Tuesday, October 20, 2015

Marah sekali pun tak payahlah throw an insult

Makin teruk jerebu harini. I wonder whether school will open tomorrow.
Anyway, dikejutkan pulak harini dengan berita wabak thyphoid (demam kepialu).
Better stay indoor people.....orang yang bekerja tak ada choicelah kena jugak keluar bekerja. Tapi dalam office pun masih bau asap walaupun office air-conditioned.

Anyway, since the kids tak sekolah kenalah bawak derang keluar lunch. So the best place untuk makan indoor that I can think of is Tesco's food court. Lagipun kat situ ada makanan that I know the kids will eat. 


macam biasa mesti makan western. Tengahari ada promotion untuk some western food so I ordered chicken chop and soup for me. 

Tapi sebelum tu I nak cerita pasal kejadian kat kaunter makanan. There were chaos at the counter cause the customer and the cook had some miscommunication. Amoi (young chinese lady) tu order spaghetti with salad or something tapi cook tu buat spaghetti biasa. They were arguing at the counter sebab salah order.....mostly the amoi yang mengamuk kat situ. Cook tu kata dia tak boleh nak refund her money cause he keyed in already in the cashing machine. He instead offered to replaced her food. But the amoi dah mengamuk and said she wants to talk to the managerlah bagai tapi manager tak ada. Then she decline when the cook nak bagi replacement food. Siap cursing cook bangla tu siallah. Then siap cakap lagi....tak nak makanan baru sebab mana tahu nanti cook bangla tu ludah dalam makanan dia.

I was like.......amboii busuknya pikiran kau. Told my husband about the incident and my husband said ntah2 that girl dah selalu buat kat orang. Tu yang dia duk fikir orang nak ludah kat makanan dia. Selalunya kalau kita hati baik, kita takkan terfikir orang nak buat benda jahat kat kita melainkan we had the same intention to do to other people. 

Youngsters sekaranglah memang tak ada manners and tak respect orang lain. Salah dia jugak....yang dia pi order lain dari apa yang tertera kat menu tu sapa suruh. Pi complicatekan order....nasiblahkan. Told my children if the were ever rude or being disrespectful to other people tak kiralah siapa.....memang I lempang jer derang. 
Tengok mamat yang tampar bangla kat car wash tu ...kan dah kena reman dengan polis. Benda kecik bukannya tak boleh settlekan. You just need to be rational and be cool. Orang baran ni selalu rugi.



budak ni tak habis-habis dengan lasagna. Dia suruh I buat but mak kau tahu masak asam pedas jer =P
So she said she's gonna google how to cook lasagna


minah spaghetti sentiasa


Thai iced tea - RM7.30 (including GST) beli kat kiosk Chill Chill dalam Tesco Mutiara Damansara. Reminded me of Chiang Mai Thai tea ice-cream....sedapppp.


gambar pagi tadi. Tak ada intention pun nak selfie...sebenarnya nak tengok tudung okay ke tak guna camera phone. Sekali tengok timer on. Tudung tie-rack satin ni hanya boleh pakai time period saja sebab payah nak adjust. Pagi tadi pun terkial-kial nak pakai.

Monday, October 19, 2015

Jerebu balik (update sekolah tutup lagi besok)

*Update: Kementerian Pendidikan baru announce besok sekolah tutup lagi....seronook banyaklah budak-budak. Mak budak gak yang tak seronok sebab kena gak pergi kerja.....ni yang mak jeles nih.

Embedded image permalink
sumber dari twitter

Beria-ia Adik semalam study group kat library dengan kawan-kawan sebab nak exam.

Sekali sekolah tutup hari ni sebab jerebu teruk. Tahun ni jer dah berapa hari sekolah tutup sebab jerebu......come on lahhhhhhh.....

I had sore eyes for almost 3 weeks.....baru nak recover after doktor suruh letak eye drop every two hours. Sekali jerebu balik......adehhhh....




budak-budak 'gajah' yang main taman permainan kanak-kanak (Adik and her gang)


Friday, October 16, 2015

My minion


Semalam kami anak beranak bersembang pasal sekolah

Adik cerita buka cerita pasal cikgu sains dia.

Adik: Cikgu tu kan bila dia tanya soalan...Adik angkatlah tangan nak jawap soalan tapi dia tak nak nak pandang Adik. Dia tanya kat orang lain.

Me: Oh ye ..ke....

Adik: Pastu Adik angkatlah tangan lagi ...cakap me! (nak jawap soalan). Tapi cikgu buat tak nampak.

Ayah: So Adik ni macam minionlah....me! ...me! ...me! ...me!

Adik:    -_________________-


Adik minion hahaha....



Thursday, October 15, 2015

Password

bila orang bagi password hhh123

janganlah pulak kau pepandai letak hhh1234


memanglah tak boleh Syaitonnnn!!!


Ha ...kan dah kena sekali...geram pulak haku!


Monday, October 12, 2015

Restoran Makanan Cina Muslim - Mohd Chan Abdullah

Selamat berhari Isnin. Tak payahlah ber'monday blues' sebab Rabu coti Awal Muharram. Kalau tiap-tiap minggu macam ni kan best....kerja 2 hari pastu cuti. 

Semalam hantar Adik ke library....katanya nak group study untuk revision exam. Bila ditanya kenapa tak study kat rumah jer....katanya rumah ada komputer so distraction. Apa-apalah dik...asalkan jangan merayap. Duduk study kat library jer. Ni kalau group of girls bukannya boleh percaya mesti panjang jer akalnya (ehh....mak macam bercakap dari experience jer hahahahaha). 

Lepas drop off Adik ke library kami ke Paradigm Mall. Kalau ke Paradigm Mall, I straight nail level UG....tak singgah dah level lain. Level UG ada Sephora, H&M dan Uniqlo. Selalunya 3 kedai tu jer yang I akan masuk di Paradign Mall. Kalau nak pi shopping barang lain baik I pergi One Utama jer. Puas hati dapat rembat barang yang berkenan di hati di H&M. Masuk Sephora nak cari blusher tapi tak ada yang berkenan. Barang-barang makeup Stila pun dah tak ada dalam stock =(

Keluar dari Paradigm Mall ingatkan nak balik rumah terus tapi Ayah bawak kami ke Kelana Jaya....katanya nak tunjuk restoran Cina Muslim. Nak tunjuk tukar jadi makan terus kat situ hokay walaupun sebenarnya kitaorang dah makan 2 jam sebelumnya. Alang-alang dah depan kedai rugi tak masuk.


Restoran Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah. You can click at the link untuk tengok their menu and location nearby tapi price tak adalah pulak.Please bring cash cause they do not accept cards. 





Interior kedai yang simple. 


I ordered kedondong asam ...macammm tapi sedap, while Kakak and Ayah pulak mintak air laici


tak menyabar ayah budak-budak ni nak makan mee kari dia. 
Sabarlah Mama tangkap gambar sekejap. Dia cakap mee kari restoran Cina rasa lain from Malay mee kari. Which is actually true.....sapa tau rempah apa yang depa pakai?


my char kueyteow....besar portionnya, Makan dua orang pun boleh ni. Tengoklah udangnya.
Nasi ayam Kakak I tak ambik pulak gambar sebab budak tu dah gelojoh nak makan =P


Restoran ni berhadapan dengan Nasi Lemak Cikgu. Lain kali kita datang makan nasi lemak pulak ya Ayah.


the price is very reasonable. Kalau nak makan crab atau itik panggang....silalah bawak cash lebih. Kami semalam ada RM50 jer dalam wallet....bank pulak tak ada yang within walking distance kalau tak dah lama dah ketam dalam genggaman....haishhh. 
 Tapi tak apa sebab I baru perasan semalam otw back rumah rupanya ada cawangan restoran ni di KD. Yippeee...nanti kita pergi makan ketam. Tak payah pergi Kelana Jaya pun =P


anak dara yang swag. Topi tu I belikan untuk ayah derang di Chiang Mai tapi rupanya ada orang lain yang berkenan jugak.


hasil rembatan di H&M. Crop jeans jacket......ini semua salah model Farah Hanim Razak. 


sorry dik ...Akak pinjam gambar awak....taken from her IG pics

Farah Hanim pakai lawa ....so Akak yang gemuk tak sedar diri ni pun nak gak bergaya walaupun tak sedar diri hahahaha. Anyway, Adik dah aim nak pinjam jacket tu =P

Thursday, October 8, 2015

RA Goes To Thailand - Random pictures

Actually aside of the shopping, ada jugak my team mates yang pergi tour. A day tour at  Thailand’s Highest Spot- Doi Inthanon National Park (a.k.a. “The roof of Thailand”)


Overview : Visit Doi Inthanon National Park, at 2,565 meters above sea level the highest peak of Thailand. This range is a part of Himalaya in Nepal. The weather is cool all year-round. On top of Doi Inthanon land with ancient rainforest, vast completely covered. That very few will experience the real nature of the country’s highest mountain. Doi Inthanon National Park is a Mecca for birdwatchers and offers evergreen forests, impressive waterfalls, interesting flora and fauna and marvelous natural scenery. The tour continues with a visit Phra Mahathat Napha Methanidon and Phra Mahathat Naphaphon Phumisiri, twin pagodas which were built to commemorate the fifth cycle birthdays of King Bhumibol Adulyadej and Queen Sirikit. Both pagodas share similar bases as well as a two-level walking path that surrounds them. The pagodas enshrine Lord Buddha’s ashes and Buddha images, and overlook the magnificent scenery of Doi Inthanon. The tour continues with a visit to the Karen Hill Tribe Village and the Royal Project, followed by lunch at a local restaurant. Upon descending, guests will stop at the beautiful Vachiratharn waterfalls and Mae Klang waterfalls on the way down the mountain before making our way back to Chiang Mai.
tapi Akak tak pergilah sebab memikirkan turun-turun kapal terbang terus nak pergi. Penat wehhh lagipun kan malam sebelum tu tak cukup tidur. Anyway I am not a nature lover....I'm a shopoholic yang dah semi insaf. Sekarang ni bila nak beli barang fikir dulu guna atau tidak...unlike dulukala. Dah tua ni kurang sikit impulse purchases.

Since my team mates banyak whatsapps gambar marilah kita tepek kat sini buat kenang-kenangan. 

view from hotel room


hotel swimming pool....tak ada plak mat salleh bersidai

massage...massage....tempat massage pun ada free wifi hokay. So jangan malu bertanya password.











the only few food that I can eat cause the halal breakfast section of the hotel is so limited.



tuan belog dah ready nak berangkat balik on day 3. I envy those people yang boleh pakai baju lawa-lawa....skirt and gowns. I pi travel mesti selebet. I am more comfortable in my jeans and sport shoes. Sling bag and bag pack are always my choice. Nak kena tukar style ni...baru boleh lawan Che Ta (masalahnya Che Ta tu kurus tinggi, pakai apa pun gorgeous).



airport Chiang Mai ada free wifi.....free wifi is like gold to travellers like us.



semua tunggu nak boarding balik flight pukul 4.55pm. Sampai KL dah almost pukul 9 malam.Flight balik dalam 2 hours and 45 minutes. Ada steward Thai hensem dalam flight balik tu. Semua menggedik menengok mamat tu hahaha...ada yang siap curi tangkap gambar. Akak tak ler....ala muda lagipun dak steward tu.


duty free shop in Chiang Mai airport


ni Akak dan kawan Akak pi lepak McD. Kami nak tumpang aircond dan free wifi. Sekali punyalah complicated nak connect the wifi.....lupakan jerlah. McD dia ada jual pork so Akak tak adalah berani nak beli even fish burger pun. Akak makan croissant and OJ saja.


flight balik nasi lemak habis. Nasib baiklah masa pergi dapat makan. Sedap nasi lemak Air Asia walaupun RM14. Chicken rice dia pun not bad.


Akak belikan bag pack ni untuk Kakak dan Adik. Comelkan.....yang ni THB100 sahaja. Akak beli bag for myself jugak tapi lupa pulak nak tangkap gambar. 


punyalah berselirat wire letrik kat Chiang Mai ni. Kalau orang TNB tengok ni mau muntah darah derang


mineral water Siam


kat lobby hotel kami. Lawa minah Siam ni kan. 


siapa lagi lawa...Akak ke minah Siam ni. Kalau korang kata minah Siam tu...Akak sentap hahaha


kap...kap....



gambar sayur pun nak ambik. Dah lawa ambiklah. Kawan Akak kata kat pasar chow kit pun banyaklah hahaha


fresh sea food






bag ni lah yang Akak beli tapi Akak ambik warna biru. Comel tak?


So that conclude my Thailand travelogue...harap-harap tahun depan company dapatlah menaja kami pi Korea atau Paris. Amboi Paris kau kata....zaman stock market blooming 10 tahun lepas boleh ler...sekarang ....hmm....


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin