Hari ini adalah hari yang paling penat for me sebabnya weekend penuh dengan aktiviti orang kawin.
Sabtu ikut rombongan kawin cousin my hubby to rumah pengantin perempuan. Gedebak gedebuk dah almost pukul 5. Itu pun balik lepas meeting rumah aunty hubby sebab discuss pembahagian tugas besoknya. Sunday kenduri kat rumah pengantin lelaki pulak.
Habis meeting tu yang terus pergi PWTC untuk Fotokem DigitalFest.
Rugi pulak rasanya tak tengok MATTA fair hari tu. Badan dah penat sangat tu yang terus pergi cari speedlite camera jer tu.
Semalam satu hari menolong kat kenduri kawin cousin hubby. Tak boleh nak cakap betapa penatnya sebabnya kenduri kawin adik beradik sendiri atau kenduri cukur jambul anak-anak buah sendiri pun tak penat macam ni. Ialah kena in-charge dari jadi penanggah sampailah kena bagi bunga telur masa merenjis.
Balik rumah memang flatlah. Lebih-lebih lagi hari hari bekerja macam biasa. Tak tahan badan sakit sana sini. Office pulak boleh tahan busy =(
Lain kali kalau tahu nak kenduri kendara ni memang kena ambik cutilah sehari lepas tu sebab kalau tak boleh bikin pusing.
I contribute buah dengan bunga jerlah untuk meja pengantin selain dari kerahan tenaga =)
bunga cucuk sendiri main belasah jer sebab florist kat Leisure Mall tu tak buat bunga for main table.
Kalau dah sendiri cucuk...hasilnya ginilah. Tak senonoh langsung sampai nampak span cucuk bunga tu.
budak ni pantang nampak anak kucing
kalau boleh budak-budak ni semua anak kucing derang nak bawak balik.
Kalau I cakap yes jer mau dah kitty ni diangkutnya balik. 2 ekor kat rumah ni cukuplah.
Adik dengan Kakak pun kena kerah bagi bunga telur kat tetamu
Kek pengantin. Flavornya red velvet cake. Tapi....keknya adalah a bit dry.
So tidak tasty sangat. Cuma strawberry yang keliling kek tu manis.
dia tulah yang buat kek pengantin tu. Kenal tak?
Tak kenal ehh..tu lah pelakon Enot tu. Duduk pakai spek hitam tu.
Fuhh...penatkan kenduri kendara ni. I siap cakap kat hubby, kalau anak-anak kawin nanti make sure ada wedding planner sebab I nak relax jer....aci tak? hehehe....
Nak pergi pengsan jap....malam ni semua orang makan maggi jerlah ya. Mama penat sangat!
4 comments:
Penat sungguh PM!!
Agree..anak kawin kena suruh dia carik wedding planner...mummy nak rehat n enjoy :)
Zatil, ohhh mesti mummynya nak goyang kaki jer hehe
agree w u..org lain kawin org lain yg penat lebih
i pun nanti kalau anak i kawin kan, i nk goyang kaki jugak ahaha :D
pssst pandai gak felakon tu buat kek ye!
Tu lah kalau anak I kawin I nak relax jer nanti hehehe
Post a Comment