try my new steamer too. Semalam ada orang tu belikan saya steamer baru. Kekonon nak eat healthylah tu =P

Turulooo....till we meet again XOXO (feeling Gossip Girl hihi)






- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, January 25, 2013

Food court Tesco Mutiara Damansara

Salam Maulidur Rasul.

Semalam ternampak dalam berita, orang berarak dalam hujan sempena Maulidur Rasul. Bagus semangat kental macam tu.

Dah petang-petang ni otak macam jam sikit tak tau nak update apa.
Almaklumlah dalam otak ni fikir nak cuti panjang jer. Seronoknya sebab sampai Senin cuti. Pastu minggu depan kerja tiga hari jer sebab Jumaat dah cuti balik sempena Hari Wilayah.

Dah tua-tua ni memang liat sikit nak pergi kerja. Malas jer rasanya. Kalau duduk rumah dapat berlingkar depan TV. Nak keluar rumah pun malas rasanya. 

Off topic kejap. 

Hari tu bawak budak-budak dinner kat food court Tesco Mutiara Damansara. 
Macam-macam makanan ada dan harga pun tak adalah mencekik sangat reasonable lah. Bukan macam food court yang kat atas Midvalley tu


sizzling yee mee yang sedap. Kuah dia pekat dan likat.
The only complaint I have is that tukang pecah telur tu tak pandai pecahkan telur kot sebab punyalah banyak kulit telur dalam tu >.<
RM4 ++


ni store makanan penyet-penyet....ayam penyet....ikan penyet....segalalah yang boleh dipenyekkan.
Macamana derang goreng ikan ni sampai boleh jadi rupa gini?
Dah macam ikan terbang rupanya


my beef lasagna. Puas hati makan. Hak ni dalam RM10+

Budak-budak tu makan fish and chips, chicken chop dan mash patatoes.
Semua sedap. 

So kalau rasa tak tahu mana nak pergi makan kat area Mutiara Dsara tu, trylah makan kat foodcourt dia. Harga pun tak mahal sangat. Tempat makan luas dan ada free wifi untuk Tesco card member.

Eh dah bunyi macam promo Tesco pulak. Tak adalah....just sharing jer.

So Selamat Bercuti bagi semua yang bercuti Isnin nanti. 

Bagi negeri-negeri yang tak bercuti tu.....selamat bekerjalah ya...hehehe....ucapan dpd orang yang akan bercuti =D


Monday, January 21, 2013

Bab makan yang paling best kat Penang

Mesti korang kata ...laaaa tak habis lagi ke entry Penang hari tu.
Gambar dah upload sayanglah pulak kalau tak update.

Kalau datang Penang mesti pekena laksa Penang. Tapi laksa Penang ni tak macam yang kita makan kat KL ni. Laksa Penang ni manis sikit according to my taste bud ler. Ramai my friends tak berapa gemar sebab derang kata manis.


Malam tu pulak for dinner kami makan seafood. Jauh tempat ni....lebih kurang sejam dari hotel kami. Kat hujung tanjung nu. Boleh nampaklah jambatan kedua sedang dibina.


kat Kampong Teluk Tempoyak kalau tak silap.

Sini konsep self-service. So jangan haraplah orang datang ambik order. Kita sendiri kena pi order makanan kita.


udang dan ketam bakar. Ikan bakar tak ada dalam gambar.
Tapikan makan kat ikan bakar kat Melaka lagi best rasanya.


kalau dapat cili crab lagi sedap nih

Sok pagi sebelum berangkat balik KL, acara mesti makan breakfast kat Jalan Transfer.
Kalau sapa tak tau kat mana Jalan Transfer ni rugiiiii....lain kali pergi Penang pi cari Jalan Transfer.

Nak tau apa ada kat Jalan Transfer?



ada roti canai kuah daging.

Perghhhhhh....sedap siot. Ada daging seketul dalam kuah tu.


nampak tak daging tu?



roti goyang. Actually roti bakar buh dua telur 3/4 masak.

Must try kalau datang Penang tau. KL tak pernah jumpa lagi.

Ingatkan terus balik KL tapi ayah budak-budak ni ajak pergi mall yang sebelah G Hotel tu. Alah yang kat Gurney Drive tu. Queensbay Mall ke? Tak ingatlah. Pakcik tu nak memerut. Kelas gituh...nak memerut pilih lokasi cun-cun gitu.

Memang cun sangatlah sebab kat situ ada butik Coach. Dari luar lagi dah nampak...eksaited terus. Terus tertangkat sebijik. Alah Coachkan ada end season sale. Bag yang ribu-ribu jadi harga ratusan jer. Mau tak tertangkap sebijik buat basahan pergi kerja.



lihatlah dunia.....poyo sesangat tau.


sempat gaklah singgah jeruk Madu Pak Ali sebelum meninggalkan Pulau Mutiara. Ada lagi dalam petias tu buat stok.



Alang-alang dah lalu arah nak balikkan.....kita pergi makan mee udanglah kat Kuala Sepetang, Taiping.

Pemes tau restoran Mak Jah ni. Kalau tak silap kat Wangsa Maju pun ada cawangan.





mee udang


udang masak sambal.....sedap ratah udang macam tu jer.


kueyteow goreng udang

tak menahan sungguh sebab udang dia besar-besar dan fresh. Harga pun boleh tahanlah.



berbaloi sebab udang dia besar-besar....finger licking good. *sambil telan air liur*

Cuti tu memang makan jerlahkan. My uncle siap pesan balik rumah nanti timbang berat hahahaha.


Friday, January 18, 2013

By the beach having fun - Feringghi Beach

So this my part 2 of our Penang trip. 
Nak sambung semalam tapi tak sihatlah pulak. 

So after my collegues semua dah bertolak balik ke KL, I pun pindahlah ke hotel yang kitaorang dah book which is quite nearby jugaklah.



Recommended kalau siapa-siapa nak duduk di Golden Sands Resort.
Hotel 4 stars kalau tak silap I and ranked no 4 out of 11 hotels kat Feringghi.
They have 3 swimming pools which is a plus  especially for the kids. I yang dah tua ni pun terjun pool jugak tau. It's by the beach, senang nak buat sports activity....sediakan duitnya saja. 

Night market pun mula depan hotel. So senang nak merayap cuci mata tapiiiiiii.....don't expect cheap stuff okay sebab bangla (banyak bangla yang menjual) tu jual barang mahal gilo. Just because we are not locals, dia tekan harga. Bengang jer my friend and I sebab dia kata kalau orang sini kita jual murah. Kepala hotak hang ler....kita local tourist bukannya foreigners.

McDonald is just across the road dekat Petronas tu. So kalau tak tau nak makan apa....apa lagi cross jalan jerlah. Gerai pun banyak kalau rasa nak makan makanan melayu.

Anyway, petang tu budak-budak dah merengek nak pergi beach sebab I pergi janji dengan derang that they play the water sport (nyosal den sebab kopak den hehehe)

The kids were so keen on doing the parasailing. Kecut perut mak tapi dah they want to do it....mak pak okay jer. Jangan hanpa menjerit nak turun lepas tu, tak dapat nak tolonglah.

Tiga-tiga nak nak naik parasailing tu. So lepas bargain dengan tokay parasailing tu dapatlah satu kepala RM65. Puas India tu pujuk I naik sekali....ohhh sorry hang nak suruh aku terkincit bolehlah. Best jugak sebab derang bawak my kids jauh jugak compared to my friends yang naik previous day. Kalau naik depan hotel tu, dia pusing dekat jer. 
Kami naik jauh sikit dari hotel so dapatlah budak-budak tu merasa terbang lama sikit.

















Panasnya petang kat tepi beach. Nasib baik beli topi.
Wear sunblock people cause it's scorching hot at 4pm tepi laut tu.















dah selamat tiga-tiga naik....boleh pulak diaorang request nak naik lagi sebab the kids kata best sangat. Udah tak ada maknanya...kopak mak pak hang.

Nak memuaskan hati derang, bagilah derang naik bot laju yang terloncat-loncat atas air tu.

Yang ni RM30 sekepala.











meloncat-loncat atas air tu....haaa padan muka. Memasing turun daripada tu kata syok sangat. Siap suruh uncle speed boat tu bawak laju lagi >.<

Cantikkan pemandangan. Langit and air laut biru. Kalau tengok dari atas parasailing tu mesti lagi cantik.

Lepas tu patutnya ayah budak-budak ni nak ajak pergi island cruising tapi budak-budak ni dah tak sabar nak balik hotel sebab nak terjun pool. So balik hotel and lepak tepi pool ler kami.

I have more of the Penang post.....nanti I sambung. 

Friday.....yayyyyy....I love you.



LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin