Monday, June 16, 2014

Happy Father's Day and socket terbakar


I would like to wish to all the fathers out there Happy Father's Day especially to my father and husband.

So sad that I didn't manage to take my dad out for Father's day treat cause my shoulder and back was killing me......damn painful. Lepas makan pain killer Tramadol yang my specialist prescribe tu, terus ting tong tak boleh bangun. Cuba bayangkan I took the medicine at 3pm sampai pagi ni still groggy lagi. I just bangun solat pastu tidur balik sampai pagi ni. Jalan nak pergi ambik air wuduk pun macam orang lalok sampai nak terlanggar dinding semua. I think I'll skip Tramadol after this and just take Arcoxia for my pain. 

The hubby belanja us to two movies in fact. Thank you Ayah =)
But I still have to belanja them pop corn and drinks =P
The night before we watch Maleficent. Gigih okay pergi tengok wayang pukul 10 malam.
Nasib baiklah cerita tak boring kalau tak mau ada yang berdengkur dalam wayang.

Go watch the movie with your kids especially if you have girls. I am sure they'll love it.
No spoiler here. Anyway, Maleficent (Angelina Jolie) is not that the evil one here. Broken heart can turn even pure hearted people into indictive evil. But true  love can cure it all. 

Some people may not like the 'disney-like' movie but we do. 





Yesterday pulak kami pergi tengok The X-Men. X-Men pun best jugak.....wah semua cerita best ya.

I tak tahulah tapi everytime I tengok movie, mesti ada moron yang akan sibuk nak tengok handphone derang dalam gelap-gelap tu. It is so annoying okay seba here you are trying to concentrate on the movie, tetiba orang depan you duk buka handphone derang. 

I almost nak baling popcorn to the ignorant person in front of me tu. Simpanlah handphone tu sampai habis movie. Your facebook friends takkan gi mana pun. =P


ada tempat main snow slades kat bawah new wing One Utama but we didn't go to the ground floor yesterday.

********

Bersyukur sangat that nothing bad happen to my room. 2/3 hari sebelum ni ada macam bau terbakar bila I switch on  my room aircond. Tapi bila tanya orang lain dalam rumah tu derang kata tak ada pun bau hangit. Aikk takkan I sorang jer yang bau hangit.

Sekali last last two night dalam pukul 2 pagi macam tu, ayah budak-budak ni kata ada bau hangit. Bila I on and off balik aircond, terus satu rumah blackout. Main fius kena tendang.
Rupa-rupanya wall socket terbakar. Ialah banyak sangat power point guna socket tu agaknya tu yang dia terbakar. Nasib baik tak jadi apa-apa benda yang lagi teruk. 

Malam tu kami semua tido kat hall sebab kat situ jer yang ada aircond. Next morning tengok teruk jugak terbakar plug extension. Nasib baiklah ayah budak-budak ni pandai ganti wall socket tu kalau panggil electrician mau ratus ringgit jugak tu. 

Itulah orang kata sebelum tidur tu baca surah kursi. Nak keluar rumah pun jangan lupa baca surah kursi kerana malaikat melindungi kita Insyaalah. Malam tu I dah nyaris-nyaris nak lupa baca surah kursi tapi nasib baik teringat dalam keadaan mamai-mamai tu. Syukur Alhamdulillah.

Semoga Allah melindungi kita selalu. 


P/s: lupa nak cerita. My husband was so happy, senyum sampai telinga bila anak lelaki dia call wish Happy Father's day kat dia semalam.

Thursday, June 12, 2014

Lunchies


I am so missing my boy =(

Anyway, my life is so mundane. Pergi kerja balik kerja. The only good thing about working is free cold aircond. 

Panasnya sekarangkan......duduk rumah walaupun panas kipas punyalah bahang. Berpeluh-peluh sakan sampai terpaksa (terpaksa ya) jugak on aircond. Hujung bulan nanti pengsan nak membayar duit letrik. 

Tak ada cerita menarik minggu ni. So I leave you with the pictures of my lunch.




lunch semalam kat Uncle Lim. Kakak makan mee kari lagi although the day before dia dah makan mee kari.

Bubur ayam Uncle Lim tu favorite kami laki bini. Unfortunately the bowl has gotten smaller. Sebelum ni bowl besar, 2 orang makan memang kenyanglah. Why Uncle Lim....whyyyyy?



ni gambar the day before yesterday. 

Semalam budak ni pergi berjimba-jimba the whole day dengan bff dia pergi tengok wayang and ice skating. 



this is my lunch the day before yesterday.
Bihun kari yang yumss dan teh ais kat The Teh Tarik Place.



di akhiri dengan gambar ikan koi. =)

Tuesday, June 10, 2014

Kasut bola Uptown udah


Anak lelaki kesayangan (ni kalau Adik baca mesti dia berbulu jer)  tu ada mintak kasut futsal baru sebelum balik hostel. Kasut futsal Nike (nak sebut gak tu Nike...tapi Nike beli time jualan gudang jerlah hehehe) lama koyak teruk. Dah tampal dah sebelum ni tapak yang koyak tapi koyak balik.

 Ayah dia kata belikanlah kasut baru. Nak beli kasut baru boleh tapi kasut kat Uptown udah tak payah beli mahal-mahal sebab dia lenjan main hari-hari futsal kat hostel. 

Malam Jumaat lepas moh ler kita pergi Uptown Kota Damansara cari kasut futsal.



ronda-ronda cari kasut. Kedai kasut yang pertama kami pergi tu nak RM75 untuk kasut.
Sorry not within my budget. My budget RM50 untuk kasut kat Uptown. Kita lupakan kedai yang pertama tu. Jalan depan sikit ada lagi kedai kasut tapi dia nak RM70 untuk sepasang. 

Tak per Bang, banyak lagi kedai kasut kat Uptown ni. Kita jalan lagi cari kedai kasut lain.



macam-macam pilihan kasut....pilih jer. 



pening nak pilih kasut ke Bang?

Kedai kasut yang ketiga ada yang dia berkenan. Tanya budak jaga kedai tu dia kata RM65.
Bargain dapatlah kurang RM5. Ambik jerlah, malas nak pusing lagi kat Uptown tu. Nasib baik jugaklah ada size kalau tak haru nak mencari lagi.



inilah kasut futsal pilihan hati. 
Biru favorite kaler agaknya sebab semua kasut sukan dia kaler biru.

Gambar-gambar kat bawah ni semua I cilok dari instagram pengetua Akademi.
Semua gambar Abang tengah beraksi dalam perlawanan bola inter rumah kat Akademi.
Gol keeper group Cicak Man. Nama rumah sukan kat Akademi semua ikut nama filem-filem KRU =D




Amacam ....hebat tak?



Monday, June 9, 2014

Dah balik hostel

So my baby boy dah selamat balik hostel balik :'( 
Sedihnya sebab cuti pendek sangat, seminggu saja budak tu ada kat rumah. 

Dah masuk semester 3 dah, ada 5 semester lagi to go. Semalam masa pendaftaran balik ,warden ada bagitau yang yuran asrama RM800 tu refundable......duit mama lah tu muahahahaha. Satu semester kena bayar RM100.  Eh....lama lagi nak dapat balik duit refund pun. 


Bangun pagi tengok, Abang dah siap lonngok barang-barang dia kat hall depan. 
Sedih Mama tau...

Punyalah banyak barang dia bawak balik hostel. Sabtu dah settle membeli stok makanan, pencuci muka, sabun basuh baju dan lain-lain. Lupalah pulak nak beli stokin untuk dia sebab semua stokin dia hilang kat hostel, tinggal sepasang saja. Nak ikutkan stokin dia semua I dah jahitkan nama dia pun boleh hilang. 

Duduk hostel kena banyak bersabar sebab barang-barang akan hilang. Sabun basuh baju yang serbuk tu pun kena curi tau. Plug powerpoint yang panjang tu pun kena curi. Susahlah kalau ada budak yang panjang tangan ni. So kena pandai sorokkan barang-barang. Dahlah almari kat hostel tu tak ada pintu.....apalah. 


ni gambar kat Cascade semalam. Kami makan kat kedai mamak baru buka. 
Nama kedai mamak baru tu Al-Barakath. Roti canai, teh tarik, mee goreng semua sedap tapi nasi kandar dia tak boleh lawanlah kat Kayu. Kayu punya lagi sedap.

Masa nak ambik gambar kat tangga ni siap kena sound dengan guard. Allo....kitaorang bukannya nak naik atas, kitaorang nak ambik gambar kat bawah tu jer. Kedekut tau pak guard ni. Stylo tak anak lelaki I. Rupanya semua budak lelaki kat akademi pakai rayban......gaya tak mau kalah tu budak-budak sekarang. Duit pun mak pak kasi lagi tau.



dah kenyang kita hantar dia balik hostel. Pukul 3 petang macam tu tak ramai lagi yang balik. 
Pendaftaran dari pukl 10 pagi sampai 5 petang. 

Budak pompuan kat belakang tu senyum jerkan.....ialah dah nak dapat guna computer dalam bilik Abang semula. Tak per gunalah lagi 3 minggu pastu every weekend Abang boleh balik masa bulan puasa.



stok maggi goreng Abang. Nak kena sorok stok ni kalau tak habis kena curi nanti. 
Ayang dia suggest sapa nak, kena beli RM1 sebungkus. Amboi mengajar anak buat business pulak. 


dikejauhan ku nampak hostel Abang. See you in 3 weeks time Abang.
Mama miss you already :'(


Friday, June 6, 2014

Kari.....kari ....kari


Budak-budak ni suka sangat makan kari ayam . Kalau hari-hari makan kari pun agaknya tak jemu. Tapi mama lah pulak yang tak tahan. Tapi mama derang ni tak terrer masak kari macam nenek derang. Kalau nenek derang masak kari, budak-budak ni makan bertambah-tambah. Mama kalau suruh masak asam pedas terrerlah. Almaklumlah tekak orang Melaka, kalau tak reti masak asam pedas malulah.

Demi memenuhi permintaan semalam I pun masaklah kari ayam. Tapi semalam I masak ikut resepi sini . Memang sedap sungguhlah hasilnya. Bertambah-tambah budak-budak tu makan sambil puji sedap banyak kali. Sesiapa yang tak terrer masak kari macam I, kena try resepi kat blog tu.
 

first time masak kari sedap tau


cicah dengan roti sedapnyalah hai

Hari ni nenek masakkan kari ayam untuk cucu kesayangan dia Abang. Sukalah budak-budak tu sebab makan kari ayam dua hari berturut-turut. Tapi derang cakap kari mama semalam sama sedap macam kari nenek. Kembang montot Mama jap hahaha....


Thursday, June 5, 2014

ENT appoinment

Well here I am again for a follow up appoinment with my ENT. Initially my appt was at 3.30pm but the hospital called me this morning to change my appoinment to 1.30pm.
But here I am at 3.10pm and still waiting for my turn.  Wasting 2 hrs of my time.
Sabar jerlah 

Update: Rupanya blessing in disguise jumpa doktor nak last2 ni. I bawak Kakak teman for my appoinment. So bila doktor tengok dia batuk, doktor pun teropong sekali tekak dia. Rupanya tonsil pun dah bengkak. So doktor kasi sekali ubat untuk Kakak. Plan asalnya nak bawak dia pergi klinik lepas my appoinment tapi nampaknya tak payahlah hehe...




Tuesday, June 3, 2014

Kasut kilat-kilat


Lawa tak kasut Akak kilat-kilat ....hahahaha.
Kasut ni kisahnya masa pergi Giant nak bayar bill Maxis boleh ternampak pulak kat kedai Bata tu. Alah kasut murah jer dalam RM50. Bestnya kasut ni sebab kasut jelly. Sedap jer pakai buat basahan pergi kerja. Dah tua-tua ni tak boleh dah pakai kasut bertumit tinggi....lenguh kaki. 


Ada kawan tegur tanya kenapa pakai stokin. Kaki kan aurat so pakailah stokin. Lagi satu pakai stokin tak adalah sejuk kaki =)



ni dinner malam tadi. Ntah apahal semalam rasa penat sangat nak masak. So kita makan kat kedai sudah. Sedap sungguhlah nasi goreng ikan masin ni tapi portion dia punyalah banyak sampai boleh makan dua orang.

Hari ni anak tanya, "Mama masak apa?". Hari ni Mama masak sambal sardin, ikan masin goreng dengan telur dadar. Itu jer yang larat hari ni.


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin