Sunday, October 31, 2010

Katak oh katak

I almost step on a frog today ewww....

Sampai depan gate rumah my dad, terus buka pintu kereta nak langkah keluar.

Kaki sikit lagi nak terpijak katak tu. Katak dah penyek kena lenyek dengan kereta. Terus terjerit sebab geli siot....eeee

Gambar katak penyek kat bawah tapi macam tak nampak sangat sebab geli giler nak ambik gambar

Lompat si katak lompat.Lain kalu jangan lompat depan rumah bapakku, kan dah kena lenyek


- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, October 29, 2010

Bubur nasi

Amacam sedap tak?



- Posted using BlogPress from my iPhone

Just lovely

gorgeous isn't it?

picture taken from One Utama's old wing parking lot using only my iPhone camera.
Kalau guna my DSLR mesti lagi lawa pemandangan.
Itu pun berjengket nak mengambik gambar sebab kena lindung dengan pokok kertas dan balconi.

Lepas tu I tengok 2-3 orang mengambik gambar yang sama at the same spot yang I ambik gambar tadi. I guess I'm just a trendsetter =P

Thursday, October 28, 2010

Rezeki jangan ditolak

Lenguh kaki hari ni jangan cakaplah. Jalan sana jalan sini pergi jumpa orang. Cakap-cakap sembang-sembang. Singgah makan-makan. Mak aihh....tu yang malas tu kalau pergi trading floor sebab banyak nau persinggahannya.

Singgah jer dapat makanan. Tak perlah murah rezeki, tak baik complaintkan. Cuma kadang-kadang kena tahan telinga dengar orang complaint macam-macam pasal kerja. Kaki lenguh ni kalau ada tukang massage ni best. Tak pernah lagi try massage orang buta tu. Tapikan I ni penggeli so jangan haraplah nak pergi urut-urut kaki ni, takut tukang urut tu jer yang tertendang nanti.

Speaking of murah rezeki. Murah rezeki hari ni orang ajak makan lunch nasi beryani dengan kari ayam. Belen kuah sambal udang pagi tadi ada lagi, so apa lagi. Alhamdulillah.




Nasi beryani ni pedas gak sebab kata tukang masaknya banyak spices dalam tu.

Semalam ingat naklah pergi beli kasut croc, saja gatal nak pakai kat ofis sebab kan banyak berjalan dalam ofis ni. Sekali..........

kasut sebelah longgarlah. Kaki I ni memang pelik sikit, yang kanan lebih besar dari yang kiri.
Payah betullah nak cari kasut yang bertutup. Takkan nak kena custom made kot.
Beginilah nasib diriku yang kaki sebelah besar :'(

Tapi tetap jugak nak beli kasut Crocs......macamana tu?

Check bill baik-baik

Semalam balik kerja dapat bill dari Maxis.
Bukak bill...wah RM68.35
terus kagum sebab selalunya bill telepon tak pernah kurang dari RM100...tetiba dapat bill tengok kena bayar RM68.35 rasa macam biar betul ni. Macam tak percaya.

Sekali tengok bill broadband lah. Apa lagi mulalah nak naik angin.
Hari tu masa sign up dengan Maxis, agent cakap kalau customer Maxis more than one year eligible for RM38 promotion bayar for 5 month subsequent months RM48 lepas tu.

Apa lagi adalah customer service Maxis yang kena hambur semalam. Udah ler mula-mula call 123 derang suh call 1800 punya nombor sebab derang tak boleh nak check bill broadband.

Rupanya derang tak tie the broadband bill to my postpaid bill.
Is that MY PROBLEM?
sian budak Customer service tu kena semalam dengan I. Lepas dah marah tu rasa bersalahlah pulak. Tau bukan salah dia, salah mamat yang kat Maxis centre tu sebab tak boltkan to my phone bill tapi geram punya pasal. I expected better service from Maxis cause korang charge bill mahal-mahalkan.

Anyway Customer Service tu kata I still have to pay RM68.35 for this month and they will rebate me back next month. Kalau korang tak rebate balik bulan depan....siaplah korang kena hambur lagi nanti.

Oleh itu kawan-kawan semua, silalah check bill anda baik-baik. Takut-takut ada yang terlebih charge.

Wednesday, October 27, 2010

Lepak petang semalam

Semalam petangkan kitaorang lepak Teh Tarik Place kat One Utama. Roti bakar kaya letak gula dia memang terbaiklah. Cicah dengan teh tarik pulak tu, lagilah terbaik. Pastu Kakak makan nasi goreng with ayam goreng. Itu pun best jugak.

Tapi kalau duduk dekat luar tak berapa sesuai sangatlah sebab ramai orang smoking. Kalau tak nak kena asap rokok baik duduk kat dalam ada aircond. Tapi semalam kitaorang duduk kat luar sebab nak tengok budak kecik tu sebab dia pergi tengok ikan.

Bukak laptop...aman dunia.....

hari ni tak tau nak lepak mana pulak sementara tunggu Abang habis sekolah.

Tengok jerlah gambar kami yang Adik ambik semalam ya....semua blur




tengok anak bertuah ni, sempat dia nak buh tanduk kat Mama dia.

Budak pelasan....


Semalam petang kitaorang lepak sekejap kat Teh Tarik Place One Utama
so budak kecik ni sibuklah nak pergi tengok fish sebab kat depan tu jer ada tempat fish feeding.
A few minutes lepas tu dia datang balik to our table.
Tanya dia kenapa dia tak tengok fish.

Dia kata ada orang kacau dia. Orang tu siap suruh Adik ambik gambar dengan dia sebab masa tu Adik pegang kamera.
 Wahhh I pun mulalah risau. Sapalah pulak nak kacau anak I ni.
Sekali budak kecik daaa....boy dalam umur 5 tahun macam tu hahaha

Pastu dia pergi balik tengok fish. Ada budak boy lain pulak kacau dia.....budak kecik jugak. Adoii peminat Adik semua cinonet-cinonet.

Budak kecik ni dah mulalah perasan semua orang nak ambik gambar dengan dia. Dia kata semua budak-budak kecik suka dia.
Dia kata dia dah besar nanti dia nak jadi model. Pastu dia suruh jangan bagitau ayah dia conversation kami tu.

Lawaklah anak jepun saya sorang ni.....pelasanlah Adik ni =P
Arwah nenek dia suka panggil dia Oshin. Semalam ada my friend kata dia anak jepun.

Nak makan apa lunch tu?

Tuesday, October 26, 2010

Sebab mengapa kami terjebak

Marilah saya story macamana saya boleh terjebak membeli bag Longchamp itu.
Kisahnya bermula begini.....
Pada hari Jumaat yang lalu...amacam skema tak ayat? hahaha....

Last Friday gi lepak dengan my lifelong partner in crime dekat Johnny's One Utama. Hari tu Johnny's tutup sekejapkan buat renovation. Ni dah bukak balik, siap ada macam patio kat tepi letak meja makan. So we decided nak duduk kat patio tu sebab nak tengok orang balik kerja. Kat tepi boleh nampak orang IBM, orang KPMG dan hotel customers lalu lalang pergi from One World Hotel to One Utama.

Johnny's steamboat bestnya. Kitaorang ambik meal for two pun macam tak habis sebab banyak pastu tamak gi order nasi goreng lagi. Masa order tu perut lapar gila mana taknya.

Sekarang nak cerita macamana boleh terjebak beli handbag tu. Semalam 2 jam setengah dari pukul 5.30pm sampai 8.00pm duduk kat Johnny's tu kitaorang duk tengok orang lalu lalang. Macam-macam orang yang lalu. Tapi yang kitaorang paling tengok ialah henbeg dengan bentuk badan orang hahaha....tak ada kerja.

Rasanya yang paling banyak henbeg orang bawak yang lalu lalang tepi Johnny's tu ialah handbag Longchamp. Itu yang kitaorang pun terjebak sama. Terus masing-masing dengan kadar segera nak membeli. Nasib baiklah kat One Utama tu tak ada Longchamp kalau tak time-time tu gak pergi beli. Itulah kisah kenapa terjebak membeli.


I love Johnny's

10 tahun lagi tak taulah sama ada pose yang sama gak

nikmat Choc Milk Shake ni tapi tak cukuppppp...


udang berenang-renang...slurp

banana split....share berdua ok. Macamanalah nak kurus kak oiii...makan tak ingat dunia.

Manalah handbag baru ku ini....tak sabar dah nak guna ni hehehe..

Kes terjebak

Can't wait to get my hands on these babies. Nak bagi my Neverfull a rest sekejap. Hari-hari lenjan Neverfull tu sebab tu bag paling besar yang boleh sumbat macam-macam barang.

Mine is the brown one, the black one belong to this makcik  yang blog ala-ala hidup segan mati tak mau.

Ada kisah kenapa terjebak membeli ni. Later I story ok.


cat not for sale

come to momma
Tuesday.....4 more days but darn I still have to work on Saturday =(

Monday, October 25, 2010

Comparison product BB Cream

Saya dah menggunakan product Dermedex DD Cream ni for few months. Rasanya dah lebih 6 bulan tapi still tak habis-habis lagi 40ml. Bought it at tempat I did my facials in TTDI. Beautician yang suggestkan guna product ni instead of bedak biasa sebab dia kata bedak biasa boleh clogkan pores kita.

So sejak I menggunakan DD Cream ni, banyaklah orang kata perubahan pada my skin and complexion. Nampak macam basah dan fresh sentiasa walaupun dah seharian pakai. Sampai ada yang tanya dan pesan nak beli. Unfortunately sampai sekarang my DD Cream ni tak habis lagi, so idaklah teman ke tempat facial tu. Lama tu tak buat facial, malas punya pasalkan.

DD Cream ni sebenarnya BB cream. So last friday saja jerlah masuk Guardian promo kat tengah-tengah old wings One Utama tu. Maybelline ada jual BB cream. Harga asal RM22+ tapi pasal ada promo harga jadi RM19+. Beli pun pasal gatal nak notebook warna pink....hehehehe.

So lepas memakai Maybelline BB Cream. Verdictnya adalah DD Cream Dermadex adalah lebih best sebab texturenya adalah lebih pekat. Pakai 3-4 dot kat muka dah boleh cover satu muka. Sedangkan Maybelline punya lebih cair so kena guna lebih sikit untuk mencapai effect yang sama.

Tapi adik-adik, harga Dermadex ni RM136 kalau tak silap ler. So silalah pilih sendiri.



muka sapu DD Cream Dermadex sahaja.

Tempat jatuh lagikan dikenang

Sabtu lepas sekolah Abang ada hari koko (ko-kuruikulum). Sebenarnya pagi-pagi lagi dia dah suruh hantar dia pergi sekolah tapi biasalah mak bapaknya kalau hari cuti memang liat nak keluar rumah.

Patutnya nak drop off aje Abang dekat sekolah then pick him up later tapi biasalah Adik kepoh nak pergi gak tengok helikopter kat sekolah Abang. Ada heli ride tapi kena bayar dalam RM80 per ride.

Bunyi heli jer yang dengar, helinya tak nampak sebab heli land dekat padang sekolah. Malaslah I nak jalan sampai ke padang sekolah. Ada rumah hantu tapi hantu dah penat jadi hantu so derang dah tutup rumah hantu masa kami sampai. Adik frust giler tak dapat pergi rumah hantu. Budak kecik nikan suka buat sekolah orang macam sekolah sendiri. Minggu lepas sekolah kat KD tu, minggu ni sekolah Abang pulak.

Beza gitu, minggu lepas the fun ride was the pony. Minggu ni budak-budak sekolah menengah ni naik helikopter gitu. Pony vs helikopter.......

Sebenarnya sekolah Abang ni, sekolah I gak dulu. Nostalgia sungguhlah. Kalau nak cerita pasal time sekolah rasanya boleh buat satu buku by it self. Time sekolah menengahlah yang paling best (cuma yang time tak bestnya kena buat homework add maths.....bengap sampai sudah. Last-last drop subjek tu)



Aunty yang dipaksa beli cupcake.

Anakku yang serupa budak darjah 3....haiii Bang oii.

dulu blok tu bukannya nama Bumi. Rasanya dulu ada Blok A, B dengan C jer

minah kecik ni suka interframe tau

Amacam ada rupa budak sekolah menengah tak bawak sling back?
Bag ni senang nak sumbat netbook. Kalau tak berat nak ngangkut sana sini





Inilah tangga yang dulu I selalu kena duty jaga. Dulu I pengawas sekolah.
So kalau pagi I duty jaga gate, gate besar atau gate kantin ni I selalu sampai sekolah ngam-ngam sebab malas nak naik pergi kelas dulu unless I have maths or add maths homework tak buat lagi. Apa lagi photostatlah homework kawan hehehe....macam tak biasakan.

I bet ramai orang kata I sombong time I sekolah dulu sebab I seldom smile. Only my classmates knows how crazy and naughty I am. Bag sekolah kawan-kawan memang selalu jadi mangsa sorokan I. Kadang-kadang sampai habis time sekolah derang tak jumpa bag sekolah derang muahahaha. Ada sekali ni gi tukarkan content bag kawan. A suka kat B so I gi switchkan buku-buku derang. Notti ke tak notti. Kenalah cover baik punya dah nama pun pengawas kalau tak orang tak respect.

Sampai sekarang duk terpikir apasallah pengawas kena jaga kantin masa time rehatkan. Nengok jerlah orang makan...ntah hape-hape ntah. Kelakar tak...last2 duduk kat sudut yang dekat dengan gang, sambil jaga kantin sambil sembang.

Part yang boring kena jaga tangga time rehat. tu pun boring sebab sure mati kutu tak tau nak buat apa.....ngok betullah.

Tapi apa-apa pun time sekolahlah yang paling best. I miss all my friends =(



motip ambik gambar pokok. Pokok ni dulu tak adalah besar sangat macam ni.


So do u miss your old school?

Saturday, October 23, 2010

Ready, Aim & Acquire

I have to say today is a very long and tiring day.

Imagine spending hours just to decide what TV to buy.....yeah what a fun day. 
NOT!

So not fun when you're drag to two different malls and then back to the first mall to buy the item . How hard is it to buy a TV. Goodness sake.
My leg still hurts and I am exhausted. + hungry too. Now I'm too tired even to cook.

Why can't my husband just make up his mind. So fickle minded.

Gosh I think it's easier to shop with me cause I alwayssssssssss know what I want and how much it cost. I do my homework well (thanks to all the shopping websites)   ;)

Straight to the shop, no stopping in between.Nothing gonna distract my focus. Acquire the desire object and pay. See easy peasy rite.
Anyway, there's one happy person in the house.

So how's your weekend so far?

Friday, October 22, 2010

Tak nampak

Kalau bagi jawapan

"TAK NAMPAK" ni pulak



senang jer nasihat saya
.

.

.


.


.


.


.


.


.

PAKAI CERMIN MATA TEBAL-TEBAL BAGI NAMPAK!


Happy Friday...Peace bebeh!


Tak Ada



Lagi satu jawapan yang paling mudah

"TAK ADA"

Bila ditanya kenapa tak buat, jawapannya tak ada.

Silalah check email anda, jangan sewenang-wenang jawap tak ada sebelum periksa. Mulut memang senang bagi alasan tak ada dan menyalahkan orang lain. Tapi sebenarnya diri sendiri yang cuai dan malas untuk buat kerja. Jadi orang lain yang cuba dipersalahkan.

Terang-terang emailnya dah sampai lama. Cuba-cubalah bukak inbox email tu. Management bagi PC dan email tu bukan semata-mata untuk main game dan browse internet saja.

Kalau kita hantar email, seminggu agaknya diperam. Macamlah dia sorang saja yang sibuk. Kita ni goyang kakilah agaknya.


Ya, saya membebel pada diri sendiri lagi. Jadi tak payahlah nak terasa lagi.


Ada orang kata saya ni sarcastic orangnya. Saya memang sarcastic sebab bila cakap dengan nada yang lembut dan baik-baik, orang pijak kepala saya.

Tak Tahu



Jawapan paling mudah

" Tak Tahu "

itu bukan solution to a question.

Pleaselah take extra steps to find out what can be done to solve the problem instead of just cakap tak tahu jer. Kalau macam tu baik toksah kerja sebab rasanya budak-budak pun lagi cerdik.

Jawapan "Tak tahu" tu selalunya applies untuk orang pemalas saja. Kalau selalu bagi jawapan "tak tahu", sampai bila yang nak tahunya. Kalau tak tahu, ambik tahu. Kalau tak pandai, belajar...lama-lama nanti pandailah. Kalau tak cuba langsung mana nak tahu kemampuan.


Macamana bangsa melayu nak berjaya, kalau semuanya
"TAK TAHU"!

Dah!, jangan ada yang nak terasa pulak. Saya membebel pada diri sendiri.

Thursday, October 21, 2010

Want to know something? Part 2

Ada lagi nak bagitau ni.....

Dekatlah sikit.....

Ni nak bagitau....

Dalam fridge I ada ni



Aiskrim Malaysia
Perisa Milo

Adik kata dia nak jual kat kawan dia for 20 sen each :)


- Posted using BlogPress from my iPhone

Want to know something?



Pssttt......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

yes you


I have something to tell you

.
.
.
.
.
.
.
.
come nearer.....yes nearer
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nak tau tak apa?
nak tau? you sure?
oklah I'll tell you
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

I'm on leave to day and I'm going back to sleep

kepada yang sedang berkerja tu
"Dah pergilah sambung balik kerja tu "

=P


Wednesday, October 20, 2010

My Way




This song actually sums everything about me.

I did it my way.

Testing

Testing downloading pictures cause blogger said I've exhaust all my 1G of storage.


- Posted using BlogPress from my iPhone

Walking wikipedia

Sometimes I feel like a walking wikipedia cause people in my office keep asking me weird question as if I know every answer under the sun.

=/

Tuesday, October 19, 2010

Sumber inspirasi

Blog mat gebu (silalah jeling blog list kat bwh under Tips & learning) mmg memberi sumber inspirasi sungguh.

Kalau Mat Gebu boleh masak hari-hari kenapa tidak saya.

Ini jerlah yang mampu hari ini.

Bon Appetit



- Posted using BlogPress from my iPhone

Macam nak pengsan

hari saya macam nak pengsan lari sana lari sini
closing date untuk submission semalam, manager in charge tak remind pulak tu. Call dia semalam asyik manjang jer tak ada kat meja.
Pagi ni mulalah macam headless chicken lari sana sini buat submission.
Dengan nak suruh orang verify signature dan nak tengok duit dalam trust cukup ke tak. Pastu adalah pulak signature client yang differ.......arghhh under pressure sungguh.
Dah settle yang tu dah almost pukul 11am

Pastu lunch time dari pukul 12.30pm sampai 2.30pm pulak ada 2 hours briefing lagi pengsan....

oklah nak sambung buat kerja sampai pengsan =P

BIENDA WEDDING.....


Lawanya si Bienda ni macam anak patungkan.

Monday, October 18, 2010

Menumpang karnival orang

Dah petang-petang ni mulalah mengantukkan. So marilah kita buat entry bergambar pulak.

Sabtu lagi Adik dah sound ajak pergi karnival sekolah kawan dia kat KD ni. Pukul 7 pagi minah tu dah bersemangat bangun ajak pergi karnival. Astagfirullahalazim Dik ...panjang mamanya mengucap. Orang karnival tu pun tak bangun lagi Dik.

Dekat pukul 11 pagi lepas breakfast barulah jejak kaki kat karnival sekolah tu.
Fuhhh panasnya...I siap keluarkan kipas sakti I. Kipas...kipas....fuhh panasnya semalam.

Marilah kita tengok gambar-gambarnya


Abang bomba ni tak ada lainkan mesti bawak truck dia sekali


budak dua beradik baru keluar dari rumah hantu yang sekangkang kera...tak sampai 2 minit dah keluar balik



ahhhhh...ada hantu you. Ni mesti hantu lari dari rumah hantu tu




ni dia sebenarnya. Si kecik ni sibuk nak naik pony. Alahai comelnya ko pony


Arsenal bebeh ;)




Ada sapa-sapa yang tak pernah tengok pokok misai kucing. Ha...inilah rupanya pokok misai kucing

close up

 


So semalam korang gi mana ya? Anything, anywhere interesting? Kasi sharelah =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin