Saturday, June 30, 2012

Sephora, Stila and AHC

So Sephora open in Paradigm Mall.
Yayyyy!!!
It's nearer to my home and more convenient to go.
Me driver don't want to drive me to KLCC just to go to Sephora. Nanti dia ceramah 10 hari 10 malam tak habis. Since Paradigm Mall is located at Kelana Jaya so he doesn't mind when I suggested that I would like to go there today. Lagipun pakcik tu plan nak pergi sekali Tesco Paradigm Mall. Kill two birds with one stone. =D





me love you Sephora




me especially love it when I found my beloved Stila.
Goshh you don't know how frustrated and sad I was when Stila pull out of Malaysian market few years back. I even stock up as much Stila products on their clearence sale.
Sampai habislah Stila convertible color tu tapi tetap simpan bekas dia sebab sayang. My favorite color is Petunia. Kalau sapa-sapa nak kasi hadiah ingat tau, PETUNIA hahahaha...





also bought Make Up Forever eyebrow pencil sebab adik SA tu baik pandai ambik hati I. Dia cakap my skin cantik and I look young. Awwww....lain kali bila Akak tak sengkek sangat Akak beli lagi banyak-banyak ya Dik....LOL





also bought neck covered inners and a long scarf from Al-Humaira just because they're having a 10-20% discounts today.

Somebody should hide my credit and debit cards......like seriously!





Thursday, June 28, 2012

Genap seminggu

Hari ni genap seminggu I cabut my wisdom tooth
but why is it still painful?
dah dua biji painkiller makan pun macam tak ada response langsung.
sakit beranak pun tak seksa macam ni (rasanyalah....lama dah tak beranak dekat 10 tahun so dah tak ingat sakit beranak tu macamana hehehe. Tapi kalau suruh beranak sekarang, sumpah tak sanggup)

Oh...petang ni ada appoinment dengan dentist untuk cabut benang kat gusi tu.
Ehh ...bukannya sekarang benang dissolve sendiri ke?


Wednesday, June 27, 2012

Subway beli satu dapat satu free - hari ni jer

Eh hari ni kalau beli satu Subway dapat satu free tau.
Pergilah....sempat lagi tu.

Tadi masa I pergi Subway tengahari line panjang. Tak pernah-pernahlah kena beratur macam tu punya panjang. So kensel sebab malas nak beratur dan masa tu tengah rushing.

Petang ni pulak Subway yang kedua baru dapat beli.
Kebetulan pulak masa tu tengok dari luar eh pesal tak ada orang beratur langsung ni. Ini sudah bagus. Rupa-rupanya roti semua dah habis dan tengah masak.
Patutlah tak ada beratur, semua tengah duduk tunggu. Ingatkan orang-orang dalam Subway tu semua memang tengah makan, rupanya tengah tunggu roti masak.

Being the kiasu me, beratur jerlah kat kaunter tu walaupun the store manager kata kena tunggu lagi 10 minit for the bread to cool. Ada Akak kisah. Akak nak beratur jugak tunggu sebab karang mesti panjang queue kan. Memang betul pun lepas I place order, line belakang I dah makan ular kena palu sikit punya panjang.

1st in line...yess...hahaha....suka hati.









nampak tak orang beratur. Sempat lagi ambik gambar dari luar hehehe

Beli 2 6" dapat dua free. So malam ni kitaorang dinner Subwaylah.
Syioknyalah Steak & Cheese ni.......


- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, June 26, 2012

Instacanvas





My Instacanvas Gallery is now open.

So please come visit and buy any of the pictures that capture your attention 

=D

Finally, my own gallery. Online pun onlinelah hehehe.





- Posted using BlogPress from my iPhone

Sakit hati

Korang sakit hati tak kalau
dahlah gusi korang sakit gila
maka menyebabkan korang tak boleh nak makan
Perut lapar tapi tak boleh makan
Seksa okay

Tiba-tiba ada hamlau call korang kata photostat machine rosak dan beria-ia suruh repairkan
disebabkan budak Admin tak ada hari ni
korang pergi tengok photostat machine tu
Sekali rupanya kertas stuck aje

Memang rasa macam nak lempang orang sekali
Tak reti ke baca instruction kat LCD screen photostat machine tu
bukannya susah sangat pun nak tarik keluar kertas yang tersangkut tu

Rasanya hari ni ada orang yang makan pelempang jepun ni.


Monday, June 25, 2012

Cabut gigi


Tengah terseksa sebenarnya sekarang.
Khamis lepas I pergi cabut, more like had a minor surgery on my wisdom tooth.
Sakit....sakit...sakit walaupun dah 4 hari termasuk hari ni.
Sakit macam rasa nak pi lempang orang macam tu. Nak makan sikitlah punya seksa.

Last two years I had a surgery on the same tooth tapi dentist tak dapat nak tarik the whole tooth so tertinggal roots dia.
I had no choice but to wait sampai roots dia elevate then only baru boleh cabut.
So after two years baru akar tu naik and gigi yang naik tu adalah tajam dan mencucuk gusi.
Tido malam pun boleh terasa-rasa gigi mencucuk.

I'm gonna gross you guys out with my tooth picture. Don't say that I didn't warn you.


inilah culpritnya. Nampak tak tajam macam lembing.

Ini pun sebenarnya dentist dah potong dua gigi tu.



my best friend rite now sebab the pain is excruciating.
Kalau baring tak terasa sangat tapi bila duduk memang rasa sakit sangat gusi yang kena jahit tu.
Is it rue that kalau cabut gigi bawah adalah lebih sakit sebab gravity menarik.



Jumaat tu makan bubur McD, malam sebelum tu hirup sup sahaja
tapi tak jugak turun-turun berat badan.

Time-time macam nilah rasa nak ganyang doktor gigi tu. Masa dia cucuk ubat bius tu ada gak rasa nak lempang dia, tapi manakan ku tau post surgery lagi sakit rupanya.

Cabut gigi sebatang kena RM500 boleh buat beli cincin mas.
Kalau gigi tu boleh buat barang perhiasan tak per gak >.<


Saturday, June 23, 2012

Duomatic











Baru discover new iPhone apps
Cool eh!

It's call Duomatic and it's free in the app store.

Apalagi download!!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, June 22, 2012

Asthma, Inhalers and AeroChamber

I guess most parents with asthmatic kids would know what Aerochamber is. 
I pun baru tau tahu tentang penggunaan Aero Chamber lepas Adik was subcribe with inhaler. Budak kecik tu dah seminggu batuk and whezing. Ubat antibiotik, kahak and ubat batuk dah habis pun still tak baik-baik. 
In fact malam-malam bila dia tidur, I can hear her wheezing.

So kebetulan semalam I jumpa doctor panel my office. Si kecik ni nak ikut masuk sekali. Bila doktor tanya kenapa dia tak sekolah, I explainlah yang dia dapat 3 hari MC sebab tak sihat.
Then doktor nak dengar chest dia. Fine with me-lahkan.
Doktor kata she still wheeze and her chest masih lagi ketat.

So doctor subcribe Adik

a ventolin and alvesco for her asthma. It seems that ventolin alone cannot control the asthma. So she has to use ventolin every 4 hours and alvesco once a day.

Beside that doctor also suggested that I buy the aero chamber for Adik supaya senang nak monitor whether she inhale betul atau tidak.

Tanya kat pharmacy, they are selling the chamber for RM120 tapi klinik panel I charge only RM95 for the chamber. So I terus setujulah ambik sebab cheaper than pharmacy.







This is how the chamber looks like. Senang jer nak guna.
Attachkan inhaler tu pada hujung chamber then kekan inhaler sekali.
Lepas tu suruh anak inhale 6 kali.
Atas chamber tu ada macam kipas kecik/flap so kita 6 kali tu bergerak.
Guna aerochamber ni senang sikit budak nak guna inhaler dengan more effective dan betul. Kalau puff terus dari inhaler takut derang tak sedut betul.


Took this picture this morning while she was using the chamber.
Tak senonoh anak ni, tengah shampoo rambut boleh pulak dia stop kejap guna inhaler .


Below is a simple explanation that I got from the internet on how to use the aerochamber. 


How To Use An Aerochamber

  1. Shake the inhaler 4-5 times.
  2. Remove the cap on the inhaler (and the AeroChamber with mouthpiece).
  3. Insert the inhaler into the back of the AeroChamber (make sure the inhaler canister is pointing up).
  4. For the AeroChamber with mouthpiece:
    - Place the mouthpiece of the AeroChamber in your child’s mouth.
    For the AeroChamber with mask:
    - Hold the mask snuggly over your child’s mouth and nose creating a seal
    (no leaks between mask and skin).

  5. Press down on the inhaler so that 1 puff of medication is released (never use more than one spray at a time).
  6. For the AeroChamber with mouthpiece:
    - Have your child breathe in slowly and deeply
    (no whistling sound should be heard) to fill the lungs as much as possible.

    For the AeroChamber with mask:
    - Keep holding the mask over the child’s face for 5-10 breaths
    (it’s OK if the child cries).
  7. Repeat steps 1-6 for each puff of medication recommended.
  8. When completed, remove the inhaler from the AeroChamber and replace the protective caps. 

Mintak-mintak sihat baliklah anak ni sebab risau dengar tiap-tiap hari dia batuk dan wheezing. Thank you Ahkakbatik for suggesting swimming class untuk Adik. Maybe we will consider enrolling Adik into a swimming class. Berenangkan boleh menguatkan paru-paru and open up her lungs. Silap-silap mak pun sama enroll nanti =)



- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, June 21, 2012

Berjangkit-jangkit


Saya sakit gigi.

yang menyebabkan migraine.

Lepas makan ubat migraine,

saya gastrik teruk pulak.

Bagus sungguhkan.

Tapi gigi geraham bungsu tetap sakit =(

So I'll see you later dear dentist (appt pukul 6....takutttttttttt!!!)

Wednesday, June 20, 2012

2nd time this month



budak kecik ni kena nebuliser buat kali kedua bulan ni.

Terima kasihlah kepada orang yang membuat pembakaran hutan terbuka tu.


Suka dia sebab dapat MC tiga hari sampai Jumaat.

Mama pun nak jugakkkkkkkkk!!!

Tuesday, June 19, 2012

I want Horlicks not Teh Tarik

This morning orang dah screw up my order.
I ask for Horlicks suam as usual tapi yang sampainya teh tarik.
Lama dah I avoid minum teh tarik sebab akan menyebabkan keanginan melampau (yang kemudiannya akan menyebabkan naik angin)
Satu perangai I, although dapat order yang salah.
I takkan pulangkan order tu sebab rasa macam menyusahkan orang nak buat air lain.
So redha jerlah makan/minum order yang salah walaupun sebenarnya bengang.
Separuh jerlah air teh tarik tu I minum.

I think bila early in the morning dah screw up.
The rest of the day akan follow sama terscrew up sama.
But anyway, my parents is back from Guangzhou Shenzen.
Awal-awal lagi my mother dah declare yang dia tak beli apa-apa pun from China.
My mom kata sama jer barang-barang kat China tu macam our trip last year.
So no gift for me. I get it Mom. :'(

Anyway, I don't know is it me or is it my department yang tak ngam dengan IT department.
Kesian Ikami asyiklah kena jerit dengan IT sampai my collegues pun dah naik fed up nak deal dengan IT Department.
Depa tu macam maksom sangat.
Tak bolehlah orang hantar komplen.
Cepat jerlah melentingnya.
Hari tu siap ada sessi antara kami mengutuk IT Dept.
Masing-masing meluahkan perasaan terbuku tak puas hati dengan IT Dept.
So I guess it's not me alone. Fuhh *kesat peluh*
Ingatkan I yang bermasalah hahahahaha....

Sekarang ni my stomach is so bloated.
Takkan makan laksa Johor boleh menyebabkan perut kembung gila ni?
My friend kata might be because of the spaghetti.
Spaghetti tu berangin ya?

Sooooooo bloated right now *sigh!*


No more teh tarik for me early in the morning.
Only Horlicks please!!!!


P/S: Baru jer dapat email dari boss memujuk kami supaya bersabar dengan IT Dept. I think she can sense that one of these days akan terjadi perang dunia ketiga kot hahahaha...


Monday, June 18, 2012

Father's Day Weekend 2012


Baru dapat upload gambar. Ntah apa cerita server hari ni payah gila.
Sabtu lepas kitaorang pergi tengok Madagascar 3. Tak sangka hilarious gila. I ingatkan alamak sure boring ni sebab kartun.Mati kutulah aku tengok kartun ni nanti.  Dah anak anak bongsu insist nak tengok Madagascar 3, terpaksalah ibu mithali ni ikut dengan separuh hati. Sekali dah masuk wayang Akak yang gelak terlebih muahahahha.

Jadinya Madagascar 3 adalah direkomen. I bagi rating 4/5 star.



lawa tak tudung RM20 pasar malam ai?

what they wore on Saturday


masa ni keluar kejap pergi toilet, sempatlah pulak snap poster Madagascar 3.
You will not regret it kalau tengok sebab kelakar babas.

Lepas tengok wayang sempat lagi merayap pergi Isetan dan Jusco. Menguji keimanan sungguhlah jalan-jalan ni. Nasib baiklah sedar diri yang bulan ni dah overspent sampai takutlah nak tengok balance duit dalam bank hahahaha....mana taknya swipe....jangan tak swipe debit card tu.

Takut-takut pun terbeli jugaklah benda-benda merepek termasuklah Mini Sharpie ni. Alahai comelnya kaler-kaler Sharpie.





kasut RM15 untuk Adik kat Kids Cotton On.

Tapi ada orang tu lagi over.
Mementanglah father's day weekend terus beli Samsung Galaxy Note.
Pastu terus senyum memanjang.....menyampah ai tau. Besor skrin Galaxy Note ni puaslah nak browse internet.


Tapi yang paling seronok adalah budak ni

|

|

|

|

|
|

|
|

|

|

|

|

|

|
|

|


 Adik Shippuden =P
Dia ajerlah yang mengongker Galaxy Note baru ayah dia. Tak bagi chance langsung kat orang lain.


ohh sempat jugaklah kami sambut dinner Father's Day. Hope it's not too late to wish all the fathers out there "Happy Father's Day". My own daddy is currently in China :'(
Weekend ni lah kita belanja Atuk makan.

Saturday, June 16, 2012

Happy Father's Day















Kad Father's Day untuk ayah mereka.

Tapi duit beli kad Mama jugak yang bagi =P


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, June 15, 2012

Lelaki panas





Iklan. 




 Anak: Ma...apa makna "Hot Man"?




 Ibu: Errrr...."Lelaki panas"? >.< 




 How do you answer to a 12 yo?







Tuesday, June 12, 2012

Lulian






nasib ler fridge berbau durian. Baru beli tiga bijik siap suruh adik jual durian tu kopekkan sekali =D 



- Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, June 11, 2012

Maxis, Isetan & Line Clear

Alkisahnya pagi Sabtu dapat sms dari Maxis memberitahu yang One Club Member Maxis dapat beli either iPhone4s atau Samsung Galaxy SIII dengan hanya dengan RM599.

Laju ler kita mengupdate ayah bebudak ni. Pakcik tu tengah berangan nak beli Samsung Galaxy SIII. Dengar kena bayar RM599 semangatlah pokcik tu. Terus diajaknya pergi Maxis.

Masa sampai Maxis TTDI pun dah dekat pukul 12pm, malangnya semua stock SIII dah habis. Kalau nak kena tunggu dalam pukul 2 petang. Kekonon tak menyabar so merempit pergi Maxis One Utama. Maxis One Utama pun sama habis stock. Customer service suruh datang balik dalam pukul 3 petang. Tak sanggup dah nak merempit ke Maxis lain, lagipun bukannya senang nak dapat parking kat One Utama. So sementara tunggu pukul 3 petang, kita jalan-jalan. Sempat jugaklah beli selipar untuk Adik dan letak plastic matte cover untuk iPhone budak kecik tu. Selipar RM15, plastic matte cover pun RM15....bagus dia sorang jer dah RM30.

Then sempatlah pulak ke Isetan. Masyaallah banyak cover iPhone yang lawa-lawa. Rambang kejap bijik mata. Nasib baiklah tahan nafsu membeli. Tapi terjebak jugak membeli kasut sepasang =P

By 2.40pm macam tu kitaorang dah macam anak itik terkedek-kedek ke Maxis balik. Customer service suruh datang balik minggu depan pulak. Cisss....buang masa orang jer. Kan dah terbang duit ku beratus sementara menunggu tu.

Balik ke Maxis TTDI lah kami. Dah macam masuk marathon pulak. Kali ni stock dah sampai....happy pakcik tu. Sementara dia pergi menyetelkan apa yang patut kat customer service tu, I pun pergilah cari tempat duduk. Sekali tak lama tengok orang tua tu dah habis dengan customer service. Eh cepatnya. Rupanyaaaaaaa.....tak boleh nak beli phone RM599 tu sebabnya kami berdua still ada contract with Maxis on our current phone package. Buang karen sungguhlah. Frust pakcik tu tau....member dah happy dah nak dapat phone baru. His phone still ada 6 month lagi balance contract and my iPhone I just bought last January. Tak ada rezeki nak buat macamana. Tak perlah...lain kalilah kita tukar phone baru ya Ayah. Maxis suka bagi harapan pelesu tau.




my boy is actually an inch taller than me
Baju tu beli kat Nike JPO hari tu



kasut terembat kat Isetan
 


Sunday sebenarnya tak ada plan pun nak keluar mana-mana. Breakfast pagi semalam pun I just goreng cucur ikan bilis jer. Nak keluar pergi breakfast kat mamak pun malas sebab semua bangun lambat. The boys melayan bola, yang pompuan melayan movies the night before.

Tapi ntah macamana terjebak jugak keluar rumah. Ni semua salah Melodilah ni. Nak akhir-akhir tu kan dia ada announce, "Terima kasih kepada Farid Line Clear kerana menaja makan tengahari kami bla bla bla bla". Haaaa kau...terus teringin nak makan kat Line Clear.

Lepas solat zohor (tu pun dah dekat pukul 2 petang), teruslah kami ke Sungai Buloh cari restoran Farid Line Clear. Lain kali nak pi Line Clear pi awal sikit jangan pergi lewat macam kami sebabnya banyak lauk dah habis. Nasib ler dapat makan sisa-sisa.




Sempat lagi upload gambar kat Instagram sambil 'mengetag' makcik ni. Sekali makcik tu suruh singgah rumah dia sebab Line Clear dekat dengan rumah dia kat Sungai Buloh tu.




Dahlah pergi rumah orang lenggang kangkung tak bawak buah tangan apa-apa pastu melepak berejam2 tak hingat dunia. Siap mak dia tapaukan bawak balik potato salad lagi.  Tak tau malu sungguh naa...hehehe. Tomei anak kecik dia...geram sungguh aunty dengan Sophiea. Lain kali aunty datang lagi ya. Tu pun balik sebab anak jantan I dah sentap hint-hint nak balik main bola pukul 5.




So that is basically my weekend. So how's yours?


- Posted using BlogPress from my iPhone

Lunch





nasi goreng, telur mata &
sambal udang.

Sila-sila...jemput makan.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, June 8, 2012

Random post

Random postlah ya sebab tengah sangap kat opis ni. Mementanglah hari Jumaat, kepala otak tu duk fikir nak cuti jer.

2 hari lepas adalah per Aeon (Jusco). Asalnya sebab ayah budak-budak ni nak memerut tempat aircond. So kitaorang sesambil menunggu dia tu, gi ler cuti mata kat stationary department. Biasalahkan si kecik tu kalau tak pau duit mak dia memang tak sah.


Sharpie ta"pau"an Adik. Tapi sebenarnya mama dia pun berkenan.
Kaler pink tu I dah rembat dulu.

siaplah lepas tu habis semua benda di 'sharpie'kannya

Besornya gigi anakku...siap ler ayahnya menabung untuk duit braces anak.


hari tu terjumpa info ni kat blog ke pesbuk sapa ntah dah tak ingat.
Kalau nak claim balik difference duit hantaran tu....rasa-rasanya boleh lagi tak?
Boleh buat beli LV sebijik =P


pagi tadi seperti biasa singgah convenience store nak beli barang makan breakfast. Sekali ternampak pulak Nescafe Latte barulah. Masalahnya lepas minum bloated gila perut >.<


Gasak melantak kek coklat sorang-sorang kat opis sebab melayan kesangapan

=/


Sangaplah.....sangap sangat.....nak balikkkkkkkkkkk!!! Eh korang, happy weekend!



Thursday, June 7, 2012

Mini vacation cuti sekolah

Hari baru boleh cerita about our mini vacation walaupun kaki sengal-sengal lagi. Nampak sangat jarang berexcercise.

Back to our mini vacation. Hari Ahad tu berangkatlah kami ke Melaka. Hubby yang suggest untuk bawak budak-budak ke Melaka Wonderland. Tempat ni baru bukak ke orang Melaka?

Excited budak-budak sebabnya it's a waterpark macam kat Gambang, Kuantan.
Tiket dah beli online tapi still hampeh kena beratur jugak untuk ambik tag. Ceh!

I jadi tukang jaga bag of the day. Sedih tak? Sampai nak gi toilet pun kena tahan sebab tak ada orang nak tengok-tengokkan bag sebab semua orang dah pergi main air >.<

Tempat ni kecik daripada Gambang Waterpark tapi rasanya takat nak buat anak-anak happy for a few hours ok jer kot. Tapi  tempat main air and ride tu tak sebanyak macam kat Gambang Waterpark.

Cuma kat Gambang Waterpark tu tempat makan dia lebih luas dan wifi-ed so kita rasa selesa . Sini tempat makan dia kecik sikit so situlah tempat makan dan situlah tempat orang lambakkan bag-bag derang. Pastu makanan pun macam cepat habis. Kalau tengahari sikit banyak makanan dah habis.

Toilet pulak macam tak banyak, so beratur ler kita nak guna dua bijik toilet dalam tempat makan tu. Pastu adalah pulak umat manusia yang mandi dalam toilet sedangkan tempat mandi ada disediakan ditempat lain.

Kami sampai dalam pukul 11 pagi macam tu by pukul 2 petang I dah menggelupur kebosanan. Panas, makanan tak best dan paling tak best sebab tak boleh nak browse internet. Kebosanan disitu.

Fun in the sun?. I don't think so unless it's by a beach.

I rate 5/10 jer untuk Melaka Waterfont.

Gambar adalah banyak sekali ada dekat beratus-ratus so untuk mengelakkan kemuntahan nanti kalau tengok gambar banyak-banyak collagekan jerlah ya. 

Selesai Melaka Wonderland, terus ke Kulaijaya. Takkan nak ambik hati anak-anak jerkan. Hati mak pun nak kena jaga jugak. Ke Johor Premium Outlet (JPO) kita yay!

Dah plan dah sebenarnya from Melaka kita akan tidur di Kulai sebab Mama nak pergi shopping at JPO. Sampai hotel di Kulaijaya pun dah almost pukul 7 malam.

Lepas rehat dan solat baru keluar untuk dinner. Sampai ke Danga Bay perginya nak mencari dinner.

We end up at Restoran Singgah Selalu.



Boss kecik kata dia nak makan daging. Tau tak sapa boss kecik? Adiklah tu....dia kan kadang-kadang bossy =P
Yummy....satu set for 2 person dalam RM60++
Abang pulak makan chicken chop. Budak tu kan memilih makanan.

Lepas makan kita ronda-ronda sampai ke JB town. Hujung tahun InsyaAllah ada rezeki kita pergi USS ya anak-anak. Balik hotel semua pengsan sampai ke pagi.

Best jugakkan duduk JB ni sebab dapat channel Mediacorp. Tapikan apasal orang Johor drive kereta ganas sangat. Kat highway tu dekat 5/6 bijik kereta memotong kami yang berada di lane paling kiri guna laluan motor. Kan bahaya tu. Nak memotong gunalah lorong kanan
=(

Besok pagi semua bangun dah dekat pukul 10 pagi. Semua pengsan sebab semalam penat main waterpark. So dekat pukul 11 pagi baru bertolak ke Johor Premium Outlet. Dekat jer dari Kulaijaya tu.

Parking RM3 per entry.

Breakfast di JPO kami pagi tu. Tak payah susah hati sebab dalam JPO tu ada foodcourt yang besar dan comfy. Kaum-kaum bapa yang malas nak ikut kaum ibu shopping boleh duduk dalam airconditioned foodcourt. Harga makanan pun reasonable.

Outlet mallnya 2 tingkat. So pakailah kasut yang comfy sebab banyak kedai nak keluar masuk.
Kalau nak tengok kedai apa yang available silalah google sendiri website JPO, Akak malas nak paste.

Nampak tak gambar sunglasses yang I pakai kat gambar atas tu. I actually bought the shades at Cotton On for only RM15. Murahkan. Then I bought a couple of watches for me and Adik discounted prices at Fossils. Mak ada jam basahan kaler merah u'olls....rambang mata nak pilih kaler apa.

My sister sempat pesan suruh beli "seluar kecik" dia kat La Senza. Murah 6 panties for RM49. Then I bought myself bras, 3 for RM99. Cuma size banyak dah habis. Size yang tinggal either too small or too big.

Bought for Abang Nike T-Shirts. Suka hati budak tu. And Vincci shoes for Kakak. Baju tak ada fashion yang I berkenan untuk budak-budak or for myself. I think I had high expectations sebab outlet malls kat USA memang murah gila. Then JPO pun tak ada jual pinggan mangkuk macam kat Outlet malls US. Kalau pergi outlet malls kat US memang boleh jadi gila shopping sebab murah sesangat.

Penat mengirai duit ala-ala lite-lite (lite2 pun rabak jugaklah poket) di JPO ingatkan nak balik KL terus. Tapi plan berubah sempat pulak makan ikan bakar di Sg Duyong, Alai Melaka.



Makan malam di Ikan Bakar Sg. Duyong. Puas hatilah dapat makan ikan bakar, ketam, udang, sayur dan ntah apa nama yang panjang2 tu. Manisnya udang masak butter tu.
Total bill rasanya hari tu dalam RM115. Puaslah makan.



Collage pictures of our mini vacation.







Cantik sangat pemandangan di muara Sungai Duyong.

Besoknya masing-masing pengsan kepenatan.

Quality time spent with the kids during their school holiday. Wish Mama is still on leave though =(

Wednesday, June 6, 2012

Turun tangga


Ingat nak update cerita holiday tapi sakit pingganglah pulak ya amat 

sebab kena turun tangga 10 tingkat.




Hampeh sungguh sebab lift semua rosak time I nak turun balik.

Kuang asam sungguh. Lenguhlah kaki yang jarang exercise ni. Macam nak tercabut rasanya. Agaknya hari ni Allah dah tentukan suruh exercise sikit sebab selama ni senang jer tekan butang lift dan turun. 
Macam gituhlah kehidupan. Ada senang ada susah. Redha jerlah.

So cerita vacation kita tangguhlah besok. Acik penat.....minta maaflah faktor umur ni.


Tuesday, June 5, 2012

Sabtu - kenduri kahwin, Low Yat dan Publika

Kami baru balik bercuti sebenarnya ni. Mini vacation cuti sekolah. Kesian kat anak-anak kalau tak boring 2 minggu duduk rumah saja.


Cerita roadtrip cuti sekolah tu nantilah I cerita cause I am still trying to figure out how to transfer my pictures from my Macbook iPhoto to my external hard drive. Ada bodoh sikit disitu sebab selama hayat ni guna Windows bila guna IOS ni jadi tak reti sikit. Anyway kalau ada sapa-sapa yang guna Mac boleh tak ajar macamana nak transfer gambar.

Saturday we're still in KL sebabnya dah janji with my parents nak pergi kenduri kahwin anak sedara kat Balakong. 


cantik kaler purple baju pengantin
Best betul meratah titbits. Oh ada cendul sekali.
my sister tak senonoh gi tapau maruku hahaha

Lama tak jumpa my little niece. Dapat jugak jumpa last Saturday.

Lepas selesai kenduri kahwin sempat pulak kami ke Low Yat Plaza. Tujuannya nak beli car charger iPhone/iPad jer sebab nak pergi roadtrip the next day tapi melarat-larat beli benda-benda lain termasuklah bag laptop, headphone, kipas laptop dan macam-macam benda lagi >.<
Bahaya sungguhlah kalau pergi Low Yat ni sebab selalu sangat terjebak. Tapi best sangat sebab dapat beli car charger iPhone for only RM20 =D



are we in London?


hey Miss Deejay!!

Dari Low Yat kita ke Publika pulak. First time sebenarnya sampai Publika ni. Out of my way kalau nak ke Publika lagi pun The Curve and One Utama is much nearer to my home.
But hey.....kenalah check it out so bila orang bercerita tak adalah tercangak-cangak.



Pose biasa dia mesti tunjuk lambang peace


Accidentally terjumpa kedai ni masa Ayah dan Adik nak ke tandas.
Kedai buat threading. Sempat lagi buat threading. By the time depa keluar tandas I dah habis buat threading. Nama kedai ni Blink and they charge RM7 for eyebrow threading.


supermarket 'highclass'.



kalaulah ada lembu emas memang ku bawa balik. Hari-hari kita perah susu emas. Kaya....tak payah sakit hati kerja dengan boss bongkak hahahahaha.







- Posted using BlogPress from my iPhone

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin