Wednesday, May 31, 2017

Post pertama di bulan Ramadhan

Assalamualaikum,

Dah puasa ke lima kita baru Akak berkesempatan nak update blog.
Dah empat hari akak kena hujan masa ke pasar ramadhan. 
Terpaksa jugak meredah pasar ramadhan sebab parents Akak nak makanan berbuka.
Nak masak tak sempat pulak. 

Jumaat lepas Kakak ada appt dengan specialist untuk allergy di Tropicana Hospital.
Budak tu everytime makan seafood jer memang akan terus naik gegata (allergy).
Buat appt. untuk check sebenarnya dia allergic apa.


nama doktornya Datin Dr. Meera.
Kalau sesiapa ada allergy bolehlah pergi jumpa doktor ni.


doktor akan cucuk a few jenis cecair seafood ke tangan dan lepas 15 minit tengok ada reactions. Memang sahlah Kakak allergic to seafood sebab semua pun keluar biji merah dan gatal.

So now we know yang Kakak sebenarnya tak boleh makan seafood. So adalah sangat dihindari seafood oleh Kakak.


on another note Abang dah habis belajar....actually belum lagilah sebab dia kena buat internship for a few months before he can graduate. Middle of next month dia akan start his internship...Alhamdulillah. 


ni pulak juadah berbuka kami pada hari pertama Ramadhan tahun ni.
Ada yang dari dapur tapi banyak dari Pasar Ramadhan. 

Dengan ini Akak mengucapkan Selamat Berpuasa semua!


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin