Saturday, September 29, 2012

What I wore today




Pakai jubah jugak yang senang. Makan banyak kat kenduri kahwin pun tak nampak obvious sangat perut buncit =P




- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, September 28, 2012

Jiwa kacau 2

Queen Size Bed with TV / Folding Bicycle / 10,000mAh Power Bank @RM99

Tu tajuk subject email dari Groupon.

Yang I pi nampak and baca,

Queen Size Bed with Folding Bicycle

Pastu terfikir ...apa kena mengenanya katil dengan basikal lipat. Gua salah baca daaa.

Memantanglah dah Jumaat. Otak duk fokus nak balikkkkkkk jer.
Weekend wehh...weekend. Nasib baik minggu ni tak apayah datang kerja, walaupun dengarnya orang lain kena datang kerja disebabkan hal company merger. Adillah sebab last Sunday I dah datang kerja per.

Happy weekend all.


P/S: Tengah dengar Bajet ker?. Any good news so far? I malas nak dengar sebab usually there's nothing for pekerja swasta macam I ni.

Thursday, September 27, 2012

Jiwa kacau

Kadang-kadang rasa macam bagus jugak blog I ni tak banyak reader so kalau nak meroyan tak tentu pasal hari-hari pun bukan ada orang kisah pun. 

Boleh hilang sabar dengan kerenah manusia kat office ni tau.  Hari ni contractor datang untuk pasang plug powerpoint for a few people kat office tu. Pasang extra pun sebab last few days office power trip sebab ada power extension cord cikai yang dibeli Admin Dept banyak faulty. So untuk mengelakkan perkara berulang management decide untuk pasang UPS point baru. Ada manusia kat office tu yang macam tak boleh tengok orang lebih dari dia, laju jer dia pun nak. Pastu bukan kira, tau mengarah jer. Perkara yang melibatkan kos kenalah tanya permission boss dulu. Bukannya boleh main terjah suruh contractor tu pasang. Sapa yang nak bayar kos tu....bila diberitahu kos nak pasang satu UPS tu dalam RM100++ terus tersenyap dan I yang disentapnya. Malaslah nak cakap....bikin gua stress. 

Kalau cerita pasal manusia kat office ni 10 hari 10 malam tak habis cerita. Bikin hati panas jer. 

Tengahari tadi pergi Sime Darby Medical Centre. Kebetulan ayah budak-budak nak melawat kawan dia kat sana. So I tag alonglah nak melawat anak buah yang kena brain cancer hari tu. Unfortunately, dah transfer pergi SJMC sebab today dia kena buat treatment chemo. Tak boleh nak bayangkan budak 10 tahun kena buat chemo. Alangkan orang besar pun tak tahan after effect chemo, inikan lagi budak besar Adik. Mak dia kata dia mengadu leher dia rasa panas and badan tak sedap. Kita ni hanya boleh sabarkan jer tapi kita tak tahu apa yang patient rasa. Hang on boy....aunty pray that you can sail it through easily. Insyaallah.Dengan izin Allah.



lobby SDMC yang sangat cantik macam lobby hotel



lunch sorang-sorang sementara tunggu ayah budak2 visit kawan dia

While I was queueing for Subway, sempat sembang dengan this one mat salleh lady. Boleh tahan jugak bahasa Melayu dia. Tu yang terjebak bersembang. Anak dia patah kaki so kena buat operation. Dah lima hari duduk hospital, so anak dia dah restless sangat and nak balik. I compliment her on her Malay....suka dia. Dia kata dia dah lebih 30 tahun duduk Malaysia sebab dia kawin dengan Malaysian Chinese. So she said her chinese is better than her malay. Pastu dia kata yang anak-anak dia selalu gelakkan dia kalau dia cakap bahasa Melayu.Dah hujung-hujung conversation tu, dia tanya I samada I tengok tak rancangan Bella NTV7. Anak dia Vanessa dalam rancangan tu. Then I ask her back samada anak dia Vince AF ke?. Betullah tu, anak dia Vince AF. Bagus betullah mummy Vince ni, very friendly lady.

gambar lampu hospital pun jadik ambik



sempat lagi camwhore kat hospital

muka tension sebab melayan kerenah manusia-manusia di office.
Ada yang 10 kali buka email...10 kalilah lupa password and everything nak kena reset password baru. Penat aciklah. 




ni nak promo sikit butik kawan. Kalau rumah dekat-dekat area Taman Melati atau Saujana Utama 3, pergilah check out butik Mediina ya. Thank you. 

Tajuk jiwa kacau tu sebab baru tengok episod 19 Adam dan Hawa. Sian Am jiwa kacau =)



- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, September 26, 2012

Rezeki



Kita selalu merasakan kita susah, kita diduga.
Sebenarnya ada insan lain yang lebih susah dan teruk dugaannnya.

Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada.



rezeki semalam =)

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, September 24, 2012

Inspirasi



Walaupun sepatah haram tak faham apa yang Shila Amzah nyanyi, I must say that nyanyiannya meresap ke kalbu. Sampailah jiwanya, roh lagu masuk. Dah macam pengkritik AF pulak ya.

Apasallah tak pandai nyanyi kalau tak boleh masuk Asian Wave Contest dan menang 5 juta. Suara kat karaoke pun fail, ada hati nak masuk pertandingan nyanyi =P

Nak kena jadikan Shila inspirasi, do what you love most so kita akan buat sepenuh hati. Congratulations Shila, proud to be Malaysian. Malaysia boleh!

P/S: Jiwa tengah kacau. Kalau fikirkan banyak hutang nak kena bayar tiap-tiap bulan, mau tender jer resignation 24 jam. Tak sanggup kerja dengan psiko gila babi kat ofis yang macam tak ada work ethic and professionalism. Suka-suka hati nak tunjuk middle finger kat kita bila kita point out kesalahan staff dia. Staff and department kau tu bukan maksum, BODOH! (Bodoh itu ditujukan kepala perempuan psiko jari tengah nak kena kerat satu hari nanti). 

P/P/S: Perempuan psiko you are so lucky that my parents taught me not to buat jahat kat orang and I am still waras kalau tak... Sakit hati tetap sakit hati.

Friday, September 21, 2012

Thursday, September 20, 2012

Strings of bad news

Semalam bertalu-talu berita buruk yang I dapat. Sampaikan I don't know how to react. Balik rumah memang terus demam and selsema. Mungkin sebab terkejut semalam dapat berita buruk banyak sangat.

Ada tak sesiapa tengok berita tentang pemandu van security yang kena tembak kat Taiping tu. He's a relative of ours. My father kata kesan tembakan tu dari arah kanan. Profession bawak van security ni memang bahaya. Anytime orang boleh gelap mata bawak duit juta-juta. Itu yang sampai sanggup tembak kawan sekerja. Kesian mak dan isteri dia. =(

Then ada remisier under my care yang I dapat tahu tengahari semalam wife dia kena stroke and dalam ICU tunggu hari jer. Dahlah they were supposed to go on a holiday semalam. Sekali jadi macam ni. Sedihnya. I nak call remisier tu pun macam serba salah. What do I say to him especially orang tengah sedih sangat.

Haiii...ingatkan dah habis bad news. Ada kawan pulak whatapps cakap yang one of my college mate pass away sebab heart attack. The poor guy just got married last July pulak tu. Tuhan kalau nak ambik nyawa kita bila-bila masa jerkan.

Tapi berita yang paling I tak sanggup sekali is somebody very close to the family, anaknya yang berumur 10 tahun disahkan ada brain tumor. The bad news is that the tumor cannot be operated sebab it's at the middle lobe of the brain. So doktor will have to find alternative medicine for the tumor. I cannot imagine parents yang kena lalui benda macam ni. Very heart breaking. I yang datang melawat pun rasa sedih sangat. I hope both parents are strong for their child. I pray that all goes well for them especially they are supposed to see the oncologist untuk discuss the treatment.

Ya Allah kau mudahkanlah urusan mereka.







Lobby Hospital Sime Darby Medical Centre Ara Damansara macam hotel. Terjakun sekejap semalam sebab first time pergi hospital yang gitu rupa. Nampak exclusive and I bet the hospital bill pun mestilah expensivekan.

Hari ni anak busyuk masam saya pulak yang tak sihat. Poor baby vomited dua kali. Call rumah tadi dia tengah tidur and tak nak bangun makan. Lembik sangat agaknya. Must get her dad to force her to eat something. Dizzy me is at the office working =(


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, September 18, 2012

Open house rumah member

Kalau dah jodoh tak kemana. Berjumpa lagi kami diopen house member lain selang seminggu. Musim-musim perayaan nilah time dapat jumpa kawan-kawan kalau tak semua busy sokmo.

Sabtu lepas open house my classmates kat Shah Alam. Biarlah nama dirahsiakan. Eleh kalau sebut nama pun bukan you all kenal pun.

Makanan memang marbelles. Habis semua makanan kitaorang makan tanpa segan silu dan membuat table tu macam table kami sendiri.
Nasib baik ada anak-anak dara Reen boleh suruh ambik makanan dengan kadar banyak tanpa malu. Budak-budak ambik makanan banyak tak apa sebab kanak-kanak sedang membesar memerlukan makanan yang banyak untuk tumbesaran. Kalau orang dewasa ambik makanan banyak tu dah buruk lantak namanya.

Laksa,char kueyteow, roti jala cicah bubur durian pehh terangkatlah. Rojak pun ada. Pastu ntah apa lagi kitaorang makan sebab banyak sangat. Pekena dengan teh tarik memang lupa diri kejaplah.




bestfren for life.


ehh I ada dimple...suka Akak. Nampak comel pulak kita berdua Reen.


perangai tiga-tiga walaupun dah lama jadi mak orang tetap tak berubah




jejaka(jejakalah sangat) yang berdua tu pun my ex-classmate. Kira ada 4 orang classmates dalam kelas tu dan sorang budak kelas sebelah yang selalu sesat lepak dengan kelas kami sebab budak-budak kelas dia tak happening macam kami.

pompuan yang tengah-tengah tu anak angkat kelas kami


Btw, kitaorang pergi raya rumah yang berbaju melayu kaler merah tu.
Untuk pengetahuan semua, dulu saiz badan kami tak macam ni.

Sekian, terima kasih.

Monday, September 17, 2012

Jalan-jalan cari makan dan tudung

How I wish that every Monday is a public holiday. When you already work more than 10 years rasa macam burn out. Time ni lah rasa macam nak pregnant so nanti beranak dapat cuti panjang 2 bulan.....hahaha...gilo. Tak sanggup dah nak bangun malam jaga baby menangis. Sekarang ni kalau Adik bangun malam pun sebab dia mengigau sleep walking. Tegur dia nak pergi mana terus dia tidur balik. 

Lunch hari ni kami ke Shah Alam. Patutnya nak pergi try restoran yang keluar minggu lepas kat Jalan-jalan Cari Makan. Sekali restoran tu dah tutup. why like that one....minggu lepas baru keluar JJCM, minggu ni kau dah tutup terus. Rasa tertipu Akak tau...buat perabis minyak kereta jer. Nasib baik ada Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang yang best berdekatan situ. Kalau tak mau meraung kelaparan.

Alang-alang dah sampai Shah Alam kita pujuklah sekali abang kita suruh bawak ke Jalan Plumbum.

Apa ada kat Jalan Plumbum?

|

|

|

|

|


ada Radiusite.

Tapi tak banyak choicelah kat dalam butik Radiusite. Hampa sikitlah sebab tudung yang berkenan di mata tak ada dalam butik. Sales Assistant butik kata next week baru banyak tudung baru sampai.

Teringat yang Sugarscarf ada dekat area-area butik Radiusite. Call my sister nak tanya exact location Sugarscarf. Tapi minah tu tak angkat -______-

Eh sekali terpandang....Sugarscarf selang a few kedai jer dari Radiusite, atas butik Fareeda jer. Buat bazir bil talipon Akak jer. Tapi Sugarscarf tutuplah pulak :'(



jom pulang baby

Sep duit mama =P

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, September 14, 2012

Jamuan raya

Sebelum basi marilah update.

Isnin lepas my office buat acara majlis sambutan hari raya. Everyone contribute RM10, boss kena bagi lebih tak kira jangan kedekut. Sebagai tukang makan kita redha jerlah dengan menu yang ada....bagi sepuluh ringgit jangan nak banyak bunyi ya.



makan buah jer?


redha jerlah makan buah jambu. Siap ada colek kicap hokay.

Taklah...ada menu lain. Melampau jamuan hari raya makan buah jer. Ingat kat dusun buah-buahan ke.


Roti jala

Ada antara makanan ni yang order dengan caterer. Balance pulak kakak-kakak jelitawan cantik molek kat office yang masak.





Makanan antaranya cake, kuih muih, agar-agar yang dibawa akak-akak manis.I tak bawak anything sebab I tak masuk kategori akak-akak atau manis =P



Antara pemakan yang juga bukan dalam kategori manis =P



Inilah dia antara akak-akak (adik pun ada jugak) manis yang membawa manis-manisan diatas.
Apa menu caterer hari tu ehh...dah masuk perut 4 hari terus lupa.
Ohh ...ada lemang, rendang, spaghetti kuah daging, nasi impit, kuah kacang, roti jala dan kuah kari ayam. Banyak lagi menu lain tapi tak ingat...almaklumlah dah tua.

Tahun ni tak meriah sangat sambutan jamuan harian raya sebab tak ada kambing golek. Titik.


Tuesday, September 11, 2012

Open house minggu lepas


Sabtu lepaskan I ada appoinment dengan Specialist. Rupanya hospital pun buat Open house bersama pelanggan. Macam tau-tau jer I nak datangkan.


staff hospital pun pakai baju Melayu/kurung

saya jer yang tak pakai baju kurung walaupun lepas appoinment ni saya ada 2 open house invitation.
Koser Akak nak berbaju kurung on weekend melainkan terpaksa pergi wedding.

konsep gerai. Sempai jugaklah kami jamah sementara nak tunggu mak jemah ni call sebab kami nak gi konvoi.


kalau bawak budak jantan ni open house atau makan buffet memang rugi sebab dia tak makan >.<


tak tipukan. Majlis sambutan Hari Raya bersama Pelanggan.

Lepas tu ke open house kawan kolej. So berjumpa dengan my BFF. Bila dah berjumpa tu prok prek prok prek non stop buat macam rumah sendiri silakan.

sila order jer anak anda untuk mengambil makanan kerana kaum ibu sibuk prok prek prok prek



kalau tgk gambar kitaorang tahun 2009 compare to 2012, tahun ni kitaorang semua lagi slim awww....perasan. Nak paste gambor 2009 tak dapatlah pulak. Tapi silalah percaya


finally...dah balik rumah baru dapat upload gambar.
Cuba compare gambar kami. 2012 masing-masing lagi kuruskan....kan?kan?

dengan anak-anak masing-masing


kawan-kawan dari zaman kolej. Semua vertical mengembang.
Kalau nak cerita pasal derang ni 10 hari 10 malam tak habis. Dalam gambar ni ada couple yang berjumpa dan berkahwin sebab ada 2 orang manusia dalam gambar ni jugak yang mengintroduce dan meneman pergi 1st date. =)

Faham tak? Tak faham sudah =P

Nasib baiklah ada open house lain dan sedar diri yang ini bukan open house sendiri, makan lepas berpinggan-pinggan makan kami pun mengundur diri ke next open house.

Dari Batu Caves nak ke Ampang makan masa almost sejam lebih. KL jam wehhhh...stress Akak duduk dalam kereta. Besok tu terus sakit pinggang sakit lutut...segala sakitlah.

Nasib baiklah open house customer husband tu dia buat kat kedai Asam Pedas Commando Kiosk. Orang Ampang tahulah kot kedai asam pedas ni.


berbaloi dapat makan asam pedai kepala ikan jenahak
Kuah dia memang bestlah. Nasib baik dah kenyang makan rumah member tadi, kalau tak memang hirup pinggan tu terus.

budak ni berbaloi bawak makan sebab semua benda dia sapu


ni jerlah yang dia makan >.<
 
Minggu depan ada lagi open house ni. My tummy minggu ni meragam teruk. Itulah makan lemak berkrim santan berlada banyak sangat ni. Nampaknya kena puasa ni.
 

- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, September 10, 2012

Rahsia kecantikan (saya)


Macamlah cantik sangatkan =P


Ramai (ramai ke?) yang tanya about my complexion. Alhamdulillah setakat ni tak banyak masalah kecuali adalah jerawat seketul dua yang degil nak keluar especially "that time of the month"

Antara produk pencuci yang I guna on a daily basis




1)Mustika Ratu Sari Jeruk Nipis untuk remove my makeup. I guna produk ni dah lebih 15 tahun. Dulu my face ada banyak masalah jerawat especially masa sedang membesar, masa tu hormon badan tak menentu so banyaklah jerawat. Sejak guna produk ni, Alhamdulillah banyak kurang masalah jerawat sampai licinlah muka memancar-mancar

2) Safi Rania Gold Gel pembersih Wajah sebagai pencuci muka. Bila tukar pencuci muka lain, mulalah jerawat semua tumbuh =(
I ada baca dalam majalah In-Trend kalau tak silap, produk ni bagus sebab dia ada habuk-habus(nano) emas. Kira macam kita bersihkan muka dengan emaslah. Tak dapat pakai susuk emas, pakai jerlah pencuci muka emas.

3) O'slee Rosehip Beauty Solution. Toner ni memang best. Selalunya I guna sebelum I sapukan my BB Cream. I dapat tips ni pun daripada beautician. Kalau nak makeup long lasting, sapukan dulu toner then only apply makeup kita.

dan.....

sebelum tidur I akan pakai 



4)Trilogy Rosehip Oil. See baguskan Rosehip ni. Titikkan aja 2 titik atas tangan dan sapu rata ke satu muka. 20ml ni dalam RM66.00.

Ada jugak petua orang tua-tua, kalau nak muka berseri-seri jangan tengok cermin malam-malam. Dulu masa muda-muda pantang jugak tengok cermin malam-malam sebab takut hilang seri tapi sekarang.....hmm selagi nampak cermin selagi tulah nak belek muka =P

So itu sajalah....tak ada rahsia pun. Lepas ni kalau ada orang tanya lagi, sialah rujuk belog saya =P





- Posted using BlogPress from my iPhone

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin