Thursday, February 24, 2011

Uniform



My baby in uniform...alah busyuk Mama comel


- Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, February 23, 2011

Enak bangat Caramel Macchiato nih

Semalam impromptu keluar minum Caramel Macchiato hot dengan pompuan ni.
I dah balik dari jalan-jalan masa lunch kat One Utama dia call kata dia pakai lawa hari lepas balik jumpa customer so takkan nak balik rumah jer. Furthermore, dia dah ada kat Penchala link so nak ajak I keluarlah tu time lunch.

Disebabkan I dah tapau nasi goreng for lunch dan dia dah makan lunch dengan customer dia, kitaorang pergi minum coffee jerlah. Pung pung pang sembang alamak sekali dah almost 2.30pm....apalagi zass balik officelah. Tapi release gaklah stress sebab semalam stress betul dengan meja penuh kerja nak kena settle. Hari ni pulak dah opposite dari semalam siap menguap-menguap pulak....but thenkan touch woodlahkan. Kang tetiba gedebuk datang kerja selambak baru padan muka.

Macchiaoto hot ni lagi sedap daripada yang cold....enak bangat

Kepada yang mengemail saya about EL card tu, I have already pass the cards to you (kalau tak bagi add tu lagi nanti sila email add rumah ya) . I have another 2 more kalau sapa2 yang nak tu silalah email saya ya =)



- Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, February 22, 2011

Bibik oh bibikku

My life has been boring lately...macam tak ada excitement. The only excitement I get rite now is reading Contracs terms and condition for office work =P. Tersangatlah excitingnyakan.
I wish I am somewhere away from work....maybe in an island somewhere soaking the sun.

Anyway, our old bibik is supposed to go back this April. Bibik kata tak nak sambung lagi kerja after 4 years of working with/for us. Kitaorang dengar macam tu menggelabahlah mencari bibik baru. Nanti sapa nak jaga budak-budak. Tiba-tiba bila replacement dah sampai....eloklah pulak Bibik lama tu cakap dia nak sambung baliklah pulak. She only wants to go home for a short while and come back.....tu namanya gatalllll ok. Duit dah keluar for the new maid...bukan sikit ok nak dapat maid baru. Dengar she change her mind sebab duit tak cukup nak buat rumah baru kat kampung. Haiii...nasib ler hari tu beria-ia push kami belikan tiket kapal terbang dia nak balik cepat although her permit expires end of April.

Lepas bincang-bincang, my BIl agrees to take the new maid kerja dekat rumah mak dia. Tapi dengan syarat dia kena balik middle of March and come back by end of April AND her salary reduce to RM500. Sekarang gaji dia RM600....terus muka kawan tu berubah...ialah gaji kena potong RM100 sapa sukakan. Anyway, it's her own fault!. Terus minah tu kata dia nak fikir dulu samada nak sambung ke tidak. Suka hatilah bibik, apa-apa pun we don't loose anything because we already have a replacement maid. Kalau tak nak sambung lagi baik sebab safe duit tiket datang balik sini, duit fomema and renew permit. Lain kali nak buat apa-apa fikir dulu...lagipun mana nak dapat majikan macam kami yang tak kisah sangat ni. Nak jalan hujung minggu dengan kawan kaum kerabat pun tak kisah, nak makan apa makanlah asalkan kerja semua kawtim.

Malas dah nak bebel pasal bibik ni.....nak sambung balik baca contract for office work.
See ya later alligator!

Monday, February 21, 2011

Peminat Estee Lauder

Hari tu my sister ada bagi satu stack Estee Lauder cards invitation for skin analysis and free complimentary skincare samples. So after giving out to my office collegues I still have about 7 cards left.

So kepada sesapa yang nak tu...silent ke tak silent reader tu, silalah tinggalkan comment kalau nak sekeping atau just email me your address so I can post it to you.
Email add saya: Rosmahayu@gmail.com

First come first get basislah ya....email cepattttt kalau naklah.









Sunday, February 20, 2011

Uncle, durian and oh bulan

Rupanya nak berblogging ni pun kena ada mood jugak. Kalau tak ada mood memang satu hapah pun tak dapat nak tulis....bak kata omputih "writers block". I wonder how my sister do it. Adik saya kerja dengan majalah so every month memang kena siapkan article and interviews for the magazine she works for. Tapi yang bestnya kerja dia, bila pergi assignment selalu dapat giftS. Kalau cosmetic company yang panggil buat PC, dapatlah dia lipstick, eyeshadow, blusher macam-macam lagilah. Hari tu dia dapat susu pekat banyak so I pun mengangkut jugaklah bawak balik rumah walaupun 2 tin hehehe...rezeki jangan ditolak. Ada gaklah dia campak kat akak dia ni lipstick mahal-mahal...rezeki lagikan....kecik tapak tangan.

Ni nak cerita pasal community service. Hari tu masa I nak balik kerja, nampak satu uncle ni tengah pasang tile tepi jalan depan seberang jalan office I. Ni mesti kes uncle ni bosan tak ada kerja kat rumah. Agaknya dia selalu jalan kat tepi tu so dia decide pasang tile so rata senang sikit orang nak jalan.



ni bukan pekerja MPBJ ok tapi uncle manatah yang rajin bebenar
 
Hari tu teringin sangat nak makan durian. Apalagi pusing-pusing at last beli 2 biji RM30



memang terbaiklah....strawberry cicah coklat pun tak dapat lawan keenakan durian

2 malam lepas jejak kaki ke Uptown Damansara. Saja cuci mata sambil isi perut. La ni duk teringat nak makan sotong kangkunglah pulak....



oh bulan (bukan web portal gossip itu ya =P) malam tu penuh mengambang
Cantik sangat.....

Hari Ahad, hari lepak atas katil sambil tengok tv. Tengoklah kot-kot petang karang terajin ke nak keluar....



PC = Press Conference

- Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, February 17, 2011

Willow Smith - Whip My Hair


First time I heard this song I didn't expect that it would be sung by a 9 year old. Furthermore by Will Smith offspring. They sure are one talented family.

So layankan jerlah malam-malam ni ya

Sini Ada Hantu dan Chap Goh Meh


Hari cuti Maulidur Rasul hari tu si kecik tu ajak tengok Sini Ada Hantu.
Nasib baik tiket dah beli online kalau tak jenuh jugak beratur almaklumlah public holiday.

It's about two drivers yang kena hantar keranda datuk boss derang balik kampung. So along the way to the kampung they were telling each other ghost stories. Ada 3 cerita hantu...hantu Melayu, hantu Cina and hantu asrama. Muka hantunya tak adalah seram mana pun tapi biasalah kami ni anak beranak dasar penakut. Hantu tak keluar lagi pun semua dah tutup muka hahahaha....

Budak perempuan tu tutup muka dengan henbeg derang, ayahnya tutup muka dengan handphone and mamanya pulak tutup muka pakai tudung hehehe....penakut sungguh walaupun sebenarnya hantu-hantu lawa-lawa belaka. Ialah Fasha Sandha yang jadi hantunya, hantu Cinanya pun awek cun =P
Tapi kisah kat asrama tu memang kisah yang typical yang selalu dengarlah...hantu Nippon.

Untuk hiburan ringan cerita ni kira ok jugaklah tapi it's PG13 coz ada adengan yang ala-ala tak sesuai untuk budak-budak dalam plot cerita hantu No 1 tu.

So kalau takut nak tengok cerita Khurafat yang dengarnya seram habis, cerita Sini Ada Hantu ni kira lite-lite seramnya.

Anyway, wishing all my Chinese friends and blogsphere friends Happy Chap Goh Meh.
Kalau yang tak kawin lagi tu bolehlah tulis nama dan handphone number atas limau dan campak dalam sungai. Semoga mendapat jodoh segera =)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin