Friday, December 31, 2010

Shopping last kopek 2010

Tak habis lagi sebenarnya acara membeli belah barang sekolah. Semalam beli kasut jer. Hari ni sambung pulak lagi beli baju sekolah dengan pekakas sekolah macam bag sekolah baru, pensel, pen, kaler pensel, watercolor dan macam-macam lagilah.

Melayang lagi ongkosnya hari ni =)


nampak tu penuh tangan dengan kaler pensel segala

time nilah nak ketuk ayah dia dengan tupperware air Princess baru

Kakak excited sebab nampak meja Princess. Ni kalau boleh pun mesti nak ni
si kecik tu biasalah kalau tak ambik pensel kaler besar tak sah. Tunggulah bukak sekolah nanti kaler pensel yang 24 silap2 tinggal 12 jer


dah nampak dah unsur-unsur shopaholickan budak berdua beradik ni

ni derang eksyen jer ni...yang tukang angkat berat2 sebenarnya Mama derang.


Penat jugak shopping barang sekolah ni especially bab nak kena beli baju sekolah.

 Maleh sungguh nak suruh budak-budak ni try baju tengok muat ke tak.

Last-last suruh derang sarung jer kat depan2 tu.

Baju sekolah semua dah kawtim....lega rasa. Itulah suka nak  buat kerja last-last minitkan.




Dah shopping...penat dan lapar pulakkan. So ke Chicken Rice Shoplah kami.


Kenyang....semua orang senyum =)


Alhamdulillah





Malam ni insyaallah macam tahun-tahun yang lepas jugak....

ke The Curve rasanya kami tengok bunga api.

Disini, I nak mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua.

Semoga dimurahkan rezeki pada tahun hadapan nanti.

HAPPY NEW YEAR....

WELCOME 2011

GOODBYE 2010!!

Thursday, December 30, 2010

Musim poket parents bocor

Sebenarnya Akak korang ni…..(ehh tetiba Akak ya. Ialah Akak ler…anak bongsu pun dah lapan tahun semalam sobs…..) kena pergi kerja besok tapi sebab team Harimau Malaya cemerlang semalam (bagi chance ler cemerlang walaupun korang bagi 2 bijik bola kat Indon tu) PM bagi cuti on 31st December. Wah panjang cuti Akak tahun ni dari Rabu minggu lepas sampai Isnin depan. Kira cepat berapa hari….13 hari tu campur Sabtu Ahad. Tengoklah nanti mesti liat nak kerja balik.

Terima kasih PM….terima kasih Harimau Malaya…. (PM kena dahulukan sebab kalau menang pun tapi PM tak bagi cuti tak leh jugakkan). PM, kalau Datuk Nicole menang lagi boleh tak umumkan cuti jugak sebab Datuk Nicole lagi menang tahap dunia tu…best in the world. Mesti Datuk Nicole David cakap, aku menang korang tak nak pulak bagi public holiday.
Dah merepek dah pasal cuti pulak, sebenarnya nak cerita pasal kalau bulan Disember jer siaplah poket mak bapak kena seluk korek dalam-dalam sebab belanja nak bukak sekolah kena spend banyak.

Buku sekolah si kenit sorang tu jer yang nak masuk darjah tiga dum dam…dum…dam….buku latihan …buku tulis…..RM99.40. Apasal tak cukupkan jer RM100 tak payah pulang balance duit. Bayangkan tu tak payah beli buku teks, dulu kalau kena beli buku teks sah-sah ler RM200++. Tu sorang, ni ada 3 orang yang sekolah. Kalau mak bapak berkemampuan ok lagi, kalau yang gaji kecik tu, ntahlah.

Beli kasut budak bertiga tu dua pasang sorang + stokin habis RM180. See kasut jer tu…….tu belum baju sekolah lagi. Oleh itu ibu bapa sekelian, bajetlah sebijak-bijaknya.


IMG_3476[1]

Korang okay lagilah agaknya, Akak ko ni bulan Disember ada 2 birthday penting yang selang sehari jer pulak tu……..lagi bertambah kopak *sobs*.

Kadang- kadang kena kepoh pasal orang

Kadang- kadang kita memang kena kepoh pasal orang sebab ini yang terjadi bila jiran meninggal pun tak tahu.

Dah pagi besok baru tahu yang ada jiran meninggal malam tadi. Nampak ramai orang berkumpul kat surau malam tadi tapi sang suami pun tak pergi tanya kenapa.

Oleh itu lain kali kita kenalah ambik tahu or more sensitif to jiran tetangga.

Ni sebenarnya nak mengingatkan diri sendiri dan keluarga.

Jumaat public holiday

Kalau tak percaya klik kat link Utusan Malaysia kat bawah ni


Yay...yay....cuti....cuti!


Utusan Malaysia Online - Terkini

Wednesday, December 29, 2010

Hard to please birthday girl

 

Demanding birthday girl sorang ni

bday adik

Birthday girl kata nak makan pizza hut kat Pizza Hut.

Berpizza hutlah kami tengahari tadi walaupun mama dia sampai tak lalulah nak makan Cheesy Lava yang penuh dengan cheese. A piece for me is more than enough…guess I’m not so much of a cheese person.

IMG_3468

Sampai tiga mangkuk mushroom soup dia makan…siap sapu orang lain punya sekali sebab semangkuk tak cukup dia sorang.

IMG_3469

Sekali datang….satu dulang besar tu. Full of cheese …gulp!

IMG_3470

Dah makan kenyang, birthday girl demand nak hadiah pulak.

Demanding sungguh ler budak sorang ni.

Nak pilih hadiah lagi satu perkara…..no girly…girly gifts….pink is a no…no….

So guess what she chooses for her birthday gift?

hadiah bday adik

IMG_3473

Hot wheels….apalah nak jadi dengan budak girl sorang ni.

Hari tu ayah dia dah belikan dia fish tank and gold fish sebab dia beg her father that is her birthday gift. Hari ni mama dengan ayah dia kena con belikan hadiah lagi….anak bertuah sungguh.

Ehhh…ada lagi yang dia nak. Dia nak birthday cake. Hari ni tak ada acara tiup lilin dan potong lilin si kecik ni. Maybe Saturday ni kita buatlah makan dan potong cake dengan cousin-cousin kenit dia yang lain.

Hari ni kita makan kek Secret Recipe jerlah ya Sayang….

Hope you have a wonderful day baby muchuk Mama.

My baby turns 8

My cute little chubby baby girl



turns 8 today, 2 days after her dad's birthday.

Imagine 2 birthdays 1 day apart of each other


Happy 8th Birthday sweetie....

Mama love you so much my little munchkin.

Tuesday, December 28, 2010

Tutup Mata tengok Hantu Kak Limah


Hari tu lagi sebenarnya nak tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah ni, tapi tertengok Tron instead sebab malas nak jalan ke GSC kat new wing One Utama tu. Tanjung Golden Village lebih dekat dengan tempat kami park kereta tapi tak ada pulak cerita Hantu Kak Limah ni.

Hari ni dapatlah tengok cerita Hantu Kak Limah kat e@Curve. Almost 80% wayang penuh sampaikan kami kena duduk line kelima dari screenlah. Ialah katanya pun dah berjaya kutip 6 jutakan.

Jalan ceritanya simple jer nak tangkap hantu Kak Limah. Kelakar seramlah cerita ni. Tengok kanan orang tutup muka, tutup kiri anak-anak pun tutup muka sebab bila bab seram semua penakut nak tengok....hehe...

Meh kita baca sikit sinopsis ceritanya nak...

Husin has been working in Singapore for some time and decides to return to his hometown, Banana Village. Upon returning, he feels that his neighbour Mak Limah is strange as she does not speak nor sleep. He then tells patrons at Pak Munawer's coffee shop that Mak Limah might be a ghost. Pak Abu decides they should investigate further but when they go to her house, she is already a rotting corpse! However, things get more interesting when the village is haunted by a strange occurrences, despite the burial of Mak Limah.



-courtesy of Yahoo Movies


Hantu Kak Limah ni macam sambungan Zombie Kampung Pisang sebab ceritanya berkisar dalam kampung yang sama. Awie watak utamanya dalam cerita ni as Husin. Johan Raja Lawak pun ada dalam cerita ni. I tak maulah nak cerita panjang-panjang sebab kalau tak nanti jadi spoiler. Pergilah tengok movie ni sure korang terhibur pun....I gerenti punyalah. Sakit perutlah tengok cerita ni sampai menahan sakit perut tergelak-gelak. Bab seram tu memang ler seram jugak walaupun lawak. Itu yang sampai kiri kanan belakang depan belakang semua orang tutup muka tengok cerita ni. Ala-ala nak tengok tapi takut.
Pergilah tengok kalau nak tau apa jadi dengan hantu Kak Limah tu.
 Support cerita melayu ya =)

Dolls and Teddy Bears everywhere in Midvalley

DSC05385DSC05386DSC05387DSC05388DSC05389DSC05393DSC05388DSC05389

DSC05390GoDSC05391ogleDSC05392DSC05394

DSC05395DSC05396DSC05398

Some of the pictures taken in Midvalley.

Comelkan Christmas deco kat Midvalley ni.

Monday, December 27, 2010

A new family member to my gadgets

We were at Midvalley this afternoon. Ramai orang walaupun hari Isnin maybe sebab ramai orang nak clear leave hujung tahun.




my funky baby. I actually waited for the air fountain naik untuk tangkap gambar ni hehe


Tujuan utama untuk beli










tadaaaaa........








my new iPad

64G wifi+3G. So I'm a few thousand poorer now but happy. Biasalah orang kalau gila tech gadgets ni memang macam tu.

Boleh guna wifi and 3G. I actually letak my broadband simcard dalam my iPad. Actually kad broadband tu tak muat nak masuk dalam iPad so if you want to use your BB simcard jugak, all you need to do is go to Maxis and change the simcard to a micro simcard free of charge.

Okaylah sambung nanti...nak pergi main my new baby. Kakak dah conquer tu main game =P



- Posted using BlogPress from my iPhone

 

Sunday, December 26, 2010

Merry Christmas still and Happy Sunday

Sebenarnya ingat hari ni nak buat Sunday Flea Market Pink Mama tapi sebab semalam penat balik kampung, cousin kawin. Dari KL nak sampai Melaka 3 jam sebab jam kat Nilai dan Ayer Keroh. Nasib baiklah supir rasmi rumah ni terrer redah jalan so dapatlah potong jam kat Ayer Keroh tu kalau tak mau bengkok lagi pinggang semalam.

Oleh itu I tinggalkan you all kejap kali ini dengan gambar my niece

Presenting....(drumroll please)

The Three Polka Dots Girls

1 tahun, 3 tahun dan 2 tahun

and more of the polka dots girls





the polka dots girls reminds me of my sisters and I masa kitaorang kecik-kecik. Our mother loveeeeee to dress us a like. Kalau tengok gambar lama-lama mesti tiga-tiga pakai baju yang sama pattern and color.

Viva Polka Dots Girls...my cute nieces 

Friday, December 24, 2010

All shoes must go...

So I am selling my girls preloved (in another word used) shoes. This is all original Crocs.
So all shoes must go. These shoes kurang dari 5 kali derang guna.




Pink Size 4 (kids)
RM25
 


Purple Size 4 (kids)
RM25



Purple stripe size 4 (kids)
RM25

BBG
RM20


Bum Shoe size 32
RM20

So kalau ssesapa yang interested tu pls email me at Rosmahayu@gmail.com
I have to charge RM10 for postage fee. Tapi kalau you are staying around Damansara Utama, Kota Damansara or Taman Tun Dr Ismail I can personally deliver it to you free of charge.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin