Wah dah berapa hari tak update blog. I cuti sebenarnya Khamis dan Jumaat sebab nak menyetelkan a few problems with my house developer. Dah naik buntu bila lawyer bagitahu ada problem. Alhamdulillah bila pergi sendiri ke developer dapat selesaikan masalah. Syukur Alhamdulillah. Rupanya ada miscommunication between law firm dengan developer....macam ayam cakap dengan itik, memasing tak faham :/ I should be getting a discount from the law firm cause I settled the problem for them...grrr. Mintak-mintak lepas ni tak adalah hiccups lagi.
Anyway, malam Rabu lepas sempat bawak budak-budak tengok Breaking Dawn. Hmm...typical Twilight movie. Cuma nak cakap awat pelik sungguh muka baby si Bella & Edward tu?.
Biasa-biasa jer kot last movie Twilight ni, nothing extraordinary. Cuma kalau dah peminat Twilight tu kena jugaklah tengokkan.
nampak tak the guy behind Adik pegang bantal hahahaha
Eh Edward dan Bella ada anak sorang lagilah hehe...
The best part of the movie was masa nak ending tu derang tunjuk balik flashback macamana Bella jumpa Edward and their life sampailah Renesme besar. Boleh menitik airmata.....overlah tukan. Tapi lagu ni memang sum it all lah.
I baru habis tengok Istanbul Aku Datang tadi kat malayfullmovies.net. I LOVE IT!!!
Lisa Surihani comel sangat dan Beto memang pelakon yang selamba. Best...best....must see!
I actually suka sangat tengok pakaian Lisa dalam movie ni, comel sangat sesuai dengan character Dian yang sweet and naive. Bodohlah Azad (character Tomok) tu dah ada girlfren comel macam Dian tu pun layan tak layan jer. I'm not gonna tell you what actually happen sebab nanti tak bestlahkan kalau dah tahu spoiler. Gi tengok sendiri tau.....but seriously cerita ni comel sangat. Bernard Chaulay please make more this kind of movies. Tengok banyak kali pun tak semak kepala otak macam cerita melayu lain. Hari tu I tengok cerita Aku Terima Nikahnya ....macam nak termuntah tengok sebab asyiklah si Nora Danish dan Adi Putra berpeluk sakan jer. Tolonglah......geli den menengoknya. Banyak lagi cara nak menunjuk babak romantik pun. Opss sorry termelalut.
She's a blogger too, she blogs in this movie =P
nak pergi Istanbul please =D
- Posted using BlogPress from iPhone
No comments:
Post a Comment