Wednesday, April 18, 2012

Sakit telinga


Nak update tapi mood tak berapa sampai sebabnya telinga sakit kena infection.

Balik kerja Sabtu lepas hidung sumbat pastu dekat kening tu rasa sakit sangat. Makanya pergi ler kita ke klinik yang dekat dengan rumah.

Tak puas hati betullah dengan doktor tu. Masuk-masuk terus tanya sakit apa, pastu suruh bukak mulut sikit nak tengok tekak. Dah tu jer....silalah keluar.

Ambik ubat untuk sakit pening, ubat selsema dengan antibiotik. RM46 kena bayar.

Balik rumah I pun makanlah antibiotik dengan ubat selsema. Tak lama lepas makan ubat tu, sakit telinga ya amat. Rasa macam nak lempang orang jer sebab sakit sangat. Nak sujud solat punyalah seksa.

Lepas solat isya' terus pergi balik klinik tadi. Jumpa lagi doktor yang sama. I pun ngadulah yang telinga I sakit sangat. Dia check lebih kurang jer dengan lampu suluh tengok telinga pastu dia kata...hmm....telinga tak bengkak. Saya bagi Akak (sejak bila pulak aku jadi akak kau?. Nampak sangat doktor tak professional...nak kena hantar kelas PR ni) ubat lainlah, jangan makan ubat selsema tu. I pulak yang kena mintak kat dia ubat titik kat telinga kalau tak haram dia nak perscribe. Keluar lagi duit RM23. Kiralah berapa ringgit semua dah keluar duit.

Hari Isnin telinga tak jugak baik-baik, makanya decide untuk pergi check to my office panel doktor. Rupanya my ears dah kena infection. Dalam rongga telinga merah dan bengkak. Time tu rasa macam nak luku jer doktor klinik yang first tu. Dahlah check pesakit ala kadar jer, dengan muka berface mask.....takut nau kena transfer penyakit. Doktor kat DSH tu pun tak ada datang muka bertutup-tutup bagai masa datang check patients.

Doktor perscribe antibiotik, ubat selsema, pain killer and ear drop. Kurang sikit rasa sakit walaupun telinga ni masih lagi berdesing.



hari ni masuk telinga dengan telinga macam separa pekak.




hujan ribut kat Bandar Utama ni. Thunder storm....takut.

Sakit telinga ni lebih kurang sama macam sakit gigi.....tak leh tahan-tahan. Kalau tak ada yang jadi incredible hulk!

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin