Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Assalamualaikum,

Mood raya dah sampai ya sebab blogsphere semua sunyi jer, twitter pun timeline slow tapi kat facebook kawan-kawan meriah jugaklah mengupdate status raya.

Currently, I am in my office....melangut yo sampai pukul 12.30pm. Hari ni kerja sekerat hari sebab stock market pun bukak separuh hari jer. Lagi pun hari tu dah kira balance cuti sampai hujung tahun ada 9.5 hari lagi so raya ambik half day hari ni and Friday. Consider okaylah tu kan sebab kampung pun sepelaung jer....bak kata orang2 kat ofis ni lompat dari opis pun dah sampai kampungkan.

Tapi ialahkan kata mood raya so hati tu meronta-ronta nak balik ni (saja jer ngada sebenarnya malas nak duduk ofis). Kalau kat rumah tu bolehlah nak kemas rumah, beli lemang, keluarkan bekas kuih bagaikan. Langsir rumah pun tak tukar lagi ni sebab tak jumpa langsir sebelah lagi. Manalah pulak hilang langsir ku itu.
semalam kami mengambil kesempatan melawat kubur my late MIL yang passaway bulan January tahun lepas.

Nampaknya ni tahun kedua beraya tanpa ibu mertua.


Masa arwah masih ada, malam ni sure dah pergi rumah arwah untuk buka puasa dan lepas tu sibuk sebab nak sediakan juadah untuk orang yang datang takbir raya. Rumah my late MIL selalu rumah yang last sekali. Terkenanglah pulak kenangan lalu ='(

Al-Fatihah buat arwah




budak kecik ni semalam dah dapat duit raya dari peniaga pasar ramadhan. Tak sempat duit tu nak panas, dia dah beli pop pop.....


Sempena Hari Raya yang mulia ini, saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada menyinggung perasaan sesiapa atau ada terkhilaf sepanjang berblogging ni. Ialah kadang-kadang tak perasankan tulisan kita boleh menyinggung perasaan orang. Maafkanlah saya ya =)

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Makan lemang dan rendang tu ingat-ingatkanlah saya ya =)


Sunday, August 28, 2011

Sibuk buat kek

Orang lain sibuk buat kuih raya.

 

Tapi kat rumah saya ni lain pulak kisahnya


 

Budak kecik ni sibuk nak buat kek

 Projek buat kek ni berlaku semalam. Diserahkan bulat-bulat kepada ayahnya untuk monitor anak dia sebab Mama dia dah pengsan lepas balik shopping last minute baju raya budak-budak kat Jusco semalam. Ramainyaaaaaaa orang shopping baju anak-anak.


Nak tengok hasil kek buatan anak dan ayah?

|
|
|
|
|
|
|
|
V
 
Bolehlah takat makan sendiri =D
 


P/S: orang lain semua dah beriang ria di kampung halaman masing-masing...Akak kena kerja lagi besok half day ='(

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, August 26, 2011

Konsep jimat duit...ialah tu

Aktiviti tengahari ni sebenarnya saja nak jalan-jalan cuci mata. Tak ada plan pun yang melibatkan wang ringgit. Duduk ofis pun sejuk bebenar, so baik kita lakukan proses pembakaran lemak.

Jalan cuci mata kat Daiso Jusco

beleklah Mascara RM5 Daiso

comel jugak botol air polka dot

sushi murah. Satu pek ada macam-macam tu dalam RM9

besar ya amat sotong ni. Ialah sekor sampai RM25

jalan tengok kasut dan baju kat Jusco...tak ada pulak yang berkenan.
Selamat duit...

keluar Jusco masuk Vincci pulak..
pun tak ada yang berkenan jugak...
Selamat lagi duit

Hmm...tak ada konsepnya selamat duit tu sebab masuk Padini pulak terbeli jugak barang.



Kan dah kata tak pernahnya konsep "Selamat duit" tu berjaya
sebabnya terbeli t-shirt Padini 3 pasang untuk Kakak...ialah RM9 jer selai
Sikat rambut satu kat Daiso
Pastu gatal masuk MPH....terbeli jugak majalah In-Trend sebabnya tertarik nak tengok gambar-gambar Hijabsista

Tulah bahayanya kalau shopping mall bersambung dengan bangunan ofis.

Dah tukar duit raya?


semalam tengahari nak pergi tukar duit kat bank bawah. Duit RM1 & RM5 dah habis, yang tinggal duit RM10 saja.

So pagi ni pakat dengan kawan, pukul 9.15am kita tunggu depan pintu bank.

Belum sempat pintu bank bukak habis kami dah serbu dulu. Itu pun dapat no giliran no 3.
Dah dapat tukar dah duit raya, baru lega sikit.

Anak kat rumah dah volunteer dah nak masukkan duit dalam sampul duit raya.

Korang dah tukar duit raya?



Thursday, August 25, 2011

Maknanya bukan Adik soranglah kaki auta

Semalam one of my closest friend call. Lama jugaklah kami sembang sebab masing-masing sibuk tapi bila dapat sembang dengan each other banyak benda nak kena update balik.

Gossip pasal kerja, how it's hard to handle young staff sebab macam-macam perangai. I had that same problem before working with young fresh grads. Rasanya jaga budak tadika lagi senang daripada jaga fresh grads. Tension kadang-kadang sebab derang ni boleh dikatakan degil jugaklah. My friend tu siap dapat surat layang dari staff dia sebab tak puas hati bila dia tukar new work process. New work process means more work for them tapi lebih mengeffisyenkan kerja. Macam-macam perangailah staff dia, yang tua asyik nyanyuk jer, yang baik pulak everytime ketuk baru buat kerja.

Habis kisah ofis, sambung pulak kisah anak-anak. Ingatkan Adik jer yang banyak auta bulan puasa ni, rupa-rupanya anak sulung dia yang sebaya dengan Adik pun sama banyak auta...hehehe. Anak dia pun buat trick yang sama call dari pejabat sekolah kata sakit perut. Adoiii budak-budak ni semua guna trick yang sama tak nak puasa. Dulu time I kecik-kecik meraunglah macamana pun cakap perut sakit ke apa ke...tak ada chance ler nak bukak puasa, tunggu ler kau sampai pukul 7 jugak.


Semalam I dapat 2 ketul kad raya.

Happy siot......mana ada lagi nak dapat kad raya zaman sekarang ni. Dapat 2 ketul ni pun nak kira macam spesel sangatlah. Rasanya tahun ni kat facebook pun tak banyak dapat e-hari raya kad. Orang dah tak main dah hantar kad raya ya. Kad raya yang dalam pack ada 5 keping tu pun payah nak cari sekarang, yang ada pun kad raya memory lane yang mahal tu.

Kalau tak ada orang bagi korang kad raya, meh Akak bagi.



I am sure besok ramai yang dah start cuti dan balik kampung. Selamat bercuti dan bawak kereta elok-elok. Kalau rasa badan letih, berhenti rehat dulu tau.


Wednesday, August 24, 2011

Budak banyak auta

di hari pembukaan balik Jusco

Mr Mushroom tu comel....

budak dalam trolley tu banyak auta. Pagi tadi dia talipon ayah dia dari sekolah suh datang ambik sebab katanya sakit perut.

Tapi tengahari tengok sihat jer...siap senyum-senyum lagi.

Anak sapalah yang banyak sangat auta ni....rasanya masa I kecik tak berani nak buat trick macam ni. Nak kena tala sekali dengan rotan trylah trick tu.

Mesti tiru perangai ayah dia agaknya...sebab Mama dia baikkkkkkkk....

Aidilfitri Deco - The Curve and IPC 2011

Kali ni deco raya The Curve dan IPC pulak.
Tema The Curve bertemakan ala-ala Souk dengan gerai-gerai kecik yang menjual baju raya, kuih raya dan barang-barang perhiasan.




keronsang baju kalau pakai dengan baju kebaya sure lawa.
Tapi baju raya I tahun ni sepasang jubah dan 2 helai baju kurung.

lawa baju-baju yang ada ni tapi semua lari bajet.
Belek satu RM700....belek satu lagi RM1700...mak aihh
Tak sangguplah lagi nank membazir beli baju mahal. Dari beli baju sepasang RM1700...baiklah beli handbag sebijik hehehe...







pemandangan dari 1st floor



penat berjalan saja. Nampak tak si bungsu tu siap baring atas lap lagi.

Dari The Curve kita cross jalan ke IPC pulak. Temanya lebih kurang sama dengan The Curve siap ada small shops and palm tree.




Dah ramadhan ke 24 kitakan.

By the way today is my mom's birthday. Adalah buat sambutan kecil-kecilan petang nanti tapi call dari tadi Satay Samuri tak ada orang angkat telepon...macamana nak order nih?

Ada sesapa tahu tak pukul berapa Samuri Damansara Utama buka?


Tuesday, August 23, 2011

Ramadhan ke 22 - Steamboat

Menu semalam sebenarnya. Dah 2 hari tak sihat sebab demam dan asyik terbersin jer kerjanya.

Semalam pembukaan Jusco Bandar Utama semula. MasyaAllah ramainya umat manusia datang shopping. Seksalah nak dapat parking. Dari pukul 10 non stop kereta berpusu-pusu naik ke parking.

Disebabkan semalam tak sihat + penat ya amat, buka puasa mampu buat steamboat homemade sajalah sebab tu yang paling senang. Main campak-campak jer.









daging, crab stick, ayam dan macam-macam lagi.
Sayur-sayur kena ada. Nak bagi budak-budak kenyang siapkan satu mangkuk mee kuning.





udang pun ada. Ni mesti ada sebab my favorite.





nak buat sup ni senang jer. Campak jer kiub maggi tomyam dengan kiub ayam.




konon untuk stok raya. Tak sempatnya sebab budak-budak ni belasah hari-hari


Kalau dapat makan mamee-monster-raya ni pun best jugakkan =P

- Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, August 21, 2011

Hiasan dinding

.






macam nilah hiasan dinding anak bujang saya. Penuh dgn kotak kereta hotwheels.


- Posted using BlogPress from my iPhone


Saturday, August 20, 2011

Rolling In The Deep Debu



sesambil mop rumah ....dengar lagu best jugak.

Menitik peluh mop rumah sesorang....tak per yang penting puasa ni turun 3 kg =D


Thursday, August 18, 2011

Jadilah pemain bola anakku...


lepas ni kalau Abang asyik nak pergi main bola Mama tak marah lagi =P

Aidilfitri Deco One Utama new wing - 2011









rasanya macam simple sangat tahun ni bukan macam kebiasaan tahun-tahun yang lepas.

Wednesday, August 17, 2011

Jitramai


memang sedaplah laksa brader ni

Lokasi: Pasar Ramadhan seksyen 7 Kota Damansara


Double birthday celebration

Bulan ni Mama Long kopak sebab 2 nieces birthday selang 2 hari with each other.
So last Sunday, my sisters decide to have a double celebration for the girls.


acara makan-makan / berbuka puasa
Apasal KFC sekarang dah macam tak feel sangat macam dulu eh.


my BIL dah macam clown yang bagi belon tu tapi clown ni fail sebab nak tiup belon sebijik pun sikit punya lama. Memang tak sah tak boleh jadi weekend clown...stress budak-budak jadinya.

muka kanak-kanak stress



fail...both birthday girls tak pandang camera
Yaya turns 2 and Amal turns 3

my niece yang kecik tu minat gila dengan Angry Birds toy...nak kena cari lagilah Angry bird yang cinonet-cinonet.

Kepada yang bercuti sempena Nuzul Quran hari ni.....nak pesan shopping berpada-pada ya. Tau ....ramai yang turun pergi shopping kat KL,kan.

Kepada yang opis kat Selangor tapi masih kena kerja macam Akak ni....semoga bersabarlah kita ya....sob!

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin