Friday, September 14, 2012

Jamuan raya

Sebelum basi marilah update.

Isnin lepas my office buat acara majlis sambutan hari raya. Everyone contribute RM10, boss kena bagi lebih tak kira jangan kedekut. Sebagai tukang makan kita redha jerlah dengan menu yang ada....bagi sepuluh ringgit jangan nak banyak bunyi ya.



makan buah jer?


redha jerlah makan buah jambu. Siap ada colek kicap hokay.

Taklah...ada menu lain. Melampau jamuan hari raya makan buah jer. Ingat kat dusun buah-buahan ke.


Roti jala

Ada antara makanan ni yang order dengan caterer. Balance pulak kakak-kakak jelitawan cantik molek kat office yang masak.





Makanan antaranya cake, kuih muih, agar-agar yang dibawa akak-akak manis.I tak bawak anything sebab I tak masuk kategori akak-akak atau manis =P



Antara pemakan yang juga bukan dalam kategori manis =P



Inilah dia antara akak-akak (adik pun ada jugak) manis yang membawa manis-manisan diatas.
Apa menu caterer hari tu ehh...dah masuk perut 4 hari terus lupa.
Ohh ...ada lemang, rendang, spaghetti kuah daging, nasi impit, kuah kacang, roti jala dan kuah kari ayam. Banyak lagi menu lain tapi tak ingat...almaklumlah dah tua.

Tahun ni tak meriah sangat sambutan jamuan harian raya sebab tak ada kambing golek. Titik.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin