Assalamualaikum,
Lama dah tak bersiarankan. Akak busy + malas 😂
Anyway, haritu kawan Akak ada mention ada satu kedai ni baru buka kat The Strands, Kota Damansara. Akak tak pernahlah pulak dengar nama kedai ni. Kawan Akak kata barang-barang kat kedai ni murah. Kalau dah dengar murah sudah semestinyalah Akak kena check it out.
nama kedainya Longwan. Ada yang kata kedai ni femes kat Kedah tapi Akak first time dengar.
Bila masuk terus kagum sebab besar kedainya kat bahagian tingkat 2. Macam-macam ada. Kat bawah tu adalah jual baju baby, baju sekolah, seluar dan baran-barang plastik.
Kalau pergi mesti naik tingkat dua tau sebab luas gila. Rambang mata nak tengok macam-macam.
bag sling yang macam-macam dan murah
peralatan sukan pun ada
nampak tak berapa luas kedainya. Kedai luas maknanya banyaklah barang 😂
Akak terus rambang mata bila sampai bahagian ni. Akak memamg kecintaan sungguh stationaries. Dari kecik lagi memang suka bahagian stationaries kalau pergi kedai.
baju baby kat bahagian bawah. Murah-murah ...boleh buat basahan kat rumah.
kebetulan hari tu sibuk mencari seluar hitam untuk Abang sebab Khamis ni dia ada event kat kolej kena pakai satu pasang suits. Memandangkan seluar slack kat sini murah kita beli sini sajalah. Save duit mak kau. Beli jacket, kemeja dan kasut baru kat dia dah habis beratus. Dapat jumpa seluar murah kita rembat jerlah....tak yah susah2 nak cari kat tempat lan lagi.
sepasang baju baby RM5
lepas ni kalau Akak nak cari bag murah2 untuk anak-anak...Akak dah tahu kat mana nak cari 😁
barang-barang plastik pun banyak
Akak post kat IG Akak .....next day BFF Akak wassap gambar dia borong punya banyak barang kat kedai ni sebab katanya murah 😂😂😂😂
So warga Kota Damansara bolehlah pi check it out. Location berdepan pejabat Bloomberg. Kalau keluar dari main entrance The Strand kedai tu belah kanan di kedai-kedai baris hadapan The Strand mall.