Wednesday, November 30, 2016

I prefer the tradiditional one....

Assalamualaikum,

Makin lama, makin malas Akak korang ni nak update blog. Dah tua ni dah tak tahu nak tulis apa sebab routine sama setiap hari. Cuma sekarang Akak tambah routinr baru iaitu cuba exercise hari-hari at least 10 minit low impact cardio. Bagi keluar sikit peluh sekurang-kurangnya. Wake up call sebab blood test Akak yang baru ni tak cantik sangat. My bad cholesterol is high and my good cholesterol is low. So kenalah jaga makan and exercise.

Semalam Akak lunch dengan anak-anak kat One Utama. Cuti sekolah ni bolehlah bawak derang makan sama, kalau hari sekolah mana sempat.
Lepas makan kita cuci-cuci mata sikit.


tak kenan sungguh Akak dengan Christmas tree One Utama ni.
Akak nak tengok pine tree.....pokok warna hijau.....bukan pokok Christmas warna merah. 
Ehhh....macam dia pulak sambut perayaan tu hahaha...
Tapi tetap.....tak cantiklah pokok ni!


ada pulak budak yang sempat posing


seronok pulak masuk kedai Smiggle ni.
Akak cakap kat budak-budak ni......nasib baiklah derang dah besar, kalau tak mesti Mama merepek belikan derang barang-barang dalam kedai ni.
Budak-budak perempuan ni tak heran dah benda-benda ni....derang lebih sibuk nak cari makeup.....haih!. Teenagers!

Untill next time.....besok dah December!. Dah nak habis dah tahun 2016......cepatnya!!!


Tuesday, November 22, 2016

Happy birthday baby boy


Ya Allah berikanlah keberkatan kepada anakku ini.

Happy 19th birthday my 1st born.

Mama love you so much.


Thursday, November 17, 2016

6 years ago



this photo was taken 6 years ago.
Adik and my nephew.
Those two were best friends then.....now that kakak has grown up....a teenager, there's a gap between them. 

Sunday, November 13, 2016

Dah boleh withdraw EPF tu


Last Friday,  11.11.2016 was actually our boss 55th birthday.
Big number of course kena sambut. Anyway, it's a good excuse to have a party in the office right. 5 tahun lepas kitaorang sambut jugak birthday boss cuma dulu buat kecil-kecilan jer sebab dulu kat branch tak ramai sangat staff. Pindah office baru ni banyak dept.

We actually plan nak buat surprised birthday party.....siap sorok-sorok tu semua orang nak sign birthday card sebab kad tu ada muzik so bila buka berbunyi. Tapi ada pulak orang yang dah mengantoikan kami punya plan.....spoil jer. Tapi tak apalah still meriah jugak celebration birthday boss. Anyway, not gonna put his picture here cause nak jaga privasi orang. 



We ordered 2 Secret Indulgence cakes. Saja jerkan pedajal buh nombor 55 tu besar-besar hahaha...merasa boss tiup 2 biji kek sekaligus tahun ni.
We had pizzas, chicken wings, nuggets and fruits. Memang sesuai for tea-time.
Saja jer tak order makanan yang renyah-renyah macam bihun tu semua sebab lecehlah nanti nak kemas.



Happy birthday Boss....dah eligible tu untuk keluarkan duit EPF lol!


Tuesday, November 8, 2016

Bloated like a balloon...


Minggu lepas Akak dah jumpa doktor sebab perut Akak sakit.
Doktor kata sakit so she gave me a few medicine untuk angin dan sakit perut.
But somehow it worsen. Everytime Akak makan, nanti Akak akan rasa macam ada benda yang tersekat kat esophogus Akak. Rasa macam ada benda tersekat kat tekak.
Bila Akak google...it could be acid reflux. So harini Akak pergi balik to the clinic.
Doktor kata dia akan give me a different dose of medicine (ubat-ubat kat atas tu). She also suggested that I stay away from diary food for a week. We'll see how it goes I guess....terpaksalah Akak puasa teh tarik dan coklat minggu ni :'(

Harap-harap it will curelah rasa macam benda tercekik kat leher ni and my acid reflux.
Dah tak tahan dah perut asyik bloated macam belon nak terbang.




Saturday, November 5, 2016

Terjebak jua


Akhirnya Akak terjebak jugak semalam.
Kakak-kakak kat office Akak semua dah berulang berapa kali ke butik Naelofar.
Murah kata derang....murahlah kot. 


Muka kena cover sebab tak semengah lepas balik kerja semalam terus serbu butik Nealofar.
Petang-petang lepas pukul 5.30 tu tak ramai sangat orang tapi kalau pergi time lunch.....Assalamualaikum jerlah.

Alhamdulillah Akak terjebak lite-lite jer sebab Akak beli anak tudung yang macam Wardah (Neelofa) pakai dalam Surihati Mr Pilot. Ah-ah.....Akak pun terjebak tengok Surihati Mr Pilot sebab Fattah dan Neelofa sweet sangat sampai tahap kencing manis.
Kalau dua tu couple betul-betul pun sesuai sangat....Eh!



Tuesday, November 1, 2016

More Food

I think there's a conspiracy to make us fat cause people keep giving us food! Om...nom...nom...

Can't stop eating the muruku and rempeyek all day :'(

But....keep the food coming. No problem :")

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin