Friday, January 13, 2012

Happy Birthday Atok Handsome

Ni citer Jumaat minggu lepas sebenarnya. Baru nak keluar kat blog. Nampak sangat yang lately ni pemalas. Bukannya apa, minggu ni badan rasa tak sedap sangat...lemah lemau rasanya...sakit badan sana sini. Kadang-kadang terpaksa solat duduk sebab rasa tak larat sangat....rasa macam berdosa sangatlah pulak sebab 4 rakaat pun mengada-ngada nak solat duduk. Rupa-rupanya kena viral infection, tekak pun sakit ni....tu yang lemah lesu jer rasanya badan. 

Back on track. Minggu lepas Sunday, actually is my father's birthday tapi ntah apa mimpi my sisters ajak celebrate kat Johnny's on Friday, 2 hari awal. Penat jugaklah sebenarnya sebab bila dah balik jumpa katil tu memang payahlah rasanya nak keluar balik ke One Utama. Gagahkan jugaklah badan walaupun dah rasa badan melayang-layang. Hmm...rupanya dah nak start sakit masa tu.
Tiga meja sambung, penuhlah 3 generasi. Dah macam garuda melanda, meja semua penuh dengan pinggan mangkuk cawan.Pastu budak-budak berlima minus baby Adam (my brand new nephew) and Abang jer yang tak lari-lari pusing meja. Dah dibuat macam rumah sendiri Johnny's tu dek budak-budak bertuah berlima tu. Nasib baiklah tersorok kat dalam sikit kalau tak mau orang lain marah.



birthday boy tu yang pakai baju kaler hijau
 
Gambar banyak lagi sebenarnya tapi dalam SD card Camera. Sekarang ni ntah apa penyakit malas nak upload gambar even kat facebook. Dulu laju jer mengupload gambar kalau ada apa-apa event. Agaknya dah makin matang ni.....makin malas kot hihi.
 
Itu jerlah storynya...."Happy Birthday Atok Handsome!" (bak kata Adik)
 

- Posted using BlogPress from my iPhone

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin