Tuesday, March 21, 2017

Hero siapa?


Hero Seorang Cinderella katanya....

Akak baru beli Sabtu lepas tapi tak ada mood nak membacanya lagi.
Nanti Akak dah habis baca akak review ok.
Ntah-ntah by the time Akak review dah tayang cerita ni kat TV hahaha...
Agak-agak siapa heroin yang sesuai untuk cerita ni?


Tuesday, March 7, 2017

Carboot Sale Kota Damansara

Assalamualaikum,

Ni lagi kisah 2 minggu lepas, Akak pergi carbbot sale kat Kota Damansara.
Tujuannya sebab Abang nak cari kereta hotwheels untuk collection dia.

Macaam-macam barang boleh didapati disini kalau rajin nak cari and I'm sure you can always bargain for a lower price. Tapi Akak tak beli apa-apa pun sebab .....
PANAS!. Lain kali kalau nak pergi carboot sale ni kena bawak payung or pakai topilah.

Carboot sale ni loksainya belakang kedai makan Ghulam Mee, Kota Damansara.
Kalau tak silap Akak dari pukul 7 pagi sampai pukul 12 tengahari kot carboot sale ni. 
Kalau sesiapa yang ada info yang betul, sila bagitau ya.



tak ambik banyak gambar sebab panas sangat....itu pun Akak jalan laju-laju ni sampai tak sempat nak belek-belek sangat barang-barang yang dijual.




Monday, March 6, 2017

The Strands Food Mega Festival


Assalamualaikum,

Dah dekat 2 minggu baru nak update. Akak minggu lepas tak berapa sihat dengan demamnya pastu kena sinus attack yang teruk....whole day migraint dan sakit kat rongga hidung. Rasa macam nak 😢😭

Dua minggu lepas kat ada Food Mega Festival kat The Strand, Kota Damansara.
Kalau dah namanya food festival, of courselah Akak tak akan melepaskannya. Bila lagi nak merasa macam-macam makanan dalam satu tempat.


haaaa...tu dia macam-macam ada sampai Akak tak ingatlah stall apa yang ada.
Sapa suruh cerita 2 minggu kemudiankan 😐




tapi yang paling Akak ingat, Akak beli from satu stall ni meatball daging ni and kambing bakar....sedapnya sampai repeat the next day


sos bbqnya memang sedaplah....sampai menjilat jari. Cukup rasa semua....



kami duduk atas kayu palet untuk makan. Isykkk tak nikmat sebab kecik ruang duduknya plus kayu palet tu kan rendah. Next day beli tapau bawak balik makan lagi syokk..







ehh terselit pulak gambar bawak mak Akak makan kat Vichudda on the same day 😀



buatlah selalu food festival ni sebab syok dapat rasa macam-macam makanan



ni next day...repeat bawak budak ni pulak






kami beli ribs pulak the next day tu.....ayah budak-budak ni sukalah sebab banyak lemak.



dah macam muka anak korea 😘



tengah sibuk tengok orang tu masak ribs










blurlah pulak gambar meatballs, kambing dan ribs kami ni.

Puas makan kat rumah!


Sunday, March 5, 2017

Aloe Vera gel Guardian

Assalamualaikum,

Pagi Ahad yang indah diiringi dengan hujan renyai-renyai. Memang perfect Sunday.
Sesambil Akak tengah tengok Surga yang tak dirindukan, Akak nak buat review pasal satu produk yang Akak pakai - Aloe Vera Gel brand Guardian.
Muka Akak semalam breakout teruk. Mungkin sebab it's that time of the month, plus Akak sinus teruk dan Akak ambik antibiotik makanya teruk muka Akak breakout.
Stress menengok muka sendiri 😓

So malam tadi Akak sapu Aloe Vera Gel semalaman dan pagi ni Alhamdulillah kurang dah merah-merah dah berkurang. Produk ni mungkin berkesan kat Akak tapi kat orang lain Akak tak tahulah pulak sebab kulit kita berbeza-beza. So kalau siapa nak mencuba tu good luck tapi kalau tak menjadi jangan salahkan Akak tau 😊

So itu aje buat harini....Selamat berhujung minggu



ni 2nd tiub Akak sebab Adik pun sama menumpang pakai untuk muka dia



Wednesday, March 1, 2017

The Starlings, Damansara Utama

Assalamualaikum,

Ada mall baru kat Damansara Utama tu, nama The Starling.
Ishh best sangatlah sebab besorrrrr....
tapi banyak lagi kedai belum buka. 
Sabtu ni nanti Akak rasa macam nak repeat baliklah pergi sana.
Banyak kedai yang Akak nak menjelajah ni.
Hari Sabtu lepas, Akak dah jejak kaki pergi Miniso, Padini, Jaya Grocer, Ace dan kedai Original Classics. Hisshh tak puaslah jalan.

Kalau duduk area berdekatan go check the new out.

Tengok-tengoklah gambar ni ya...













LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin