Tuesday, July 31, 2012

Ramadhan 2012 - Day 9 - Baju raya & buka puasa


Ahad lepas sebenarnya I datang ofis. Menyampah sungguh bila IT suruh datang test system on a Sunday. Siapa yang rajin nak datang kerja hari Ahad.

Nasib baik office sambung dengan shopping mall. Angkut sekalilah anak-anak pergi office kejap test system pastu kami gi shopping baju raya. 

Deco Ramadhan One Utama old wing

Jusco tak banyak selection baju raya untuk budak-budak.
Tapi nasib baik dapat yang berkenan
my peranakan girls =)

Anak lelaki ni pulak tak jumpa baju melayu. So kita pergi Uniqlo cari baju casual dulu.
Susah jugak nak cari baju budak sorang ni. Fussy pot.....perangai sapalah yang dia ikut ni. Tengok mama dia, tengok, berkenan, ambik, bayar...settle!



the girls pun nak jugak baju. Ehh...actually mak depa punrembat t-shirt selai hehe

Lupa nak story, my dad was discharged last Sunday. Alhamdulillah.
Sekarang resting at home. Seminggu tak boleh drive kereta and jogging. Tak leh puasa jugak sebab kena makan ubat ikut time.

Hari tu kami buka puasa at my parents house. Meriah sebab my sisters, my brother in laws, the kids semua ada. Meriah.

Atuk duk diam-diam dalam bilik. Kalau keluar nanti stress sebab budak-budak bising.


mukadimah sebelum tunjuk gambar makanan, gambar tuan blog dululah

ayam panggang tu beli kat Pasar Ramadhan Kota Damansara. Sekor RM15

Asam pedas daging tetel dan ikan bersambal tu I masak.
Laku lauk asam pedas tu....licin
Lauk lain samada beli atau my sister masak.

penuh meja



my little niece yang petah bercakap.
Baca Al-Fatihah pun dah pandai.
Mak dia cerita yang my BIL nyanyi lagu pok amai-amai kat dia, dia boleh cakap "Apalah Abah ni kita nyanyi lagu Yunalah". Hahahaha

Nak balik tu, dia tunjuk I yang dia ada keychain Angray Bird. So I ask her, beli mana?
Tau apa dia jawap?. "Kat kedailah" >.<

cucu-cucu my parents. Perempuan lagi ramai daripada lelaki

eldest and youngest in the family

Seronok berbuka puasa ramai-ramai. Sekarang ni semua dah berkeluarga macam susah nak jumpa sekali ramai-ramai. Tahun ni pun my youngest sister raya rumah mak mertua dia dulu then only my mom's house. I dah tak ada parents in law so memang raya rumah my parents ajalah.


Monday, July 30, 2012

Ramadhan 2012 - Day 8 - AHC, Papa & Bazar Ramadhan TTDI

AHC announce yang hari Sabtu lepas ada sale untuk certain tudung.
Apa lagi my sister dengan I pantang dengar sale, pantas jer kitaorang sampai.
Penuh butik AHC dengan ladies penggemar tudung dan selendang AHC. Kali ni Alhamdulillah tak ada jantan dalam butik. (eh depa ada baca ke blog I sebab the last round I complaint kata ada orang lelaki dalam butik so susah kita nak menerai tudung)

Masa I sampai pukul 11 pagi, rak-rak tudung banyak dah kosong. Mak aihh...shopping sakan masing-masing. Ada lady depan I tu beli tudung sampai RM500++
Nasib baik tak ada incident tarik menarik sampai rak baju nak tumbang macam kat Butik First Lady. Tengok gambar Instagram Jovian, seram pulak sebab ramainya orang berebut nak beli baju-baju JM. My friend kata dari pukul 8 pagi lagi orang dah tunggu butik First Lady buka. Selection baju raya JM memang cantik-cantik. Nasib baiklah sedar diri yang baju raya anak-anak tak beli lagi kalau tak mau jugak merembat sehelai dua.

Sale AHC Sabtu lepas, kalau pembelian RM300 ke atas akan dapat beli tudung net 30% less. Nasib baiklah I combine purchase with my sister so dapatlah tudung tu sehelai dalam RM26
Tudung lain semua normal price. Tapi itu pun habis juga orang rembat.


kirai duit disini
I bought 2 selendang, 2 syria and 2 neck cover inner Ayraa
Tak payah tanyalah how much I spend. Sikit lagi tambah boleh beli baju Jovian.
Tudung raya....tudung raya (justify kat diri sendiri =P)

my dad was supposed to be discharged that Saturday tapi sebab ada complication sikit so doctor suruh stay satu lagi hari. Kisahnya malam lepas dia buat angio tu, dia meracau-racau kata sakit. Sejuk kaki tangan semua sampai nurse kena datang bagi warmer lamp dengan strap tangan dia. Dia kata macam tak tenang, so my dad recite surah Yassin banyak-banyak kali sampai tertidur.

Disebabkan my dad tak boleh discharge petang tu, kami anak beranak pergi Pasar Ramadhan Taman Tun Dr. Ismail. (ntah apa kena mengena dgn tak boleh discharge dengan Pasar Ramadhan ya)

Beza Pasar Ramadhan Taman Tun dengan Pasar Ramadhan Kota Damansara

1) Orang TTDI semua stylo-stylo

2) Orang TTDI speking kangkung sokmo. "Sayang, you want to eat nasi beryani. Which one taste better the chicken or the lamb?. I think we each have to take different one. Bla..bla...bla...bla...(sambung cakap omputih lagi)

Nak termuntah Akak kat depan tu. Alloo....aku pun membesar kat Taman Tun tu dari kecik lagi. Sekolah tadika kat Taman Tun Dr. Ismail, boleh kata setiap longkang ceruk Taman Tun tu dah pergi tapi tak adalah speking kangkung 24 jam >.<

Astagfirullah...termengutuk pulak. Insaf kejap.

Cumanya pasar ramadhan kat Taman Tun tu meriahlah sebab multi-racial. Semua bangsa membeli di Pasar Ramadhan. Kuih muih pun meriah dan varieties makanan dia.

agar-agar

kambing bakar

Retis (artis) jadian.
Orang kata kalau nak jumpa artis datanglah pasar ramadhan Taman Tun...berlambak-lambak kat situ. Tapi hari tu tak ada pun jumpa any artist/ celeb.

Ikan bakar ni memang fresh. Bertahun-tahun kami beli dengan gerai ni. Air asam dia pun power.
something that I cannot find in Kota Damansara's pasar ramadhan - Kebab
Sedap tapi maybe kena masak lama sikit kot sebab ada isi yang tak berapa masak.

Juadah berbuka kami puasa ke 8. Alhamdulillah



- Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, July 28, 2012

Ramadhan 2012 - Day 7 - Angioplasty

Dah masuk seminggu kita berpuasa. Rasa macam sekejap saja masa berlalu, tak perasan masa yang cepat berlalu. Mungkin sebab minggu ni sibuk dengan hal ehwal my father yang kena admitted disebabkan mild heart attack. Tak terkejar nak update aktiviti harian Ramadhan tahun ni. Sampaikan hari ke 5 & 6 pun tak update tak sempat sangat sebab siang kena bekerja pastu lari pergi visit my father kat hospital. Bila malam mulalah melepek sebab kepenatan sampaikan nak bangun sahur pun payah, berapa kalilah snooze alarm tu.

Semalam is the day my dad kena buat angioplasty procedure untuk membesarkan salur arteri yang tersumbat.

Angioplasty is the technique of mechanically widening narrowed or obstructed arteries, the latter typically being a result of atherosclerosis. An empty and collapsed balloon on a guide wire, known as a balloon catheter, is passed into the narrowed locations and then inflated to a fixed size using water pressures some 75 to 500 times normal blood pressure (6 to 20 atmospheres). The balloon crushes the fatty deposits, opening up the blood vessel for improved flow, and the balloon is then deflated and withdrawn. A stent may or may not be inserted at the time of ballooning to ensure the vessel remains open.
The word is composed of the combining forms of the Greek words ἀγγεῖον angīon ‘vessel’/‘cavity’ (of the human body) and πλάσσω plasso‘form’/‘mould’. Angioplasty has come to include all manner of vascular interventions that are typically performed in a minimally invasive or percutaneous method.

Pagi-pagi lagi kami semua dah pergi hospital sebab my dad's procedure schedule at 8am.
Semalam saja 8 orang buat procedure yang sama. So merasa jugaklah menunggu lama semalam. Kami turun dari wad pukul 8.45am, dekat pukul 4.30 petang baru hospital pindahkan dia ke wad CCU. Lama menunggu dalam lab kardiovascular kat tempat procedure dijalankan. My mom and sister sampai tersengguk-sengguklah mengantuk menunggu kat ruangan menunggu tu. 





Baca bismillah dan doa banyak-banyak Pa. Sejuk tangan my dad, mesti dia berdebar tu.



Masa kami menunggu tu, every corridor ada jer katil pesakit. Kalau tak pun patient atas kerusi roda.
Dah petang baru clear hallway tu.



After 2 hours angioplasty procedure. Rupanya ada 2 blockage. Nasib baiklah I insist on taking him to the hospital last Sunday.



Finally moved to CCU. Kebetulan no bilik sama dengan no rumah my dad =)



Semoga Papa lepas ni sihat and pleaselah Pa, makanlah ubat semua janganlah skip-skip lagi.
Dah masuk hospital baru tahu yang rupanya dia dah lama tak makan ubat Lipitor untuk control cholesterol dia grrr



tukang teman driving yang ketiduran. Perempuan ni lah orang suruh teman kita, dia sedap lentuk kat sebelah


masa nak balil semalam keluar dari Hospital pukul 5 petang sampai kat Tropicana City mall tu pukul 6.
Sejam tu stuck dalam jam. Kalau hari biasa 15 minit dah boleh sampai. Sabar jerkan.



- Posted using BlogPress from iPhone

Thursday, July 26, 2012

Ramadhan 2012 - Day 6 - Kesian anak kecil ini

I really cannot accept bila peminta sedekah membawa bayi yg masih merah untuk mengemis sekali di Pasar Ramadhan.

Kesihanilah bayi itu. Sedangkan kita yg dewasa ini pun tak tahan panas dan sesak pasar ramadhan. Inikan pula bayi yang nampaknya kurang dari sebulan umurnya.






salah masyarakat kitakah senang sangat menghulurkan sedekah sehingga menjadi-jadi pengemis mengemis dengan anak kecil?

Hiba hati ini.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Ramadhan 2012 - Day 3 - Warded

Hari ke tiga puasa hari Isnin. So Isnin tu kami adik beradik semua cuti kerja.
Pukul 5.15 pagi my youngest sister dah sms tanya pukul berapa nak pergi hospital. I balas balik dalam pukul 8 lebih lepas hantar budak-budak semua sekolah. Minah tu nak pergi sekali dengan I. Korang tau pukul berapa minah tu sampai rumah my mom....pukul 9 pagi. My mother dah gelisah dah, orang tua tu I sampai pukul 7 lebih dah siap pakai tudung dah.
Last-last kami semua naik kereta my sister since dia lambat sampai.

Pukul 9.30am sampai rupanya belum waktu melawat so "bonzer" sepital (makcik guard kerek) tak bagi naik ramai-ramai. Nasib baiklah pujuk dia cakap yang my father sorang and my mom nak naik tengok. Akak "bonzer" tu memilih kalau orang lelaki ensem lalu lebar senyumnya. Kalau dengan orang pompuan hamboi sikit punya masam dan garang dia.

Nasib baik jugaklah kami adik beradik cuti hari Isini tu sebabnya kena run and there. Nurse suruh pergi pharmacy and beli ubat for my father. My youngest sister dah biasa dengan UMMC sebab anak dia tiap-tiap bulan kena check up kat situ. Jadi minah tu tahulah nak kena beratur ambik nombor dulu sebelum ke pharmacy. Kalau ikut I, boleh mati kutu kat situ. Selalu pergi sepital satu jer kaunternya...manalah akak tahu nak kena pergi beratur ambik dulu, pastu baru pergi pharmacy.


kaunter ambik nombor


lepas ambik nombor baru pergi pharmacy. Nak jadi kisah masa hari tu msa nak bayar ubat, terkujat sikit sebab harga ubat RM200++. Boleh jer nak bayar tapi my sis ter kata bukan ke my father bekas pesara kerajaan boleh dapat diskaun kalau tunjuk kad pesara dengan kad appoinment dia. Dah jadi satu kisah pulak kena naik balik ke wad my father ambik kad pesara dan kad appoinment dia. Udahlah nak berjalan dari pharmacy to wad quite a distance. Tak adalah jauh sangat tapi bila puasa ni battery low sikit nak berjalan banyak.

End up kena bayar jugak amount RM200++ tu, kemudian nanti my dad boleh claim dengan JPA.

Lepas beli ubat, I suruh my 2nd sister pulak naik hantarkan ubat. Masa my sister naik, Specialist tengah check my father. My sister kena ikut doktor turun isi form untuk angioplasty my dad. Pastu kena naik ambik signature my dad, then turun balik. My sister kata penatlah jugak naik turun. Nasib kitaorang ada, kalau tinggal my mom jer mesti orang tua tu panik. My mom bukannya larat sangat.

Masa tengah lepak dengan my youngest sister kat bawah. Ternampak this one African lady. Mula-mula macam pelik jugak apahal tang pinggang dia terbonjol.

nampak tak bonjol tu? Dalam kain belakang dia tu ada baby rupanya. Dah macam pouch kangaroo. Instead of kat depan, pouch dia kat belakang.

Tu lah Akak "bonzer" dua orang tu.

nampak tak kepala baby dia. Masa ni dia duduk betul-betul depan kitaorang.


my dad. My sister punya in-laws datang visit.Sharing dalam bilik 4 katil. Nasib ler duduk sebelah katil uncle bangsa India.



Uncle tu okay tapi anak-anak dia yang datang melawat punyalah bising. 4-5 orang kadang-kadang sekali datang, pastu cakap bangsa macam nak bergaduh. Kesian orang lain kena tahan depa punya bising.



Untuk buka puasa hari ke 3, I beli gulai kawah. Sedap makan masa berbuka.
Beli banyak-banyak pastu freeze it, bila sahur baru panaskan. Gulai kawah letak kicap sikit, makan dengan serunding daging. Memang enaklah, barulah buka selera nak bersahur.


Wednesday, July 25, 2012

Ramadhan 2012: Day 2 - The unexpected


Early Sunday morning tu I called my parents house nak tanya my dad's condition, sakit dada lagi ke. He himslef answered the phone and cakap yang dia sakit kepala. So terus kejut my husband bergegas pergi rumah my parents.

Terus pergi emergency ward UMMC sebab my father every month memang pergi check up kat UMMC so record dia dah ada kat sana senang sikit kalau nak refer apa-apa.

To cut the long story short, masa kami sampai pukul 12 tengahari tu after a few times my father keluar masuk dewan konsultasi tu pukul 6 lebih baru the hospital hantar dia pergi Trauma Ward. Doctor buat EKG, blood test and X-Ray. Kesian orang tua tu keluar masuk ke sana sini nak kena buat test. Finally the blood test shows that he actually kena heart attack on that Saturday. He only thought sakit dada biasa but he did say that his chest rasa panas and spasm.

Bukan nak mengata hospital kerajaan tapi kalau orang sakit boleh bertambah sakit agaknya. Keluar masuk 3-4 kali pun tak semestinya patient tu dirawat. Contohnya ada budak lelaki ni berdarah-darah jatuh motor agaknya, kesian dia keluar masuk 3-4 kali still berdarah-darah. Doktor tak balut or letak ubat pun. Ada this one guy terdengkut-dengkut keluar masuk dewan konsultasi tu dekat 3 kali, forth time keluar baru nampak kaki dia berbalut.

Kalau nak pergi hospital government ni tahap kesabaran mental kena kental sikit. Kalau tak kental mau ada yang mengamuk. So baiklah pergi beli medical card, investlah sikit bayar medical insurance.


kat pintu tu ada tulis "Harap Bersabar"
Adik yang kecik tu pun kata...kata harap bersabar tapi kalau dah sampai 4-5 jam tunggu macamana nak bersabar

nasib baik duduk dekat dengan plug so dapatlah charge iPhone and iPad yang hampir dah nak drain battery tu.





boleh senyum lagi tu. Dah suruh dah my father jangan puasa tapi dia kata puasa tu wajib. Memang ler wajib kalau sakitkan boleh buka puasa. Bapak sapalah yang degil ni.
Last-last pukul 5 macam tu doktor suruh dia telan aspirin sebijik. Kan dah membazir jer puasa tu.

Susah nak ambik darah my father sebab darah tak nak keluar sebab dah likat. So kena makan ubat pencair darah.




dalam Trauma unit.
Dekat pukul 11 malam baru transfer pergi ward sebab katil semua penuh.

 

Puasa ke 2, kami berbuka puasa di cafeteria UMMC.
Nasi kukus ayam RM5.50 dan air sirap bandung.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan 2012 - Day 1

Dah Ramadhan ke 4 baru sempat nak update. Niat hati nak update hari-hari aktiviti Ramadhan tahun ni, tapi nampaknya Allah has another plan for me.

Ramadhan ke 2 my father kena heart attack. So sekarang ni berkejar-kejarlah ke sana sini mana yang mampu. I will write down the sequence of event macamana dapat tahu yang my father sebenarnya kena heart attack.

Seperti Ramadhan-ramadhan tahun lalu, ketibaan Ramadhan disambut dengan gembira.
Walaupun ada seksa sikit nak kejut budak-budak dan bapak budak bangun bersahur. Nasib baiklah 1 Ramadhan jatuh hari Sabtu so bolehlah lepas sahur, solat subuh sleep in lewat sikit.


Pasar Ramadhan mesti dikunjungi.
Peniaga kueyteow siap ingat lagi my son sebab tiap-tiap hari tahun lepas dia membeli.

si kecik request nak makan pizza untuk berbuka. Kita ikutkan jerlah asalkan dia gembira berpuasa. Tak sempat nak masak untuk berbuka, so kami semua berbuka juadah pasar ramadhan.


ice lemon tea Season. Nak kena beli banyak-banyak stock uplah nampaknya kat rumah


ni pulak lauk sahur untuk Ramadhan ke 2

Actually masa call rumah my parents sebelum azam maghrib tu, my mother ada cakap yang my father mengadu sakit dada lepas asar. Tapi dia cakap my father lepas tu tidur. I pesan dah kalau nak pergi klinik ke calllah I terus. Silap I jugaklah sebab I ingat it's just normal pain sebab first day berpuasa so maybe my father penat.

Kebetulan pulak malam tu dah booking cerita Dark Knight Rises untuk show pukul 10 malam. Lepas terawikh sendiri terus pergi One Utama bawak anak-anak semua. Siap terlambat lagi masuk wayang, misslah tengok permulaan cerita tu. Bagi sapa-sapa yang tak tengok lagi tu, I have to say from my opnion bestlah cerita Batman kali ni. It's so dark and unexpected. Masa tengok cerita tu, at the back of mind macam fobia jugak. Janganlah ada orang gila yang buat hal macam kat Colorado tu...random shooting dalam cinema sampai 14 orang mati and ramai yang cedera. How crazy.....isykk....menakutkan sungguh. Tapi kat US memang senang nak obtain lesen senjata and beli senjata pun. Even kat certain mart boleh jer beli pump gun, rifel or pistol kalau ada permit. Open counter lagi siap boleh belek-belek.

So rasanya belum lambat nak mengucapkan Selamat berpuasa dan salam Ramadhan.
Hari ni I had to work cause semalam dah cuti pergi settle all hal-hal my dad. Friday ni dia kena buat angioplasty. Please do pray his health. =(


temporary signing off.

Assalamualikum.




Friday, July 20, 2012

Soto taugeh sekati agaknya


Bersedia dah nak puasa besok?
Jangan lupa tau lepas maghrib nanti niat puasa sebulan terus.

Tak ada apa pun nak cerita hari. Tetiba macam ehh mati kutu tak tahu nak cerita apa.
 

that's us early in the morning today

 


my baby has a new haircut.
Murah jer potong rambut kat kedai amoi yang selalu kami pergi kat KD tu, only RM8 for kids
Minah ni kata dia nak rambut macam one of the Pussy Cats Dolls punya singer, ntah apa nama. I pun ingat.

 Pagi tadi I order soto untuk breakfast. Pesan dah kat budak yang ambik order tu I tak nak taugeh.

Sekali sampai.....korang tengok.....tengok!




berapa kati taugehlah yang korang bubuh dalam soto ni.

Potong stim nak makan. Kepala taugeh sampai ke ekor taugeh yang cenonet-cenonet tu punyalah banyak.
Eeeee....benci betullah bila orang tak dengar betul-betul bila kita pesan.
Mati selera nak makan.

I hate raw taugeh...PRONTO!

Thursday, July 19, 2012

Last minute, jangan tiru macam saya

I always do this to myself. When will I ever learn my lesson?
Tiap-tiap tahun bila dah last minit barulah nak marathon sprint ganti puasa tahun lepas.
Today is my last day ganti puasa phew *lap peluh*

Hopefully next year it wont happen again. Kali ni kena berusaha untuk ganti puasa dalam bulan Syawal. Puasa enam terus lagi senangkan. Tapi itulah bila bulan Syawal pulak punyalah liat nak puasa sebab bersusun open house. Tak per kena tetapkan iman (tolonglah doakan)







last day puasa ganti kita berbuka dengan McDonald's

Triple cheeseburger tu sedap tapi disebabkan my stomach dah biasa makan sikit so nak menghabiskan burger 3 lapis daging is so difficult. Seksa okay.....makan...makan...makan pun tak habis-habis. Setengah jam pun tak habis nak makan sebiji burger tu. 

 Bernama News dah umumkan yang Malaysia akan mula berpuasa Sabtu. So tomorrow makanlah tengahari puas-puas ya sebab lepas tu dah tak boleh makan tengahari lagi dah for a month.

Selamat Berpuasa kepada readers yang berada di luar negara. Ada yang dah start berpuasa esokkan. Jangan lupa baca niat berpuasa sebulan.

Hmm...nak makan apa lunch besok ni eh. ;)



- Posted using BlogPress from my iPhone

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin