Alkisahnya pagi Sabtu dapat sms dari Maxis memberitahu yang One Club Member Maxis dapat beli either iPhone4s atau Samsung Galaxy SIII dengan hanya dengan RM599.
Laju ler kita mengupdate ayah bebudak ni. Pakcik tu tengah berangan nak beli Samsung Galaxy SIII. Dengar kena bayar RM599 semangatlah pokcik tu. Terus diajaknya pergi Maxis.
Masa sampai Maxis TTDI pun dah dekat pukul 12pm, malangnya semua stock SIII dah habis. Kalau nak kena tunggu dalam pukul 2 petang. Kekonon tak menyabar so merempit pergi Maxis One Utama. Maxis One Utama pun sama habis stock. Customer service suruh datang balik dalam pukul 3 petang. Tak sanggup dah nak merempit ke Maxis lain, lagipun bukannya senang nak dapat parking kat One Utama. So sementara tunggu pukul 3 petang, kita jalan-jalan. Sempat jugaklah beli selipar untuk Adik dan letak plastic matte cover untuk iPhone budak kecik tu. Selipar RM15, plastic matte cover pun RM15....bagus dia sorang jer dah RM30.
Then sempatlah pulak ke Isetan. Masyaallah banyak cover iPhone yang lawa-lawa. Rambang kejap bijik mata. Nasib baiklah tahan nafsu membeli. Tapi terjebak jugak membeli kasut sepasang =P
By 2.40pm macam tu kitaorang dah macam anak itik terkedek-kedek ke Maxis balik. Customer service suruh datang balik minggu depan pulak. Cisss....buang masa orang jer. Kan dah terbang duit ku beratus sementara menunggu tu.
Balik ke Maxis TTDI lah kami. Dah macam masuk marathon pulak. Kali ni stock dah sampai....happy pakcik tu. Sementara dia pergi menyetelkan apa yang patut kat customer service tu, I pun pergilah cari tempat duduk. Sekali tak lama tengok orang tua tu dah habis dengan customer service. Eh cepatnya. Rupanyaaaaaaa.....tak boleh nak beli phone RM599 tu sebabnya kami berdua still ada contract with Maxis on our current phone package. Buang karen sungguhlah. Frust pakcik tu tau....member dah happy dah nak dapat phone baru. His phone still ada 6 month lagi balance contract and my iPhone I just bought last January. Tak ada rezeki nak buat macamana. Tak perlah...lain kalilah kita tukar phone baru ya Ayah. Maxis suka bagi harapan pelesu tau.
my boy is actually an inch taller than me
Baju tu beli kat Nike JPO hari tu
kasut terembat kat Isetan
Sunday sebenarnya tak ada plan pun nak keluar mana-mana. Breakfast pagi semalam pun I just goreng cucur ikan bilis jer. Nak keluar pergi breakfast kat mamak pun malas sebab semua bangun lambat. The boys melayan bola, yang pompuan melayan movies the night before.
Tapi ntah macamana terjebak jugak keluar rumah. Ni semua salah Melodilah ni. Nak akhir-akhir tu kan dia ada announce, "Terima kasih kepada Farid Line Clear kerana menaja makan tengahari kami bla bla bla bla". Haaaa kau...terus teringin nak makan kat Line Clear.
Lepas solat zohor (tu pun dah dekat pukul 2 petang), teruslah kami ke Sungai Buloh cari restoran Farid Line Clear. Lain kali nak pi Line Clear pi awal sikit jangan pergi lewat macam kami sebabnya banyak lauk dah habis. Nasib ler dapat makan sisa-sisa.
Sempat lagi upload gambar kat Instagram sambil 'mengetag' makcik ni. Sekali makcik tu suruh singgah rumah dia sebab Line Clear dekat dengan rumah dia kat Sungai Buloh tu.
Sempat lagi upload gambar kat Instagram sambil 'mengetag' makcik ni. Sekali makcik tu suruh singgah rumah dia sebab Line Clear dekat dengan rumah dia kat Sungai Buloh tu.
Dahlah pergi rumah orang lenggang kangkung tak bawak buah tangan apa-apa pastu melepak berejam2 tak hingat dunia. Siap mak dia tapaukan bawak balik potato salad lagi. Tak tau malu sungguh naa...hehehe. Tomei anak kecik dia...geram sungguh aunty dengan Sophiea. Lain kali aunty datang lagi ya. Tu pun balik sebab anak jantan I dah sentap hint-hint nak balik main bola pukul 5.
So that is basically my weekend. So how's yours?
- Posted using BlogPress from my iPhone
No comments:
Post a Comment