Tuesday, August 30, 2016

Selamat menyambut hari Kebangsaan

Wishing all proud Malaysian a happy National day.

'Selamat Hari Kebangsaan'

P/s: my baby will be in the merdeka parade. I hope to catch a glimpse of her on TV tomorrow.

Trivia: I participated in the Merdeka parade carrying the Malaysian flag in my girl guides uniform when I was in form 4. Till today I'm still proud to tell people that I took part in the National Day parade. :)

Sunday, August 28, 2016

Random things this week


Assalamualaikum,

Tak ada banyak yang berlaku this week besides work...work...work...

The highlight of the week rasanya adalah ada booth Haagen-Dazs kat bawah ofis Akak tu.
2 ice-cream for RM15.
Haruslah belikannnn.....




it was yummylicious. Sampaikan boss lalu belakang pun Akak buat dunno jer hahaha...



ni best jugak....
My sister tolong belikan majalah Hijabista kat office dia (she works at Karangkraf)
Beli magazine dapat 2 free shawl.
Sapa tak nakkan......especially it's a quite good quality shawl from a hijab boutitique



end the week both of us (my sister and I) terjebak pulak membeli baju



butik Neng Geulis buat offer beli satu dapat satu free.
Get two item at the price of one.
Mestilah kitaorang nak ....hahahaha



ni pagi tadi, ada aktiviti berbasikal. Ada dekat beratus-ratus orang berbasikal.
Unsure pulak anjuran mana. Anyway, Akak join naik kereta jerlah hahaha...

Si Abang balik minggu ni. Haritu dia komplen yang mata kanan dia kabur. 
So semalam kami ke Focus Point untuk check mata. Turns out dia ada silau dan rabun sikit so no choice kena buat cermin mata. Things is cermin mata dia hanya akan siap on the 30th Aug. Nampak gayanya cuti merdeka ni kenalah mencemar duli turun ke Cyberjaya untuk hantar specticals dia tu. 

Minggu ni Akak kerja 3 hari jer sebab Rabu cuti hari Kebangsaan, Jumaat pulak nak kena pergi team building. =D

Thursday, August 25, 2016

Happy birthday Mama

Semalam birthday Mak Akak (24hb August).
Akak sempat belikan bunga dan kek sempena birthday mak Akak.
Itu pun beli kat bawah office Akak ni jer. Nasib baik ada florist dan cafe.

Anak-anak pun Akak remind suruh call and wish nenek mereka.

Dikesempatan ini Akak ingin mengucapkan Happy Birthday to our mother. Semoga diberikan kesihatan yang baik berpanjangan.

             We love you so much.

Tuesday, August 23, 2016

Pusing-pusing KL cari.....


Assalamualaikum,

Payah benar nak update blog sekarang ni. Balik rumah rasa nak berlengkar jer atas katil.....letih.

Awal pagi tadi dapat panggilan talipon yang menggembirakan.
Partner Akak kat ofis dah give birth to a super cute baby girl.
Akak pulak yang terlebih happy duk tunjuk gambar baby tu kat opis.
Semua orang puji sebab memang comelllah baby kawan Akak tu.
Terus semua semua orang rasa nak berbaby balik hahahaha....
Ni nak kena pikir nak beli hadiah apa pulak ni nak bagi kat kawan Akak tu.
Kalau sapa-sapa ada contact orang yang boleh buatkan baby gist basket ke apa ke silalahlah suggest. Kalau boleh deliverkan sekali lagi bagus.

Sebenarnya nak cerita yang selain daripada pergi Taman Tasik Titiwangsa weekend lepas,
kami ni pusing-pusing satu KL sambil cari Pokemon.



masing-masing pakai selebet jer sebab plan asalnya nak pergi breakfast kat kedai mamak dekat dengan rumah tu jer. Ntah macamana terjebak sampai ke PJ, Midvalley dan KL nun.

Ayah budak-budak nilah tetiba nak pergi Midvalley cari barang dia.
Barang dia tak jumpa, tapi Pokemon banyak Akak dapat tangkap hahaha...

Disebabkan tak jumpa barang dia kat Midvalley, terpaksalah kami pergi sampai ke KL nun mencari barang dia. Sampai 3 kedai kami pergi. Nasib baiklah jumpa kat KL tu.



singgah Gerak 21, Kampung Bahru untuk lunch.
Ramainya orang masyaallah. Nasib baik ada tempat duduk.
Ialah pergi pun time tengah peak lunch time.


Jalan TAR pun kami pergi tau



Taman Tasik ni pusing sampai 2 kali mencari pokemon hahaha





syok jugak pusing-pusing cuci mata.
Ramai orang kat Taman Tasik sebab kat situ banyak pokestop so maknanya banyaklah pokemon =P


Hujung minggu ni nak ajak lagilah ayah budak-budak ni pusing KL.
MAna tahu dapat jumpa Pikachu ke hahahaha...


Monday, August 22, 2016

Eh dia ni.


Akak semalam pusing-pusing Taman TAsik Titiwangsa.
Adalah terjumpa sekor makhluk ni.
Comel jugklah makhluk ni tapi nakal sikit.
Nak tangkap dia nauzubillah susah jugaklah....challenging gitu






Eh.

Pandai pulak dia posing dekat situ




Eh.

Jangan berdiri tengah jalan tu nanti kena langgar kereta pulak.





Ha.

Kan dah cakap tadi. Degil tak nak dengar cakap orangkan.


Akak dengan family dah terjebak main Pokemon.

Seronok jugak bila jadi aktiviti keluarga bersama ni =)

Monday, August 15, 2016

August birthday girls


Assalamualaikum,

Ada lagi ke reader blog Akak ni?.

Akak sekarang dah tak banyak waktu free sejak pindah ke office baru.

Tak apalah Akak update pun untuk memori sendiri. Nanti dah tua boleh buka balik blog dan tengok gambar-gambar lama.

Semalam ada small celebration untuk August birthday girls.
Birthday anak-anak buah dua orang tu dekat-dekat.
Sorang birthday 15hb (Amal) dan sorang lagi Yaya pada 16hb August.
Nenek punya birthday pun bulan August tapi 24hb.



gambar kek yang belum berpotong ada tapi Akak malas nak upload sebab dalam phone.
Gambar mee goreng basah sedap dan mini sausage yang mak birthday girl masak Akak lupa pulak nak snap sebab terlampau sedap sampai lupa nak ambik gambar.


3 birthday gegirls 
7 tahun,
8 tahun dan
76 tahun.


kami dengan Mama kesayangan kami



ni budak paling sibuk macam orang nak sambut birthday dia.
Sibuk tunggu makcu bagi dia topi dan mask 


hahahaha...why so serious boy
Anak buah Akak yang paling bungsu Aaridz.



Suara paling kuat dan sumbang tu suara anak buah Akak si Adam.

HAPPY BIRTHDAY AUGUST GEGIRLS!!!


Friday, August 12, 2016

Review Suicide Squad

Sepatah perkataan jer

BEST!

Dah....Akak nak sambung kerja balik.

Happy weekend semua.

Monday, August 8, 2016

Baju muslimah yang cantik dan harga berpatutan


Assalamualaikum,

Dah sampai ke penghujung Syawal (ﺍﻝﻮﺷ) dah kita.
Rasa macam cepat pulak bulan Raya berlalu tahun ni.
Tak puas lagi Akak menikmati lemang, ketupat dan rendang sambil menggemukkan badan.

Tetapi walaupun dah habis Aidilfitri tetapi Akak masih lagi terima jemputan ke open house rumah kawan-kawan. Open house sekarang ni dah tak ikut bulan dah, lepas bulan Raya pun masih ramai yang ajak makan-makan. 

Macam nak kena membeli baju baru jer sebab dah habis Akak recycle baju-baju Raya semua. Takkan nak repeat balik baju-baju tu kan......Akak pun nak jugak lawan Che Ta walaupun tak mampu hahaha....

Disebabkan poket dah menipis dibulan Syawal tapi hati tu nak jugak bershopping pakaian, maka gatal jer tangan Akak web surfing cari baju-baju muslimah yang lawa-lawa tapi dengan harga yang berpatutan. Kita orang perempuan memang terrerkan bab-bab cari baju murah yang lawa. Kalau dapat baju within budget kita memang bonus sangatlah tu.

Setelah Akak browsing merata, Akak rasa baju muslimah murah ni cantik-cantik belaka.
Bukan takat cantik tapi harga pun masih acceptable within budget lepas musim Raya ni.





Memang menepati pilihan hijabista sangat baju ni.
Nampak manis dan sopan baju kurung moden ni. Sesuai sangat dipakai oleh wanita muslimah.
Kalau pergi rumah bakal mak mertua gerenti bakal mak mertua berkenan sebab tengok sopannya bakal menantu berpakaian. Akak paling berkenan yang baju biru tu nampak cantik cuttingnya. 






Akak pulak lebih suka pakai jubah moden atau jubah dress. Senang sarung sekaligus.
Jubah-jubah sekarang semua dah trendy-trendy belaka. Memang pilihan Akak sangat.
Anak-anak pun Akak mesti belikan jubah at least sorang sehelai sebab budak-budak ni kadang-kadang malas nak pakai baju kurung kalau pergi rumah orang.





Untuk anak-anak dara Akak berdua tu Akak ingat nak belikan lagi skirt labuh Muslimah.
Senang nak match dengan mana-mana top. Adik dan Kakak kalau lagi kembang skirt tu lagi derang suka. Lagi pun saiz kami dah lebih kurang sama sekarang, bolehlah kami pinjam meminjam antara satu sama lain. Tak rugi membeli.




Baju kurung is a must in every muslimah's wardrobe.
Tak lapuk dek zaman baju kurung ni. Baju kurung is a staple item.
Kalau tak tahu nak pakai baju apa....grab saja baju kurung.
Mesti terus nampak presentable. Lagipun baju kurung moden sekarang designnya dah glamour.
Peninggalan zaman ke zaman jangan dilupakan.

Doakanlah agar poket Akak tak semakin menipis sebab banyak sangat yang Akak berkenan.

Happy Shopping.....Bye-bye Monday blues =P





   


Sunday, August 7, 2016

Pergi balai terjumpa pulak pelakon hebat

Assalamualaikum,

Kejadian ni berlaku hari Khamis lepas.
Masa mak Akak call, Akak dalam lift office dah nak balik dah masa tu. Mak Akak call bagitau yang ayah Akak kehilangan bag dia yang mengandungi semua dokumen penting macam wallet, phone, IC etc. Yang peliknya rasanya hilang dalam kawasan masjid.
Manusia sekarang ni bukan boleh percaya, dalam kawasan ibadat pun berani ambik barang orang. 

Makanya terpaksalah kami teman ayah Akak pergi buat polis report.
Dah buat polis report nanti baru senang nak buat IC, kad bank, lesen kereta baru dll.


tu bapak Akak tengah buat polis report.

Masa masuk balai polis tu macam hairan jugaklah kenapa hampir semua parking spot penuh. Selalunya banyak kosong.
Rupanya ada shooting untuk drama polis. Ayah budak-budak ni adalah kepochi tanya nama drama tapi Akak tak dengar sangat.


cubaan nak menangkap gambar pelakon drama tapi tak nak nampak obvious sangat.
Ada nampak sorang pelakon senior yang selalu berlakon watak bapak-bapak, Datuk-datuk dalam drama petang-petang tu. Nama tak tahulah.


Masa tengah tunggu bapak Akak habis buat polis report tu sekali keluar sorang pelakon lelaki popular dari bilik dalam balai polis tu. Tinggi lampai orangnya.
Starstruck kejap Akak tapi seganlah pulak nak mengambik gambar sebab masa tu dia tengah jalan keluar dengan 2 orang lagi yang berpakaian uniform polis.
Akak tak surelah pulak pelakon ke atau polis betul.
Agak-agak dari gambar atas tu dapat teka tak siapa pelakon tu?
Kluenya.....filem yang dia berlakon apa kontroversi sikit dengan FFM.

Hari Jumaat malam mak Akak call cakap ada India potong rumput datang kat gate rumah.
Dia tanya ada tak 'uncle' hilang barang. Dia kata dia dah hantar bag bapak Akak tu kat balai polis. Tapi bila mak dan bapak Akak pergi balai polis tak adalah pulak barangnya.
Apalah agaknya motif India potong rumput tu.
Pastu dia boleh tahu pulak exact amount duit dalam wallet bapak Akak tu.
Mungkinkah dia pencurinya?. Pelikkan.

Anyway, harini adik Akak dah bawak bapak Akak pergi buat IC dan lesen baru kat UTC.
Harap besok bapak Akak dapatlah buat urusan bank dan urusan-urusan lain.

So agak-agak dapat teka tak siapa pelakon yang Akak jumpa tu?
KAlau nak tahu sila scroll ke bawah =)













Jawapannya adalah










BRONT PALARE =)



Monday, August 1, 2016

Majlis Hari Raya Masjid


Majlis open house raya yang takkan miss tiap-tiap tahun ialah majlis hari raya masjid At-Taqwa TTDI. Masjid kampung kita takkan nak miss kot.

Tahun lepas majlis pagi tapi tahun ni berubah ke malam.
Baguslah sekurang-kurangnya muslimin muslimat bersolat isya' dulu sebelum jamuan.



sesampai nampak khemah kampung dulu.
Katanya 13 ekor kambing untuk majlis tahun ni.
Sabor ya....pi solat Isya dulu baru boleh makan kambin'


sebenarnya diseparatekan khemah muslimin dah muslimah tapi kita anak beranak duduk satu meja semua. Dah nama pun anak beranak....idaklah bercampur dengan yang tak muhrim.
Rezeki Abanglah sebab balik minggu ni dapatlah merasa makan majlis open house majlis.
Tahun lepas dia tak pergi sebab tak boleh keluar hostel



macam-macam juadah disediakan.
Ada kambing, satay, kueyteow, mee sup, lemang/ketupat, rendang
Teh tarik ada.....air sirap ada.....
Apa ntah lagi ada Akak tak pergi survey semua khemah sebab queue panjang sangat.
Khemah yang Akak beratur 2/3 kali adalah khemah kambing saja.....yang tu Akak sanggup hahaha....
Besoknya kepala Akak berdenyut-denyut. Mungkin sebab banyak sangat makan kambing.

Budak-budak bawah 12 tahun dapat duit raya.
Anak buah Akak dapat RM5.....syukur Alhamdulillah.


muslimah saja tapi lelaki pun duduk jerlah.....tempat duduk terhad



kalau suruh Kakak tangkapkan gambar, muka Akak mesti besar macam pinggan..
Satu famili kami pergi termasuk adik Akak sefamili dan mak ayah Akak.
Adik Akak yang nombor 2 jer tak dapat pergi sebab husbandnya baru lepas accident.
Patah tulang selangka, rusuk 3 dan ibu jari tangan pun patah.
Dah dekat sangat nak sampai rumah kena langgar tu.
Itulah orang kata malang tak berbau.



Balik kami lalu nak check out tempat ni.
Katanya Restoran Hameediyah yang femes kat Penang tu nak buka kat KD.
Bolehlah Akak berdating berdua dengan husbandnya nanti.
Anak-anak tak berapa minat kari kepala ikan =)


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin