Tuesday, December 31, 2013

Bye-bye 2013, Hello 2014




I end this years entry with Adik's photo of her enjoying her new birthday gift. Anak manja kesayangan ni bukannya typical girly girl. All the things she wants mesti berunsur permainan kanank-kanak lelaki yang exciting bagi dia. Jangan haraplah nak tengok dia pakai gaun or main permainan budak-budak perempuan.

2013 has been a rough year for me. Banyak down daripada up. Dengan kesihatan yang teruk tahun ni. Masuk hospital 2 bulan berturut-turut untuk surgery sampai cengkunglah muka I. 
Then there's other obstacles that I would not mention here.It's a year of trial and tribulations. Cabaran sungguh tahun 2013.

Adalah jugak yang positif in 2013, Abang dapat masuk sekolah berasrama. Bagus jugaklah budak tu duduk hostel. Kurang sikitlah I nak dengar ayah dia bergaduh dan marah-marah budak tu. Dua orang tu macam api dengan minyak tanah, tak boleh dekat with each other......panas jer. Kesian kadang-kadang dengan Abang...ntah mana silapnya. Hopefully 2014 will bring them close to each other more. No more menaikkan darah each other =P

Been a rocky 2013, so I pray that 2014 will be a better year for me and my family emotionally and financially.

Tahun ni tak nak dah baca horoscope untuk tahun depan sebab macam betul jer horoscope tahun lepas tu. I bukannya percaya horoscope tapi baca suka-suka jer. 

Tiap-tiap tahun mesti ada azam tahun barukan. Azam tahun baru I nak cari kerja lain. Or better...tak payah kerja langsung. Fullstop. 

Ya Allah, kau permudahkanlah perjalanan hidupku untuk tahun 2014. Amin.

Happy New Year to all my blogger friends and reader. May 2014 brings you joy, happiness and prosperity. 


Monday, December 30, 2013

December Birthday weekend

Minggu lepas memang minggu sambutan harijadi. Jumaat lepas birthday ayah budak-budak ni. Semalam pulak birthday Adik. Napalah birthday korang selang sehari jer. Kopaks mak tau sebab nak kena belanja makan dan beli hadiah untuk korang berdua.

Malam birthday ayah budak-budak ni, I dah tanya birthday boy dia nak makan apa sebab I nak belanja. Birthday boy buat jual mahal tak tahu nak makan apa. Last-last kitaorang pi makan steamboat kat Ombak, Kota Damansara.

Harga untuk dewasa RM29, student RM25, under 12yo RM12 dan if your birthday falls on that day, you'll get 15% discount (tapi silalah bawak IC anda)

Kami ambik bekas yang boleh steamboat dan grill. Kalau ramai I suggest ambiklah dua tempat masak tu sebab mangkuk untuk rebus tu kecik jer compare to Johnny's. 

Bersesuaian dengan harga, the choices for seafood tak banyak sangat. Udang pun kenit-kenit jer....sedih Akak. Sebagai pencinta udang rasa macam tak puas makan udang kenit-kenit. Hari tu makan steamboat/grill kat Pak John, IPC memang puas hati. Tapi kali ni berbaloi gaklah sebab Adik ambik banyak daging untuk dia grill. 

Standardlahkan macam kedai steamboat lain, selain makanan laut, ada sayur-sayuran, mee, char kueyteow yang sedap, buah-buahan, kuih muih pencuci mulut, buah-buahan, ice-cream dan air free. The hubby tak suka sangat kuah sup tu sebab dia kata ada macam rasa ubat tapi dia puji honey glazed chicken Ombak. Memang sedap sampai menjilat jari.

Rugi sebenarnya bawak Abang dengan Kakak sebab budak dua orang ni tak makan sangat seafood. 




tak ambik gambar banyak sebab malam tu hujan dan kami duduk kat luar so kena tempias hujan.

Happy birthday dear hubby yang ke *tutttt*.

 Lain kali kita pergi dating dua orang sajalah pi makan steak lagi best daripada bawak kanak-kanaks yang memilih makan nikan.



Semalam birthday baby girl pulak. Kelaskan dik ada birthday party tapi semua cousin-cousin dia jerlah. 

Happy birthday Adik yang ke 11. You'll always be my baby.



kek beli kat Giant jer udah. 
Malas nak beli kek mahal-mahal Secret Recipe sebab yang tua-tua semua ada penyakit kencing manis, darah tinggilah .....tak boleh makan manis-manis. Yang makan kek pun bebudak. Itu pun tak habis kek tu semalam. Asal dapat nyanyi-nyanyi lagu birthday dan tiup lilin derang dah happy. Buat syarat jer tu.



























umur kanak-kanak dalam gambar-gambar diatas adalah dari range 2-16 tahun. Harap maklum.


Thursday, December 26, 2013

Season's Greeting

Sekarang ni nak wish untuk Christmas pun dah was-was sebab banyak sangat hujah dan pendapat. Konpius jadinya. Habis macamana eh Gong Xi Fa Caii dan Happy Deepavali boleh wish tak? konpius Akak.

Season's greeting to all and happy new year

Anyway, here's a few pictures taken at KLCC and Pavilion. Ambik feeling season greetings.













Ni pulak kat KLCC Centre Court








Sempat jugaklah kami ke Galeri Petronas. Entrance is free dan jugak pengunjung akan dapat free fridge magnet =)



my ever hardly smiling boy. Baju hadiah birthday dah jadi baju favorite =P




Sempatlah jugak singgah Sephora beli lipgloss Nyx. Lipgloss murah-murah jer I mampu beli, bulan December bulan kopak. Besok birthday ayah budak-budak ni while Sunday pulak birthday anak manja busuk masam si Adik. 

Monday, December 23, 2013

Night garden wedding

Last few weeks ada my friend's wedding bertemakan night garden wedding. Selalu orang buat wedding malam kat dalam dewan tapi kali ni wedding dalam taman. 

Malam sebelum tu kami dah pergi teman pengantin tengok orang setup khemah, lampu, musicians equipments and chairs. Sampai pukul 1 pagi jugaklah melangut kat garden tu. It's a nice place to have a garden wedding. Nama tempatnya Puncak Chendana, Kampung Sg. Penchala. 


my duty for nite was jaga registration booth. Walaupun ada kerosakan teknikal dimana kami bergelap sebab ada wring problem untuk lampu, tugas masih diteruskan dalam gelap. 

Dua orang anak dara sunti belakang tu anak dara si Stronglady. Congratulations Nana for getting 8A's dalam PMR. Aunty Ayu is so proud of you. Mesti arwah abah Nana tengah beaming with pride from the heaven. You have made your Mama one happy woman.


That's my name. The bride dah allocate tables for her friends.
Funnily one of the guest was asking what does the card means. He thought it's some kind of theme or something. So I had to explain to him that it's my name. You're actually sitting on the table that is reserve for me dude =P


the bride and groom


the stronglady and her kawan yang cun =P.
 My bff was the main person in charge of the wedding. So on that day she was busy running here and there making sure everything is in tip top condition. So kalau nak hire wedding planner bidang terjun bolehlah panggil kami. 

Lap peluh sungguh sebenarnya nak run a wedding reception ni cause you won't know what's coming. Tiba-tiba khemah tak ada lampulah. Makanlah dalam gelap ya tetamu semua baru romantika di amor. Kesian sebab main table pengantin pun makan bertemankan candle light. Nasib baik pengantin tak tersalah suap orang.


semua dah terlepak penat....tapi makan tetap kena makan. 



This is what happens when you point them to the photo booth


Yeah rite Adik....OMG sangat



2 makciks yang perasan hot. 
Bila lagi nak merasa pakai crown macam Che Ta.


ni namanya Princess rocker


ambik gambar lepas tetamu semua dah balik baru tak malu sangat.
Yang duduk kat belakang tu semua pun budak-budak waiter



ada live band nyanyi. 



Tak payah berebut makanan di buffet table. Disebabkan semua kat my table tu practically family so taklah segan nak rembat buttered prawn and kambing bakar tu banyak-banyak...hihi. Teh tarik jangan cakaplah beround-round refill. 
me and my baby yang sibuk nak ikut. Dia yang excited terlebih sampai dia volunteer nak jadi usherer


Selamat pengantin baru to the bride and groom. Semoga berbahagia ke akhir hayat.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin