Friday, June 25, 2010

Sembang malam-malam

Budak ni memang suka tiap-tiap malam sebelum tido baring celah kelengkang Mama dia. Sambil baring mulut dia non-stop bercakap macam burung murai. Kadang-kadang Mama dia dah tertido dia still lagi non-stop bercakap. Sampaikan Mama dia kena jerkah dia suruh stop bercakap barulah dia tido kalau tak sampai pagilah agaknya dia menceceh.

The night before she was pestering me to be a teacher at her school. Beria-ia dia suruh Mama dia jadi cikgu bahasa Inggeris. Alahai anak...kalau Mama nak jadi guru, dari dulu lagi Mama tak tolak tawaran masuk Maktab Perguruan tu tapi Mama tak minat mengajarlah Sayang. Keciwa jugaklah Atok sebab Mama tolak offer Maktab Perguruan tu.
Tapi semua ada hikmah kalau tak tak dapatlah Mama belajar kat US dulu.

Ni ha..gambar budak busyuk tu malam tadi.



Manja terlebih.

Robek rambut depan kena gunting dengan Bibik. Isykk suka-suka jer potong rambut Adikkan. Mama baru ingat nak bawak kedai suh cina kedai gunting rambut tu trimkan.

Sabar jerlah.
Friday dahkan....pastu tiba-tiba dah Isnin balik....ohh..

2 comments:

My Life My World said...

Ala masa ni jer lah dapat duk celah ibu, esok esok dah besar sure kita pulak yang rindu kat dia suruh duduk celah kita. Samalah dengan si'kecik' tampuk manggis I. Kalau boleh tak nak kasik dia beso beso, comel jer (dimata I ler). Tapi kalau tak beso nanti tak normal lak. Hehehe

Pink Mama said...

Betul tu....nanti dia dah besar dia pun tak nak dah duduk berkepit dengan kitakan *sedih* =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin