Thursday, July 26, 2012

Ramadhan 2012 - Day 3 - Warded

Hari ke tiga puasa hari Isnin. So Isnin tu kami adik beradik semua cuti kerja.
Pukul 5.15 pagi my youngest sister dah sms tanya pukul berapa nak pergi hospital. I balas balik dalam pukul 8 lebih lepas hantar budak-budak semua sekolah. Minah tu nak pergi sekali dengan I. Korang tau pukul berapa minah tu sampai rumah my mom....pukul 9 pagi. My mother dah gelisah dah, orang tua tu I sampai pukul 7 lebih dah siap pakai tudung dah.
Last-last kami semua naik kereta my sister since dia lambat sampai.

Pukul 9.30am sampai rupanya belum waktu melawat so "bonzer" sepital (makcik guard kerek) tak bagi naik ramai-ramai. Nasib baiklah pujuk dia cakap yang my father sorang and my mom nak naik tengok. Akak "bonzer" tu memilih kalau orang lelaki ensem lalu lebar senyumnya. Kalau dengan orang pompuan hamboi sikit punya masam dan garang dia.

Nasib baik jugaklah kami adik beradik cuti hari Isini tu sebabnya kena run and there. Nurse suruh pergi pharmacy and beli ubat for my father. My youngest sister dah biasa dengan UMMC sebab anak dia tiap-tiap bulan kena check up kat situ. Jadi minah tu tahulah nak kena beratur ambik nombor dulu sebelum ke pharmacy. Kalau ikut I, boleh mati kutu kat situ. Selalu pergi sepital satu jer kaunternya...manalah akak tahu nak kena pergi beratur ambik dulu, pastu baru pergi pharmacy.


kaunter ambik nombor


lepas ambik nombor baru pergi pharmacy. Nak jadi kisah masa hari tu msa nak bayar ubat, terkujat sikit sebab harga ubat RM200++. Boleh jer nak bayar tapi my sis ter kata bukan ke my father bekas pesara kerajaan boleh dapat diskaun kalau tunjuk kad pesara dengan kad appoinment dia. Dah jadi satu kisah pulak kena naik balik ke wad my father ambik kad pesara dan kad appoinment dia. Udahlah nak berjalan dari pharmacy to wad quite a distance. Tak adalah jauh sangat tapi bila puasa ni battery low sikit nak berjalan banyak.

End up kena bayar jugak amount RM200++ tu, kemudian nanti my dad boleh claim dengan JPA.

Lepas beli ubat, I suruh my 2nd sister pulak naik hantarkan ubat. Masa my sister naik, Specialist tengah check my father. My sister kena ikut doktor turun isi form untuk angioplasty my dad. Pastu kena naik ambik signature my dad, then turun balik. My sister kata penatlah jugak naik turun. Nasib kitaorang ada, kalau tinggal my mom jer mesti orang tua tu panik. My mom bukannya larat sangat.

Masa tengah lepak dengan my youngest sister kat bawah. Ternampak this one African lady. Mula-mula macam pelik jugak apahal tang pinggang dia terbonjol.

nampak tak bonjol tu? Dalam kain belakang dia tu ada baby rupanya. Dah macam pouch kangaroo. Instead of kat depan, pouch dia kat belakang.

Tu lah Akak "bonzer" dua orang tu.

nampak tak kepala baby dia. Masa ni dia duduk betul-betul depan kitaorang.


my dad. My sister punya in-laws datang visit.Sharing dalam bilik 4 katil. Nasib ler duduk sebelah katil uncle bangsa India.



Uncle tu okay tapi anak-anak dia yang datang melawat punyalah bising. 4-5 orang kadang-kadang sekali datang, pastu cakap bangsa macam nak bergaduh. Kesian orang lain kena tahan depa punya bising.



Untuk buka puasa hari ke 3, I beli gulai kawah. Sedap makan masa berbuka.
Beli banyak-banyak pastu freeze it, bila sahur baru panaskan. Gulai kawah letak kicap sikit, makan dengan serunding daging. Memang enaklah, barulah buka selera nak bersahur.


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin